About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, June 10, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : KENAPA BERPOLEMIK...???

Oleh : AL-FADHIL AL-USTAZ DATO' HAJI TUAN IBRAHIM TUAN MAN ( NAIB PRESIDEN PAS )


Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Seri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah

“ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Konsep ta'awun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dituntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gengstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-ta'awun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

5 comments:

Orang Lama said...

“ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

1. Berdasarkan petikan di atas, pihak yg dicadangkan TGHH bertolong bantu itu adalah musuh yg nyata.
2. Adakah kerana saudara memakai serban, saudara menganggap saudara pakar dalam hal agama dan orang lain jahil belaka?
3. Apakah apabila memakai serban itu secara otomatik layak digelar ulama?
4. Yang harus dibanggakan ialah keislaman kita, bukannya bangsa! hebat sangatkah banjar, Jawa, Melayu, Bugis dll tu?

aNaK BaPaK said...

saya nak respon kepada orang lama, maklumlah saya orang baru. walaupun orang baru, tapi saya juga ada pendirian...

1. Berdasarkan petikan di atas, pihak yg dicadangkan TGHH bertolong bantu itu adalah musuh yg nyata.

saya berpenirian bahawa apa yang ddirulis oleh ust tuan ibrahim tuan man sudah jelas kepada kita bahawa lontaran idea TGHH adalah bersifat universal, itu adalah lontaran idea, berbeza apabila Dato' Seri Nizar yang mempelawa ADUN UMNO perak menyertai PAS & PR..lupakah kita...???

konsep kerajaan perpaduan adlah bersifat umum dan hanya menyatakan sifat sebuah kerajaan yang yang baik dari segi urus tadbirnya dan menyatukan semua rakyat di bawah satu bumbung dan antara kerangkanya hendaklah kerajaan itu mendaulatkan islam, persoalannya mahukah UMNo menerima konsep ini...?? tidak pula disebut bahawa kerajaan perpaduan ini difokuskan kepada UMNO semata-mata..bahkan tuntutan ta'awan dari allah seperti mana ayat al-quran menuntut kita berlapang dada atas dasar kebaikan dan menegakkan kebenaran..mahukah UMNO kepada semua ini..??? itulah cabaran kita kepada sesiapapun manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran..

lontaran idea yang cadangkan oleh TGHH adalah bertepatan dengan PERLEMBAGAAN PAS FASAL 6(4)&(6) TERTAKLUK KEPADA FASAL 5(1) JUGA FASAL 7(1).(sila rujuk perlembagaan PAS pindaan 2001)

maka apakah kita sudah lupa peringatan ALLAH kepada kita dalam surah al-anfal ayat 60-63 yang mafhumnya;

60)"dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya"

61)"Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui"

62)"dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin"

63)"Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-anfal 61-63)

benar UMNO adalah musuh kita yang nyata dari segi dasar dan amalan partinya, tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang mungkin sedarah sedaging dengan kita yang masih terperangkap dengan kejahilan mereka, dan apakah pula dalam kita gembira non-muslim sudah menyokong kita dalam masa yang sama kita lupa menyelamatkan aqidah saudara sedara sedaging kita yang masih dalam umni yg mana dalam dadanya masih ada sedikit iman..??? tidak mahukah kita mendekati mereka dan membawa mereka keluar dari kejahilan dan kekufuran agar mereka kembali menegakkan Islam..dari peringatan allah dalam surah al-anfal maka apakah kita kita hanya bertawqakkal kepada sokongan manusia dan mula meninggalkan tawakkal kepada Allah..???

aNaK BaPaK said...

orang lama berkata kepada saya;
2. Adakah kerana saudara memakai serban, saudara menganggap saudara pakar dalam hal agama dan orang lain jahil belaka?

saya memakai serban kerana itu sunnah rasul, sunnah adalah perkara yang digalakkan, jika diamalkan mendapat pahala dan meninggalkannya tidak mendapat dosa.saya sendiri tidak pernah menganggap saya pakar dalam hal agama, setakat ilmu yang ada setakat itulah saya bercakap, lainlah kalau orang lama mempunyai su'u zan terhadap saya dan lantas cuba persoalkan serban yang saya pakai dengan harapan saya tida boleh keuarkan apa-apa pendapat berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada, terpulanglah kepada orang lama. saya juga tidak pernah menganggap org lain jahil belaka kerana kalaupun saya ada menulis menolak membahaskan apa-apa isu, saya hanya bercakap atas dasar ilmu sahaja, jika orang lama sendiri yang terasa dijahilkan, terserahlah kepada ana...

orang lama kata;
3. Apakah apabila memakai serban itu secara otomatik layak digelar ulama?

saya kata, seperti yang saya sebutkan di atas, saya pakai serban bukan pasal saya nak digelar sebagai ulamak, tetapi oleh kerana saya beriman dengan allah dan rasulnya, maka sayang kepada rasulullah juga bererti sayang kepada allah, nak tunjukkan sayang pada rasulullah antaranya mengikut segala arahan rasul dan mengikut sunnahnya, antara sunnah rasul ialah pakai serban, makumlah saya ni amalan ta banyak, dlam kitab siarus salikin sebut banyak fadhilat pakai serban ini, antaranya mendapat syafaat dari rasulullah di hari mahsyar besok, maka sukalah saya pakai serban, tak kan kita tak nak syafa'at...??? janganlah anda cuba exploitasi serban saya dengan cuba mempolemikkan perkataan 'ulamak semata-mata anda tidak bersetuju dengan pendirian saya...sunnah tetap sunnah...pendirian saya adalah pandangan, boleh jadi betul boleh jadi salah,dan tak semua betul tak semua salah..

saya nak nasihatkan kepada orang lama agar jangan mengeluarkan kenyataan yang seolah prejudis dengan sunnah..nanti orang ingat kita anti-sunnah...saya tak pernah harapkan orang gelar saya secara otomatik sebagai ulamak, saya menjalankan amanah untuk menyampaikan pandangan dan pendirian sebagaimana yang allah dan rasulnya suruh...

orang lama kata;
4. Yang harus dibanggakan ialah keislaman kita, bukannya bangsa! hebat sangatkah banjar, Jawa, Melayu, Bugis dll tu?

apalah salahnya saya sedikit bangga dengan keturunan saya..kenapa saya nyatakan keturunan saya, kerana mahu orang lain tahu betapa kita hidup di dunia ini dengan pelbagai bangsa dan keturunan dan walaupun kita berbeza keturunan kita bersatu di atas dasar aqidah dan taqwa..

saya bangga dengan sejarah nenek moyang saya yang pernah memerintah kerajaan islam banjar di banjarmasin dan saya juga bangga dengan ulamak sekuturunan dengan saya tetapi bukan ta'sub kepada keturunan membabi buta..apa masalahnya anda dengan saya sehingga persoal keturunan saya..??? dan saya sengaja meletakkan pengenalan keturunan saya untuk saya tahu sampai mana nasab keturunan ..pa masalahnya..??? berapa ramai manusia yang menyatakan bangganya dengan islam tetapi dalam masa yang sama tidak berakhlak dan beradab dengan cara islam...??? berapa ramai orang yang bangga dengan islam tapi dalam hal tertentu menolak hukum islam...??? berapa ramai yang bangga menyatakan memperjuangkan islam tetapi bila tidak kena dengan nafsunya dia sendiri menolak nas al-qur'an dan hadith...??? anda boleh fikir sendiri...

aNaK BaPaK said...
This comment has been removed by the author.
Orang Baru tapi Lama said...

Orang Lama ni aku rasa, Orang Lama UMNO baru masuk PAS kot, tulis pun bunyi UMNO...