About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, December 21, 2009

MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PAS part 3

DASAR YANG NYATA DAN JELAS

Setelah kita memahami definasi Islam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, adalah diharapkan semoga ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengambil Islam sebagai dasar khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, tidak akan keliru, terkeliru dan dikelirukan dengan mana-mana pengertian lain yang tidak disandarkan kepada nas. Kefahaman terhadap pengertian Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS itu memang jelas lagi nyata. Hanya musuh-musuh Islam sahaja yang cuba mengelirukan masyarakat bahkan ahli-ahli PAS juga. Dengan sedikit penjelasan ini, kita berharap agar masyarakat umumya dan ahli-ahli PAS khususnya mendapat kefahaman yang betul dan seragam tentang dasar perjuangan PAS. INi adalah sangat penting dalam usaha meneruskan dakwah dan Islam kepada seluruh rakyat Negara ini.

Bertitik-tolak dari kefahaman tersebut, sebagai ahli PAS, maka kita hendaklah berusaha memantapkan keyakinan kita terhadap kebenaran Islam itu tanpa sebarang keraguan dan ketakutan. Adalah juga menjadi tugas dan tanggungjawab setiap ahli PAS melandaskan kefahamannya kepada Islamyag menjadi dasar PAS sebagaimana yang diterangkan di atas, sama ada dalam kehidupan individu mahupun berjama’ah, berkeluarga, bermasyarakat hatta bernegara tanpa sebarang pemisahan di antara satu dengan yang lain.

Berteraskan dasar Islam yang didokong oleh PAS sebagai dasar parti, bermakna setiap sikap, pemikiran, amalan, tindakan dan keputusan-keputusan yang dikeluarkan oelh PAS wajib dicorakkan oleh Islam dan tidak boleh keluar dari kerangka Islam.

Dari kefahaman kepada definasi-definasi Islam itu, telah menegaskan lagi bahawa adalah suatu yang tepat dan benar kita meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan melalui parti Islam ini. Dan ini bermakna bahawa Fasal 3 Perlembagaan PAS itu mempunyai kekuatan yang boleh membezakan I antara ahli PAS dengan kefahaman ahli-ahli parti lain yang mengambil idealogi dan dasar-dasar ciptaan akal manusia sebagai pegangannya, terutama dalam politik, ekonomi, pendidikan sehinggalah pentadbiran negara.

ISLAM SEBAGAI DASAR YANG WAJIB DITEGAKKAN

Memang benar, kita telah menjadikan Islam sebagai dan kita memahami bahawa Sirah Nabawiyyah mengajar kita betapa Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W itu tidak tegak dan berkembang seperti yang dapat kita lihat sekarang tanpa jihad daripada Rasulullah S.A.W dan generasi para shabat baginda yang terawal. Telah diperlihatkan kepaa kita betapa hebatnya jihad itu. Berbagai usaha dan tindakan telah dilakukan oleh Baginda S.A.W untuk menegak dan memartabatkan Islam itu sebagai agama Allah seperti yang didefinasikan tadi.

Berasaskan kepada itu, maka untuk mencapai tujuan-tujuan yang disebutkan dalam Fasal 5 (1) dan (2) iaitu:

Fasal 5. Tujuan PAS ialah;

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerekaan dan kedaulatan Negara.

Fasal 5 (1) dan (2) telah dijelaskan dalam Fasal 6 (1) hingga (11) iaitu:

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui akwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4)Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6)Menyertai dan bekerjesama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tuggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahaa Al-Qur’an.

(8)Berusaha memperjuangkan wujudnya kebudayaa negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercangah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9)Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di Negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam Negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan dikalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Jika kita melihat kepada Fasal 6 ini, maka kita akan lebih faham lagi bahawa Perlembagaan PAS (pindaan 2002) itu menghendaki supaya sebarang usaha dan kegiatan PAS mestilah tidak bercanggah dengan ajaran dasarnya. Jika dilihat kepada setiap satu peruntukan Fasal 6 ini, kita akan melihat betapa memperjuangkan keseluruhan aspek kehidupan bermula dari aspek individu, bernegara hinggalah hubungan antarabangsa. Kesemua peruntukan ini digubal berdasarkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Islam itu sendiri.

Menyeru manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui akwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Peruntukan ini menunjukkan bahawa menjadi tugas PAS dan ahli-ahlinya untuk menyeru manusia seluruhnya, sama ada kepada muslim atau non-muslim kepada agama Allah dan Sunnah Rasul-Nya, iaitu aqidah dan syari’at Islam dengan cara dan kaedah berikut:

Lisan : Ceramah, Kuliyah Pengajian, Usrah, Muzakarah, Seminar dan seumpamanya.

Tulisan : Akhbar, Majalah, Buku, Kajian Ilmiyyah, Laman-Laman Web, Blog-Blog dan seumpamanya.

Amalan : Seperti sikap, peribadi, tindakan perbuatan dan secara ringkasnya iaitulah akhlak.

Melalui peruntukan-peruntukan ini juga, kita dapati bahawa PAS akan memberikan pandangan, sikap dan pendiriannya terhadap apa jua isu khususnya berkaitan politik, ekonomi, kemasyarakat dan pendidikan, begitu juga isu-isu selain daripada yang disebutkan tadi. Dengan syarat, bahawa sikap, pandangan dan pendirian PAS terhadap sesuatu isu dan perkara itu mestilah tidak melanggar dan bercanggah dengan Islam yang menjadi dasar PAS seperti yang termaktub di dalam Fasal 3 dan mestilah juga dalam lingkungan Perlembagaan dan Undang-Undang negara seperti yan termaktub di dalam Fasal 6 (11).

Maka oleh itu tidak seharusnya ditimbulkan kekeliruan bahawa PAS ini adalah parti dakwah atau seumpamanya, kerana yang wajar difahami oleh kita bahawa dasar Islam merangkumi semua aspek kegiatan termasuklah dakwah, politik dan sebagainya.

Ini menjelaskan lagi kepada kita dan setiap manusia yang ingi mengakui kebenaran dan bersiap jujur serta tidak berdolak-dalik terhadap ajaran Islam itu, bahawa PAS adalah wadah dan wasilah kepada setiap muslimin dan musliat jalan untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka bagi mendaulatkan Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang sempurna dan lengkap dari segi aqidah, syari’at dan akhlaknya seterusnya membangunkan negara dan ummah serta memelihara kesejahteraan dan kemanannya.

No comments: