About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Sunday, January 3, 2010

NAMA ALLAH : BUKAN DI MANA KITA.., TAPI DI MANA 'AQIDAH KITA..???

Menurut perbahasan 'Ilmu 'Aqidah (Ilmu Tauhid) sebgaimana yang disebut dalam kitab "'Aqidatun Najin Fi 'Ilmi usuluddin" karangan Al-'Alim Al-'Allaamah Al-Fahaamah sheikh Zainul 'Abidin Bin Muhammad Al-Fathoni, sebuah kitab yang membahaskan tentang disiplin 'ilmu tauhid, pada halaman 2 baris yang ke-9 menyebut :

"Ketahuilah olehmu, bahawa(sanya) makna "ALLAH" itu (adalah) nama bagi zat tuhan kita (umat Islam)yang wajibal wujub khas ia pada lafaznya dan khas ia (pada) maknanya maka erti khas pada lafaz itu nama bagi tuhan kita dan tiada harud dinamakan dengan dia akan yang lain daripada zat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti "Abdullah" dan erti khas pada makna itu iaitu maknanya "ma'bud bihaqqin" yang ertinya " yang disembah dengan sebenarnya maka tertentulah (khusus) makna yang demikian itu bagi Allah tiada dapat bagi yang lainnya"-intaha

Begitulah pengertian makna lafaz kalimah ALLAH yang juga merupakan Lafzul Jalalah mengikut disiplinn ilmu tauhid yang wajib dipertahankan oleh mana-mana manusia yang beriman dengan-Nya tanpa ada suatu unsur sekutu walau sebesar atom sekalipun.

Namun terdapat dikalangan mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk kepentingan yang menyalahi zahir pernyataan mereka. Ada yang membantah tetapi tidak diketahui samada bantahan dan laungan "takbir" mereka ini adalah ikhlas sungguh-sungguh untuk mempertahankan lafaz Allah atau sengaja untuk mencetuskan suasana tidak sihat antara kaum mahupun agama.

Ada juga dikalangan muslim yang menyokong keputusan mahkamah ini atas alasan Allah sendiri menggalakkan umat kristian menggunakan kalimah Allah, bahkan ada yang berkata bahawa keputusan itu adalah mengiktiraf kewujudan Allah. Spisis seperti ini juga "kurang" diketauhi sama ada melihat isu aqidah dengan nilaian aqal atau sengaja hendak menjaga hati non-muslim atau nak kekalkan pengaruh undi non-muslim walaupun terkeluar dari garis-garis iman dan kufur.

Sejurus selepas keputusan diumumkan, sudah ada kelompok-kelompok kecil demonstrasi dengan lantang melaungkan bantahan terhadap keputusan membenarkan kalimah ALLAH ini digunakan oleh selain agama Islam. Yang pastinya, muka-muka UMNO pula kali ini menghiasi demo-demo bantahan (walaupun dahulu dikatakan beruk jalanan) ini. Agak hairan sekali ketika UMNO/BN berkuasa di semua negeri kecali Kelantan, isu manusia islam murtad langsung tidak pernah diambil endah. Begitu juga beberapa siri penghakiman yang jelas keputusannya tidak memihak kepada Islam contohnya kes pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban, kes permohonan murtad Lina Joy dan lain-lain kes yang nyata membabitkan isu aqidah, tidak pernah diambil perhatian langsung oleh "mereka-mereka" yang kini "beriya-riya" menentang keputusan mahkamah yang dahlunya diabaikan.

Apakah manusia-manusia spisis UMNO sudah insaf, sudah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dengan menerima Islam sebagai Aqidah, Syari'at dan akhlak dalam kehidupan..?? Jika ya, maka baguslah. Semoga Allah menetapkan hati kalian dengan iman dan taqwa, taufiq dan hidayat. Bagaimana pula jika tidak..? Jika hanya semata-mata mahu menampakkan kepada orang ramai bahawa "kini UMNO adalah pejuang Islam..???" kenapa tidak dari dulu...??? maka dalam tulisan ini bukanlah utuk mempertikaikan tindakan mereka-mereka yang dahulunya menggelarkan para pendemonstrasi sebagai beruk jalanan untuk menunjukkan perasaan mereka betapa 'cintanya' mereka dengan ALLAH.

Sekadar mahu mengingatkan agar tidak tergolong dikalangan sepertimana firman Allah di dalam Surah Al-Munafiqun ayat 1-4 :

إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ قَالُواْ نَشۡہَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ ۥ وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَكَـٰذِبُونَ

"Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata:"Sesungguhnya kami mengetahui bahawa sesungguhnya engkau adalah sebenar-benar Rasulullah" dan Allah semamangnya mengetahui bahawa engkau (Wahai Muhammad) ialah rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta "(1)

ٱتَّخَذُوٓاْ أَيۡمَـٰنَہُمۡ جُنَّةً۬ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّہُمۡ سَآءَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

"Mereka menjadikan sumpahnya (akuan) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya)lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah, sesungguhnya amat buruk apa yang mereka katakan."(2)

ذَٲلِكَ بِأَنَّہُمۡ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ فَهُمۡ لَا يَفۡقَهُونَ

"(Perbuatan buruk) yang demikian (di hadapan orang-orang mukmin) kemudian mereka tetap kufur sesama sendiri, maka dengan sebab itu termeterailah di atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar yang mana salah)"(3)

وَإِذَا رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡ‌ۖ وَإِن يَقُولُواْ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡ‌ۖ كَأَنَّہُمۡ خُشُبٌ۬ مُّسَنَّدَةٌ۬‌ۖ يَحۡسَبُونَ كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡہِمۡ‌ۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

" Dan apabila engkau melihat mereka, engkau akan tertarik hati kepada tubuh badan (tingkah laku)mereka, dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerna petah dan bersemangat) seolah-olah mereka adalah seperti batang kayu yang tersandar (tidak boleh dipakai kerana tiada kekuatan yang dikehendaki) Mereka (kerana ras bersalah dan sentiasa berada dalam keadaan cemas hingga) menyangka tiap-tiap jeritan adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka, semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari Rahmat-Nya, (pelik sungguh) bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)"(4)

Di satu pihak pula, dengan yakin menyatakan bahawa "Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALLAH SWT." Maka apakah dari sudut aqidah dan hukum aqal, kewujudan Allah itu perlu pengiktirafan dari keputusan mahkamah..??? Bukankah kewujudan Allah itu adalah merupakan perkara mudah yang tidak perlu kepada perbincangan atau apa-apa keputusan mahkamah oleh orang yang beriman sama ada menafi, mengiya, menolak mahupun menerima..??? Benar-benar ikhlaskah pihak kristian memohon agar kalimah ALLAH ini dapat mereka gunakan menggantikan perkataan "GOD". Lupakah kita peringatan Allah betapa sikap manusia kafir sebagaimana Firman-Nya:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ


Maksudnya:
"Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka, Katakanlah (kepada mereka): "sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar." dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan (tentang kebenaran) kepadamu, maka tiadalah Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."(Surah Al-Baqarah : ayat 120)

Maka janganlah hanya kerana mahu menjaga "hati-hati pengundi non-muslim" anda maka kenyataan melukakan hati mereka-mereka yang masih ada secebis iman. Kerana itulah harus kita renungkan bahagian terakhir ayat 120 Surah Al-Baqarah ini, jangan sampai kenyataan kita ini seolah menunjukkan kita "lebih mengutamakan tawakkal kepada manusia lebih kepada bertawakkal kepada ALLAH". Maka apakah kemenangan hasil undi terbanyak non-muslim ini semata-mata strategi atau penggantungan (tawakkal) kita kepada ALLAH atau semata-mata ujian ALLAH kepada untuk melihat hambanya cinta kepada-Nya atau makhluk ciptaan-Nya..?? jika kita boleh bertanya "di mana kita..?" kenapa kita tidak bertanya "di mana 'aqidah kita...???"

Sedangkan jika dilihat kepada permohonan mereka adalah untuk mengantikan perkataan "GOD" dengan perkataan "ALLAH" dalam Bahasa Melayu. Bukankah GOD jika dirujuk dalam mana-mana kamus Inggeris-Melayu atau Melayu-Inggeris bermaksud God : Tuhan, atau Tuhan : God..??? Cuba kita lihat pula makna ALLAH dalam mana-mana kamus Inggeris yang muktabar, antaranya menyimpulkan bahawa Makna ALLAH itu ialah : the one and only god in the religion of Islam, the name of god in Islam, the muslim name for god, the name of god among muslim etc. Jika demikianlah pengertian "Allah" di dalam kamus-kamus Inggeris, kenapa pula kita mengiyakan keputusan yang bakal menimbulkan kekeliruan yang amat dahsyat di kalangan muslim generasi seterusnya selepas ini..??? jika hendak menggunakan istilah melayu, bukankah god bermaksud tuhan, persoalannya di sini, kenapa mereka tidak mahu menggunakan istilah "tuhan"..kenapa ALLAH..??? kenapakah tidak timbul di dalam otak kita persoalan ini..??? kalau yang membuat kenyataan seperti ini adalah seorang peguam atau pegawai penyiasat, "tak reti ke ape itu motif..???"

Sebagai renungan, jangan sampai fitnah baru melanda kita maka kita tidak semena-mena dituduh sebagai lidah kristian berbulu Islam...!!! Dan jangan kita ingat paderi kristian baru kenal Allah lantas mintak dipohon untuk menggunakannya. Kenal bukan maksud beriman. Jika mengikut fakta sejarah,Pada tahun 1930, seorang missionaris, Samuel Zwemer pada Konferensi Misionari di Kota Jerussalem menyatakan:

“Misi kolonialisme dan misionaris terhadap Islam bukanlah menghancurkan kaum Muslimin. Namun mengeluarkan seorang Muslim dari Islam, agar dia menjadi orang Muslim yang tidak berakhlak. Dengan begitu akan membuka pintu bagi kemenangan imperialis di negeri-negeri Islam.”

Begitu juga dimuatkan dalam sebuah buku diterbitkan oleh Universities and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom tahun 1981 - Light on Islam : Reaching Out to Muslims Students In Britain - digariskan beberapa kaedah untuk menawan orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian antara isinya :

"Terangkan tentang Jesus sebagai kalimah Tuhan, tidak sebagai anak Tuhan, kerana banyak masalah dan kekeliruan yang akan timbul".

Maka dengan ini, apakah ada diantara kita sebagai pejuang agama Allah masih berupaya meletakkan sangka baik terhadap mereka...??? Sedangkan mereka ini jika mengaku Allah itu tuhan pencipta langit dan bumi sekalipun mereka tetap ingkar..mari kita ingatkan semula peringatan Allah :

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ مَوۡتِهَا لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ

Maksudnya :
"Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan, nescaya mereka mengatakan Allah. Justeru kenapakan mereka berpaling (dari) mentauhidkan Allah?"(Surah Al-'Ankabut : ayat 63)

Dan Firman Allah :

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

Maksudnya:
"Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui."(Surah Luqman : ayat 25)

Dari ayat Allah ini jelas menunjukkan betapa akan menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan sebenar manusia, bahkan hanya untuk menimbulkan kekeliruan kepada pemuda pemudi islam tentang aqidah mereka. Bayangkan timbul persoalan dikalangan anak-anak muslim terlemudian nant dan berkata, " Islam tuhannya Allah, Kristian tuhannya Allah jugak, kan sama saja..." Bukankah kalimah Allah itu khas pada lafaz dan maknanya hanya bagi Allah yang berhak disembah dan bukan pada lainnya..??? kenapa mudah kita buat konklusi, sekiranya mereka merujuk kepada tuhan seluruh manusia, soalnya, apakah mereka beriman seperti aqidah kita..???

Maka suatu hari nanti bila ditanya kepada dua orang berlainan 'aqidah, seorang muslim mengatakan, tuhanku adalah Allah dan seorang kristian juga berkata, tuhanku juga Allah, maka si muslim menerangkan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah maka si kristian pula menerangkan Allah juga tuhan untuk semua manusia yang bersifat ada anak dan sebagai tuhan bapa..Bukankah di situ bercanggah dengan nafi "kulliy" dan isbat "juz'iy" kalimah LaIlahaIllallah..??? Bukankah disitu nanti akan wujud pula Allah yang benar dan Allah yang tidak benar..?? Bolehkah mengikut kaedah tauhid ada Allah yang benar dan Allah yang tidak benar..umpama ada Islam Hadhary dan Islam yang tidak Hadhary...???

Maka haruslah kita bertanya kepada diri kita, di mana 'aqidah kita...?, bukan di mana kita..!!!

No comments: