About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, December 21, 2009

MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PAS part 5

TINDAKAN

Bagi melaksanakan Dasar PAS (Islam). Tujuannya yang terkandung di dalam Fasal 3 dan Fasal 5 (1) dan (2) Perlembagaan PAS, maka usaha-usaha yang digariskan oleh Fasal 6 (1) hingga (5) hendaklah dijalankan secara berterusan dan semua organisasi yang ada dalam PAS mengikut ketetapan-ketepan dan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri mengikut peringkat-peringkat masing-masing, bermula daripada Pusat, Perhubungan Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan demikian juga Dewan-Dewannya (‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat).

Adapun usaha-usaha lain seperti yang dinyatakan oleh ceraian Fasal 6 (6) hingga (11), ialanya perlu diambil perhatian oleh PAS dalam melaksanakan program-program kerjanya dari masa ke semasa mengikut kepentingan dan keutamaan.

Apa yang paling penting dan mustahak yang mesti ifahami di dalam Fasal 6 ini, Perlembagaan PAS telah menggariskan panduan tetag apa yag harus dilakukan olehnya dalam melaksanakan ajaran dasar dan juga kehendak tujuannya.

Dalam menjalankan tindakan ini, setiap organisasi PAS hendalah memahami dengan baik tentang apa yang berkaitan dengan Perlembagaan PAS sama ada yang berbentuk dasar mahupun yang bersifat petadbiran organisasi parti kerana dengan kefahaman inilah segala gerak kerja dan tindakan dapat dijalankan dengan ikhlas dan baik.

Yang paling penting diperhatikan oleh kita semua sebagai ahli-ahli PAS ini ialah mempastikan bahawa PAS tetap meneruskan perjuangan atas dasarnya yang dipersetujui bersama dan dituntut oleh ajaran dasar (Islam) supaya setiap muslimin dan musimat turun berihad ke jalan Allah hanya kerana Allah dan menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara. Dengan yang demikian akan terhindarlah dari kita sebarang apa jua corak fahaman dan pandangan yang mendewa-dewakan manusia, harta benda dan yang seumpama dengannya. Begitu juga setiap ahli menghayati dan memahami bahawa setiap gerak-geri dan amalannya di dalam atau diluar parti adalah mempunyai hubungan antara dosa dan pahala sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 7(1) Perlembagaan PAS (Pindaan 2002). Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita bersama untuk membenteras kefahaman seperti yang dinyatakan tadi dari meresap masuk dalam Parti Islam Se-Malaysia, Insya-Allah.

ADAB DAN WALA’ AHLI KEPADA PARTI

Perlembagaan PAS Fasal 76 (1) (a) hingga (h), menyatakan secara jelas supaya menjaga adab sebagai seorang ahli sama ada di dalam mahupun di luar urusan parti bahkan ia dikira amat serius jika menyalahinya. Ini kerana syakhsiyah seseorang ahli itu boleh memberi kesan dari segi pandangan dan persepsi masyrakat awam terhadap parti lebih-lebih lagi terhadap Islam itu sendiri. Jika sekiranya terdapat ahli yang bersikap dan bertindak ataupun berpendirian di luar kerangka adab seperti yang termaktub di dalam parti, dikhuatiri akan memberikan pandangan dan persepsi negative masyarakat awam terhadap parti dan institusi Islam secara umum dan boleh mencetuskan amalan tidak sihat serta perpecahan dalam parti.

Fasal 76 Tatatertib PAS

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti.

(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.

(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.

(f) Mengamal akhlak Islam.

(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Dalam fasal ini juga dipertegaskan bahawa, wala’ hanya boleh diberikan kepada PAS sahaja seperti yang termaktub di dalam Fasal 76 (1) (h). Ini kerana jika terdapat ahli PAS yang tidak memberikan wala’nya kepada PAS bahkan bertujuan hanya untuk menjayakan tujuan dan kepentingan-kepentingan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan luar, nescaya ia hanya akan mewujudkan suasana perpecahan dikalangan ahli seterusnya melemahkan jentera orgnisasi parti semua peringkat. Penegasan ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya “jama’ah dalam jama’ah” di dalam parti.

SERUAN PAS

Fasal 4 Perlembagaan PAS (pindaan 2002) menyebut bahawa Seruan PAS ialah “ALLAHU AKBAR”.

Kepada ahli-ahli Pas khususnya dan masyarakat umumnya sepatutnya tidak terkeliru dengan perkara ini. Ada orang mengatakan bahawa ketika kita cuba hendak menghayati seruan ini, mereka mengatakan bahawa ahli-ahli PAS hanya terikut-ikut dengan amalan “takbir” sahaja. Sepatutnya sebelum kita menerima bulat-bulat sesuatu tanggapan seperti ini terhadap usaha kita harus kembali merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menjadi peangan tertinggi ahli-ahli Pas demikianlah juga Perlembagaan Parti. Jika seruan ini bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Perlembagaan PAS itu, barulah boleh kita menolak amalan bertakbir ini.

Perlu dinyatakan disini bahawa seruan ALLAHU AKBAR ini baca oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dalam apa ketika sekalipun samada ketika susah mahupun senang.

KESIMPULAN

Bahawa sesungguhnya, adala menjadi kewajipan kepada semua ahli-ahli PAS meneruskan perjuangan melalui PAS ini selama ianya tetap di atas dasar Islamnya sepeti yang dinyatakan dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Hal ini adalah keranaberjihad di jalan Allaah ( Jihad Fi Sabililah) bagi menegakkannya di atas dasar itu adalah salah satu dari tuntutan Islam terhadap para menganutnya.

Bahawa PAS sebagai wadah dan Jama’ah yang menjadi alat dan wasilah untuk mendaulatkan Islam di negara ini dalam apa hal dan keadaan sekalipun, mestilah meneruskan gerakanna di atas dasar Islam yag telah mengukuhi dasar Parti ini.

Bahawa perjuangan kita sebagai ahli-ahli PAS adalah kerana Allah demi untuk menyempurnakan ketaqwaan kita kepada-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya sebagaimana yang ditegaskan dalam muqaddimh Perlembagaan PAS itu. Itulah niat dan azam kita semua, Insya-Allah.

Searang perkara yang berkaitan dan perselisihan faham di atas tafsira Perlembagaan PAS iaitu Aturan dan Peraturan, Muktamar/Masyuarat PAS serta lain-lain peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlmbagaan ini hendaklah dirujuk kepada “MAJLIS SYURA ‘ULAMAK” dan sebaran keputusannya adalah muktamad, selagi mana ia tidak dipinda atau diubah oleh Muktamar. ( Sila rujuk Fasal 79 (1) Perlembagaan PAS (Pindaan 2002).

Ini member makna bahawa “MAJLIS SYURA ‘ULAMAK” sahajalah yang boleh membuat tafsiran yang muktamad kepada Perlembagaan PAS itu dan tidak pada yang lain.

Bahawa kefahaman kita kepada konsep Perlembagaan PAS ini hendaklah didasarkan kepada DASAR PAS itu sendiri yang sumbernya seperti yan ditegaskan dalam fasal 7, iaitu:

“KITABULLAH dan SUNNAH serta IJMAK ‘ULAMAK daN QIAS yang terang dan nyata.

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

No comments: