About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, December 21, 2009

MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PAS part 1

MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PAS

Bagi sesiapa yang membaca dan meneliti Perlembagaan PAS (Pindaan 2002), mereka akan memahami bahawa niat, tujuan dan azam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu adalah untuk menyempurnakan rasa takut kepada Allah iaitulah taqwa dan kebajikan kepada sesama manusia, yang menjadikan bagi menegakkan al-amru bilma’rf wan nahyu ‘anil mungkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Niat dan azam PAS dengan jelas dizahirkan melalui pembentukan sebuah gerakan atau jama’ah Islam yang dipanggil PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS). Dengan sebuah perlembagaannya yang mengandungi beberapa penyataan dasar, tujuan dan seruan, usaha-usaha, hukum tertinggi dan kekuasaan serta peraturan-peraturan tertentuyang mengikat mereka yang menyertainya untuk menyumpurnakan iman dan taqwa kepada Allah serta berbuat kebajikan sesama manusia sesuai dengan tuga dan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah Ta’ala.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ


“tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk tunduk (kepadaku)”
(Surah Az-Zariyat : ayat 56)

Itulah niat dan azam PAS seperti yang terkandung di dalam undang-undang tubuh atau perlmbagaannya. Ia sudah cukup jelas dan nyata, tiada sedikit pun wujud kekeliruan di dalamnya. Dengan ini juga bermakna bahawa setiap orang yang menyertai PAS mestilah mempunyai kefahaman dan pegangan serta kayakinan yang jelas dan sempurna bahawa ‘aqidahnya adalah ‘aqidah Islamiyyah, dan syari’ah serta akhlak yang wajib didaulat dan dimartabatkan iaah syari’at dan akhlak Islam. Sekiranya ikalangan ahli yang mendokong PAS ini keliru, dikhuatiri masyarakat awam akan lebih keliru.
Kefahaman yang pasti ada dan sentiasa dihidup suburkan di kalangan ahli-ahli PAS ialah;

i) Niat dan azam yang betul seperti yang ditegaskan di atas.

ii) Keyakinan dan tindakan yang betul seperti yang dituntut oleh Islam
sebagaimana dasar PAS yag termaktub di dalam perlembagaannya.


KEFAHAMAN TENTANG DASAR PARTI

Dewasa ini, masyarakat dunia amnya, dan rakyat “satu” Malaysia khususnya telah dihidangkan dengan berbagai-bagai dasar perjuangan yang dicipta, digubal dan diamalkan oleh parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan politik mahupun non politik, antaranya ialah;

a) Sekularisme
Sekularisme adalah suatu fahaman yang memisahkan urusan agama dari semua aspek kehidupan. Kejayaan yang paling besar ialah memisahkan urusan agama dengan urusan politik dan bernegara. Perkara ini adalah amat bercanggah dengan dasar, amalan dan matlamat yang telah digaris panduankan oleh Islam. Kesan dari fahaman ini ialah, ianya akan mengenepikan apa jua yang bersangkut dengan hukum dan peraturan yang telah ditetapka oleh Islam.

b) Komunisme
Komunis adalah satu fahaman falsafah yang menafikan wujudnya tuhan. Ia menganggap bahawa agama itu umpama “candu” dalam kehidupan masyarakat dan harus dihapuskan. Sesungguhnya idealogi ini juga amat bertentangan dengan Islam. Dalam negera yang mengamalkan idelogi ini, rakyat akan dikerah bekerja untuk negara di bawah seorang pimpinan diktator atau kuku besi.

c) Sosialisme
Sosialisme aalah satu idealogi politik dan ekonomi social yang menganggap bahawa semua rakyat adalah sama sahaja tanpa mengira latar pendidikan, lemahiran atau usaha. Idealogi ini juga sebenarnya adalah penerusan fahaman komunis dengan sedikit “ubah suai” agar dilihat “tidak zalim”. Idealogi ini percaya bahawa semua rakyat perlu bekerja untuk kepentingan Negara dan hasil pendapatan mesti diagihkan sama rata di kalangan rakyat meskipun seoseorang itu doktor perubatan atau pemungut sampah, malas atau rajin, bodoh atau jahil. Ia adalah kononnya untuk menjaga kepentingan dan kbajikan masyarakat tetapi tidak menjadikan agama sebagai asas untuk menilai keailan sosial dan keadilan ekonomi. Sebaliknya idealogi ini telah dan sedang membunuh keupayaan dan potensi yang ada pada individu.

d) Pragmatisme
Pragmatisme adalah idealogi yang mengamalkan pendekatan mengamalkan sesuatu atau tindakan mengikut keperluan dan kesesuaian suasana keadaan, tempat dan masa. Faham pragmatism ini mengizinkan seseorang itu untuk tidak berpegang kepada prinsip dan dasar bagi mencapai maksud dan tujuan tertentu. Ia boleh berubah-ubah mengikut kesesuian. Iealogi ii amat jelas bercanggah dengan Islam.

e) Kapitalisme
Kapiltasme adalah idealogi dan falsafah ekonomi yang mengamalkan amalan perdagangan bebas di mana individu dibenarkan bersaing dalam aktiviti ekonomi dan mengaut seberapa banyak keuntungan termasuklah melakukan amalan riba’ dan laba yang melampau serta penindasan ke atas manusia yang lain. Falsafah Kapitalisme ialah alam semesta ini wujud dengan sendirinya dan manusia tidak bertanggungjawab kepada sesiapapun. Asas pegangan inilah siste ekonomi Kapitalis menganggap bahawa harta itu adaah milik mutlak individu. Lantaran itu manusia bebas untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk memiliki harta termasklah mengambil kesempatan terhadap golongan berhutang dan miskin. Idealogi dan sistem ini adalah jelas bercanggah dengan Islam.

f) Nasionalisme
Nasioanalisme adalah suatu idealogi yang mementingkan bagsa, kaum atau golongan sendiri dan akan mempertahankan golongan sendiri biarpun bercanggah dengan nilai-nilai asas, prinsip dan dasar, apatah lagi agama. Di Malaysia, nasionalisme ini pada awalnya merujuk kepada ebajikan dan perjuangan bangsa Melayu sebagai asas, kemudian ia berubah menjadi kepentingan ekonomi sebagai asas nasionalisme di mana munculnya nasionalisme baru dikenali sebagai “Melayu Baru”, kemudian ia berubah menjadi “Bangsa Malaysia” dan yang paling terbaru ialah “Satu Malaysia”. Biar apapun nama yang diberikan, idealogi ini tidak mempunyai asas yang kukuh dan sentiasa berubah mengikut kehendak pengamalnya. Pada kebiasaannya, idealogi ini juga mempunyai hubungan rapat atau persamaan dengan idealogi pragmatism.

g) Demokrasi
Demokrasi boleh dibahagika kepada dua sudut, iaitu falsafah dan amalan. Dari sudut falsafah yang juga dianggap seagai anutan, demokrasi barat yang berfahaman secular meletakkan suara mejoriti sebagai kuasa mutlak dalam menentu dan menggubal dasar dan prinsip untuk diamalkan. Dari segi amalan pula, keputusan mengenai sesuatu perkara boleh dibuat berdasarkan suara atau undi majoriti daripada rakyat. Ini bermakna, seseorang wakil rakyat itu boleh dipilih untuk memimpin berdasarkan undi terbanyak. Dalam masa yang sama, apabila menggubal atau membuat peraturan contohnya untuk menghalalkan lesen perjudian, pelacuran dan sebagainya, ia boleh diamalkan sebagai suatu yang bukan kesalahan atau dosa lagi setelah ia mendapat suara majority. Maka sesunggunya falsafah demokrasi seperti ini adalah bercanggah dengan Islam walaupun amalalan demokrasi itu boleh diterima dalam konteks yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Persoalannya kini ialah, mengapakah terdapat di kalangan rakyat khususnya masyarakat Islam memilih dasar-dasar seperti mana yang di sebutkan di atas sebagai perjuangan dasar perjuangan mereka? Bahkan yang lebih malang ialah, ramai dikalangan orang Islam sendiri yang menjadi juara kepada dasar-dasar tersebut. Dari satu sudut, mengikut dasar-dasar di atas boleh mendatangkan kekayaan dan kesenangan dan boleh mendapat kedudukan yang dipandang tinggi kerana kebanyakan bahkan hampir seluruh dasar kerajaan-kerajaan di atas muka bumi ciptaan Allah Ta’ala ini “beriman” dan “bersyari’at” dengan salah satu fahaman atau idealogi tersebut.

No comments: