About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, October 6, 2009

PRK-N31, JAWAB TUDUHAN UMNO...

Saya baru menerima satu email dari seorang manusia spisis UMNO. Dengan Sukacitanya dimaklumkan saya ingin respon tuduhan kenyataan manusia spisis UMNO ini. Mungkin dia tidak tahu tapi berlagak tahu. Apapun saya akan respon kenyataan manusia spisis UMNO ini. Sms itu berbunyi seperti di bawah ;

"Dulu PAS kata kalau bekerjasa dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir. Sekarang ini bukan saja PAS bekerjasama dengan dengan bukan Islam, tapi dia PAS kata nak ternak babi pun takpa. Betullah dalam Al-Quran kata orang islam tak boleh makan makan babi dan dia tak kata tak boleh ternak, tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam tu maknanya kita boleh ternak babi dan kita boleh masak tapi jangan makan. Adakah kita nak bersetuju juga dengan orang yang berpendirian macam ini...???!!!"

MAMAT UMNO KATA :
"Dulu PAS kata kalau bekerjasa dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir. Sekarang ini bukan saja PAS bekerjasama dengan dengan bukan Islam..."


ANAK BAPAK PULAK KATA :
Memanglah samapi bila-bila pun bekerjasama dengan orang bukan boleh jadi kufur kalau kita gadai dasar Islam dan ikut dasar kafir. PAS bekerjasama dengan kafir tak sama dengan kafir yang kawan dengan UMNO. Kafir ada beberapa jenis, yang paling top dua jenis, kafir harbi dan kafir zimmi. Kafir harbi wahai Mamat UMNO, dia ni bukan saja tolak Islam, bahkan dia musuh dengan islam. Satu jenis lagi kafir zimmi. Kafir zimmi ni pulak pada dasarnya dia bukan suka sangat dengan Islam ni, tapi dia tak sampai tahap bermusuh dengan Islam. UMNO jenis kawan dengan kafir harbi, apa buktinya...??? Buktinya bila PAS tegaskan bahawa hudud akan dilaksanakan bila PAS memerintah, MCA dan MIC buat demo hantar memo bantah hudud. Ini menunjukkan MCA dan MIC benci dan musuh dengan Islam. Yang DAP dan kafir dalam PKR pulak, zaman dulu dia sama saja kafirnya macam MIC,MCA,GERAKAN dan yang sewaktu dengannya, tapi la ni depa dah tau dah yang hudud untuk orang Islam saja, bukan Islam boleh pilih nak pakai syari'ah atau sivil. Kamu kena tanya la pimpinan UMNO pasal apa 50 tahun lebih dah UMNO dok kawan dengan MCA,MIC,GERAKAN dan lain-lain tapi depa masih tak faham tentang Islam berbanding dengan PAS berkawan dengan DAP, dulu tak faham, la ni dah mula faham.MCA.MIC dan GERAKAN selagi dok kawan dengan UMNO selagi tu la dia jadi harbi. Kalau mai berkawan dengan PAS Insya-Allah dia jadi Zimmi.

Macam la zaman Rasulullah, bila nak bentuk Negara Islam di Madinah, pasai apa Rasulullah bekerjasama dengan qabilah-qabilah yahudi, sedangkan rasulullah ketika di Makkah tak bekerjasama memerintah makkah bersama Tan Sri Abu Lahab dan Datok seri Abu Jahal...!!!

MAMAT UMNO KATA :
"Sekarang ini bukan saja PAS bekerjasama dengan dengan bukan Islam, tapi dia PAS kata nak ternak babi pun takpa.."


ANAK BAPAK KATA :
Memanglah nak ternak babi takpa, takpa kalau yang nak ternak tu non-muslim. Kalau muslim tak boleh la. Ini mesti nak sebut kes ternak babi 100 juta di Selangor. Kalau itu kesnya, orang yang pertama Mamat UMNO kena tanya ialah Khir Toyo dan YB Tanjong Sepat. Kena tanya lah YB Tanjong Sepat, "seronok tak pergi rombongan sambil belajar cara ternak babi di German sambil tunjuk tanda "best" dalam kandang babi...???"

Yang disebut oleh PAS ialah kalau orang Non-Muslim nak ternak babi, terpulanglah pada dia, sekadar untuk komuniti dia makan. Kalau dah dah rakyat dari kalangan non-muslim beratus ribu, maka banyaklah babi yang dia nak bela. Yang pelik, 50 tahun lebih UMNO memerintah selangor, kenapa kandang babi berteraburan tak ikut peraturan akta babi...???

MAMAT UMNO KATA :
"Betullah dalam Al-Quran kata orang islam tak boleh makan makan babi dan dia tak kata tak boleh ternak, tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam tu maknanya kita boleh ternak babi dan kita boleh masak tapi jangan makan..."


ANAK BAPAK KATA :
Memang betullah dalam Al-Quran sebut tak boleh makan babi. Bukan takat tak boleh, tapi haram makan babi. Dan memang Al-quran tak sebut tak boleh ternak. Tapi kamu kena pergi mengaji tafsir la. Dalam kaedah Islam, suatu yang haram itu, usaha ke arahnya pun haram lah jugak. tafsiran macam ini tak tau la sapa yang buat. Kena tanya pada ulamak UMNO la. macam tu juak Allah sebut haram makan "daging" babi. Tidak bermaksud yang haram makan dagingnya sahaja tapi tulangnya pulak boleh dimakan buat sop. Isu ternak tak ternak babi ni, elok Mamat UMNO pergi tanya Tan Sri Isa Samad lah. Dia tau la jawapan nya pasal 22tahun jadi MB Negeri sembilan, Bukit Pelanduk jadi pusat ternakan babi terbesar ketika itu. Isa Samad dia tau macam mana "jual-beli" tanah kat sana..haaa...kebetulan dia jadi calon kat Bagan Pinang..senang jumpak kat sana..boleh tanya..Isa Samad manusia spisis UMNO macam Mamat UMNO jugak..dan nyata bukan ahli PAS...

MAMAT UMNO KATA :
" Adakah kita nak bersetuju juga dengan orang yang berpendirian macam ini.."


ANAK BAPAK KATA :
Memang kita tidak bersetuju dengan orang yang berpendirian macam ini, Isa samad mesti tau siapa yang berpendirian macam ini...!!!

No comments: