About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, July 17, 2009

PRK-MU ; USAHA JAHAT UMNO/BN 90% BERJAYA

Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai 2009 (PRK-MU) menyaksikan betapa PAS hampir tewas dan UMNO/BN hampir menang. Majoriti yang diperolehi oleh PAS pada PRU-12 yang lalu jatuh merudum. Pada pilihanraya umum 2008 PAS berjaya merampas kembali kerusi DUN Manek Urai dengan kelebihan majoriti 1,352 undi. Namun pada pilihanraya kecil disebabkan kematian Pak Su Wel menyaksikan PAS hanya mampu mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan berbekalkan kelebihan majoriti 65 undi, turun sebanyak 1,287 undi.

Melihat kepada jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua parti pada PRK-MU ini berbanding PRU-12 yang lalu,PAS kehilangan 398 undi. PRK-MU PAS memperolehi 5,348 undi berbanding 5,746 undi pada PRU-12, kekurangan 398 undi. UMNO/BN pula menambah 889 undi.PRK-MU UMNO/BN memperolehi 5,283 undi berbanding 4,394 undi yang diperolehinya pada PRU-12, sebanyak 886 tambahan undi diperolehi.

Peratus keluar mengundi juga meningkat.Pada PRU-12 peratus keluar mengundi N41 Manek Urai dicatatkan sebanyak 84.23% (10,353 pengundi). PRK-MU kali ini mencatatkan peningkatan keluar mengundi sebanyak 2.99%(369 pengundi) kepada 87.22% (10,722 pengundi).

Angka-angka tadi boleh memberi petunjuk kepada beberapa "kemungkinan". Petunjuk di atas menunjukkan betapa UMNO/BN mensasarkan sekurang-kurangnya 700 undi untuk menumbangkan PAS di Manek Urai. Boleh jadi pada PRK-MU ini UMNO/BN mensasarkan sebanyak 800 hingga 900 undi.Jika UMNO/BN berjaya menarik atau 'membeli' 100% dari apa yang disasarkannya, maka UMNO/BN akan berjaya menumbangkan PAS dengan majoriti sekurang-kurangnya 100 undi.UMNO/BN akan mensasarkan pula secara purata 30 atau 40 undi bagi setiap saluran atau setiap peti undi.

Dapat dijangkakan bahawa UMNO/BN mensasarkan 400 undi dari pengundi yang mengundi PAS pada PRU-12 yang lepas. 400 pengundi ini kemungkinan besar terdiri dari mereka yang dahulunya (PRU-12)adalah pengundi atas pagar tetapi mengundi PAS atau pengundi yang cenderung kepada PAS.500 undi lagi adalah dikalangan tidak mengundi pada PRU-12. Jangkaan ini adalah diperkuatkan dengan keyakinan apabila terdapat sumber-sumber dari petugas UMNO/BN sendiri yang menghantar SMS betapa BN menang dengan majoriti 100 undi.

Untuk mencapai ke arah itu, UMNO/BN tentunya akan menggerakkan jenteranya sedaya upaya untuk "merampas" undi ini. Melalui senarai daftar pemilih dan rekod pengundi,maka dari sinilah UMNO/BN mengenalpasti "mangsanya". Dipercayai UMNO/BN menemui mangsa-mangsanya dengan kaedah "memujuk & memperdaya" atau "membeli". Sekiranya kaedah "memperdaya & memperdaya" tidak berjaya, maka kaedah membeli pula akan diusahakan, sama ada membeli "pendirian" atau membeli "kad pengenalan". Jika tidak, matlamat menumbangkan PAS tidak akan tercapai.

UMNO/BN amat diyakini melalui track recordnya yang tidak pernah baik. Aktiviti membeli undi amat sinonim dengan UMNO/BN. Jika tidak bukan UMNO namanya. Dikhabarkan ada di antara petugas UMNO menawarkan wang sebanyak RM300, RM500 malah mencecah ribu, semata-mata mahu meamstikan undi itu berpihak kepada BN. Maklumat yang diterima antaranya tawaran pendahuluan RM500 sebelum membuang undi, RM500 lagi akan di"kurnia"kan selepas pembuangan undi dengan membuktikan mereka memangkah BN. Kaedah pembuktian dikatakan dengan menggunakan rakaman kamera telefon bimbit. Kebetulan harga getah tidak tinggi dan tidak pula naik-naik ketika itu. Maka ia memungkinkan pengundi memakan umpan dengan mata kailnya sekali.Jika benar apa yang dikhabarkan, maka nilai maruah pengundi Melayu aalah lebih murah dari seekor kambing kampung.

Dalam banyak-banyak mangsa, ada juga mereka yang masih menjaga maruah dan prinsip perjuangan. Maka prinsip bagi "pitih" ambil, bagi kain pelikat pakai, bagi gula dan kopi kacau, bila undi undi PAS terus digunakan. Daripada mereka inilah kita mendapat maklumat bahawa UMNO/BN melakukan serangan saraf kepada pengundi di Manek Urai yang dijadikan sebagai "mangsa" UMNO/BN dengan menytakan bahawa " tak apa makcik pakcik undi BN, kalau BN menang pun Kerajaan PAS tidak terjejas, Tok Guru tetap MB..." Maka dalam 100% kerja jahat UMNO/BN ini, 90% menjadi "mangsa" UMNO/BN, 10% pula menjadikan UMNO/BN sebagai "mangsa". Jika kerja jahat UMNO/BN berjaya menjadikan sasaran 100% sebaga mangsa, maka PAS pula menjadi mangsa kejahatan UMNO/BN. Namun Allah jua yang menentukan. Betapa 10% sasaran UMNO/BN masih tetap dengan pendirian, menyebabkan UMNO/BN masih belum menang dipisahkan 65 undi yang berpihak kepada PAS.

Analisis persendirian ini tidak semestinya semua salah dan tidak semestinya semua betul. Wallahu A'lam.

No comments: