About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, October 9, 2009

PRK-N31; JANGAN GUNA AGAMA ATAU AGAMA DAH TIADA GUNA...???

Hishamuddin kepada kepada orang surat khabar dan orang TV serta radio ketika dalam siri kempennya di Bagan Pinang katanya;

Kita dapat laporan, (mereka buat) majlis baca Yasin, al-Quran dan (membuat) tuduhan, mereka menuduh kita rasuah duit juga (kepada pengundi). Saya dengar dan sedang siasat. Selalunya bila mereka tuduh kita, rupa-rupanya itulah perancangan mereka.” “…berapa banyak PRK sebelum ini dimana agama digunakan, isu-isu perkauman digunakan (semasa kempen), tuduhan-tuduhan yang melulu terhadap pemimpin dan BN…”

Satu masa dulu ketika di PRK Kuala Terengganu, Zahid Hamidi menyebut bahawa "Dari dulu lagi mereka menjadikan agama sebagai alat. Umno menggunakan politik untuk agama, tetapi mereka guna agama untuk politik. Umno sama sekali tak akan gunakan agama sebagai pentas (politik),” katanya di sini hari ini..."

Pendek kata, pemimpin spisis UMNO senada berkata; "jangan guna agama untuk kepentingan politik".

Sebagai manusia yang dicipta oleh Allah. Maka sudah tentulah manusia itu bersifat lemah kerana bukan manusia yang mencipta manusia.Oleh kerana ada pencipta, maka sang pencipta yakni Allah jualah yang maha tahu baik buruk kuat lemah barang ciptaannya. Umpama sebuah kereta yang dicipta oleh sekumpulan jurutera. Maka yang tahu tentang kelemahan dan kelebihan sebuah kereta itu adalah jurutera. Mustahil yang kereta itu tahu tentang kelemahan dirinya, kecuali apabila dilengkapkan dengan suatu alat yang boleh beri isyarat kepada penggunanya, namun itupun adalah reka cipta jurutera, bukan kereta.

Sifat manusia yang lemah menyebabkan manusia sentiasa mencari jawapan kepada masalah hidupnya. Namun otak yang dibekalkan belum cukup untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu manusia dibekalkan oleh penciptanya dengan "manual" iaitu Al-Qur'an. Samalah juga dengan kereta. bila kereta ada masalah, rosak dan sebagainya, maka untuk menyelesaikan masalah, jurutera mahupun mekanik akan rujuk kepada "manual" yang dibekalkan. kalau kereta kancil guna manual kancil. Kalau kereta BMW guna manual kereta BMW. Jangan pulak kereta BMW guna manual Kancil. Sampai bila-bila pun tidak selesai masalah.

Berbekalkan manual dari Allah, maka Allah utuskan pula seorang Rasul untuk menjelaskan makna manual itu kepada seluruh manusia dan jin. Umpama resipi memasak, untuk memasak berpandukan buku resipi, tukang masak yang selalu dipanggil orang degan perkataan "chef" adalah diperlukan. Kalau tidak nanti kita keliru apa itu hiris dan apa itu titik. Setelah itu manusia dengan panduan "manual" dari Allah akan menjalankan kehidupannya berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh manual dari Allah dan diperjelaskan oleh Rasul-Nya. Maka ia dikenali sebai sistem. Nyatalah manusia yang tahu dirinya itu dicipta Allah, maka wajib baginya untuk menggunakan sistem yang telah Allah ciptakan.

Masalahnya, kenapa ada dikalangan manusia khususnya spisis UMNO melarang manusia lain menggunakan Islam sebagai sistem hidupnya. Bukankah manusia itu telah ditetapkan betapa satu sistem sahaja yang diterima Allah dan barang siapa yang memilih sistem yang lain tidak akan diterima oleh Allah...???

Sistem hidup ada banyak. Nak ber'ibadah ada sistem. Maka ada sistem beribadah. Nak berlaki-bini ada sistemnya. Maka ada sistem berkeluarga, nikah kahwin cerai talak dan sebagainya. Nak bermasyarakat juga ada sistemnya, jadilah sistem bermasyarakat. Nak jaga keamanan, ada sistem undang-undang. Nak makan minum, akih hasil mahsul negara kepada rakyat, ada sistem ekonomi.Nak berpolitik dan berkuasa membuat kerajaan juga ada sistemnya, dipanggil sistem politik.

Namun sistem apa yang layak diguna-pakai. Apakah boleh guna apa saja sistem yang difikirkan sesuai dengan akal dan nafsu manusia. Jelas perbahasan awal ada dalil betapa akal manusia tidak boleh menyelesaikan semua masalah terutamanya perkara yang melibatkan benda yang di dengar tapi tak nampak. kalau tak percaya, cuba kira sebut disebalik syiling rumah tanpa guna apa-apa alat bantuan seperti teropong dan kalkulator.

Oleh kerana yang maha tau ialah pencipta manusia iaitu Allah, maka hanya sistem yang ditetapkan oleh Allah sajalah yang layak dipakai. Maka sistem yang terbit dari akal kapitalis dan sosialis, sekular atau nasionalis adalah palsu dan sangkaan akal yang lemah semata-mata.

Kerana inilah kita berpolitik menggunakan kaedah dan sistem Islam. Kerana kita yakin hanya Islam jalan penyelesaian segala masalah alam dan manusia, juga jin. Mengambil sistem lain bermakna kita berani malawan ketentuan Allah. Manusia spisis ini adalah manusia yang tidak sedar diri dan manusia spisis yang tidak tahu mula duduk di atas muka bumi penciptanya. Sudahlah dia tidak sedar betapa dirinya lemah dan perlukan petunjuk dari penciptanya, malah berani pula guna sistem lain selain sistem pencipta yang memberi izizn dia menumpang hidup di atas muka buminya. Maka nyatalah manusia spisis ini spisis tidak sedar diri dan muka tak tahu malu dengan Allah Ta'ala.

Justeru istilah "jangan guna agama" adalah istilah kufur ciptaan spisis manusia menolak Allah.sepatutnya sebagai manusia yang takut serta taat akan perintah penciptanya akan berkata "kami gunakan agama yakni Islam" untuk apa-apa kepentingan pun.

Mari kita ulas kata-kata Zahid Hamidi ketika di Kuala Terengganu katanya;
" “Dari dulu lagi mereka menjadikan agama sebagai alat.." Maka kita nak jelaskan bahawa memanglah kita jadikan alat untuk menyelesaikan hidup. Samalah umpanya hendak menyelesaikan masalah kira-kira dengan menggunakan alat kira umpanya kalkulator. begitulah juga kehidupan. Alat untuk menyelesaikan masalah kehidupan adalah agama. Maka apa masalahnya bila menyelesaikan masalah politik menggunakan agama...??? Kalau tidak guna agama, nak guna apa lagi...???

" Umno menggunakan politik untuk agama, tetapi mereka guna agama untuk politik..." Istilah menggunakan politik untuk agama adalah statemen yang meragukan kerana kata-kata Zahid di akhir kalam adalah "Umno sama sekali tak akan gunakan agama sebagai pentas (politik)..." ini adalah dua kenyatan yang bercanggah di antara satu sama lain. Statemen pertama menyebut UMNO menggunakan politik untuk agama sementara statemen satu lagi menyebut UMNO sama sekali tidak akan gunakan agama sebagai pentas politik.

Memang tidak ganjil bagi PAS menggunakan agama sebagai kaedah berpolitik. Dan tidak ganjil juga bagi UMNO yang tidak sama sekali akan gunakan agama dalam kaedah berpolitik. Bagi PAS Agama adalah amat berguna namun bagi UMNO, agama tida guna dan nilainya.

No comments: