About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, January 8, 2010

ISU KALIMAH ALLAH : SOKONG ATAU BANTAH SEBAGAI SEORANG MUKMIN ATAU MUNAFIQ…??? Bhg 2

Maka adapun di sini satu puak yang menyokong keputusan ini secara buta tuli. Mereka lupa akan asas-asas tauhid yang menjadi panduan dan sempadan antara iman dan kufur. Mereka ini secara mutlak memberikan kebenaran menisbahkan kalimah Allah walaupun kepada tuhan ciptaan manusia yang bathil lagi sesat. Sedagkan bagi golongan kafir, kalimah Allah ini boleh disebut apabila merujuk kepada Allah yang Esa. Bukan kepada tuhan yang ada anak , bukan kepada tuhan yang ada isteri, bukan tuhan yang ada bentuk dan persamaan seperti makhluk. Maka disini ingin dipertegasan bahawa, merujuk kalmah Allah kepada konsep ketuhanan yang sesat adalah perlu dielakkan sama sekali.

Malangnya ada dikalangan muslim, tetapi mukminnya adalah palsu. Dikhuatiri nanti tidak ada rasa takut akan taat kepada Allah melainkan takut kepada sokongan manusia.

Ia juga bukan mustahil. Ia telah diperjelaskan oleh Allah di dalam kitabnya yang maha agung. Betapa Allah telah memperincikan sikap sebenar mereka yang tidak dapat dibongkar oleh akal dan hati manusia melainkan setelah disingkap oleh Allah sebagai peringatan kepada orang-orang Mukmin yang muttaqin. Firman Allah :

وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ إِنَّكُمۡ إِذً۬ا مِّثۡلُهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡكَـٰفِرِينَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيعًا

”Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”,( Surah An-Nisaa’ : ayat 140)

Sedangkan meredhai keinginan Kristian Katholik menggunakan kalimah Allah merujuk kepada konsep keimanan yang mereka imani, seolah meredhai perbuatan mereka mendua atau mentigakan Allah sedangkan ia amat bercanggah dengan kaedah-kaedah ilmu tauhid.

Marilah kita renung dan meneliti sejenak tentang sifat lawan kepada sifat wahdaniah Allah sebagaimana yang disebut dalam matan Ummul Barahin karangan Imam Muhammad As-Sanusi yang menyebut:

وَيَسْتَحِلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ لاَ يَكُوْنَ وَاحِدًا بِأَنْ يَكُوْنَ مُرَكَّبًا فِيْ ذَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ لَهُ مُمَاثِلٌ فِيْ ذَاتِهِ أَوْ صِفَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ مَعَهُ فِيْ الْوُجُوْدِ مُؤَثِرٌ فِيْ فِعْلٍ مِنَ اْلأَفْعَالِ

Huraiannya:

Mustahil bagiالله berbilang-bilang dengan bahawa adala zat الله berjuzuk-juzuk (seperti berdaging, berdarah, bertulang dan berurat) atau ada baginya sebanding pada zatnya iaitu ada yang menyerupai الله pada zat atau sifatnya atau ada sertanya yang lain memberi kesan pada perbuatan daripada sekelian perbuatan seperti api boleh menghangus dengan sendiri yakni dengan tidak daripada perbuatan الله .

Kerana itulah wajib bagi kita beriktiqad bahawa wajib bagi Allah pada aqal kita bersifat wahdniah atau esa dan tiada layak sekutu baginya. Ia juga bermaksud bahawa ke-Esa-an Allah itu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya dan aqal kita wajib tidak dapat menerima tuhan itu berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan.

Maka apabila Allah itu bersifat esa, wajib kita sebagai mukmin yang muttaqin menafikan bahawa adanya kepada Allah zat yang berbilang-bilang, menyerupai zat mahkluk, dan menyanamakan perbuatan makhluk dengan-Nya.

Berasaskan sedikit penerangan di atas, maka layakkah Allah dinisbahkan kepada Konsep ketuhanan bathil (Tuhan bapa – Tuhan Anak-RohulQudus) kristian…???

Maka atas dasar apakah kita tanpa segan silu menyokong apa yang mereka mahukan..?? Dan ada diantara kita yang cuba bersangka baik terhadap mereka lau menyatakan bahawa pihak kristian tidak akan menyalahgunakan kalimah jalalah ini, boleh percayakah kita betapa apa yang dimahukan oleh Kristian akan member kelebihan kepada Islam..???Lupakah kita peringatan Allah tentang sikap Yahudi dan Nasrani yang terpendam di dalam hati mereka sebagaimana firman-Nya :

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

"Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka, Katakanlah (kepada mereka): "sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar." dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan (tentang kebenaran) kepadamu, maka tiadalah Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."(Surah Al-Baqarah : ayat 120)

Tidakkah di sana ada sesuatu yang hendak dicapai oleh pihak kristian Katholik di Malaysia ini? Jika kita hanya ghairah dengan teori “jangan termakan dengan mainan politik musuh kita”, kenapa tidak kepada Kristian Katholik? Apakah Kristian Katholik tidak mengambil kesempatan langsung dengan suasana politik dewasa ini untuk kepentingan ajaran kristian??? Apakah baru sedikit pertolongan yang dikurniakan oleh Allah dengan undi non-muslim termasuk Kristian Katholik maka kita tidak semena-mena terus membuat keputusan menyokong membuta tuli tanpa merujuk panduan disiplin aqidah..?? apakah hanya mahu menjaga hati mereka agar tidak terlepas undi kristian Katholik pada pilihanraya akan datang…??? Apakah tawakkal kita hanya pada Allah atau strategi politik atau tawakkal kepada manusia…??? Oleh itu eloklah kita muhasabah diri kita dengan peringatan Allah kepada manusia mukmin yang muttaqin agar tidak melakukan nifaq, firman Allah :

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا

”Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih.”( Surah An-Nisaa’ : ayat 138)

ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ

فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا

”(iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan (di sisi orang kafir itu)? Maka sesungguhnya semua kekuatan adalah kepunyaan Allah..”(Surah An-Nsaa’ : ayat 139)

Yang paling menghairankan, ada dikalangan mereka tanpa segan silu melihat bahawa, keputusan mahkamah ini suatu pengiktirafan terhadap kewujudan Allah. Apakah kewujudan Allah itu perlu kepada pengiktirafan hatta menunggu keputusan mahkamah...??? Juga terdapat dikalangan mereka yang menjual kalimah ”dakwah” kononnya agar golongan Kristian tidak menauhkan diri dengan Islam, bahakan kononnya apabila kristtian menggunakan Kalimah Allah maka akan ramai golongan kristian akan faham Islam..??? Ada juga dengan yakin mengatakan ini adalah hak asasi manusia, yang lebih teruk ada yang mengatakan ini bukan isu aqidah, yang terbaru ialah dengan mudah melaungkan slogan ALLAH UNTUK SEMUA...??? Masya-Allah, Mudahnya kesimpulan ini dibuat oleh mereka yang megah dengan kelulusan akademik yang tinggi yang tidak lain menjadikan ianya lesen membenarkan apa yang dikatakan. Bagaimana pula nanti apabila agama lain seperti Hindu dan Buddha yang juga menuntut untuk menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan Brahman dan Ghautama Buddha atas alasan cerdik pandai Islam yang terlebih cerdik dan dan terlebih pandai melaungkan slogan Allah Untuk Semua..??

Berkawan dengan sesiapapun tidak menjadi masalah, bahkan memang dituntut oleh Islam untuk memberi gambaran yang baik terhadap Islam. Bahkan diharuskan parti politik Islam menjalinkan kerjasama politik dalam perkara yang tiada kaitan dengan dasar seperti menperjuangkan keadilan, Tetapi mengapa sehingga boleh menyamakan tuhan kita dengan dia..?? Takut dia tidak mahu berkawan dengan kita lagi, takut kita tidak disokong lagi, atau takut dia tidak undi kita lagi...?? Maka apakah kemenangan dan kekalahan itu mutlak milik strategi politik atau tawakkal kita selepas berusaha...??? Lupakah kita ingatan Allah kepada kita :

ٱلَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمۡ فَإِن كَانَ لَكُمۡ فَتۡحٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ قَالُوٓاْ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡ وَإِن كَانَ لِلۡكَـٰفِرِينَ نَصِيبٌ۬ قَالُوٓاْ أَلَمۡ نَسۡتَحۡوِذۡ عَلَيۡكُمۡ وَنَمۡنَعۡكُم مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ فَٱللَّهُ يَحۡكُمُ بَيۡنَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَـٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلاً

“(iaitu) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) beserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman”.( Surah An-Nisaa’ : ayat 141)

Malah setelah diberikan hujah dan dalil betapa tidak layak bagi Kristian Katholik menggunakan kalimah Allah menggantikan makna god, terdapat suara-suara yang menempelak pendangan ‘ulamak yang kontra dengan mereka dengan memutar-belitkan perkataan-perkataan ulamak dengan cara yang amat tidak bertanggungjawab. Kononnya ulamak tidak reti berpolitik, tidak bijak, buat percaturan bodoh dan sebagainya. Sebagai peringatan kita bersama jangan sampai kita tergolong sebagaimana yang Allah sebutkan dalam firman-Nya :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ‌ۗ

أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Apakah kami mahu beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu” (Surah Al-Baqarah : ayat 13).

Menghina ‘ulamak bukan perkara baru dan bukan juga perkara pelik dalam dunia ini. ‘Ulamak akan menjadi rujukan apabila berada dalam keadaan susah, namun apabila merasai sedikit kemenangan, mereka meninggalkan peranan ulamak dalam membuat ijtihad dan keputusan. Apa sahaja kesalahan akan disangkut di atas bahu ‘ulamak. Hatta apabila ada ‘ulamak yang member peringatan bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH boleh membawa kepada kufur pun dipermain-mainkan. Sebagai peringatan kita Allah telah tegaskan untuk kita mmperbetulkan diri kita agar tidak menjadi seperti mereka-mereka sebagaiman firman Allah :

أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌ۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَ‌ۚ قُلۡ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَالِ هَـٰٓؤُلَآءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ حَدِيثً۬ا

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafiq) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?”(Surah An-Nisaa’ : ayat 78)

Akhirnya, tulisan ini bukanlah mahu menghina sesiapa hanya sekadar peringatan kepada kita bersama agar segala tindakan dan kenyataan kita tidak terkeluar daripada batas-batas iman dan kufur dan berwaspada dengan tingkah laku golongan munafiq dan yang paling penting agar diri kita tidak diselbungi sifat-sifat munafiq seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Qur’an. Golongan munafiq ini wujud sama ada di sebelah pihak menyokong atau membantah. Namun biarlah sokongan kita dengan meletakkan syarat yang nyata, iaitu hendaklah kalimah Allah itu merujuk kepada zat Allah yang esa dan ukan kepada konsep ketuhanan yang bathil. Begitu juga biarlah bantahan kita itu atas dasar tauhid dan kerana makrifah kita dengan Allah dan bukan mengambil kesempatan untuk kepentingan politik asabiyyah jahiliyyah. Moga-moga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang sedikit ini agar benar-benar berpendirian atas dasar iman dan taqwa, seterusnya mendapat keredhaan Allah atas segala amalan yang kita lakukan di dunia ini dan madapat rahmat Allah di akhirat nanti, wallahu a’lam.-intaha

No comments: