Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.
Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan
PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.
Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS menyokong
PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.


0 comments:
Post a Comment