About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, October 8, 2009

PRK-N.31; MANUSIA UMNO KATA ..."UMNO JUGA BAWA DUNIA DAN AKHIRAT.."

Dalam satu majlis ceramah kempen BN di kawasan UPU Telok Kemang, ada spisis UMNO di dalam kempennya berkata " UMNO juga bawa dunia dan akhirat". Ini membuktikan bahawa roslan kassim dan manusia spisis UMNO yang lain mengakui bahawa PAS adalah parti dunia akhirat. Masakan tidak kerana dia sebut kalimah "juga".

Jadi benarkah UMNO "juga" membawa dunia juga akhirat? Jawapannya sudah pasti "ya"..memang betul UMNO juga membawa dunia juga akhirat. Siapa sahaja dikalangan manusia dan jin hatta malaikat dan lain-lainnya akan menempuh kehidupan di donia mahupun di akhirat. Ahli dan penyokong PAS yang mati akan hidup pula di alam barzakh seterusnya ke alam akhirat. Ahli dan penyokong UMNO juga akan mati dan meninggalkan dunia yang fana ini dan akan berpindah ke alam barzakh seterusnya alam akhirat. Begitu juga dengan yang lainnya.

Manusia tidak kira PAS atau UMNO, Islam atau tidak, tidak akan terlepas dari kehidupan dunia dan akhirat. Maka benarlah kata-kata spisis UMNO, UMNO juga bawa dunia dan akhirat. cuma persoalannya ialah; UMNO bawa apa di dunia dan bekal apa yang dibawa di akhirat...???

Apa kata kita bezakan apa yang UMNO dan PAS bawa di dunia dan yang dibawa ke akhirat. Mengikut disiplin ilmu aqidah, apa yang dibawa oleh manusia ke alam akhirat ialah amalannya. Amalannya pula terbahagi kepada dua, amalan yang ma'ruf (baik) dan amalan yang mungkar(buruk).Baik dan buruknya amalan bukan dinilai dari sudut kehendak akal, tetapi dinilai mengikut kehendak Allah Ta'ala.Kalau ikut kehendak akal maka mencuri pisang tanduk orang kampung adalah di anggap amalan yang baik di kalangan akal pencuri.

Oleh kerana baik dan buruk itu adalah datang dari Allah, maka tempat rujukan sama ada suatu itu baik atau buruk adalah wahyu Allah, Al-Qur'an Al-Karim.Untuk menerangkan maksud Al-quran pula maka Allah utuskan Rasulullah, ini bermaksud, segala kata-kata dan kerjabuat Rasulullah adalah tafsiran kepada Al-Quran. Umpama panduan memasak yang dipanggil resipi, seseorang tidak akan tahu kaedah sebenar melainkan dengan tunjuk ajar tukang masak dan bukan tukang kebun.

Berbalik kepada persoalan tadi, maka adapun setiap amalan itu ada ganjaran dan balasannya. Maka Allah maklumkan kepada kita betapa amalan yang baik itu diberi ganjaran pahala dan yang buruk akan dibalas dosa.Apabila manusia mati nanti, amalan yang akan dibawa dalam bentuk dosa dan pahala. Maka di dunia lagi Allah beri peringatan betapa azab api neraka yang amat pedih jika menderhaka kepadanya dan akan akan diberi nikmat syurga kepada yang takut kepadanya.

UMNO tidak kisah sangat dengan amalan itu baik atau tidak. Baik baginya adalah jika dapat mengenyangkan perut dan bawah perutnya sahaja. sebab itu untuk mengisi perut dan memenuhi kehendak bawah perut, apa sahaja yang dibuat dikira "sah" asalkan perut dan bawah perut diri dan kroni langsai maka ia dikira "sah".

Jelas di dalam Al-qur'an dan As-Sunnah secara pasti Allah dan Rasulnya terangkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Allah juga ingatkan kepada manusia agar takut kepadanya. Maka barang siapa yang tidak takut kepadanya, maka dikira derhaka kepadanya.Ada amalan yang menindas dan menganiaya manusia, mengambil hak manusia secara bathil,menjatuhkan kehormatan manusia dan yang sewaktu dengannya.

Jelas sudah melalui dalil-dalil yang pasti betapa amalan mencuri, amalan menipu, amalan rasuah, amalan menindas dan menyeleweng adalah perkara yang Allah tidak suka. Bila Allah tidak suka, maka wajib kepada seluruh manusia takut kepada arahannya.Mencuri bukan sekadar mencuri kasut yang lawa-lawa di masjid-masjid, mencuri duit rakyat juga dimurkai Allah. Menipu bukan sekadar menipu ckgu sekolah kononnya kerja rumah tertinggal dirumah walhal sebenarnya tak siap, menipu rakyat juga dimurkai Allah. Begitulah juga amalan rasuah, bukan sekadar rasuah polis agar tidak disaman, rasuah perwakilan untuk menang jawatan tertinggi parti juga rasuah, maka ia amat dimurkai Allah.

Amalan-amalan yang disebut di atas adalah amalan yang Alah tidak suka dan akan menjadi bekal ke akhirat nanti. Justeru itu, apakah bekal ini yang kita hendak bawa ke akhirat nanti...???

Menegakkan Islam, menolak kemungkaran, rasuah, seleweng dan mencuri duit rakyat, zalim, aniaya dan yang sepisis dengannya maka Allah sebut dalam firmannya betapa amalan ini disukai olehnya. Maka amalan yang baik akan menjadi bekal ke akhirat nanti. Maka apakah kita sanggup menolak bekal yang amat baik ini untuk kita "claim" dihadapan Allah nanti...???

Jelas sudah, agar kita dapat menilai apa yang kita bawa di dunia dan apa yang kita bawa ke akhirat. Benar kata manusia spisis UMNO, UMNO juga bawa dunia dan akhirat. Cuma apakah yang dibuat didunia dan apa yang dibawa ke akhirat.Tepuk kepala tanyalah iman. Kalau iman tak dak susah jugan jadi nak tanya sapa...?? Tanyalah orang yang 'alim.

Nak pilih calon untuk jadi wakil suara kita di dewan perwakilan juga adalah amalan. Maka kita mesti ingat setiap amalan akan direkod di dunia dan akan ditayang semula di akhirat. Calon yang hendak dipilih mestilah calon yang takutkan Allah dan bukan calon yang berani lawan Allah. jika kita memilih manusia spisis lawan Allah, dikhuatiri kita setuju dan redha dengan amalan calon yang melawan Allah.

Allah beri amaran jangan mencuri jangan menipu jangan beri dan terima rasuah, maka jika yang jangan itu dibuat juga, maka beraninya manusia itu melawan Allah.jika kita memilih spisis ini juga, ketahuilah betapa perbuatan memilih itu akan direkod oleh Allah. Jika kita memilih calon yang kasih lagi taat kepada arahan Allah, tidak menyeleweng, tidak share saham dalam syarikat babi, tidak rasuah untuk menang jawatan, Insya-Allah, ketika kita memilih calon ini, dengan izin Allah kita akan membawa rekod yang baik untuk ditayangkan di akhirat nanti.

Maka amalan yang bagaimanakah yang akan direkod di dunia untuk kita bawa ke akhirat nanti...?

Maka buat sekian kalinya, benarlah kata manusia spisis UMNO, UMNO juga bawa dunia dan akhirat.

No comments: