About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, January 7, 2010

BAHAS ISU KALIMAH ALLAH : ANAK BAPAK Vs TULANG BESI Bhg 4

Salam, saya kira tak perlu lagi saya respon tulisan anda(TB) kerana tiada guna saya mengulang-ulang fakta dan pandangan kerana selama mana saya menulis selagi itulah anda tidak pernah bersetuju dengan saya.

Soal saya gagal atau tidak saya terhadap persoalan anda, saya sudah nyatakan dengan panjang lebar. Saya amat hormati pendangan anda dan saya juga ada pandangan dan hujah saya sendiri, saya sendiri tidak memaksa anda bersetuju dengan saya dan biasanya uslub soalan anda hanya "mahu saya bersetuju dengan anda tanpa soal" itu pandangan saya, sedangkan persoalan saya pada anda adalah dalam bentuk persoalan yang terpulang kepada anda untuk menilainya kerana saya tiada kuasa menghalang anda dari tidak menerimanya.

Senarai soalan yg pada anda kira, saya gagal menjawabnya, saya sudah menerangkannya secara penjang lebar dalam konteks ilmu yang saya miliki, tidak lebih dari itu. Fokus utama saya ialah , KENAPA KRISTIAN TIDAK LAYAK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN "GOD" DALAM PENULISAN VERSI BAHASA MELAYU MEREKA. Dan saya menjawab bagi menzahirkan pendirian saya dan anda tidak perlu paksa saya untuk bersetuju dengan anda tanpa soal.

Sebelum itu, jika anda belek2 kitab tauhid, awal2 perbahasan tentang kalimah , majoriti 'ulamak tauhid merumuskan kalimah
الله bahawa,

" makna الله itu adalah dzat tuhan kita yang wajibal wujub khas ia pada lafaznya dan khas ia pada maknanya maka erti khas pada lafaz itu tertentu lafaz allah itu nama bagi tuhan kita (umat islam) dan tiada harus (tidak boleh / tidak layak) di namakan dengan dia akan yang lain dari dzat allah melainkan atas jalan sandaran seperti kalimah abdullah, dan erti khas pada makna itu ialah maknanya "MA'BUUD BIHAQQIN"

atau ertinya "YANG DISEMBAH SELAYAK-LAYAKNYA" dan tertentulah makna yang demikian itu bagi allah TIADA DAPAT BAGI YANG LAIN dan LAFAZ الله ITU LAFZUL JALALAH.

Dari definasi yg disusun ulamak tauhid seperti ini sudah cukup membuktikan bahawa kristian katholic TIDAK LAYAK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH UNTUK DINISBAHKAN KEPADA KONSEP KETUHANAN MEREKA YANG NYATA TERKELUAR DARI GARIS AQIDAH ISLAM.

Sekali lagi saya nyatakan saya tidak berbahas ke arah meng"HARAM"kan, tetapi mengisbatkan pendirian betapa tidak layak/tidak boleh kristian menggunakan kalimah allah merujuk kepada konsep ketuhanan mereka yang salah, sesat dan bathil.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu, kenapa kita tidak renung dari makna kalimah
لا إله إلا الله ?

Maksudnya tergolong didalam kalimah
لا إله إلا الله dua puluh sifat yang wajib, dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله

Kita kena tahu juga bahawa terjemahan kalimah
لا إله إلا الله ialah tiada tuhan melainkan الله yang membawa maksud "tiada tuhan yang layak/yang patut disembah melainkan الله maka kalimah لا yang menafikan dan kalimah إله yang dinafi (yang ditolak), kalimah إلا mengecualikan dan kalimah الله yang dikecualikan (istisna'), iaitu yang terkeluar daripada nafi dengan itu apabila kita mengucap kalimah ini maka kita tidak mengakui yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله ..

Hasil daripada pekara yang dinafi adalah salah satu daripada dua pekara pertama menafi segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan
الله, kedua menafi pekara yang ada pada hati mukmin yang mengambarkan banyak yang disembah dengan sebenar maka salah satu dari dua ini yang dinafi kemudian dihukumkan ada الله dan Dia lah tuhan yang sebenar.

Berdasarkan perbahasan yang saya nyatakan di atas (ini nota saya ketika mengaji kitab aqidatun najin karangan sheikh muhammmad daud al-fathani, syarah ummul barahin karang sheikh sanusi dgn ustaz tauhid saya dahulu), maka apakah kristian bercadang hendak gunakan kalimah allah mengikut kaedah yang islam gariskan sedangkan allah sendiri memberi peringatan bahawa yahudi dan nasrani selama-lamanya tidak redha dengan aqidah kita sehingga kita redha pada akidah dia.

Dan dari sini juga kita dapat "mustahil" pihak kristian menggunakan kalimah ALLAH merujuk kepada allah dengan sifat2 kesempurnaan yang qadim dali azali bebas dari segala kesyirikan dan keberhalaan. Berasaskan pengetahuan inilah betapa saya amat tidak bersetuju dan menyatakan bahawa kristian tidak layak menggunakan kalimah allah merujuk kepada konsep ketuhanan mereka yang bathil dan sesat.

Cukup sekadar di sini kerana terpulanglah kepada pembaca yang ingin, menilai baik buruk tulisan saya dan sekali lagi saya nyatakan, saya tidak paksakan anda menerima bulat2 atau menolak bulat2 apa yang telah saya nukilkan.

Selaku faqir ilmu disisi Allah, saya tinggalkan perbahasan ini dengan memohon maaf atas segala salah silap atau kekurangan yang datang dari diri saya - intaha.

Wallahua'lam

Artikel ini adalah komen-komen saya sebagai respon kepada Tulang Besi di dalam blog http://www.politikbanjar.blogspot.com untuk pembacaan lebih lanjut

No comments: