About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, September 4, 2009

PRK-N.31 BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN.., PAS & PR Vs UMNO+BN+ASKAR...!!!

Baru tadi saya mendengar berita soheh lagi mutawatir betapa YB ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang mewakili UMNO/BN pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil buat selama-lamanya. Kebetulan pula beliau menentang calon PAS, Sdr Ramli Ismail dengan kelebihan majoriti 2,333 undi.

Berdasarkan statistik, YB Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi N.31 Bagan Pinang ini pada PRU-13 2008 dengan pertambahan sebanyak 463 undi berbanding 5,967 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRU-11 2008. Pada PRU-12 yang lalu, PAS menerusi calonnya Ramli Ismail berjaya memperoleh 4,097 undi berbanding sebanyak 1,556 undi pada PRU-11, pertambahan sebanyak 2,541 undi, boleh dikira sebagai perkmbangan yang baik bagi PAS.

Berdasarkan beza majoriti sebanyak 2,333 undi, maka PAS wajib mengekalkan jumlah undinya yang lalu dan mencari sekurang-kurangnya 1,500 undi lagi untuk merampas kerusi ini dari UMNO/BN. Nampaknya kali ini PAS harus bekerja lebih kuat tahap luar biasa untuk mengalahkan UMNO di sini kerana terdapat beribu juga undi pos dikalangan anggota tentera di dalam nahagian pilihanraya DUN N.31 Bagan Pinang ini.

Jika melihat kepada situasi terkini, dan siri-siri PRK yang lepas-lepas, PAS bertanding di kawasan yang memang signifikan kepada PAS. Contohnya Parlimen Kuala Terengganu, PAS pernah menang di sana. Parlimen Bukit Gantang, PAS kerusinya di sandang oleh PAS, DUN Manek Urai, dikira kubu kuat PAS. DUN Permatang Pasir, tempat asal dan berkembangnya PAS. tetapi di Bagan Pinang..??? Maka PAS akan berhaapan suatu cabaran untuk merampas satu kerusi yang tidak pernah disentuh oleh PAS, hanya pernah bertanding dan mempertahankan kekalahan sahaja. Cuma PRU-12 menunjukkan sedikit keceriaan umpama tawa dalam tangisan, berjaya menambah lebih kurang 2 ribu setengah undi.

Di dalamnya di khabarkan ada kem tentera. Tapi pernah sekali undi tentera kita menang melalui calon Parti KeADILan, Sdra Roslan Kasim. Roslan Kasim dapat 1,743 undi berbanding Sominathan yang dapat 1,625 undi askar di situ. Dan ini menandakan tugas berat PAS dan rakan-rakan petugas dari komponen Pkatan Rakyat untuk sedaya upaya meraih undi orang awam untuk mengatasi undi askar yang dijangka beribu-ribu. Manalah tahu tiba-tiba bertambah pulak askar disitu lagi satu dua ribu..!!!

Maka apakah kita boleh katakan betapa PRK-N31 Bagan Pinang ini umpama PAS Vs Askar...???