About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, September 3, 2009

MENJAWAB E-MAIL YANG SUKA KONDEM PAS

Baru tadi aku menerima satu e-mail dari satu orang hamba Allah yang menulis sedemikian rupa ;

---------------------------------------------------------------------------------------
"Kamu Jangan fikir PAS sudah terlalu kuat sekarang, tanpa PKR dan DAP, PAS akan kekal sebagai parti lebai kampung.Jika sudah rasa kuat sangat, mengapa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja di Perak. Mengapa kerusi di kawasan melayu, melayu tolak PAS ?Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke. Itulah asyik sibuk berusrah, usrah sana ..usrah sini , ceramah sana sini !Bercampor la dengan masyarakat, jangan pandang orang tak pakai kopiah dan serban sebelah mata, jangan jadi munafik bila berjuang..&*^%+*"

---------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya ayat sebeginni pernah diterima juga oleh salah seorang rakan blogger saya, saya telah menjawab bagi pihaknya, tiba-tiba saya pula dapat kandungan e-mail yang sama, saya sudah pun membalasnya dan saya ingin berkongsi jawapan dengan anda semua. Saya sendiri tidak pasti sama ada si penghantar e-mail ini ahli parti mana,atau dia menulis berdasarkan isi hati dia atau pon copy-paste orang lain punya tulisan, tapi saya menjawab sekadar memuaskan hati dan ini adalah pendirian saya..dan saya menjawab seperti ini;


“ Kamu Jangan fikir PAS sudah terlalu kuat sekarang, tanpa PKR dan DAP, PAS akan kekal sebagai parti lebai kampung.”


Saya Jawab:
Aku rasa PAS tak pernah rasa terlalu kuat pun..Cuma ada la sikit-sikit kekuatan yang PAS ada. Atau hang berasa amat cemburu dengan perkembangan PAS terkini kemudian menuduh PAS rasa dah terlalu kuat. Takkanlah nak sebut pasal pendirian dan kelebihan parti pon tak boleh.., PKR boleh, Dap boleh.., tiba-tiba mai tang PAS tak boleh pulak..!!! PKR ada kekuatan dia.., DAP pon ada kekuatan dia..takkan PAS takdak kekuatan langsung..nak sebut pon tak buleh..awat yang jeles sangat pasai apa..?? kalau buleh semut mati tepi jalan pon hang nak salahkan PAS ka..???

Kita pon nak tanya, apakah maknanya jika hang tidak bersetuju dengan kadar kekuatan PAS..kuat sikit ke kuat sangat ke terlalu kuat ke..,maka apakah pilihanraya yang hari tu PKR dan DAP dah dikira kuat sangat ..???

Kita bukan hendak pertikai kekuatan sapa-sapa, hormat la pendirian dan prinsip tiap-tiap parti. Memang lah PAS tak kuat sangat. PAS baru umor 55 tahun, belum 100 tahun lagi. Maklomlah parti lain umor 550 tahun agaknya…!!!

Dolu-dolu ni yang selalu kutuk PAS “parti lebai kampong” ni orang UMNO saja. Aik…!!! La ni pon ada jugak..ni sapa ni yang cakap bunyi sejibik macam UMNO ni..?!!! ahli UMNO..? bekas ahli UMNO..?? Dulu UMNO skarang tak UMNO..??? atau dolu ahli PAS sekarang ahli UMNO..?? awat bunyi sama saja..awat yang berasa sangat dengan PAS ni pasai apa..?? ada yang PAS buat menyebabkan kerja hang tak masyuk ka..??? saja ja teka..jangan marah no..

“Jika sudah rasa kuat sangat, mengapa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja di Perak. Mengapa kerusi di kawasan melayu, melayu tolak PAS ?”


Saya Jawab:
Nak jawab sat soalan pasai pa PAS menang 6 kerusi saja di Perak.., jawab dia pasai PAS tak menang 16 kerusi lahh...!!! Ha..!!! puas hati ka...? Amboi yang dia syok sgt nak kondem PAS ni awat kita pun tak tau. Sampai PAS menang 6 kerusi pon dok pertikai, jeles pasai PAS menang 6 kerusi tapi PAS jadi MB kot. Hang ni elok pi kawan dengan ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang. It upon hang nak pertikai. Awat hang tak pertikai kat Terengganu,Johor & Perlis PKR tak menang apa kerusi langsung, buleh ka kita kata PKR kat Johor terlalu tak kuat..??? Hang ni reti politik ka tak reti..?? Ka buat-buat reti...??? besa jadi PACA tak, K-1o ka, cula undi ka..?? Hang ingat mudah ka kerja-kerja operasi pilihanraya.., tiba-tiba mai sini dok hentam semacam ja..awat hang ni hebat sangat ka..?? taktau la kot hang memang hebat.., Hang hentam PAS pon, pikiaq la dulu kerja-kerja orang pilihanraya, ahli-ahli parti lain.

Melayu tolak PAS..? Pasai orang macam hang dok sebok dengan Cina dan India sampai lupa Melayu la, harap kat PAS saja ka nak tarik undi Melayu..???

“Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke. Itulah asyik sibuk berusrah, usrah sana ..usrah sini , ceramah sana sini !”


Saya Jawab;

Hang sapa nak pertikai doa ulamak makbul ka tak. Hang sapa ulamak sapa, hang sapa Allah sapa pulak dengan hang.., hang tak baca ka sirah nabawi betapa Allah pernah tidak makbulkan doa rasulullah. Bahkan Rasulullah mintak Allah beri petunjuk pada pak menakan dia yang namanya Abi Thalib pon Allah tolak, hang berani kata pada Rasulullah;
"doa rasulullah allah tak makbul, itulah asyik berusrah berdakwah berceramah sana sini…"
hang berani kata lagu tu ka..?? woi hang becakap bagi la adab sikit. Pasai hang menulis takdak adab, aku pon counter hang tak dak adab jugak. Tapi mesti hang pertikai aku tulis dengan takdak adab, bongkak dan sebagainya, baik aku jawab siap-siap, orang macam hang ni kena layan”ek” sikit..pasai bunyi nya hang ek sangat..eh buleh ka dalam islam kita nak tunuk ‘ek’ dengan orang yang ‘ek’..jawabnya ‘buleh..!!!’ apa dalilnya..dalilnya masa nak perang uhud, satu orang muda yang bernama samrah bin jundab, lepas dia ambik pedang dari rasululullah untuk berperang, dia berjalan dengan dada yang terkedapan lagak orang angkuh..rasulullah tak larang dalam situasi masa tu..haha..orang macam hang ni tak dak masa layan lemah lembut…



“Bercampor la dengan masyarakat, jangan pandang orang tak pakai kopiah dan serban sebelah mata, jangan jadi munafik bila berjuang..&*^%+* "”

Saya Jawab
Kalu dah hang kata “berceramah sana-sini”, berceramah dengan sapa, kera ka..? beruk ka..? monyet ka..? lutong ka..? dah tentu la ceramah dengan orang ramai. Orang ramai tu bukan masyarakat ka..?? kalu hang ni ahli PAS yang “sungguh”, hang ingat usrah ni tiap-tiap hari ka.., hang kata sebok usrah..usrah sana usrah sini..hang tau ka usrah tu menatang apa…?? Ka hang main hantam ja..pasai nak kutuk PAS punya pasai, kamudian hang cari la amalan-amalan PAS yang takdak dalam parti lain kamudian tu hang hantam..hang ni sapa..mursyidul ‘am PAS ka..?? amboi sedap-sedap suruh PAS “bercamporlah dengan masyarakat"..,Pala Hotak Hang ( Ganas Sikit ) hang ni setiausaha perhubungan PAS negeri ka sampai tau semua kununnya pas tak keluaq jumpak masyarakat. Nak bagi tau kat hang, usrah ni besanya sebulan sekali..jarang ada seminggu sekali dua minggu sekali pon jarang. Ahli PAS ni dia ada sistem tarbiyah dia, hang ingat masuk PAS ni semata-mata nak berpolitik ka..ka macam hang..sakan sangat politik..Allah ta’ala tolak tepi..

Dudok dalam PAS ni sekurang-kurang nya dia tambah ilmu dia, elokkan amalan dia, nak pi pondok ngaji agama tak dan dah, dah tu..usrah la..bincang pasai ilmu, baca tafsir, baca hadith, feqah, tauhid macam-macam la..ini dak, semangat sangat nak politik, masuk PAS semua tak mau, solat tunggang langgang, waktu solat tak jaga, posa sunat tak mau, bini & anak-anak tak pakai tudong tak kesah, surau dan masjid pon buat tempat singgah pi berak kencing saja..patotla hang kata tadi “Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke” penat kita munajat baca doa macam-macam, siap ulamak pimpin doa lagi tu..tak heran la kalau allah tak makbul..wallahua’lam.

Aku nak habaq kat hang jangan dok hina usrah, hang kalau tak mau usrah, hang dok diam la..pi main jauh-jauh.., tak pon hang pi baca buku terbitan lajnah tarbiyah, manhaj usrah, fiqh siyasi macam-macam ada..bagi jadi manusia yang ingat allah sama..

Bila orang tegur, suruh elokkan akhlak, amalan jaga, solat jaga, waktu solat jaga, anak-bini jaga, kelakuan kita jaga, tambah ilmu..oi melenting..mula la tuduh ustaz-uztaz ni pandang sebelah mata la, pejam mata la, buta mata lah, mata kerbau la..

Oowh..kiranya hang ni bukan jenih tak pakai serban dan kopiah la no..yang hang beriya-riya sangat jangan bagi orang jangan pandang hang sebelah mata pasai apa..?? hang nak suruh semua orang bukak mata besaq-besaq siap tungkat dengan batang guruih api kat mata tengok hangpa buat kerja parti ka..ikhlas ka dak ni..??? orang lain ada jugak yang tak pakai kopiah & serban, tapi tak dak pulak sebuk dok mintak orang bukak semua mata..yang hang ni sapa…?? Buat kerja biaq orang tak nampak kan lagi baguih..allah kan maha tau sumbangan yang kita buat, allah nilai allah bayaq pulak dengan pahala insya-allah..ni dak, sebuk dok nak bagi orang nampak depan mata..patut la..mungkin pasai ang tak join usrah kot.., dak pun pasai hang bukan ahli PAS, dok buat dengan PAS pasai apa pun tak tau..tapi hang kena ingat la..pandang sebelah mata ada juga baguihnya..pasai nampak lagi jauh dan jitu..itu pasai la orang nak menembak dia tutup sebelah mata..haha..lawak ja..

Memang lah aku setuju la dengan pendapat hang “jangan jadi munafiq dalam berjuang” satu lagi yang kita kena ingat, ini untuk peringatan kat diri aku dan semua la..” jangan jadi munafiq dalam menulis” kalau tekasaq bahasa mintak maaf la..yang baik dari allah yang buruk mai dari kelemahan saya sendiri..wallahua’lam.

1 comment:

Anonymous said...

pas bangsat..