About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, August 3, 2010

BEKAS ADUN PERMATANG DAN PEMBANTU WANITA MATI DITEMBAK

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.


Sumber : http://mstar.com.my

No comments: