About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, July 17, 2009

PRK-MU ; KE MANA PERGINYA 398 UNDI PAS...??

Pada Pilihanraya Umum Ke-12 2008 (PRU-12), PAS mencatatkan jumlah 5,746 undi berbanding 4,394 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN. Namun pada Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, kemorosotan sebanyak 398 undi dicatatkan.

Ke mana perginya 398 undi yang dahulunya diberikan kepada PAS pada PRU-12 tetapi tidak pada PRK-MU..??

Pengalaman ketika ditugaskan untuk membantu jentera PAS di UPU Chuchoh Puteri ( 031/41/06) memberi sedikit gambaran tentang kemana hilangnya undi-undi ini. Ia tidak hilang kepada calon Bebas, kerana yang bertanding hanya PAS dan UMNO/BN. Nyata undi itu berpihak kepada calon UMNO/BN. Di UPU Chuchoh Puteri, pada PRU-12, PAS melalui calonnya Pak Su Wel memperolehi kelebihan majoriti sebanyak 221 undi.

Ketika hari pengundian, culaan yang dibuat berdasarkan kehadiran pemilih ke pondok panas PAS, menjangkakan PAS akan menambah jumlah majoriti sekurang-kurangnya dengan kelebihan majoriti 250 undi. Sehinggalah waktu pengundian ditutup pada jam 5.00 petang, culaan terakhir dibuat mendapati PAS sedang mendahului UMNO/BN di UPU Chuchoh Puteri sebanyak 260 undi. Pada jam 6.30 petang, setelah selesai pengiraan di buat, keputusan melalui borang 14 yang dibawa oleh counting agent PAS mendapati undi yang diperolehi oleh PAS merosot. PAS hanya mempunyai kelebihan 96 undi sahaja..!!! ini bermakna di UPU Chuchoh Puteri sahaja PAS sudah kehilangan sebanyak 125 undi...!!!

Berbagai-bagai maklumat yang diberikan oleh petugas mahupun penduduk kampung yang menceritakan pengalaman di"interview" dan di"offer" oleh jentera petugas UMNO/BN. Antaranya ialah umpan UMNO berupa wang tunai, janji mendirikan rumah baru, bumbung rumah baru, pintu rumah baru, segalanya baru.

Ada juga alasan yang diberikan oleh petugas UMNO/BN ialah, jika PAS terlepas kerusi DUN Manek Urai pun, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz tidak akan terjejas. Bahkan ada yang menyatakan bahawa, UMNO/BN sebenarnya sokong kepimpinan Tok Guru dan akan bersama-sama berjuang menuntut royalti minyak yang sedia tersimpan di periaran Kelantan.Tidak kurang juga simpati terhadap calon BN, Tuan Aziz yang merupakan bekas orang kuat kesear yang dilihat "berjasa" kepada rakyat Manek Urai.

Mungkin pengundi di Manek Urai yang kebetulan sedang bergelut dengan harga getah yang rendah terpaksa akur dengan tawaran dan godaan UMNO/BN memandangkan ia tidak menjejaskan kerajaan pimpinan Tok Guru. Pendapat segelintir penulis blog dan pemerhati politik yang menyatakan punca kemerosotan undi kepada PAS disebabkan isu Kerajaan Perpaduan saya kira sekadar "mengambil kesempatan" atau "menangguk di air keruh" sahaja dan bukan realiti sebenar di Manek Urai.

Petugas UMNO/BN berjaya masuk ke rumah-rumah pengundi yang menjadi "sasaran" mereka. Tindakan petugas UMNO/BN ini disusuli oleh jentera PAS melalui gerakan kempen rumah ke rumah untuk menjawab dan mematahkan serangan saraf UMNO/BN.Jelas menunjukkan pengundi atas pagar yang dahulunya menyokong PAS dapat dikuasai oleh UMNO/BN. Dengan suasana kesempitan hidup kerana harga getah turun, menyebabkan mereka mudah membuat keputusan masuk ke dalam jerat UMNO/BN dengan menjual prinsip dan pendirian mereka. Tanpa mereka sedar betapa 500 ringgit boleh habis dalam beberapa hari tetapi tidak boleh sentiasa kekal 3 tahun lagi sehingga PRU-13 yang akan datang.

No comments: