About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, October 5, 2009

PRK-N31...JAWAB PROPAGANDA UMNO...!!!PRK

Semalam juak-juak UMNO telah menaburkan propaganda-propaganda dangkal bagi tujuan memesongkan aqidah dan paradiqma pengundi mahupun rakyat di Bagan Pinang. Maka sukalah nak jawab sikit propaganda yang ditaburkan oleh UMNO sebagai pedoman bila berdepan dengan UMNO di tepi jalan mahupun di tepi sarang lalat. Maka propaganda sinis yang ditaburkan akan saya jawab untuk melihat betapa "putaq alam" nya manusia spisis UMNO dan Barisan Nasional ini.

PROPAGANDA UMNO KATA:

"Nik Aziz kata ahli UMNO tak masuk syurga. Ini sudah berat. Semoga anda mati dalam iman..."

ANAK BAPAK JAWAB :

Kenyataan asal Tuan guru Nik Abdul Aziz ialah;

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Jadi istilah "ahli UMNO tidak masuk syurga" istilah yang dicipta oleh siapa...???!!! Yang disebut oleh tok Guru ialah entiti dan doktrin UMNO itu yang hanya menerima Islam yang selari dengan nafsu UMNo sahaja. UMNO hanya terima Islam suku Politik suku sahaja sedangkan kita dituntut untuk menerima Islam sepenuhnya.

Tapi yang pelik kenapa spisis UMNo terus sebut "ahli UMNO"???. tok Guru sebus "jenis" Islam yang UMNo bawak itu tidak selari dengan Islam yang Allah turunkan. Istilah "Nik Aziz kata ahli UMNO tak masuk syurga" adalah manifestasi kepada "Islam yang UMNO bawa ini Islam kacukan Islam Plastik". Ini menunjukkan bahawa manusia spisis UMNO sendiri yang terasa bahawa dirinya adalah ahli neraka kerna manusia spisis UMNo sedar betapa Islam yang UMNO bawa seperti dinyatakan oleh Tok Guru adalah betul...!!!

Umpama seorang ustaz mengajar anak muridnya tentang solat. ustaz mengajar anak muridnya bahawa barang siapa yang meninggalkan solat akan diberi dosa dan akhirat besok jika tidak bertaubat akan dibalas dengan seksa azab neraka. Maka si anak murid apabila pulang memberi tahu bapanya yang mengaku Islam tapi tak pernah solat betapa hukum meninggalkan solat adalah berdosa dan akan disiksa azab neraka. Maka si ayah melatah dengan nada marah kepada ustaz itu " Ustaz anak aku ni kata aku ahli neraka, cilakak punya ustaz..!!!"

PROPAGANDA UMNO KATA :

"Bila orang kafir guna ayat Al-Quran dan beri salam, PAS rasa berbangga. Bila HINDRAF buat tazkirah antara solat terawih di Masjid Al-Firdaus Klang, PAS beri laluan. Tak cukup-cukupkah Nik Aziz nak celarukan umat Islam?"

ANAK BAPAK JAWAB :


Kenapa manusia spisis UMNO ini dengki lagi iri hati sangat bila tahu ada orang kafir guna ayat Al-Quran dan beri salam...? Ke spisis UMNO yang tau apa isi kandungan Al-Quran...??? Al-Quran ini Allah turunkan untuk sluruh manusia dan Rasulullah yang Allah utus sebagai "tafsir" makna Al-Quran pula adalah rahmat seluruh alam. Tak kiralah alam dan manusia ka alam perwira ka..dia tetap merupakan rahmat. Jadi kalau orang kafir pun reti tentang kandungan ayat Al-Quran, kenapa yang manusia spisis UMNo tak reti-reti lagi...!!! Oh bila dah tak reti dia nak orang lain pun jadi tak reti macam spisis UMNO jugak. Kalau dah tak reti cakap ajelah tak reti. Jangan jeles tak tentu pasal.

Kalau dah dalam Al-Quran sebut tentang persudaraan atas dasar kebenaran dan keadilan. Maka apa salahnya orang kafir baca tentang ayat Al-Quran yang menerangkan tentang persaudaraan..??? Atau spisis UMNO sahaja yang perasan "perpaduan" dan "persaudaraan" ini hak mak bapak dia. Boleh jadi UMNO tak suka pasal UMNO hanya mengiktiraf persaudaraan atas dasar kebathilan dan penindasan sahaja. Kalau tak fulus tak masyuk..itu yang UMNo marah sangat orang kafir baca Al-quran.

Hindraf nak buat tazkirah ke kuliyah ke, kalau betul aje apa salahnye, nak sebut pasal menentang rasuah ke, ketidak adilan ke, menipu dan mencurik duit rakyat ke..atau UMNo tak suka sebab kena atas batang hidung sendiri...??? Masa UMNO memerintah, cuba tanya Khir Toyo, yang dia halang Tok Guru Nik Aziz beri Kuliyah di Selangor tu apahal...?? Kenapa tak bagi laluan...?? tok Guru Nik Aziz tu kan seIslam dengan dia..kenapa tak bagi laluan...??? Tak cukup-cukupkah UMNO nak kelirukan umat Islam...???!!!

PROPAGANDA UMNO KATA :

"Bila kartun di Denmark hina Nabi, PAS Melenting marah, Bila FITNA hina Islam, PAS buat demontstrasi, Bila Ronnie Liu dan Jeff ooi menghina Islam, kenapa Nik Aziz dok cool tak marah?...takut hilang sokongan ke..?"

ANAK BAPAK JAWAB :

Orang Denmark dengan orang yang buat filem FITNA tu hina Islam pasal dia bermusuh dengan Islam. Ini la dia kafir harbi. Itu pasal la kita kena tentang dan kena ada rasa marah. Si ronnie Liu dengan Jeff Ooi Pulak, dia tak berapa paham sangat pasal Islam. Dorang berdua pun bercakap berdasarkan ilmu yang cetek tentang Islam. Kita mintak penjelasan dan fahamkan dia balik. Aik..tiba-tiba manusia spisis UMNO melenting pulak. Masa Tun Dr Mahathir jadi PM, dia buat kenyataan simpan janggut pasal zaman nabi tak ada gelette, naik unta pasal tak ada pajero..itu memuliakan nabi ke menghina nabi..!!! Kenapa tak pergi buat demo kutuk kenyataan hina Islam oleh Mahathir mudah lupa...??? Nampak sangat nak laga-lagakan muslim dengan non-muslim. 50 tahun UMNO memerintah, kenapa non-muslim di kalangan India dan Cina masih jauh kefahaman mereka tentang Islam. Orang Jabatan Kemajuan Kefahamn Islam Malaysia JAKIM buat apa sampai kefahaman rakyat tak Islam tak maju-maju...!!! Mufti UMNO kata beratus ribu manusia Melayu murtad, apakah itu tanda aas betapa majunya kefahaman manusia tentang Islam di Malaysia...???!!!

Kenapa UMNO tak kutuk gila-gila manusia spisis MIC dan MCA yang menentang hudud ketika diorang hantar memorandum membantah perlaksanaan hudud yang akan diperjuangkan oleh PAS. Apakah UMNO bukan Islamkah membiarkankan sohabat karib mereka MIC dan MCA menolak hudud..???!!! Bukankah hudud tanggungjawab semua manusia yang mengaku Islam tak kira PAS atau UMNO..??? kita nak tanya pada orang yang tulis propaganda ini.."BILA MCA DAN MIC BANTAH LAKSANA HUDUD, KENAPA MANUSIA SPISIS UMNO DOK COOL TAK MARAH...???TAKUT HILANG SOKONGAN KE...???

PROPAGANDA UMNO KATA :

"Bila Salman Rusydi hina Nabi, satu dunia kutuk Salman termasuk PAS, Tapi mengapa bila Jeff Ooi n Ronnie Liu menhina Islam, PAS pertahankan bermati-matian?"

ANAK BAPAK JAWAB :


Kalau PAS pertahankan bermati-matian kenyataan Jeff Ooi dan Ronnie Liu, kenapa Dato' Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS menegur kedua-dua orang itu agar jangan mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas hingga menyentuh perasaan umat Islam..??? Apakah itu tandanya PAS mempertahankan bermati-matian kedua-dua orang itu...???!!! Atau yang menulis propaganda ini tak pernah baca harakahdaily ke, harakah cetak ke, siasah ke..Itulah asyik baca Berita Hairan dan utusan Meloya aje samapi tak tau pendirian orang lain. Nak tegur musuh dengan kawan mesti lah beza, kawan kita tu tak paham sangat Islam, jadi kita tegur dia. Yang UMNO kawan dengan MCA dan MIC yang nyata tolak hukum Allah langsung tak tegur apa-apa kuasa sepuluh kali ganda lagi teruk. Yang Salman Rusydi tu asalnya Islam, lepas tu tolak Islam..macam UMNO je..???

PROPAGANDA UMNO KATA :

"Wahai PAS/PKR, kalau pun teringin sangat nak berkuasa. Janganlah sampai sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama. selesaikan dulu isu arak, babi dan rumah urut tu mengikut Islam. hentikan kepentingan politik demi perpaduan dan Islam."


ANAK BAPAK JAWAB :

Saya pun nak seru kepada propagandis UMNO...

Wahai UMNO/BN, kami tak teringin pun nak ada kuasa, tiba-tiba saja rakyat bagi kami kuasa memerintah tidak macam kiamu gila kuasa merogol keluhuran perlembagaan untuk berkuasa di perak. Kalau kamu teringn nak kekalkan kuasa pun, janganlah samai sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama. Kamu gadaikan bahasa ibunda dan gantikan dengan bahasa penjajah dalam pengajaran matematik dan sains.Kamu gadaikan tulisan jawi dengan tulisan roman. Kamu tukarkan kalimah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Kamu zalim terhadap sekolah agama rakyat yang 99% peratus pelajarnya Melayu islam dengan menarik bantuan perkapita. Kamu gadaikan maruah agama...!!! Kamu sanggup menolah hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Kamu sanggup menolak Al-Quran. Kamu sanggup menolak Islam walaupun mengaku Islam.

Kenapa kamu tidak selesaikan isu arak ketika kamu memerintah Selangor selama lebih 50 secara Islam, kenapa kamu tidak pinda akta minuman keras yang kamu luluskan di Parlimen..??? Kenapa kamu tidak selesaikan isu babi ketika kamu masih memerintah dan rumah-rumah urut yang kamu berikan permit untuk mereka beroperasi selama 50 tahun kamu memerintah Negeri selangor...kenapa kamu tidak selesaikan secara Islam, 50 tahun bukan 5 tahun..kenapa, kenapa, kenapa..why why why...???!!!

Hentikanlah kepentingan perut dan bawah perut kamu dengan menipu dan merompak hak serta harta rakyat dan kembalilah kepada Islam yang menganjurkan perpaduan. ( Ayat propagandis UMNO ni macam ada tak kena. Dia suruh kembali kepada perpaduan dan islam. Ini bermaksud perpaduan itu lain dan Islam itu lain.Oleh itu demi perpaduan apa..perpaduan bersama UMNO kah...???)


PROPAGANDA UMNO KATA :

"Dulu Nik Aziz kata, jika PAS memerintah sebelum ayam berkokok (waktu subuh) undang-undang Islam akan dilaksanakan di Kelantan dan terengganu. Tapi bila dah menang, dia sanggup kata kita sanggup TANGGUHKAN 30 tahun lagi kerana itu bukan keutamaan. PAS PEMBONGAK lagi. Temberang macam Anwar Ibrahim juga."

ANAK BAPAK JAWAB :

Inilah masalah orang tak reti bahasa, atau suka bahasa yang belit-belit. Maklomlah UMNO ni spisis manusia yang suka spin, semua dia nak spin.

Kalau Tok Guru sebut "sebelum ayam berkokok" (untuk pengetahuan propagandis, ayam mula berkokok sebelum waktu subuh, bukan ketika waktu subuh, ada ayam berkokok pukul satu pagi, kena bangun awal lagi la tunggu sebelum ayam berkokok) ini bermakna Undang-Undang Islam akan dilaksanakan secepat mungkin. tapi bila dah lulus enakmen hudud di Kelantan tahun 90-an dulu, kenapa UMNO/BN yang menguasai Dewan rakyat tidak meminda perlembagaan untuk membolehkan undang-undang Islam tidak bercanggah dengan Perlembagaan persekutuan. Kesian propagandis UMNO, ini samada dia dibodohkan oleh UMNO atau dia yang membodohkan diri sendiri tentang percanggahan perlembagaan negeri dan persekutuan. Sekarang enakmen Syariah di terengganu yang digubal oleh PAS masih ada, kenapa Idris Jusoh dan Ahmad said tak laksanakan jika betul-betul UMNO nak mengaku menegakkan Islam. Kalu dulu UMNO tuduh hudud ini hudud PAS, kenapa tidap dimansuhkan Enakmen Hudud terengganu yang diluluskan oleh PAS dan digantikan dengan Hudud UMNO..Mana dia hudud UMNO..???!!!

UMNO sendiri masih menguasai kerusi Parlimen sejak lebih 50 tahun dahulu sampai sekarang. Bila masih menang, dia tak sanggup pulak pinda perlembagaan untuk membolehkan hukum Islam dilaksanakan dan menjadikan islam dasar negara, kenapa..?? SEBAB ISLAM BUKAN KEUTAMAAN UMNO/BN...!!!!

UMNO MEMANG PEMBONGAK...!!! TEMBERANG LAGI PENIPU MACAM PENIPU-PENIPU YANG WUJUD DAN PERNAH wujud DI ATAS MUKA BUMI INI...!!!

PROPAGANDA UMNO KATA :

" Nizar Jamaluddin (PAS) jadi menteri besarPerak, yang aneh pembuat keputusan ialah Ngeh dan Nga (DAP). PAS ikut saja macam lombu yang dicucuk hidung. PKR pulak macam setan bisu"


ANAK BAPAK JAWAB :

"Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.


ANEHNYAA...!!!, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.


Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Ini bermaksud, UMNO ini jenih ikut saja macam lombu di cucuk hidung, tapi saya tak sampai hati nak kata UMNO macam syaithon bisu..."

No comments: