About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, September 28, 2009

KENYATAAN MEDIA DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


23 Sept, 2009

Monday, September 14, 2009

PRK N.11 BAGAN PINANG 11 OKTOBER 2009


PUTRAJAYA, 14 Sept : Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilhanraya pada 11 Oktober manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu telah dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas bermesyuarat hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya, Putrajaya pagi ini.

Mengikut statistik, seramai 13,664 pemilih layak untuk keluar mengundi calon parti yang bertanding yang bakal akan menyaksikan persaingan sengit antara BN (UMNO) dan PAS termasuk seramai 4,604 pengundi pos.

Friday, September 4, 2009

PRK-N.31 BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN.., PAS & PR Vs UMNO+BN+ASKAR...!!!

Baru tadi saya mendengar berita soheh lagi mutawatir betapa YB ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang mewakili UMNO/BN pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil buat selama-lamanya. Kebetulan pula beliau menentang calon PAS, Sdr Ramli Ismail dengan kelebihan majoriti 2,333 undi.

Berdasarkan statistik, YB Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi N.31 Bagan Pinang ini pada PRU-13 2008 dengan pertambahan sebanyak 463 undi berbanding 5,967 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRU-11 2008. Pada PRU-12 yang lalu, PAS menerusi calonnya Ramli Ismail berjaya memperoleh 4,097 undi berbanding sebanyak 1,556 undi pada PRU-11, pertambahan sebanyak 2,541 undi, boleh dikira sebagai perkmbangan yang baik bagi PAS.

Berdasarkan beza majoriti sebanyak 2,333 undi, maka PAS wajib mengekalkan jumlah undinya yang lalu dan mencari sekurang-kurangnya 1,500 undi lagi untuk merampas kerusi ini dari UMNO/BN. Nampaknya kali ini PAS harus bekerja lebih kuat tahap luar biasa untuk mengalahkan UMNO di sini kerana terdapat beribu juga undi pos dikalangan anggota tentera di dalam nahagian pilihanraya DUN N.31 Bagan Pinang ini.

Jika melihat kepada situasi terkini, dan siri-siri PRK yang lepas-lepas, PAS bertanding di kawasan yang memang signifikan kepada PAS. Contohnya Parlimen Kuala Terengganu, PAS pernah menang di sana. Parlimen Bukit Gantang, PAS kerusinya di sandang oleh PAS, DUN Manek Urai, dikira kubu kuat PAS. DUN Permatang Pasir, tempat asal dan berkembangnya PAS. tetapi di Bagan Pinang..??? Maka PAS akan berhaapan suatu cabaran untuk merampas satu kerusi yang tidak pernah disentuh oleh PAS, hanya pernah bertanding dan mempertahankan kekalahan sahaja. Cuma PRU-12 menunjukkan sedikit keceriaan umpama tawa dalam tangisan, berjaya menambah lebih kurang 2 ribu setengah undi.

Di dalamnya di khabarkan ada kem tentera. Tapi pernah sekali undi tentera kita menang melalui calon Parti KeADILan, Sdra Roslan Kasim. Roslan Kasim dapat 1,743 undi berbanding Sominathan yang dapat 1,625 undi askar di situ. Dan ini menandakan tugas berat PAS dan rakan-rakan petugas dari komponen Pkatan Rakyat untuk sedaya upaya meraih undi orang awam untuk mengatasi undi askar yang dijangka beribu-ribu. Manalah tahu tiba-tiba bertambah pulak askar disitu lagi satu dua ribu..!!!

Maka apakah kita boleh katakan betapa PRK-N31 Bagan Pinang ini umpama PAS Vs Askar...???

ADUN BN BAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN MENINGGAL DUNIA


Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/112124

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Thursday, September 3, 2009

MENJAWAB E-MAIL YANG SUKA KONDEM PAS

Baru tadi aku menerima satu e-mail dari satu orang hamba Allah yang menulis sedemikian rupa ;

---------------------------------------------------------------------------------------
"Kamu Jangan fikir PAS sudah terlalu kuat sekarang, tanpa PKR dan DAP, PAS akan kekal sebagai parti lebai kampung.Jika sudah rasa kuat sangat, mengapa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja di Perak. Mengapa kerusi di kawasan melayu, melayu tolak PAS ?Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke. Itulah asyik sibuk berusrah, usrah sana ..usrah sini , ceramah sana sini !Bercampor la dengan masyarakat, jangan pandang orang tak pakai kopiah dan serban sebelah mata, jangan jadi munafik bila berjuang..&*^%+*"

---------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya ayat sebeginni pernah diterima juga oleh salah seorang rakan blogger saya, saya telah menjawab bagi pihaknya, tiba-tiba saya pula dapat kandungan e-mail yang sama, saya sudah pun membalasnya dan saya ingin berkongsi jawapan dengan anda semua. Saya sendiri tidak pasti sama ada si penghantar e-mail ini ahli parti mana,atau dia menulis berdasarkan isi hati dia atau pon copy-paste orang lain punya tulisan, tapi saya menjawab sekadar memuaskan hati dan ini adalah pendirian saya..dan saya menjawab seperti ini;


“ Kamu Jangan fikir PAS sudah terlalu kuat sekarang, tanpa PKR dan DAP, PAS akan kekal sebagai parti lebai kampung.”


Saya Jawab:
Aku rasa PAS tak pernah rasa terlalu kuat pun..Cuma ada la sikit-sikit kekuatan yang PAS ada. Atau hang berasa amat cemburu dengan perkembangan PAS terkini kemudian menuduh PAS rasa dah terlalu kuat. Takkanlah nak sebut pasal pendirian dan kelebihan parti pon tak boleh.., PKR boleh, Dap boleh.., tiba-tiba mai tang PAS tak boleh pulak..!!! PKR ada kekuatan dia.., DAP pon ada kekuatan dia..takkan PAS takdak kekuatan langsung..nak sebut pon tak buleh..awat yang jeles sangat pasai apa..?? kalau buleh semut mati tepi jalan pon hang nak salahkan PAS ka..???

Kita pon nak tanya, apakah maknanya jika hang tidak bersetuju dengan kadar kekuatan PAS..kuat sikit ke kuat sangat ke terlalu kuat ke..,maka apakah pilihanraya yang hari tu PKR dan DAP dah dikira kuat sangat ..???

Kita bukan hendak pertikai kekuatan sapa-sapa, hormat la pendirian dan prinsip tiap-tiap parti. Memang lah PAS tak kuat sangat. PAS baru umor 55 tahun, belum 100 tahun lagi. Maklomlah parti lain umor 550 tahun agaknya…!!!

Dolu-dolu ni yang selalu kutuk PAS “parti lebai kampong” ni orang UMNO saja. Aik…!!! La ni pon ada jugak..ni sapa ni yang cakap bunyi sejibik macam UMNO ni..?!!! ahli UMNO..? bekas ahli UMNO..?? Dulu UMNO skarang tak UMNO..??? atau dolu ahli PAS sekarang ahli UMNO..?? awat bunyi sama saja..awat yang berasa sangat dengan PAS ni pasai apa..?? ada yang PAS buat menyebabkan kerja hang tak masyuk ka..??? saja ja teka..jangan marah no..

“Jika sudah rasa kuat sangat, mengapa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja di Perak. Mengapa kerusi di kawasan melayu, melayu tolak PAS ?”


Saya Jawab:
Nak jawab sat soalan pasai pa PAS menang 6 kerusi saja di Perak.., jawab dia pasai PAS tak menang 16 kerusi lahh...!!! Ha..!!! puas hati ka...? Amboi yang dia syok sgt nak kondem PAS ni awat kita pun tak tau. Sampai PAS menang 6 kerusi pon dok pertikai, jeles pasai PAS menang 6 kerusi tapi PAS jadi MB kot. Hang ni elok pi kawan dengan ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang. It upon hang nak pertikai. Awat hang tak pertikai kat Terengganu,Johor & Perlis PKR tak menang apa kerusi langsung, buleh ka kita kata PKR kat Johor terlalu tak kuat..??? Hang ni reti politik ka tak reti..?? Ka buat-buat reti...??? besa jadi PACA tak, K-1o ka, cula undi ka..?? Hang ingat mudah ka kerja-kerja operasi pilihanraya.., tiba-tiba mai sini dok hentam semacam ja..awat hang ni hebat sangat ka..?? taktau la kot hang memang hebat.., Hang hentam PAS pon, pikiaq la dulu kerja-kerja orang pilihanraya, ahli-ahli parti lain.

Melayu tolak PAS..? Pasai orang macam hang dok sebok dengan Cina dan India sampai lupa Melayu la, harap kat PAS saja ka nak tarik undi Melayu..???

“Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke. Itulah asyik sibuk berusrah, usrah sana ..usrah sini , ceramah sana sini !”


Saya Jawab;

Hang sapa nak pertikai doa ulamak makbul ka tak. Hang sapa ulamak sapa, hang sapa Allah sapa pulak dengan hang.., hang tak baca ka sirah nabawi betapa Allah pernah tidak makbulkan doa rasulullah. Bahkan Rasulullah mintak Allah beri petunjuk pada pak menakan dia yang namanya Abi Thalib pon Allah tolak, hang berani kata pada Rasulullah;
"doa rasulullah allah tak makbul, itulah asyik berusrah berdakwah berceramah sana sini…"
hang berani kata lagu tu ka..?? woi hang becakap bagi la adab sikit. Pasai hang menulis takdak adab, aku pon counter hang tak dak adab jugak. Tapi mesti hang pertikai aku tulis dengan takdak adab, bongkak dan sebagainya, baik aku jawab siap-siap, orang macam hang ni kena layan”ek” sikit..pasai bunyi nya hang ek sangat..eh buleh ka dalam islam kita nak tunuk ‘ek’ dengan orang yang ‘ek’..jawabnya ‘buleh..!!!’ apa dalilnya..dalilnya masa nak perang uhud, satu orang muda yang bernama samrah bin jundab, lepas dia ambik pedang dari rasululullah untuk berperang, dia berjalan dengan dada yang terkedapan lagak orang angkuh..rasulullah tak larang dalam situasi masa tu..haha..orang macam hang ni tak dak masa layan lemah lembut…



“Bercampor la dengan masyarakat, jangan pandang orang tak pakai kopiah dan serban sebelah mata, jangan jadi munafik bila berjuang..&*^%+* "”

Saya Jawab
Kalu dah hang kata “berceramah sana-sini”, berceramah dengan sapa, kera ka..? beruk ka..? monyet ka..? lutong ka..? dah tentu la ceramah dengan orang ramai. Orang ramai tu bukan masyarakat ka..?? kalu hang ni ahli PAS yang “sungguh”, hang ingat usrah ni tiap-tiap hari ka.., hang kata sebok usrah..usrah sana usrah sini..hang tau ka usrah tu menatang apa…?? Ka hang main hantam ja..pasai nak kutuk PAS punya pasai, kamudian hang cari la amalan-amalan PAS yang takdak dalam parti lain kamudian tu hang hantam..hang ni sapa..mursyidul ‘am PAS ka..?? amboi sedap-sedap suruh PAS “bercamporlah dengan masyarakat"..,Pala Hotak Hang ( Ganas Sikit ) hang ni setiausaha perhubungan PAS negeri ka sampai tau semua kununnya pas tak keluaq jumpak masyarakat. Nak bagi tau kat hang, usrah ni besanya sebulan sekali..jarang ada seminggu sekali dua minggu sekali pon jarang. Ahli PAS ni dia ada sistem tarbiyah dia, hang ingat masuk PAS ni semata-mata nak berpolitik ka..ka macam hang..sakan sangat politik..Allah ta’ala tolak tepi..

Dudok dalam PAS ni sekurang-kurang nya dia tambah ilmu dia, elokkan amalan dia, nak pi pondok ngaji agama tak dan dah, dah tu..usrah la..bincang pasai ilmu, baca tafsir, baca hadith, feqah, tauhid macam-macam la..ini dak, semangat sangat nak politik, masuk PAS semua tak mau, solat tunggang langgang, waktu solat tak jaga, posa sunat tak mau, bini & anak-anak tak pakai tudong tak kesah, surau dan masjid pon buat tempat singgah pi berak kencing saja..patotla hang kata tadi “Doa ulamak PAS banyak tak dimakbulkan ke” penat kita munajat baca doa macam-macam, siap ulamak pimpin doa lagi tu..tak heran la kalau allah tak makbul..wallahua’lam.

Aku nak habaq kat hang jangan dok hina usrah, hang kalau tak mau usrah, hang dok diam la..pi main jauh-jauh.., tak pon hang pi baca buku terbitan lajnah tarbiyah, manhaj usrah, fiqh siyasi macam-macam ada..bagi jadi manusia yang ingat allah sama..

Bila orang tegur, suruh elokkan akhlak, amalan jaga, solat jaga, waktu solat jaga, anak-bini jaga, kelakuan kita jaga, tambah ilmu..oi melenting..mula la tuduh ustaz-uztaz ni pandang sebelah mata la, pejam mata la, buta mata lah, mata kerbau la..

Oowh..kiranya hang ni bukan jenih tak pakai serban dan kopiah la no..yang hang beriya-riya sangat jangan bagi orang jangan pandang hang sebelah mata pasai apa..?? hang nak suruh semua orang bukak mata besaq-besaq siap tungkat dengan batang guruih api kat mata tengok hangpa buat kerja parti ka..ikhlas ka dak ni..??? orang lain ada jugak yang tak pakai kopiah & serban, tapi tak dak pulak sebuk dok mintak orang bukak semua mata..yang hang ni sapa…?? Buat kerja biaq orang tak nampak kan lagi baguih..allah kan maha tau sumbangan yang kita buat, allah nilai allah bayaq pulak dengan pahala insya-allah..ni dak, sebuk dok nak bagi orang nampak depan mata..patut la..mungkin pasai ang tak join usrah kot.., dak pun pasai hang bukan ahli PAS, dok buat dengan PAS pasai apa pun tak tau..tapi hang kena ingat la..pandang sebelah mata ada juga baguihnya..pasai nampak lagi jauh dan jitu..itu pasai la orang nak menembak dia tutup sebelah mata..haha..lawak ja..

Memang lah aku setuju la dengan pendapat hang “jangan jadi munafiq dalam berjuang” satu lagi yang kita kena ingat, ini untuk peringatan kat diri aku dan semua la..” jangan jadi munafiq dalam menulis” kalau tekasaq bahasa mintak maaf la..yang baik dari allah yang buruk mai dari kelemahan saya sendiri..wallahua’lam.

LAGI LAGI CERITA ; ARKITEK & ENGENEER JUGAK BUKAN TUHAN..!!!;

Di satu ketika di sebuah tapak projek membina bangunan..tiga orang sedang bercakap tentang bangunan yang sedang dibina..

Mat Babai : Saya nak bangunan ni dibina dengan senget.Kemudian konkrit jangan pakai
keluli, pakai lidi dah la. Bagi nampak sempoi sikit.

Arkitek :
Tak buleh tuan, kalu sengat nanti runtuh pasal graviti dia tak stabil.

Engineer : Kalu pakai lidi tuan,struktur konkrit tak kukuh tuan.

Mat Bebai : Eh peduli apa aku, aku kata aku nak bangunan ni senget dan mesti pakai
lidi..!!!

Engineer : Tak buleh tuan, nanti bangunan ni buleh runtuh.

Arkitek : Betul tuan, nyawa penghuni bangunan akan terancam.

Mat Bebai : Oi mana korang tau benda kukuh ke tak kukuh, runtuh ke tak kukuh ni
hah..?

Arkitek : Kami tau masa kami mengaji kat Universiti dulu la tuan.

Engineer : Tuan boleh rujuk buku-buku kejuruteraan ataupu buku teks Fizik SPM.

Mat Bebai : Arrgghh...runtuh ke tak runtuh, kukuh ke tak kukuh ini kerja tuhan
tau..korang dua orang tuhan ke hah..??? Siap boleh tentukan bangunan ni
kukuh ke tak runtuh ke..Korang mesti bertaubat pasal korang bercakap
lebih dari tuhan cakap nih..

Engineer : Kami hanya jalankan tanggungjawab kami sebagai jurutera dan arkitek saja
tuan berdasarkan disiplin ilmu yang kami tau..

Mat Bebai : Ahh..itu semua mengarut..Dengar sini wahai Bangla-Bangla dan Indon-Indon
sekalian, jangan percaya cakap jurutera dan arkitek ni..mereka berdua
mesti bertaubat..!!!

LAGI CERITA.., DOKTOR PUN BUKAN TUHAN..

Pada suatu hari, maka adalah sa-orang yang bernama Mahyudin Yanun telah mengadu sakit perut kepada seorang rakannya bernama Mat Noit Brahim.Mahyudin Yanun adalah sejenis manusia yang suka makan makanan nasik basi. Maka sebab itulah dia selalu sakit perut.

Mahyudin Yanun : Oi Mat Noit, aku sakit perut lah..

Mat Noit Brahim : yang hang pi makan lagi nasik basi tu buat apa..!! benda lein yang
elok-elok hang tak mau makan.

Mahyudin Yanun : nak buat lagu mana, hanya nasik basi ja yang boleh bagi aku hidup
dolu kini dan selamanya.

Mat Noit Brahim : Jom la aku bawak hang pi klenet.

Mahyudin Yanun : Nak buat apa pi klenet..?

Mat Noit Brahim : Nak pi cek la ang sakit apa..


Maka Mahyudin Yanun pun ikut la Mat Noit Brahim pi klenet.Bejumpa la dengan Doktot Mat Azit.

Dr Mat Azit : Hah Mat Noit, sakit apa..?

Mat Noit : Bukan aku yang sakit, ni membar aku yang sakit ni..dari dolu asik
makan nasik basi ja, aku pon heran, lepas tu jenuh la sakit perut.

Dr Mat Azit : Sakit apa..?

Mahyudin Yanun : Sakit perut.

Dr Mat Azit : Semalam dengan pgi tak sat makan apa..?

Mahyudin : Makan nasik basi

Dr Mat Azit : Laa awat yang pi makan nasik basi..nasik hok elok tak dak ka..Mat
Noit ang saja bagi dia makan nasik basi macam hang muda-muda dolu
ka..?

Mat Noit : Eh mana ada, aku sejak 1998 tak makan nasik basi dah aih.., dia ni
ja yang dok makan nasi basi lagi. Dia dok ikut membar dia la..

Dr Mat Azit : Sapa membar dia yang dok suruh makan nasik basi lagi ni..

Mat Noit : Sapa lagi, takkan hang tak kenai Chek Dot, Wan Najid, Che' lah,
Jahid..depa tu suma kaki makan nasik basi tuh..

Dr Mat Azit : Betoi ka apa yang Mat Noit habaq ni Mahyudin..?

Mahyudin Yanun : Awatnya, perut aku, suka hati aku la nak makan apa pon..yang
hangpa kalut pasai pa.

Dr Mat Azit : Daak..bukan apa..perut kita ni walaupun kita punya..tapi dia hanya
terima benda yang elok-elok ja..yang tak elok macam nasik basi tu
nanti dia sakit perut la..Hang kena berenti la makan nasi basi
ni..tinggai buang..angan dok ikut kawan-kawan ang tu..

Mat Noit : Betoi la cakap doktot tu..ang tinggai la..

Mahyudin Yanun : Ahh..hangpa dua pon pecaya fitnah orang. Mana ada makan nasik
basi kena sakit perut. aku sakit perut ni bukan sebab nasik basi,
tapi sebab nasik elok. Ni semua nasik elok punya pasai.

Mat Noit : Ait..pasai apa tuduh nasik elok pulak. Hang yang makan nasik basi
kamudian sakit perut.Menyerok nasik basi, tyengahari nasik basi,
malam nasik basi, awat yang tak sakit perutnya..

Mahyudin Yanun : Ang pecaya la cakap doktot ni. Aku ni pemakan nasik basi dolu, la
ni dan sampai bia-bila tau. Pasai tu la Wan Najid lantik aku orang
kanan dia.Aduhh..sakit perut aku nih..ni semua hang punya
pasai..dok ikut cakat doktot Mat Azit..!!

Mat Noit : Lagi-lagi tuduh aku.

Dr Mat Azit : Tak pa tak pa. Lagu ja la. Ni nak habaq sat kat hang Mahyudin.
Hang yang jadi tak sehat ni pasai hang makan nasik basi. Hang
keracunan makanan.ni aku bagi ubat, pi balik makan..insya-allah
sehat.Jangan dok makan nasi basi dah..

Mahyudin Yanun : Oi Mat Azit, hnag ingat hang tuhan ka nak tentukan itu racun ka
tak racun, sehat ka sakit. Aku dah kata, ni bukan pasai nasik
basi, tapi pasai hangpa dua punya pasai lah..

Dr Mat Azit : Dak aih..aku habaq apa yang aku tau ja..

Mahyudin Yanun : Aarrgghh..hang ni becakap mengalahan tuhan. Hang tau dak racun tak
racun sakit ka sehat ka sumanya hak mutla tuhan sekalian 'alam..??
Hang tau dak..!!???

Dr Mat Azit : Aku dah lama dah tau..aku jalankan tanggungjawab aku sebagai doktot saja..

Mahyudin Yanun : Dah tu, tak reti-reti nak tobat..hang kena tobat ni..kalu dak aku
report kat majlis fatwa..!!! dah la..malas aku nak layan hangpa
dua..mai sini ubat aku..huhh..!!!

Sekian.

Tuesday, September 1, 2009

CERITA TENTANG ADA APA DENGAN DOSA PAHALA SYURGA NERAKA

Pada suatu hari di sebuah sekolah yang bukan sekolah ugama. Ketika seorang ustaz sedang mengajar subjek Pendidikan Islam yang bertajuk "kewajipan mendirikan solat fardu" di satu kelas di sekolah itu.

Ustaz : Anak-anak...!!! setelah ustaz ajar tentang solat, ustaz nak tanya boleh taak..?

Murid2 : Boleh ustaazz..!!!

Ustaz : Baiklah.., anak-anak..dalam sehari kita diwajibkan solat fardu berapa kali
anak-anak..?

Murid2 : Lima kali sehari semalam ustaazz..

Ustaz : Baguss..Baiklah.. Apakah hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja
anak-anak..?

Murid2 : Berdosa ustazz...!!!

Ustaz : Kalau kita tak tinggal kita dapat apa anak-anak..??

Murid2 : Dapat pahala ustaazz..!!!

Ustaz : Baiklah..kalau kita banyak pahala..mati nanti Allah akan masukkan kita ke
mana anak-anak..??

Murid2 : Allah akan masukkan ke syurga ustaz..

Ustaz : Kalau kita dapat banyak dosa mati nanti Allah akan bagi balasan apa pada
kita anak-anak..?

Murid2 : Allah akan masukkan kita dalam neraka ustaazz..!!!

Ustaz : Baguss..jadi kalau kita tinggalkan solat, Allah akan masukkan kita ke dalam
syurga atau neraka anak-anak..??

Murid2 : Masuk neraka uustaazz..

Ustaz : Bagus..oleh itu..ustaz nasihatkan anak-anak agar jangan tinggalkann solat
ye..

Murid2 : Baiklah ustazz..

Maka bertebaranlah murid-murid sekolah ke rumah masing-masing selepas tamat waktu persekolahan.Salah seorang dari murid tadi bertanya kepada bapanya yang mengaku Islam tapi tak pernah mengerjakan solat melainkan solat jumaat (itu pun kadang-kadang) dan solat dua hari raya sebab takut kena kutuk dengan masyarakat agar tidak dituduh tidak melaksanakan islam dalam hidupnya. Maka berlakulah dialog ringkas antara anak dan bapa..

Anak : Papa..kenapa papa tak semayang..?? saya tak pernah pun tengok papa semayang..

Papa : Alah kalau tak semayang pon..kita boleh hidup kan..tengok orang yang tak Islam
tu..dia tak semayang pon..tapi diorang tetap kaya dan hidup senang lenang..

Anak : Tapi papa..Kalau tak semayang nanti kita dapat dosa..kalau kita berdosa mati
nanti Allah akan dimasukkan kita dalam neraka kalau kita tak semayang
papa..!!!

Papa : Hahhh...!!! siapa yang cakap..

Anak : Ustaz kat sekolah yang cakap..

Papa : (Dalam hati) Cilakak punya ustazz..!!!


Maka besok harinya si bapa ini pergi menemui Ustaz ini di bilik guru..maka si bapa yang mengaku islam tapi tak nak solat ini dengan marahnya berkata..


Papa : Ohh..awaklah ustaz yang mengajar anak saya ya..!!!

Ustaz : Ye saya..ada apa yang encik..

Papa : Berani engkau kata aku ahli neraka ya..!!! Engkau ingat engkau tuhan
ke.., engkau tak tau ke majlis fatwa kata dosa pahala syurga neraka hak
mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala..!!!

Ustaz : Saya hanya menjalankan tugas saya mengajar anak-anak dan meneruskan kerja-kerja para nabi..menyampaikan ilmu dan kebenaran sahaja..

Papa : AARRRGGHH...!!! tuan-tuan jangan pecaya cakap ustaz ni..!!! Ustaz ini mesti BERTAUBAT...!!!

Bapa budak ini terus blah dari situ untuk pergi kerja..

sekian..harap maklum..