About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, June 8, 2009

KERTAS KERJA : PENGKISAHAN SEJARAH 25 TAHUN KEPIMPINAN 'ULAMAK

Sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak
28 Jamadilawal 1430 / 23 Mei 2009
Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS,
Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Di bentang oleh : Haji Ahmad Subky Bin Abdul Latif

Kepimpinan 'Ulamak dalam PAs tidak bermula sekadar 25 tahun dahulu sahaja. I sudah bermula sejak PAs ditubuhkan pada 24 November 1951 di Butterworth, Seberang Perai. Ada pun usul yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan PAS pada 23 Oktober 1982, supaya PAS mempelopori kosnsep kepimpinan 'ulamak adalah pencetus semangat kepimpinan 'ulamak itu.

Sejak dari peringkat penajaannya, PAS adalah ditaja sebuah pertubuhan 'alim 'ulamak yang namanya ialah Persatuan 'Ulamak Sa-Malaya. Tujuannya adalah bagi menyatukan para 'alim 'ulamak dan menjadi suara dan wadah kepada perjuangan 'ulamak.

Tetapi dalam satu perjumpaan penajaannya, Engku Ismail Abdul Rahman, Yang DiPertua Jabatan Agama Johor ketika memberi ucaptama menegaskan :

"Pada faham saya, bagi membaiki hal ehwal orang Islam, sampailah masanya kita menubuhkan Parti Muslimin Malaya yang bertanggungjawab atas hal ehwal orang-orang Muslimin. Sekiranya parti ini telah ditubuhkan tak dapat tiada ahli-ahlinya mengandungi 'alim 'ulamak. Maka yang demikian lebih luas daripada Persekutuan 'Ulamak yang dicadangkan itu." ( Utusan Melayu, 20 Ogos 1951 )

Dan pada perjumpaan menubuhkan PAS di Seberang Perai itu, orang-orang Islam berjiwa politik Islam menamakan pertubuhan yang baru lahir itu sebagai Persatuan Islam Sa-Malaya ( PAS ) supaya keahliannya dapat disertai oleh setiap umat yang berjiwa perjuangan Islam yang ketika itu berazam untuk menuntut kemerdekaan.

Sejak 'ulamak menubuhkan PAS yang disokong oleh umat Islam, ia telah menerima konsep kepimpinan 'ulamak dan 'ulamak sebagai tonggak kepimpinannya.

Adapun rahsia kekuatan PAS itu mengikut Almarhum Ustaz Dato' Fadzil mohd Noor dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke 47 pada tahun 2001 :

"Di manakah rahsia ketahanannya (PAS) hingga dihormati oleh banyak pihak dalam dan luar, kawan dan juga lawan? rahsianya ialah perjuangan Islamnya berlandaskan al-Qur'an, As-Sunnah, Ijmak 'Ulamak dan Qiyas, mendukung kepimpinan 'ulamak dari dulu sampai sekarang, didukung oleh ahli-ahli dan penyokong yang kasih, setia dan berdiri teguh bersama 'ulamak."


KRISIS KEYAKINAN

PAS menghadapi krisis keyakinan paling getir sepanjang tahun 1970an disebabkan oleh beberapa faktor :

Ekoran penahanan Yang DiPertua Agung PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmi di bawah ISA menjelang pertengahan tahun 1960an, dibebaskan dalam keadaan uzur yang sukar bergiat hujung tahun 60an dan kematian kemalangan jalan raya Timbalan Yang DiPertua Agung, Prof. Zulkifli Muhammada tahun 1964, mendedahkan PAS terlucut daripada kepimpinan 'ulamak.

Penyertaan PAS dalam kerajaan campuran Perikatan/PAS tahun 1973 dan menyertai Brisan Nasional tahun 1974, meletakkan PAS dalam perpecahan.

Ditendang keluar dari Barisan Nasional dengan cara yang tidak sopan.

Kelantan dimagerankankan dengan kerajaan negeri diletakkab dibawah tadbir pegawai tadbir kerajaan pusat.

PAS kalah dalam pilihanraya umum di Kelantan tahun 1978.

Gaya pimpinan parti mengikut persepsi umumterlepas dari atmosfera Islam.

Peranan 'ulamak yang minima, terpinggir dan dipandang sepi.

Moral dan daya juang ahli yang rendah.

Wujud krisis keyakinan dikalangan aktivis lalu menubuh atau menyertai jamaah Islam yang lain.


MEMPERBAIKI DARI DALAM

Suasana yang wujud menyulitkan ia keluar dari krisis keyakinan itu; anggota hilang daya pengorbanan; antaranya merasa selesa dengan nikmat yang sedikit dan sementara di bawah Barisan Nasional, sukar menyesuaikan diri semula dengan suasana perjuangan yang memerlukan pengorbanan serba-serbi seperti ketika berada di dalam PAS dahulu; ada yang rasa selesa meneruskan kegiatan dakwah di luar jamaah PAS; ada yang menubuhkan jamaah sendiri kerana tidak puas hati dengan PAS; sukar mengembalikan perpaduan dan persaudaraan seperti sebelumnya.

Mereka terdidik dengan disiplin gerakan Islam, tidak selesa dengan krisis dalam PAS tetapi kekaldalam PAS kerana keluar jamaah atau membentuk jamaah lain bukan dari kaedah gerakan Islam. Justeru yakin bahawa krisis itu adalah berpunca dari kelemahan pimpinan, bahawa langkah yang paling tepat ialah menggantikan pimpinan itu dengan pimpinan lain yang lebih baik.

Antara kelemahan yang disebut-sebut ialah perjuangan PAS lari dari garis perjuangan Islam . Malah ada persepsi yang melihatnya kalau pun tidak sama dengan golongan nasionalis adalah mirip golongan nasionalis.

Pendpaat setengah kalangan PAS, pimpinan PAS dikelilingi orang-orang yang mahukan Islam tetapi tidak terdidik secara formal melalui pendidikan Islam, malah tiada biasa dengan tarbiyah haraki. Ia menyebabkan pimpinan berpendidikan formal Islam renggang dan kurang peranan.

Era tahun 70an adalah eraa kesedaran dan kebangkitan belia Islam di serata dunia termasuk di Britain dan Eropah. Pengaruhnya ikut berkembang di Malaysia. Para pelajar dan belia mula berminat dan tertarik dengan apa yang disebut sebagai perjuangan Islam yang syumul. Mereka muncul sebagai pengkritik masyarakat Islam yang berkesan dan berpengaruh. Mereka meminati PAS tetapi menunggu supaya PAS lebih dinamik sebelum berjuang bersama dalam PAS. Alasan sesetengahgolongan belia Islam tidak segera terjun ke dalam PAS ialah pimpinan PAS dikatakan tidak mencerminkan golongan pimpinan Islam yang dikehendaki.

Pandangan di kalangan akar umbi PAS bahawa kelemahan yang melanda PAS itu adalah gara-gara terlucutnya pimpinan 'ulamak dari kalngan pembuat dasar PAS dan pandangan itu dikongsi oleh masyarakat di luar PAS. Ia menjatuhkan barakah dari gerakan itu dan terdedah dengan fitnah. Pimpinan PAS pula beranggapan bahawa pimpinan 'ulamak itu sudah memadai dengan pembentukandan pimpinan Dewan 'Ulamak PAS.


DEWAN PEMUDA

Dewan pemuda PAS muncul sebagai pengkritik utama kepada pimpinan PAS yang tidak berupaya mewujudkan wihdatul fikri di kalangan jamaah.

Antara aktivis Pemuda PAS dalam ceramah-ceramahnya menekankan bagi mengadakan perubahan dalam pimpinan PAS dengan mengutarakan peri pentingnya kepimpinan 'ulamak dikembalikan dalam PAS. Bahkan kelemahan dunia Islam seluruhnya adalah disebabkan masyarakat Islam mengenepikan kepimpinan 'ulamak. Pandangan itu mendapat perhatian umum.

Usaha melakukan perubahan pimpinan itu bukanlah satu yang mudah. Pimpinan PAS yang ada mempertahankan kedudukan dasarnya. Tidak dapat dipasyikan cara mana dan berapa lama usaha mengubah kepimpinan dapat dijayakan.

Dalam Muktamar PAS tahun 1982, Dewan Pemuda PAS Pusat dibenarkan buat pertama kalinya mengadakan Muktamarnya lebih awal, dua minggu sebelum muktamar PAS Pusat. Ia kembali mengadakan muktamar di negeri lahir PAS, di Seberang Perai iaitu di Bukit Mertajam, Pulai Pinang.

Muktamar itu meluluskan sebulat suara ususl EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat yang berbunyi PAS hendak mempelopori konsep kepimpinan 'ulamak.

Ia mendapat reaksi yang baik. Dipercayai ususl itu mendapat barakah. Berkat usul untuk mendaulatkan 'ulamak itu, selepas berhenti rehat setelah menyampaikan ucapan perasmian Muktamar PAS Pusat di hari pertama muktamar itu, Setiausaha Agung PAS membacakan kepada muktamar surat surat daripada yang DiPertua Agung PAS ( Dato' Asri Muda )supaya mengembalikan semula kepada muktamar mandat pimpinan yang diberi kepadanya. Muktamar sebulat suara menerima penyerahan mandat tanpa bahas.

Ini bererti perubahan pimpinan berlaku dengan mudah tanpa dirancang dan dipangku oleh Timbalan Yang DiPertua Agung yang pro perubahan.

Esoknya ususl Muktamar Dewan Pemuda PAS yang diluluskan di Bukit Mertajam dibentangkan dalam Muktamar PAS iaitu mengususlkan supaya PAS mempelopori konsep kepimpinan 'ulamak. ia diterima sebulat suara. Dan bermulalah semula kepimpinan 'ulamak dalam PAS.

Yang memudahkan peralihan kuasa dan perlaksanaan konsep kepimpinan 'ulamak itu berikutan 13 anggota jawatankuasa PAS mengambil langkah keluar parti dan ia membuka laluan kepada pro perubahan menyatukan perpaduan parti melalui konsep kepimpinan 'ulamak.


MENGAPA KEPIMPINA ULAMAK ?

1. Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah -pemimpin- mentadbir bumi.

2. Pimpinan dikalangan manusia ialah mukmin yang paling bertaqwa yang berilmu iaitu para nabi dan rasul.

3. Sesudah ketiadaan Baginda Nabi dan Rasul, 'ulamak menjadi waris para nabi.

4. Maka secara otomatis pimpinan umat Islam dan gerakannya ialah golongan 'ulamak yang meneruskan perjuangan para anbiyak.

5. Perjuangan warsan anbiyak dijamin barakah.

6. Jika boleh semua organisasi dan gerakan dipimpinn oleh 'Ulamak, jika persatuan bola dipimpin oleh 'ulamak ia nescaya mengelak semua oantang larang adab dalam Islam.


KONSEP KEPIMPINAN 'ULAMAK

Usul Dewan Pemuda sekadar mencetuskan tuntutanmempelopori konsep kepimpinan 'ulamak dan kembali kepada kepimpinan 'ulamak, tidak memperincikan isi konsepnya.

Ia mahu 'ulamak dan institusi 'ulamak ( Dewan 'Ulamak ) didaulatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi dalam parti dan ia mesti disokong bagi menentukan arah tuju parti.

Golongan non-ulamak dalam parti memainkan peranan penting berdiri di belakang 'ulamak bagi memartabatka dan mendaulatkannya.

Non-'Ulamak, kerana terlepas peluang menjadi 'ulamak, bagi menjamin ia tidak terlepas dari syafa'at 'ulamak dan barakahnya, maka ia mesti bekerja bersama ulamak bagi membantyu 'ulamak.

Dewan Pemuda menyerahkan kepada parti untuk mengisis konsep itu.


TINDAKAN

Parti mengambil tindakan mengekalkan fungsi Dewan 'Ulamak sebagai sayap PAS yang penting.

Parti membentuk Majlis Syura 'Ulamak yang dianggotai 100 'Ulamak dan menginstitusikannya sebagai organ tertinggi bertanggungjawab kepada muktamar. Semua keputusan besar melibatkan badan diluar PAS dibuat atas nama Majlis Syura 'Ulamak. Ia boleh membatalkan keputusan Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


SEJARAH

Ketika pencetusan semula kepimpinan 'ulamak hujung tahun 70an dan awal 80an tidak diperinci dan isis konsep kepimpinan itu kerana suasana kebangkitan itu didorong oleh tuntutan dan kebangkitan 'aqidah. Semangat menjadi faktor kedua.

Ketika itu berlaku wujud satu gandingan kepimpinan 'ulamak yang kuat yang terdiri dari Tuan Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Isu kepimpinan dan gantian tidak berbangkit justeru gandingan mantap itu berterusan sekitar 30 tahun.

Dalam tempoh wujud pasukan kepimpinan 'ulamak dan ahli seluruhnya bersatu di belakang kepimpinan 'ulamak.

Dalam suasana timbul jawatan-jawatan tertentu dalam parti mesti disandang oleh 'ulamak. Sejak tahun 1983 barisan pimpinan dari Yang DiPertua Agung hingga semua Naib Yang DiPertua Agung terdiri dari tokoh 'ulamak, hatta beberpa ahli jawatankuasa PAS Pusat terpilih adalah 'ulamak.

Justeru itu, perlembagaan parti tidak perlu memperuntukan jawatan tertentu layak disandang oleh golongan tertentu.


SYOR

Oleh kerana terdapat perbezaan pandangan antara setengah 'ulamak dan setengah tenaga profesional tentang jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya seorang Naib Presiden mesti terdiri dari kalangan 'ulamak dan satu pihak lagi mahu jawatan itu terbuka kepada semua, maka ada syor supaya perkara itu diperinci dalam perlembagaan.

Perkembangan ini mencabar wibawa dan keberkesanan pimpinan 'ulamak itu.

Bagi mengelakkan ia terus tercabar, maka pindaan perlembagaan boleh dielakkan dengan mengambil tindakan berikut;

Pertama:
Parti secara konvensyen membuat keputusan memberi kuasa kepada Majlis Syura 'Ulamak kuasa merunding beberapa jawatan penting yang sepatutnya diperuntukkan kepada 'ulamak dinamakan oleh Majlis Syura 'Ulamak untuk dicalonkan oleh perwakilan.

Kedua:
Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, Majlis Syura 'Ulamak boleh menamakan seorang 'ulamak dalam jawatankuasa kerja PAS pusat untuk memangku jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Ketiga:
Presdien dan Timbalan Presiden apabila tamat tempoh jawatan jangan menganggap dirinya dicalonkan semula bagi memberi kebebasan kepada Majlis Syura 'Ulamak untuk menilai prestasi kepimpinannya sama ada mencalonkannya semula atau menamakan calon lain. Ia bagi menjamin PAS sentiasa dipimpin oleh ahli PAS di kalangan 'ulamak yang terbaik.

Keempat:
Golongan non-'ulamak hendaklah kembali kepada semangat Dewan Pemuda PAS 1982 berdiri teguh dibelakang kepimpinan 'ulamak dan menjkadikan kepimpinan 'ulamak bagi mendaulatkan 'ulamak dan bagi menjadikan 'ulamak berwibawa dan berkesan.


Haji Subky Abdul Latif.

Pinggir Padang Balang,Kuala Lumpur,
16 Jamadilawal 1430 / 11 Mei 2009.

No comments: