About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, June 8, 2009

KERTAS KERJA : KEPIMPINAN 'ULAMAK, CABARAN DAN MASA HADAPAN

Sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak
28 Jamadilawal 1430 / 23 Mei 2009
Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS,
Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Di bentang oleh : YB Dato' Haji Harun Taib ( Ketua Dewan 'Ulamak PAS Pusat )


Bagi kita, 'ulamak bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya sahaja tetapi yang kita maksudkan 'ulamak ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijma'kan iaitu Al-Qur'an, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias.

Mereka bukan sahaja tediri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka, tetapi mereka juga mungkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama, tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilomu keislaman yang memungkinkan mereka memahami Islam dari sumbernya yang di ijma'kan itu.

Walau bagaimanapun, mereka hendaklah terdiri dari kalangan orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Fariman Allah Ta'ala mafhumnya;

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya, sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut ( melanggar perintah Allah ) dari kalangan hamba-hambanya hanyalah 'ulamak, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun" ( Surah Al-Faathir : ayat 28 )

Abu As-Sauud dalam tafsirnya berkata ;

"sesiapa yang tidak takut kepada Allah, maka ia bukan 'ulamak"


KEDUDUKAN 'ULAMAK DALAM ISLAM

Untuk menggambarkan kemuliaan dan ketinggian kedudukan 'ulamak di dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman mafhumnya ;

"..katakanlah lagi (kepadanya); adakah sama orang-orng yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahuia?, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." ( Surah Az-Zumar : ayat 11 )

Firman Allah Ta'ala lagi yang mafhumnya ;

"..Allah sedang mengangkat darjat orang-orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan ( ilmu-ilmu Islam ) dari kalangan kamu beberapa darjat, dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan."
( Surah Al-Mujadalah : ayat 11 )

Rasulullah S.A.W juga menjelaskan berkenaan kedudukan 'ulamak didalam sabdanya yang bermaksud ;

" Barang siapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk penuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya. Sesungguhnya bagi orang 'alim itu, diminta ampun baginya oleh sekalian yang ada di langit mahupun di bumi sehingga ikan-ikan di dalam air turut meminta ampun ( kepada Allah ) baginya ( 'alim 'ulamak ). Dan kelebihan orang 'alim berbanding dengan 'abid ( beribadah tanpa ilmu )umpama kelebihan ( sinar cahaya ) bulan berbanding dengan sekalian bintang-bintang. Dan para 'ulamak adalah pewaris kepada nabi-nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan dinar ( emas ) dan dirham ( perak ), tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiap yang menerimanya maka dia telah mendapat bahagian yang cukup sempurna." ( Hadith Riwayat Abu Dawud )

Seterusnya Rasulullah bersabda yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya perumpamaan 'ulamak di muka bumi ini laksana bintang dilangit yang menjadi pedoman di dalam kegelapan di darat dan di laut, maka jika bintang itu telah gelap maka hampir-hampirlah juru petunjuk itu sesat." ( Hadith Riwayat Imam Ahmad )

Ternyata dripada nas di atas bahawa 'ulamak itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Rasulullah S.A.W telah meletakkan mereka sebagai pewaris para nabi. Pewaris yang dimaksudkan disisinya ialah :

"pengganti tugas nabi dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya"

Islam menghendaki suoaya para 'ulamak menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dunia dan menjaga agama. Mesej ini difahami dengan jelas oleh para sahabat nabi dan para cerdik pandai Islam yang amanah dengan ilmunya seperti Sadatina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Bin Affan, 'Ali Bin Abi Thalib dan lain-lain daripada khulafa' memberi contoh yang jelas kepada kita bagaimana cara mewarisi peninggalan nabi dari sudut menjaga agama dan mentadbir dunia.

Pengiktirafan yang begitu tinggi oleh Allah hanyalah kepada 'ulamak yang benar-benar memainkan peranannya sebagai penyebar ilmu kebenaran dan pembenteng kedaulatan Islam. Ini adalah kerana terdapat individu atau golongan cerdik pandai yang mendakwa sebagi 'ulamak semata-mata kerana ilmu yang dituntutinya sedangkan dari aspek lain, jauh panggang dari api juga hendak dilabelkan dengan pangkat ulamak pewaris nabi.


'ULAMAK ISLAM DI ZAMAN SEKARANG

'Ulamak kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima bahagian :

1. 'Ulamak yang pada zahirnya nampak baik, bertaqwa, ikhlas dan 'ibadat mereka semata-mata kepada Allah S.W.T. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasalahan orang Islam walaupun sedikit. Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasauf di zaman mutakhir Islam iaitu tasawuf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia. Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamat untuk mereka dan satu amalan bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Oleh kerana itu terdapat terlalu ramai daripada kalangan orang-orang Islam dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala thaghut dan si zalaim.

'Ulamak seperti ini tidak mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan orang-orang Islam sama ada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaannya, kehormatannya dan lain-lain lagi. Thaghut terus bermaharajalela tanpa mendapat gangguan dari kumpulan ini. Mereka semacam tidak tahu kenapa para nabi diutuskan mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan.

mereka seoalah-olah tidak pernah membaca dan memahami firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud ;

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru ( berdakwah )kepada kebajikan ( mengembangkan Islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang makruf ( baik di sisi Allah ) ) serta melarang daripada segala yang mungkar ( buruk dan keji di sisi Allah , dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

( Surah Ali-'Imran : ayat 104 )

Dan mereka juga seolah-olah tidak terserempak dengan sabda junjungan baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;

" Barang siapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah di mengubahnya dengan tangan ( kuasa ), sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu hendaklah kamu membenci ( kemungkaran itu ) di dalam hati, itulah selemah0lemah iman." ( Hadith Riwayat Muslim )

Dan mereka juga seolah-olah tidak bertemu dengan hadith ini ;

" Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.' ( Diriwayatkan oleh Tirmidzi daripada Abu sa'id Al-Khudry )

2. Golongan yang nampaknya macam setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas. Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadiri majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya. Justeru itu ramai di kalangan penipu yang berjaya menipu 'ulamak seperti ini. Mereka dibenarkan berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihanraya untuk memberi sokongan kepada 'figure' ( individu ) tertentu. Tuliasn-tulisan mereka memihak dan memuja orang-orang tertentu padahal orang yang dipuji adalah orang yang paling kuat permusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sifat hazar, sudah pasti mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.

3. Mereka yang pada zahirnyasangat cintakan agama, cemburu kepadanya. Mereka menjalankan kegiatan amar ma'ruf nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada roh as-syari'ah dan risalahnya dibidang kemsyarakatan dan sosial. Mereka terlalu ,mengambil berat tentang solat, puasa dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak cakna tentang " Maqasis Syari'ah "

Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa solat, puasa dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain. Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih terlibat dengan riba, mereka masih menjadi penyokong dan pengampu si zalim, pengkhianat agama, bangsa dan negara. Mereka bermusuh dengan lelaki yang memaki emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syari'ah dan terlibat dengan rasuah. Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya disisi Allah, yang memakai emas atau pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah, pasti mereka akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah lebih besar dosanya, tetapi mereka terus membisu.

4. 'Ulamak jahat yang mencari makan dengan menggunakan kedudukannya dan memperniagakan syari'at. Mereka menghampiri ( mengampu ) semua thaghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka. Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebgainya. Pada mereka dikata orang : si fasik yang melakukan segala macam maksiat kerana untuk mendapat harta ( sesuap nasi ) dan sedikit kelazatan dunia lebih bertaqarrub kepada Allah S.W.T berbanding si 'alim yang menjadi pengampu kepada segala yang thaghgut. Mereka mengkhianati agama, ummah dan lain-lain dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.

5. 'Ulamak Muslihun Harakiyyun
Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islm pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah S.W.T. Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syari'atnya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut Islam.

Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanah air tidak dapat dinafikan lagi. Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi. Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua spek belum mendapat kejayaan. Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan 'Ulamak daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan pemerintah dan juga mengaku isnya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.

Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan 'ulamak yang dipergunakan oleh pemerintah. Kalau golongan 'ulamak yang pernah digunakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerjaan warisan penjajah itu ialah Islam. Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam, yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu. Golongan 'Ulamak inilah yang dikenali sebagai 'Ulamak Warathatul Al-Anbiyaa'.


CABARAN

Cabaran yang kita maksudkan disini ialah, cabaran daru sudut haraki. Cabaran kita dapat dirumuskan kepada 5 golongan;

1. Umat Islam yang belum memahami Islam.

2. 'Ulamak Suu' ( 'Ulamak Dunia/'Ulamak yang bukan wratahtul anbiyaa' )

3. Kerajaan yang memerintah.

4. Gerakan dan pertubuhan Dhirar.

5. Musuh tradisi.


HARAPAN

Pada awal 70an, orang barat bercakap tentang peranan kedaimaian dalam suku terakhir kurun kedua puluh. Mereka membuat beberapa ramalan dan andaian sekiranya berlaku perang dunia ketig pada suku abad ini, bagaimanakah corak dunia ketika itu. Dalam perbincangan ini mereka mewarnakan peta dunia kepada tiga warna. Warna merah sebagai lambang pengaruh komunis, warna kuning sebagai tanda pengaruh kristian dan warna hijau isyarat kepada pengaruh Islam. Mereka berpendapat warna merah akan bterus pudar dan hilang, begitu juga dengan warna kuning. Adapun warna hijau akan terus melebar dan mengambil tempat menggantikan warna kuning dan merah itu.

Perbincangan tersebut berlaku pada waktu dimana dunia ini dikuasai oleh dua pengaruh besar. Pengaruh timur yang dipelopori oleh empayar komunis Rusia dan pengaruh barat yang dikuasai Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang beragama kristian. Pendapat ini sukar sekali untuk diterima yang ianya akan menjadi kenyataan pada waktu itu. walaubagaimanapun sekarang ini ia mula mejadi kenyataan. Empayar komunis sudah tumbang. Kebangkitan Islam di negara-negara bekas jajahan Komunis itu tidak dapat dinafikan lagi. Kebangkitan Checnya dan lain-lain negara menjadi kenyataan.

Manakala di sebelah barat pun ternyata benar apabila gereja kristian dibeli oleh orang-orang Islam seterusnya bertukar menjadi Masjid. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan british mengenakan satu akta untuk menghalang pertukaran gereja kepada masjid. Pertumbuhan masjid baru di Amerika Syarikat, di Perancis dan lain-lain adalah bukti tambahan. Perkembangan tersebut dibantu pula dengan perkembangan pejuang Islam di dalam negara Islam sendiri termasuklah di negara kita walaupun perjuangan Islam di bawah kepimpinan 'Ulamak untuk menegakkan Islam di dalam negara mereka dihalang oleh mereka yang kita sebut sebelum ini. Namun begitu perjuangan ini terus mendapat sambutan dan mendapat tempat dihati rakyat. Perjuangan ini telah menampakkan kejayaan walaupun belum dapat melaksanakan beberapa agenda utama seperti menegakkan pemerintahan Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan lain-lain.

Perkembangan-perkembangan yang tersebut dan pendapat-pendapat yang diutarakan ini bukanlah suatu perkara yang baru bagi orang yang sentiasa mendampingkan diri mereka dengan Al-Qur'an.

Antara lain Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman mafhumnya ;

" Mereka hendak memadamkan cahaya Allah ( Islam ) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak mengkehendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka ( akan yang demikian )." ( Surah At-taubah : ayat 32 )

" Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya ( Muhammad ) dengan membawa petunjuk dan cara hidup ( Islam ) yang benar, untuk dimenangkan dan ditinggikan-Nya atas segala cara hdup yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." ( At-taubah : ayat 33 )

Rasulullah S.A.W bersabda antara lainnya bermaksud ;

" Agama ini ( Islam ) akan terus samapi di mana sahaja sampainy siang dan malam."
( Riwayat Ibnu Hibban )

Dalam pada itu kita mesti ingat bahawa kejayaan dan kemenangan yang dijanjikan Allah itu tidak diberi secara percuma. Malah mesti melalui perjuangan yang gigih.

Allah Ta'ala berfirman maksudnya ;

" Dan jika Allah mahu nescaya ia memberi kemenangan ( mudah bagi kamu ) dalam menentang mereka, dan tetapi menguji setengah kamu dengan setengah yang lain." ( Surah Muhammad : ayat 4 )

Kerja yang telah kita lakukan oleh PAS dibawah kepimpinan 'ulamak di dalam menangani keadaan yang ada sekarang bolehlah dirumuskan seperti berikut ;

1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan penjuru dalam semua bidang kehidupan kepada semua lapisan masyarakat.

2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan yang bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentadbiran dan sebagainya di mana hal ini diterjemahkan secara amali di Kelantan, Kedah dan pernah juga di Terengganu.

3. Menghapuskan segala kekeliruan yang dilemparkan kepada Islam.

4. Mentarbiyyah dan mendidik orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan memahami tanggungjawb perjuangan untuk menegakkan Islam. Selepas 1982 tertubuhnya pusat-pusat tarbiyyah PAS seperti cendawan diseluruh negara. PAS juga memasuki IPTA, IPTS dalam dan luar negara.

5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan.

6. Menjadi benteng kepada Islam untuk menhadapi segala cabaran golongan thaghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dibenarkan oleh undang-undang di Kelantan, Kedah dan lain-lain.

7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan Islam kemasyarakatan politik tanah air sehingga berlakunya Tahaluf Siyasi yang meyakinkan rakan-rakan akan Islam dan dasar-dasarnya.

Justeru itu, kita tidak perlu risau dengan Kepimpinan 'Ulamak walaupun banyak cabaran. Malam itu sangat gelap namun fajar akan menyinsing da matahari akan terbit jua.

Firman Allah maksudnya;

" Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai Muhammad )bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia akan menguat dan mengembangkan agama mereka ( Islam ) yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan ia juga akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan ( dari ancaman musuh ). Mereak terus beribadah kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku, dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." ( Surah An-Nur : ayat 55 )

No comments: