About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, September 14, 2009

PRK N.11 BAGAN PINANG 11 OKTOBER 2009


PUTRAJAYA, 14 Sept : Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilhanraya pada 11 Oktober manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu telah dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas bermesyuarat hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya, Putrajaya pagi ini.

Mengikut statistik, seramai 13,664 pemilih layak untuk keluar mengundi calon parti yang bertanding yang bakal akan menyaksikan persaingan sengit antara BN (UMNO) dan PAS termasuk seramai 4,604 pengundi pos.

No comments: