About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, January 7, 2010

BAHAS ISU KALIMAH ALLAH : ANAK BAPAK Vs TULANG BESI Bhg 2

Saudara Tulang Besi, jika anda nak pakai yang wikipedia pakailah, saya berpegang pada apa yg saya sudah tulis, untuk apa saya menulis begitu panjang komen ini, kerana "memberi"kan permohonan kristian menggunakan kalimah allah berdasarkan apa yang mereka perdebatkan tetap tidak sama dengan sifat-sifat allah yg qadim lagi azali.

Saya merujuk kepada kitab pengajian yg ditulis hasil kajian pensyarah muslim, dan tidak kepada sumber yg ditulis oleh orientalis atau ateist. Dan saya cukop sekadar ini dan sekurang2nya anda tahu kenapa saya pertahankan pendirian ini berdasarkan suasana di malaysia kini dan saya juga tahu apakah premis pemikiran anda yang saya kira tak lebih sekadar menyokong tulisan dan pendirian khalid samad saja.

Saya bimbang satu masa nanti, kalau anak-anak kita bertanya, kristian juga bertuhankan allah, maka si kristian berkata saling menuding jari : itu dia (patung jesus crist) dan ini dia (salib), kita pulak berkata, itu bukan allah, tapi itu patung jesus crist dan bukan allah.

Kalaulah anak-anak kita bertanya semula, kalau itu bukan allah, buat apa benarkan mereka guna kalimah allah walhal sebelum ini mereka guna kalimah tuhan atau god atau jesus crist sahaja..? Dan kita jawab (ikut rasional TB) pasal al-quran sebut org kafir jugak guna kalimah allah? kemudia anak-anak kita tanya balik, apakah allah boleh ditunjuk dalam bentuk benda yg nyata bercanggah dengan sifat sempurna bagi allah..? Apa kita nak jawab...??

Maka apakah apabila allah sebut dalam al-quran yg merujuk kenyataan nasrani bahawa isa itu ibnullah menunjukkan allah redha dengan apa yg disebut oleh nasrani? Allah sbut semula apa yg disebut oleh nasrani, bukan allah sebut kemudian nasrani ikut apa yg allah sebut, sebab itu ayat ini bukan khusus seagai dalil boleh guna nama allah oleh kristian, tapi alah nak cerita pada kita betapa mereka ini dahulunya pada asal beriman dengan ke-esaan allah tetapi menentang ajaran rasul-Nya dan mereka-reka perkara bid'ah dlm agama mereka dengan mengatakan bahawa uzair anak allah, isa anak allah, para malaikat anak perempuan allah, bukan bermaksud allah setuju, tetapi allah nak tunjuk kesesatan yahudi dan nasrani..pegilah rujuk kitab tafsir dulu kemudian baru bagi konklusi, jgn semata2 nak pertahankan huah khalid samad saja!!!(maaf kasar sedikit)saya bersetuju dengan isbat nas al-quran, tapi tak bersetuju dengan tafsiran anda!!!

Jika anda sebut ada banyak kesalahan dan banyak salah faham saya, sebutkan dimana salah faham dan kesalahan saya! Saya dah pun sertakan alamat web untuk download pendirian wakil al-azhar tentang pa yg terjadi di malaysia,suasana tidak sama menyebabkan keperluan hukum juga tak sama.di mesir terdapat banyak majlis percambahan ilmu dalam bentuk bahas dan debat yg secara tak langsung rakyat mesir ada asas ilmu yg kukuh berbanding majoriti rakyat di malaysia.

Kalau salah lah fahaman saya, maka salah juga pensyarah saya yng mengajar perbandingan agama di alazhar, prof dr baha' bin abdut tawab, melalui dialah saya berbincang soall ketuhanan agama-agama samawi lain.dr baha' juga pernah mengajar di kolej insaniah kedah, specialistnya dlm bidang perbandingan falsafah dan agama.

Bahkan saya masih ingat pesan beliau sebelum saya pulang ke tanah air, beliau pesan, tugas kamu adalah menerangkan tauhid yang sebenar dan membatalkan syirik, ketahuiah bahawa jika kita mengatakan semua agama sama, maka kufur kamu, jika tuhan kita dan tuhan mengikut aqidah mereka adalah sama, maka murtad kamu, ketahuilah bahawasanya allah itu "ma'bud bihaqqin" ai..takkan anak murid nak lawan tok guru?

Soal ortodox di mesir, ingat, ortodhox saja dah ada 12 mazhab lebih, semua pasal apa yg berlaku beribu tahun dulu, saya dah jelas panjang lebar dlm komen saya, mcm jugak anda, nak terima tak terima, itu anda punya suka. tapi berdasarkan sejarah itulah menyebabkan saya amat kuat menyatakan, ada benda yang tak kena dengan permohonan katholik di malaysia ini.

Tak tahulah pulak kot ada yg setuju keputusan mahkamah sebab nak jaga undi gereja-gereja kahtolik di kawasan parlimen dia..wallahua'lam

________________________________________________________________________________________________

Artikel ini adalah komen-komen saya sebagai respon kepada Tulang Besi di dalam blog http://www.politikbanjar.blogspot.com untuk pembacaan lebih lanjut

No comments: