About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, September 3, 2009

LAGI LAGI CERITA ; ARKITEK & ENGENEER JUGAK BUKAN TUHAN..!!!;

Di satu ketika di sebuah tapak projek membina bangunan..tiga orang sedang bercakap tentang bangunan yang sedang dibina..

Mat Babai : Saya nak bangunan ni dibina dengan senget.Kemudian konkrit jangan pakai
keluli, pakai lidi dah la. Bagi nampak sempoi sikit.

Arkitek :
Tak buleh tuan, kalu sengat nanti runtuh pasal graviti dia tak stabil.

Engineer : Kalu pakai lidi tuan,struktur konkrit tak kukuh tuan.

Mat Bebai : Eh peduli apa aku, aku kata aku nak bangunan ni senget dan mesti pakai
lidi..!!!

Engineer : Tak buleh tuan, nanti bangunan ni buleh runtuh.

Arkitek : Betul tuan, nyawa penghuni bangunan akan terancam.

Mat Bebai : Oi mana korang tau benda kukuh ke tak kukuh, runtuh ke tak kukuh ni
hah..?

Arkitek : Kami tau masa kami mengaji kat Universiti dulu la tuan.

Engineer : Tuan boleh rujuk buku-buku kejuruteraan ataupu buku teks Fizik SPM.

Mat Bebai : Arrgghh...runtuh ke tak runtuh, kukuh ke tak kukuh ini kerja tuhan
tau..korang dua orang tuhan ke hah..??? Siap boleh tentukan bangunan ni
kukuh ke tak runtuh ke..Korang mesti bertaubat pasal korang bercakap
lebih dari tuhan cakap nih..

Engineer : Kami hanya jalankan tanggungjawab kami sebagai jurutera dan arkitek saja
tuan berdasarkan disiplin ilmu yang kami tau..

Mat Bebai : Ahh..itu semua mengarut..Dengar sini wahai Bangla-Bangla dan Indon-Indon
sekalian, jangan percaya cakap jurutera dan arkitek ni..mereka berdua
mesti bertaubat..!!!

No comments: