About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, January 7, 2010

BAHAS ISU KALIMAH ALLAH : ANAK BAPAK Vs TULANG BESI Bhg 1

Saya amat bersetuju dengan kenyataan tuan dan saya jugak amat bersetuju juga dengan teguran tuan kepada saya bahawa; "Apa yang dijelaskan oleh al-Banjari itu bukan Kristian tetapi Nasrani.", mengikut dasar pemahaman tuan. Namun pada saya tetap berpendirian bahawa nasara/nasrani atau kristian tiada bezanya.

Kenapa saya menolak kalimah Allah digunakan oleh Kristian ? dan kenapa sebelum ini saya menulis bahawa memang wujud perbalahan soal ketuhanan unity, trinity dan lain..? Ia tidak lain hanya hendak menjawab soalan Tulang Besi bahawa memang wujud soal perbalahan sesama Kristian berkaitan soal tuhan dan nyata mereka semua tetap kafir.

Sekadar mengingatkan semula sejarah, bagaimana ajaran nabi Isa a.s menjadi rosak dan akhirnya mereka menyatakan nabi Isa itu tuhan dan nyata bercanggah dengan sifat Allah yang qadim lagi azali. Perlu dijelaskan disini bahawa perbalahan di kalangan paderi Kristian tentang soal unity, trinity, tuhan anak,bapa dan ruhul qudus adalah keputusan2 yang dicapai oleh mereka dalam sekian siri persidangan (majmak) yg mereka adakan.

Bermula dengan majmak niqqiyyah (ini dalam bahasa arab) atau Council of Nicaea dalam tahun 325M dan dipengaruhi oleh kerajaan Rom. Qastintiniy adalah salah se-orang yang antara mencetuskan isu banyak tuhan sebab pahaman dia yang paganisme. Undi majoriti sebenarnya memihak kepada mereka yg berpendapat bahawa nabi Isa bukan tuhan, tetapi Rom menggunakan kuasa kerajaan untuk hanya menerima undi minoriti bahawa nabi Isa atau Jesus itu sebagai tuhan. Belum wujud lagi trinity ketika ini.

Berikutan itu paderi2 yang kata nabi Isa bukan tuhan dihalau keluar dari gereja bahkan ada yang dibunuh dan dibuang negeri. Dan antara yg jadi mangsa jugak adalah paderi2 dari Iskandariyah walaupun yang mempeloporinya ialah St. Athansius yg berasal dari Iskandariah. Yang mengatakan nabi Isa bukan tuhan pulak adaah St. Arius, saya memperbetulkan kenyataan TB di sini, St. Arius juga berasal dari Iskandariah, Mesir, kira sekampung lah dengan St. Athanasius. Jelas disini bahawa kenapa wujud di Mesir ada yang paham atau apa saja (unity tak sama dgn makna tauhid ) sebab kedua2 pelopor adalah berasal dari Iskandriyah, TB kena baca sejarah ini, buleh rujuk dalam buku2 perbandingan agama, buku saya pula dalam bahasa arab, kot payah nak baca, tapi TB kata dia kerja kat Mesir dulu, lagipun katanya budak al-Azhar tak padai Arab..?? suka hati dialah !

Lepas tu berlaku pulak Majmak Suri ( Counsil of Sur) lebih kurang 9 tahun lepas Majmak Niqqiyyah. Ha..yang ini menolak keputusan Council of Nicaea, paderi dalam persidangan ini buat keputusan bahawa nabi Isa bukan tuhan, tapi kerajaan Rom tolak dan pertahankan nabi Isa adalah tuhan.

Lebih kurang 40 tahun lebih, selepas itu barulah ada Majmak al-Qistintiniyyah al-‘ula (1st. Council of Costantinapol) Dalam majmak ini baru mereka bincang pasal konsep tuhan trinity. Dalam persidangan inilah yg mereka isytiharkan kenyataan rasmi yang dipanggil Nicene Creed. Untuk pengetahuan TB, pernyatan Nicene Creed yang diterjemah dalam bahasa arab di panggil QANUN AL-IMAN AN-NIQAWIYA (betulkan kalau salah)

Lafaz dalam terjemahan arab seperti dalam kitab pengajian saya seperti ini;

Nu'minu bi ilahu wahid, Aab dhabithulkulliy, Khaliqussamaa’I wal ard,wa kullu ma yara yama la yara,

Wa Bi Rabbi wahid yasuu’u al-masih, ibnullah (anak tuhan/anak allah?) al-wahid,al-maulud minalab qobla kulladduhur, nurun minannur, ilahun haqqi min ilahi haq, mauludun ghairu makhluq,musawin lil’ab filjauhar alladzi bihi kana kulla syai/in, alladzi min ajlina nahnulbasyar wa min ajli kholasina nazala minassama’I w tajsudu birroohilqudus minal maryama al-ghazara’, wa soora insaanan wa solban ‘anna ‘ala yadin bilathis al-al-binthiy, taallama wa maata wa dafana, wa qaama filyaum athalis hasibal kutub, wa so’ada ilasamaa’I, wahua jaalisun ‘an yaminil’ab wa saya’ti aidhan bimajdi ‘azhim liyainal ahya’ wal amwaati alladzi la fana’ limulkahu.

Wa (nukminu) brruhuilqudus ar-robbilmahya al-munbathiqu minal’ab,alladzi hua ma’a ‘ab walibnu yasjudu lahu wa yamjudu an-nathiq bil-anbiya’ warrusul, wabikanisati wahidah muqaddasah jaami’ah rusuliyyah wana’tarifu bima’judiyyah wahidah limaghfiratil khothoyaa wa nantazhiru qiamatilamwaat wal hayaatilukhra, amin.

Jelas kat situ ada didalamnya yang guna kalimah Allah dan ada kalimah rabb dan kalimah ilah, so yg mana satu..? yang buat Nicene Creed ini geng-geng 3 dlm 1, dan penggunaannya tetap merujuk kepada tuhan bapa anak dan ruhhul qudus, sebab itulah saya menentang mereka gunakannya sebab selama2nya mereka akan nisbahkan tuhan kepada apa yg mereka imani.

Dan soal koptik di Mesir, ada yg menolak Nicene Creed ini, dan dalam pergaulan arab, memang kalimah allah biasa digunakan kerana faktor sejarah yang sama, di Malaysia macam mana pulak waqi’nya..? Itulah sebab dalam komen saya yang lepas2 hanya nak cerita wujudnya puak2 dalam kristian saja. Yang nyata semuanya kufur.

Di Mesir, islam dan kristian sentiasa berintraksi dalam banyak cara, dan kebanyakkannya adalah perbahasan soal allah, rakyat di Malaysia ni apakah tahap intelek aqidah mereka sampai boleh bahas ke tahap ini? Yang nyata ia boleh keruhkan lagi suasana dengan menimbukan kekliruan sebab pengajian aqidah/ilmu tauhid amat sikit dan pemahaman soal sifat2 allah jugak amat lemah! Itu sebab adalah lebih baik dihalang pengunnaan kalimah allah bagi selain islam di Malaysia?

Berhubung Nicene Creed ini jugak, untuk makuman TB, ia dikeluarkan di Kostantinapole bagi menyatakan pendirian tentang keputusan di Naqaea, dan bukan dibuat di Naqaea.

Dan dalam Persidangan Kostantinapol ke-4 ini juga, keputusan dibuat bahawa semua isu berkaitan Kristian(Nasrani dalam bahasa arab) mesti dirujuk kepada Gereja Besar Rom (Kanisah al-azhim ar-Rumawi) atau Church of Rome. Sebab itulah macam yang saya sebut sebelum ini, yg lepas-lepas (respon kepada tulang besi) bahawa bermula di sinilah jawatan POPE diadakan dan kuasa pope mengatasi gereja-gereja besar yang lainnya termasuklah di Mesir.

Maka dengan itu bermula disinilah berlaku perpecahan besar soal unity atau trinity. Trinty lebih kepada tuhan anak manakala unity lebih kepada tuhan bapa. Dan disinilah mulanya gereja timur dan barat. Timur kata - terpancar dari tuhan bapa yang mereka sebut Allah kat Mesir, Syria, Lubnan, Iraq dan yang sewaktu dengannya.

Yang kata terpancar dari tuhan anak dia tak sebut allah, dia sebut lain, sebab itu penterjemahan Injil pun beza, yg barat guna God, Lord, Jesus dll. Dalam bahasa hebre dia panggil elahom atau eli, sepertimana yang disebutkan oleh bahlontong@lutong dimana dalam mettews 47, “eli eli lima scabacthani”, dalam Injil bahasa arab dan buku pengajian saya (juga dalam bahasa arab) dia sebut “ ilahi lahi, lima taraktani” yang bermaksud “tuhanku tuhanku kenapa engkau tinggalkan aku” taraktani itu berasal dari perkataan taraka berbeza dgn bahasa Hebrew “scabact”, untuk pengetahuan bahlontong, walaupun bahasa arab dekat dengan ibrani (kerana berasal dari bahasa samiah atau sematik “sam merujuk kepada anak nabi nuh : sam bi nuh) tetapi dia berdiri dengan entity sendirinya, adapun yg mengatakan bahasa bahasa arab hasil dari percambahan bahasa Hebrew, itu adalah propaganda orientalis untuk menafikan mukjizat al-Quran kononnya Rasulullah bukan terima wahyu dari Allah, tapi cerita dongeng ahli kitab’ na’uzubillah !

Dan di dalam Inji bahasa arab pun ada kalimah guna allah ada yang ilah, ada yang guna rabb sebab dia ikut mazhab yang menentang keputusan Majmak Qistantiniyyah ke-4 itulah ! Itu sebab 100 tahun lepas Counsil of Costantinapole-4, ada pula yang kelima (Majmak Qistintiniyyah al-Khomisaho) yg menyatakan roh qudus terpancar dari tuhan anak bukan bapa.

Manakala pada tahun 1215M diadakan pula Counsil of Rome bahawa pope boleh ampunkan dosa dan boleh bagi kuasa itu pada sapa yg dikehendaki kemudian Council of Rome 1869, memutuskan di persidangan itu bahawa pope dianggap maksum.

*Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi TIDAK bersetuju kristian tak layak guna kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja. Sedangkan begitu punya panjangnya sejarah, mereka tetap mahu tentukan konsep ketuhanan, saya yakin sampai bila-bila pun itulah pendirian kristian, dan hati saya kuat menyatakan bahawa ada yg tak kena bila kristian mintak nak guna nama allah.
____
Pembetulan fakta : *"Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi tidak bersetuju bahawa kristian tak layak guna kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja"

yang betul ialah:"Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi bersetuju bahawa kristian tak layak gua kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja". Harap tulang besi baca pendirian saya ini.

Artikel ini adalah komen-komen saya sebagai respon kepada Tulang Besi di dalam blog http://www.politikbanjar.blogspot.com untuk pembacaan lebih lanjut


No comments: