About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, November 24, 2010

GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU :PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH & CERMIN DIRI

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.


PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.


PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.


Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.


Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.


Wednesday, November 10, 2010

AWAS PEMIMPIN RAKYAT 5 TAHUN SEKALI...!!!

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

JANGAN JADIKAN 300,000 RELA UNDI POS DI SELANGOR !!!

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan Selangor melalui taktik undi pos. PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.


Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.


PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.

TAN SRI MUHYIDIN BOHONG !!! TUDUH KERAJAAN NEGERI KEDAH TIDAK PEDULI MANGSA BANJIR..

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir.

PAS menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.

Tuesday, November 2, 2010

AHMAD MASLAN DIMINTA CERMINKAN DIRI SEBELUM TUDUH KELANTAN MUNDUR...

Parti Islam SeMalaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.



Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewaangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.



Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manik Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula. Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.



Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapok zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat royalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.



Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritinya Melayu. Cabaran Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut. Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu kemana wang Felda telah mengucup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah…?