About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Saturday, November 28, 2009

UCAPAN PENUTUP PRESIDEN PAS, SEMINAR PERKASA PARTI

UCAPAN PENUTUP PRESIDEN PAS

Pertama-tamanya bagi pihak pimpinan PAS pusat, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya di atas kehadiran tuan puan dari seluruh pelusuk negara. Di seminar ini kita, telah melakukan perbincangan dan perbahasan yang hangat ini dengan penuh kematangan. Semoga kehadiran kita ke sini diberkati oleh-Nya.

Dalam politik ,kita sekarang ibarat orang-orang yang sedang berada di padang dan yang lain adalah penonton dan petugas. Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak, terdapat pengurus, ketua pasukan, pemain bola dan penyokong-penyokong. Dan di kalangan penyokong ini ada yang cuba melakukan provokasi seperti melempar mercun untuk mejatuhkan kita. Jadi sebagai seorang yang bijak dan matang, janganlah kita sebagai pemain juga melakukan perkara yang sama seperti mereka. Apa yang penting, kita mendengar semua pandangan termasuk pandangan dari luar dan hendaklah berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

Walaupun berlaku pelbagai kekecohan yang digambarkn oleh semua pihak seolah-olah amat berat dan pandangan-pandangan yang dilontarkan juga agak keras tetapi kita masih mampu menghadapinya dengan bijaksana walaupun terbit rasa marah dihati.

Inilah yang ditunjukkan oleh kita ketika perbahasan tadi. Kenapa tiada kekecohan seperti yang sering terjadi pada UMNO seperti kejadian melempar kerusi dan sebagainya? Jawapannya adalah kerana kita memelihara sifat-sifat parti yang menegakkan Islam. Satu sikap yang sangat kita hargai. Apa yang penting,kita bersyukur kepada Allah SWT. Dan kita perlu terus memantapkan lagi jemaah kita agar memenuhi ciri-ciri pejuang yang menegakkan ajaran Allah.

Dalam ayat yang saya baca dalam ucapan utama tadi (yang bermaksud);

”Rendahkan diri terhadap orang yang beriman, Tumpukan kepada kekuatan dan kehebatan dalam menghadapi lawan yang menentang kita,”

Jangan sekali-kali kita hebat berlawan sesama sendiri tetapi menjadi pengecut dalam menghadaapi musuh.”

Kita mesti meletakkan dan menunjukkan sifat-sifat parti yang menegakkan ajaran Allah yang diajar dengan sifat-sifat yang mulia. Di antaranya ialah kita menyedari kita adalah manusia yang lemah. Namun kita mewarisi perjuangan yang besar. Perjuangan daripada Allah SWT yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW.

”Bersegeralah kamu berlumba-lumba kepada keampunan. Tuhan kamu dan syurga yang lebar seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang- orang yang bertaqwa. Dan org org bertakwa itu adalah mereka yang membelanjakan harta benda samada ketika susah dan senang, dan yang dapat menahan perasaan marah”

seperti yang kita tunjukkan pada hari ini dan tingkatkan lagi.

Alhamdulillah, kita telah memperkenalkan amalan politik Islam iaitu tahaluf siyasi; persefahaman dengan kumpulan-kumpulan yang lain iaitu kumpulan yang bukan Islam. Melalui konsep yang diajar oleh Islam dan dalam masa yang sama, kita berwalak kepada Allah dan Rasul-Nya serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Hubungan yang anjal dan fleksibel ini ibarat getah yang boleh dipanjang dan dipendek. Kalau dihubungkan dengan benang yang halus sekalipun tidak akan putus. Kalau ia tegang kita kendurkannya dan kalau ia kendur kita tarikkannya.

Inilah yang kita sedang usahakan iaitu persefahaman dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Persefahaman ini adalah persefahaman yang anjal dan fleksibel. Ianya bukan seperti persefahaman yang nampak kuat dari luar dan tidak bergerak sehingga boleh berlakunya perpecahan dan roboh. Walaupun terdapat pelbagai ideologi dan kefahaman yang berbeza antara satu sama lain, tetapi kita masih mempunyai persamaan. Jadi dengan pendekatan persamaan yang wujud di kalangan manusia itulah yang kita dahulukan.

Di sinilah yang membezakan kita dengan UMNO, UMNO sanggup menghilangkan walak kepada Islam, menghilangkan kesetiaan kepada Islam, menghakis Islam semata-mata mahu meraikan sokongan-sokongan bukan Islam dengan apa saja cara sekalipun walaupun ianya akan merosakkan imej Islam.

Rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan orang bukan Islam telah melihat akhlak kita dan pendekatan kita sehingga kita telah berjaya memecahkan tembok yang selama ini memisahkan kita dengan orang bukan Islam. Adanya orang yang bukan Islam yang bersedia bersama dengan kita, mereka tahu bersama dengan PAS bukannya senang kerana PAS bukan parti kerajaan. PAS adalah parti pembangkang pada masa ini di peringkat federal. Kalau mereka hendak ambil jalan mudah, mereka akan menyokong BN tetapi persoalannya mengapa mereka sanggup menyokong kita, berkerja dengan kita dan memenangkan kita sehingga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Oleh itu, dengan akhlak yang mulia yang kita pertahankan ini, akhirnya pada pilihanraya yang lepas, mereka menunjukkan kepercayaan kepada kita.Di kalangan perwakilan menyebut kita bertahan dan menang di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Kejatuhan kita di Perak bukanlah disebabkan oleh PAS. Ahli-ahli perhubungan negeri kita berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Kerana apa? Kerana perjuangan kita perjuangan akidah.

Setiap calon yang bertanding perlu berbai’ah tidak akan khianat kepada perjuangan Islam. Tidak akan khianat kerana untuk terus bersama dengan kita dan patuh pada dasar perjuangan Islam. Bukan bai’ah cerai isteri. Bai’ah ini tidak diputuskan oleh Majlis Syura ’Ulamak PAS. Ianya tidak betul kerana Majlis Syura ’Ulamak PAS tidak pernah mengeluarkan ucapan bai’ah sekiranya keluar parti maka tercerailah isteri. Bai’ah ini tidak memberi kesan kepada pembai’ah tersebut. Bai’ah sebenar ialah bai’ah yang mempunyai perhitungan pahala dan dosa dalam perjuangannya.

Rakan-rakan DAP memanggil saya ketika berlaku krisis di Perak. Mereka sangat menghargai sikap konsisten dan istiqamah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parlimen dan ADUN PAS di Perak. Inilah mukadimah yang perlu kita laksanakan. Kita sekarang ibarat baru masuk gear satu. Ada di kalangan kita mahu kita laksanakan syariat semuanya dengan segera. Tapi melaksanakan syari’at itu perlu syarat-syaratnya. Syari’at Islam adalah syari’at yang mendidik. Bukannya syari’at yang menghukum sahaja. Kita perkenalkan dahulu akhlak yang mulia.

Pesepsi boleh berubah dengan cara yang benar dan sebaliknya. Apatah lagi pada akhir zaman. Sabda Nabi Muhammad SAW: ”Akan tiba bencana akhir zaman yang menimpa manusia yang merosakkn persepsi. (Orang yang diberi amaran di sini adalah penkhianat.) Orang yang amanah dikianati, orang yang benar dianggap bohong dan orang bohong dianggap benar dan orang yang jahil( dalam agama) bercakap dalam perkara agama.” Inilah suasana di akhir zaman. Kita perlulah istiqamah dalam mengubah masyarakat dengan fikiran yang benar.

Bukan persepsi kita yang menyebabkan kita salah faham antara satu sama lain. Contohnya isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Kita mesti ingat kronologi selepas kita PRU ke 12 pada tahun 2008. Kita pernah berusaha untuk mengubah kerajaan melalui undi tidak percaya. Peristiwa 16 september, usaha yang kita buat, memujuk ahli-ahli parlimen Barisan Nasional supaya menyokong Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Jangan kita salah faham hanya kerana adanya orang berjumpa dengan UMNO di masa berlaku kejadian, sedangkan ini adalah persepsi yang salah. Setelah gagalnya usaha 16 September, kita buat lagi satu strategi politik lain iaitu Kerajaan Perpaduan. Kemudian UMNO telah memutarbelitkan fakta bahawa PAS akan menyertai Barisan Nasional. Ini adalah satu penipuan yang dibuat oleh BN. Kita telah mengemukaan Kerajaan Perpaduan ini dengan mendapat greenlight dari semua pimpinan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Perpaduan yang sebenarnya ialah semua parti bergabung dalam satu bumbung dan tiada pembangkang dengan syarat, mesti mengubah SPR, mengubah badan kehakiman, mengubah institusi yang berkait dengan rasuah dan semuanya. Namun, persoalannya adakah UMNO bersedia?

Perubahan ini telah berlaku di Indonesia yang melumpuhkan Parti GOLKAR. Akan tetapi UMNO tidak bersedia kerana mahu kekal berkuasa selama-lamanya. Maka tiada cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan sebagainya. Kerana Itulah kita menolak dengan sekeras-kerasnya, kerana kita berpengalaman bertahun-tahun dengan UMNO. Contohnya ketika kerajaan campuran dahulu. Kesudahan dari kerajaan perpaduan ini ialah, UMNO telah menolak cadangan kita dan kita pula pada masa itu telah hilang persepsi yang betul dalam menangani masalah ini.

Seterusnya apa yang paling penting, kita mesti memperkasakan PAS dalam menghadapi hari muka. Dalam usaha untuk memperkasakan PAS ini, kita perlu memperkasa organisasi kita terlebih dahulu. Kita mesti mempunyai penampilan yang baik. Kita perlu memperbanyak dan menghidupkan cawangan- cawangan PAS. Bagaimana kita akan menang dalam pilihanraya akan datang jika tiada kekuatan dan tidak memperkasa kekuatan yang perlu ada di peringkat akar umbi?

Dalam masa yang sama juga kita perlu memperkasakan kelab penyokong PAS dan perlu meletakkan uslub dakwah ”kullu islah” iaitu menerang dan bukan menyerang. Menjinak dan bukan meliarkan orang. Ini adalah kerana perjuangan melalui amalan sistem demokrasi berparlimen ini memerlukan kita menguasai sokongan dari penyokong, ahli dan pengundi. Kalau kita asyik dengan taktik menyerang sahaja tentulah akan banyak yang akan lari dari menyokong kita .

Oleh itu, kita perlulah mengunakan pendekatan menerang. Kemudian kita mesti berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Islam dahulu dan kita juga perlu menyedari bahawa kita tidak boleh menang tanpa sokongan dari bukan Islam kerana negara kita ini adalah negara masyarakat majmuk. Dalam masa yang sama juga, kita tingkatkan penyokong PAS. Jangan pula mengharapkan parti lain dalam mencapai matlamat kita. Kelab penyokong PAS ini bukanlah dari parti lain. Jadi mestilah kita bantu dan tingkatkan mereka agar dapat menarik undi bukan Islam.

Tarikan pengundi muda adalah sangat penting kerana merekalah undi penentu pada masa yang akan datang. Jadi perlulah kita tingkatkan usaha dalam menarik sokongan mereka agar tidak merosot seperti yang telah dibahaskan tadi. Pemuda pemudi hendaklah turun ke bawah. Kita akui selama ini muslimatlah yang banyak turun ke bawah berkempen. Manakala muslimin pula banyak yang jaga markaz, kempen sama sendiri.

Seterusnya, kita mestilah meningkatkan undi pedalaman. Kita perlu menyedari bahawa kurangnya maklumat yang benar di kawasan pedalaman kerana halangan dan sekatan yang dilakukan oleh UMNO untuk kita sampaikan maklumat yang benar kepda pengundi di kawasan luar bandar. Tidak seperti UMNO yang menguasai media massa terutamanya televisyen. Ini merupakan satu kelebihan pada mereka kerana rata-rata rakyat Malaysia mempunyai sebuah televisyen. Jadi amat mudahlah mereka menyebarkan maklumat-maklumat salah kepada pengundi. Oleh yang demikian, perlulah kita bergerak ke bawah. Tenaga-tenaga muda yang terpelajar, yang tinggal di kawasan bandar, apabila balik ke kampung halaman perlulah menyedarkan orang tua mereka dahulu.

Inilah rahsia kejayaan pendekatan yg digunakan di Kelantan. Kelantan sentiasa mengerak jentera mereka dalam penculaan dan mengerak perantau dengan baik. Perantau-perantau yang tinggal di luar negeri dan terpelajar kemudian apabila mereka balik ke kampung, mereka inilah yang akan menyebarkan maklumat yang betul tentang parti kita.

Parti kita mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi oleh setiap penyokong dan pimpinan. Disiplin kita adalah dengan hikmah iaitu disiplin yang menjinakkan walaupun bersalah kita masih akan perbaikinya kecuali perkara yang melanggar prinsip dan dasar perjuangan Islam. Kita perlu belajar dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Apabila seorang sahabat Ibnu Hatib Bin Ali Bar’ah, seorang yg berjasa dalam perjuangan Islam tapi kemudian telah membocorkan rahsia ketenteraan kepada pihak musuh. Sekiranya kita mengikut kaedah perundangan pada hari ini, hukumannya adalah mati. Tapi Hatib ini adalah seorang yg berjasa dengan Islam seluruhnya. Jadi Jangan kerana kesalahan yang dilakukan sekarang kita melupai jasa mereka yang lalu. Maka setiap tindakan atau hukuman yang hendak kita ambil perlulah berlandaskan disiplin yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Contoh seterusnya, kisah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A terhadap Khalid Al-Walid dalam peperangan menentang orang murtad. Khalid Al-Walid telah melakukan kesalahan yang besar iaitu membunuh Malek Bin Hurairah kerana beliau dikatakan kembali kepada Islam kerana berminat dengan isterinya yang cantik. Dan apabila sampai berita ini ke Saidina Umar, Umar menyuruh menghukum Khalid Al-Walid kerana membunuh tetapi bangun Abu Bakar mengatakan ”aku tidak akan mengotorkan pedang yang dihunuskan untuk menegakkan agama Allah.”

Dia melakukan kesalahan kerana melakukan kesalahan ijtihad. Namun demikian kita tidak boleh membiarkan kesalahan seperti ini menular dan tersebar. Dalam hal ini, disiplin memainkan peranan penting dalam perjuangan terutamanya ketika memerintah negeri supaya dapat mempertahankan kuasa yang kita perolehi. Yang memerintah akan menjadi penyebab jatuhnya sesebuah kerajaan jika tidak berdisiplin dalam mempertahankannya.

Ahli-ahli PAS juga perlulah kita tingkatkan disiplin mereka. Kemudian hubungan kita dengan parti juga perlulah sentiasa dijaga agar tidak terputus dan janganlah bergerak sendiri dalam perjuangan ini. Perlulah sentiasa ada hubungan dengan organisasi. Biar parti menghadapi masalah kerajaan bersama-sama.

Hubungan dengan rakyat juga perlu dipertingkatkan kerana tanpa sokongan rakyat kita tidak mampu mencapai kemenangan walaupun mempunyai parti yang kuat. Begitu juga dengan hubungan dengan Raja, kita mestilah sentiasa menjaga dan memperbaiki hubungan ini dari masa ke semasa kerana sekiranya kita mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Raja sukar untuk mentadbir negeri dengan baik. Hubungan dengan pegawai kerajaan juga perlu dijaga kerana tanpa mereka jentera kerajaan tidak akan bergerak. Pendek kata, perlulah kita jaga hubungan dari semua segi.

Pemimpin perlulah berfikiran terbuka dan jangan menjadi pemimpin yang tidak boleh ditegur langsung. Ucapan Saidina Abu Bakar R.A ketika kali pertama dilantik menjadi khalifah: ”Wahai tuan-tuan, aku telah dipilih menjadi pemimpin walaupun aku bukan yang terbaik dan ada yang lebih baik dariku. Tapi aku dipilih juga. Oleh demikian,sekiranya aku dipihak yang benar, bantulah aku dan sekiranya aku melakukan kesilapan ,perbetulkanlah aku.”

Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat. Oleh itu, janganlah amalkan budaya mengampu pemimpin. Sekiranya pemimpin itu salah, hendaklah kita berani menegurnya.

Walaupun kita menghadapai masalah yang besar, kita perlulah sentiasa bertindak bijak dan tidak tergopoh-gapah. Dalam hal ini, Nabi S.A.W telah mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi karenah pemimpin; " sekiranya berlaku kemungkaran di kalangan kamu, ibarat orang yang berada di atas kapal. Ada yg berada diatas, ada yg berada dibwah. Kadang-kala yang berada dibawah berasa tidak puashati dengan mereka yang berada diatas. Dan sekiranya mereka tidak mampu bersabar, nescaya mereka akan menebuk kapal tersebut dan akhirnya tenggelamlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka tetap bersabar dalam menghadapi karenah pemimpin mereka, Insya-Allah akan sampai jua ke destinasi yang diimpikan.." Inilah sikap yg diajar oleh nabi.

Dalam parti kita, pemimpin dipilih oleh muktamar dan kita menganggapnya seorang yang memikul amanah. Saidina Usman ra menegaskan apabila ada segolongan yang memberontak tidak puashati dengan pelantikan beliau menjadi pemimpin dan menyuruh beliau meletakkan jawatan. Dengan tegas beliau berkata: Jawatan kepimpinan ini adalah amanah. Baju yang diberikan oleh Tuhan kepadaku. Aku tidak akan membuang baju amanah ini tapi akan terus berusaha menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Tuan-tuan, Marilah kita bersikap positif dalam perjuangan. Cemburulah pada tempat yang sepatutnya. Cemburu yang membuta tuli ini akan menyebabkan pemimpin tidak dapat bergerak. Dan kita sedar bahawa di kalangan ahli kita yang sangat cemburu dengan pemimpin. Maka mereka akan menegur pemimpin ini dengan pelbagai cara tetapi perlulah ingat bahawa perlu menegur dengan cara yang betul. Oleh demikian, saya selalu tegaskan supaya perlulah bijak dalam setiap langkah dan teguran yang dibuat agar tidak merosakkan parti yang kita sayangi ini.

Insya-Allah di dalam seminar ini kita telah menunjukkan satu sikap dan kematangan yang baik dengan pendekatan yang sangat baik yang tidak diduga oleh pemerhati-pemerhati politik. Inilah keistimewaaan yang ada pada parti kita dalam menghadapi cabaran dan rahsianya adalah kerana Islam yang menjadi akidah dan matlamat perjuangan.

Monday, November 9, 2009

UCAPTAMA PRESIDEN PAS, SEMINAR MEMPERKUKUHAN PARTI.

UCAPTAMA DATO’ SERI PRESIDEN PAS
SEMINAR KHAS MEMPERKASAKAN PARTI (PAS)
19hb Zulkaedah 1430 / 07hb November 2009
Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur



Muqaddimah

Memperkasakan Parti, Mendepani Kemenangan Pilihamraya Umum Ke-13.

Firman Allah (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman…!!!, barang sesiap yang menyeleweng di kalangan amu daripada agama-Nya (Islam), nescaya Allah akan mendatangkan satu golongan dimana Allah mengasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan (kehibaan) terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut menghadapi celaan orang yang mencela, itu adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakin-Nya, dan Allah maha luas kurniaannya lagi maha mengetahui.”

“ Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka sentiasa tunduk (patuh dan taat) kepada Allah, dan barang siapa yang berwalikan Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah (Islam) itu akan mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Maidah : ayat 54-56)

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak separuh abad yang lalu, adalah memenuhi perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mewajibkan kesinambungan risalah Islam yang syumul, serta mewujudkan kumpulan Islam yang bercirikan daripada ayat-ayat tersebut.

1. Menegakkan Islam yang menyeluruh, yang menjadi risalah para Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam, berakhir dengan kedatangan nabi akhir zaman Muhammad S.A.W yang wajib diikuti dan diteladani dalam semua marhalah, ‘aqidah, syari’at dan akhlak. Mengislamkan individu, masyarakat dan Negara dalam sgala aspeknya.

2. Mewujudkan saf kumpulan Islam yang teguh, bercirikan keteguhan ukhuwwah dikalangan pendokong Islam dan umatnya, serta ‘izzah dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan kerenah penganut Islam yang jahil dan lemah, tana putus asa, takut dan hina.

3. Sedia berjihad secara faham dan bijak (Fiqhul Jihad), menegakkan Islam sehingga berkuasa dan mengatasi segala yang lain.

4. Wala’ kepada Allah, Rasul dan kepimpina Islam yang berwibawa.


Memperkasa Parti

Kewajipan menegakkan Islam yang penuh cabaran, bukan sahaja ke arah mencapai kemenangan, dalam masa yang sama mempunyai persediaan mengisi kemenangan dan melangsungkan perjuanga berikutnya, melalui agenda parti yang tersendiri bagi memperkasakan parti dengan sifat-sifat parti Islam megikut acuan kita yang sangat berbeza dengan kumpulan dan pertubuhan yang lain. Walaupun mereka bersifat Islam, tetapi tidak sampai kepada penghujung yang memaksa berdepan dengan cabaran yang dating dari segenap penjuru. Tentangan daripada masyarakat yang jahil dan bermusuh dengan kita, serta pihak yang memegang tampuk pemerintahan, kebiasaannya tidak dapat memberi jalan percuma kepada Islam. Keadaan ini menjadikan PAS mengalami fitnah dan mehnah perjuangan yang tidak dialami oleh rakan-rakan yang lain, tanpa menafikan bahawa semua kumpulan Islam dan pendokongnya, dimana sahaja mereka berada, adalah sahabat seperjuangan.

Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan setiap ahli di semua peringat dan organisasi parti secara dalaman, bercirikan perintah Allah yang tersebut di atas. Dalam masa yang sama wajib mengatur langkah dan strategi perjuangan sebijak mungkin, khususnya bagi penokong yang memerlukan kekuatan ‘aqidah, ilmu, akhlak dan kebijaksanaan. Dalam merialisasikan kewajipan berpolitik dan bermasyarakat, hendaklah mempunyai kemampuan mengajak manusia kepada Islam dengan menjadi penganutnya dan mengajak bukan Islam menjadi penyokongnya yang menerima kita kerana keyakian kepada Islam yang adil untuk semua.

PAS mempunyai jentera disemua peringkat yag wajib menjadi rujukan ahli pendokongnya.

1. Majlis Syura ‘Ulamak yang memlihara istiqomah parti di atas ‘aqidah perjuangan dan syari’atnya supaya Islam itu sahaja yang menjadi keperkasaan yang membawa kejayaan dan kemenangan. Firman Allah (maksudnya);

“ ..dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan bagi Rasul-Nya dan jua orang-orang yang beriman, tetapi mereka yang muafiq tidak mengetahuinya..” ( Surah Al-Munafiqun : ayat-8)

Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu mengaskan :

“ Kita adalah umat yang Allah kuriakan kemuliaan dengan Islam, maka apa cara sekalipun yang dipegang dan diamalkan lai daripada apa yang Allah kurniakan kepada kita, nescaya kehinaanlah yang akan menimpa kita..”

2. Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja di semua peringkat yang akan menjadi jentera pentadbiran dan gerakkan parti, menjadi kepimpinan yang berwibawa, perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kematangan, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;

“ Mereka yang menjadi pilihan dimasa jahiliyah menjadi pilihan juga apabila bersama dengan Islam sekiranya berilmu dan faham (tentang Islam) ( Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu menegaskan ;

“Jadilah orang yang memahami (faqih dan berilmu) sebelum kamu menjadi pemimpin”

Feqah itu merangkumi segala bidang Islam termasuk juga Fiqh Politik ( Fiqhu Siyasah)

3. Pembahagian mengikut Lajnah yang dibahagikan secara bidang masing-masing dengan menyeluruh menuju semua sasaran dalam masyarakat di semua peringkat dan pentadbiran mengikut susunan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan di kebanyakan daerah diseluruh Negara, yang perlu dimantapkan dengan pengukuhan organisasi yang berperanan, wala’ kepada parti dan perlu aktif menjadi jentera yang berdakwah dan berkempen. Firman Allah Ta’ala (maksudnya) ;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalannya dalam satu saf laksana banguan yang diirikan daripada batu-bata yang disusun rapid an diikat denga sekuat-kuatnya” ( Surah As-Saff : Ayat-4)


Pencapaian

PAS menjai parti yang paling berpengalaman dalm sejarah politik tanah air. Berjuang sjak zaman penjajah, melahirkan pemimpin yang tidak pernah tunuk kepada penjajah. Oleh kerana mengambil kira keerdekaan yang dicapai dengan cirri-ciri penjajahan yang masih mengikat Negara dan rakyatnya atas prinsip dan konsep sekularisma yang menyeleweng daripada Islam, memaksa PAS mengharungi perjuangan yang paling banyak memberi pengalaman.

Berdepan dengan sistem demokrasi yang sangat tidak adil, tanpa memberi ruang langsung kepada pertukaran parti yang memerintah dengan berbagai-bagai akta dan undang-undang, namun kita tetap memilih “muwajahah silmiyyah” dengan menyertai pilihanraya dan menentang penyelewengan dan penipuan dengan sabar dan cekal. Walaupun begitu terbukti kita boleh menang melalui pilihanraya yang sebegitu rupa.

PAS menjadi palng berpengalaman, menjadi pembangkang secara bersendirian diperingkat negeri dan pusat, memerintah kerajaan negeri secara bersendirian, menyertai kerajaan campuran dan pernah menyertai Barisan Nasional di semua peringkat dan kembali bersendirian, seterusnya bekerjasama dalam bentuk angkatan perpadua ummah dan pakatan dengan parti-parti yang lain. Ahli-ahli boleh meerima keputusan pilihanraya dengan sabar dan istiqomah, walaupun memakan masa dan generasi. Maka kita hendaklah belajar daripada pengalaman itu secara positif.

Searang PAS mengambil pendekatan “Tahaluf Siyasi” (persefahaman politik), melalui proses yang teguh di atas prinsip dan batas kebijaksanaan yang berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijmak ‘Ulamak dan Qiyas yang nyata dengan pengamatan siyasah syar’iyyah mengikut Perlembagaan PAS. Dengan kelulusan Majlis Syura ‘Ulamak, perlaksanaan oleh jawatankuasa kerja PAS pusat dan jawatankuasa politik yang disalurkan keseluruh Negara melalui jentera parti yang bergerak dan hidup disemua peringkat.

PAS telah mencapai satu kejayaan yang besar dalam pilihanraya yang lalu :

1. Di peringkat parlimen dengan jumlah yang ketiga besar di kalangan Pakatan Rakyat dengan 23 kerusi.

2. Mendapat tempat pertama diperingkat negeri dengan mengekalkan pemerintahan di Kelantan dengan keadaan yang paling selesa, memimpin kerajaan campuran di Kedah sehingga kii dan Perak dalam masa hamper setahun.

3. Mendapat kerusi di semua negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.

4. Jumlah terbesar diperungkat negeri ( Dewan Undangan Negeri) 83 kerusi PAS, 70 DAP dan 40 PKR, kerana PAS memilih penumpuan menguasai negeri di peringkat ini. Dengan bacaan politik yang tepat, belum lagi mempunyai tahap kemampuan menguasai kerajaan pusat.

5. Memenangi pilihanraya kecil peringkat negeri dan parlimen kecuali di Bagan Pinang.

6. Berjaya memecahkan tembok pemisahan dengan pengundi bukan Islam, apabila secara langsung ditbuhkan Kelab Penyokong PAS di samping mengadakan Tahaluf Siyasi dengan parti dan kumpulan bukan Islam.

Kesemua pencapaian ini hendaklah dimuhasabah semula kejayaan dan kelemahannya disemua peringkat sama ada kerajaan negeri termasuklah wakil rakyat negeri dan parlimen serta memperkasakan Kelab Penyokong PAS secara yang lebih aktif, bagi menigkatkan lagi kejayaan sehingga ke tahap mencapai kemenangan yang lebih besar.


Memperkukuhkan Penyertaan Dalam Pakatan Rakyat.

Hubungan yang kita bina bersama dengan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak dari asas persamaan yang semua pihak bersetuu, iaitu memerangi ketidak adilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang sedang bermaharajalela dalam Negara kita. Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah.

Alhamdulillah, strategi kerjasama dalam bentuk tahaluf siyasi itu berjaya merombak kesombongan yang wujud dlam parti Barisan Nasional, sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakkandalam Barisan Nasional sebagaimana yang kita saksikan pada waktu ini.

Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki. Kita aka memainkan peranan yag lbih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar PAS yang lalu.


Menghadapi Pilihanraya Ke-13

PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatan di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar kekuatan Islam, dalam masa yang sama hendaklah mendapat undi bukan Islam sebaik mungki kerana inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendeatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas tahaluf siyasi yang diizinkan oleh ‘aqidah, syari’at dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara wala’ kepada perjuangan Islam. Sila rujuk sirah penubuhan Negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah.


Kesimpulan

Melihat dan meneliti semua pencapaian tersebut, maka hendaklah dilakukan penerusan langkah parti mengikut pengamatan semasa yang kita putuskan dalam dua muktamar yang lalu, mengikut muhasabah kepimpinan secara kolektif dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :

1. Berdiri di atas kekuatan yang sedia ada dengan mengemukakan Pakatan Rakyat yang dimuhasabahka sepajang masa.

2. Menguatkan kedudukan PAS dalam menerajui perubahan dan islah, dengan menguatkan saf parti bersama kumpulan Islam.

3. Keterbukaan mengadaan hubungan dengan semua pihak, yang membawa kepaa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siyasah syar’iyyah.


Abdul Hadi Bin Haji Awang Muhammad

Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)