About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, June 17, 2009

APAKAH ANGKARA KERJA-KERJA BODOH PEMBANTU-PEMBANTU dot dot dot...

Sekadar mengingat kembali tulisan Nik Abduh..

kerja – kerja bodoh dalam pas

Sumber : http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/#comments

April 24, 2009 in PAS,

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam – macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat – syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.


Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua – duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan – jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah – mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah – istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

14 comments:

Anonymous said...

Jelas dah...annual bakri dan husam kah..???

TBO said...

salam

enta ni batu api ke petronas gas

Anonymous said...

sori la TBO..dalam menghadapi fitnah ni..ana banyak merenung dan lihat saja..

ana renung apa yg nik abduh tulis..sekadar menimbulkan persoalan saja..? terplanglah enta nak kata ana batu api ka, batu bata ka, batu tar goreng ka..ana tak kesah..ana yakin di sana ada hikmah dan ujian allah..

dalam hal ni..fitnah yang sebegitu hebat melanda jamaah kita..maka sukalah ana nak ambik sikap melihat dan "tunggu masa"nya..

apabila isteri rasulullah yg tercinta sydtna a'isyah ditimpa fitnah yang melibatkan maruah dan hampir memecahkan perpaduan di kalangan sahabat dan hilang kepercayaan antara satu sama lain, rasulullah ambil sikap berdiam diri, serahkan pada allah..walaupun ada sahabat yang menggesa rasulullah "cerai"kan a'isyah...apa bezanya dengan sekarang..???

ana bertanggungjawab dengann apa yang ana tulis dan posting di hadapan allah begitu juga enta (TBO) bertanggungjawab dengan komen enta pada ana..

sekiranya ana slah..ana mintak maaf pada enta, jika sebaliknya..ana awal2 memaafkan enta..bulih jadi ana tak tau apa yang enta tau..tapi ana jugak yakin..enta banyak tyak tau apa yang ana tau..wallahua'lam.

-anak bapak-

TBO said...

salam

kalau merenung dan melihat tak kan bubuh posting sebegini

aNaK BaPaK said...

sebab dalam renungan dan penglihatan..akan ada pemikiran an pendirian..

maka sudah tentulah posting-posting anda lebih dari renungan dan penglihatan bukan..?? lebih dari itu..hanya allah yang tahu...

aNaK BaPaK said...

tapi bila saya rening respon anda (TBO)..aneh..apakah yang buat anda seolah melenting..kerana tajuk ciptaan saya atau isi kandungan posting Nik Abduh...???

wallahua'lam.

halim osman said...

eloklah kita ambil pebgajaran dan iktibar dari peristiwa fitnah bani mustaliq..saya yakin di sana nanti akan timbul kebenarannya insya-allah..

TBO said...

salam

bagus lah jika ada perkataan bodoh,nak minta tuan quote hadis sahih atau hasan, Rasulullah mengata bodoh kepada sahabat baginda

Setiausaha PAS Cawangan said...

pasal perkataan bodoh..

enta tanya lah tuan punya artikel..

tanya lah Nik Abduh...

ana rasa tak kena atas sapa-sapa perkataan "bodoh" itu..ana yakin enta bukanlah pembantu-pembantu yang dikatakan bodoh itu..

adapun perkataan "bodoh" dalam bahasa arab adalah "jahil" atau "majhul" atau "juhala"...

berlambak-lambak perkataan "bodoh" dalam hadith baginda rasul..cuma dalam hadith tak sebut lah bodoh pasal bodoh tu bahasa melayu..dia sebut bodoh dalam bahasa arab..harap maklum..

begitulah juga perkataan2 carut..kan tuan guru nik aziz sebut bahawa allah dan rasul juga mencarut..kalau tak macam mana dalam ilmu feqah nak tau fasal haidh, fasal istinjak, fasal setubuh..fasal mandi wajib..fasal batal wudhuk..

ana nasihatkan enta "jangan main kata-kata" dengan ana..tulis ikut kemampuan ilmu enta..bukan tulis apa yang enta tak tau...bukan apa..takut nanti orang kata kita pulak yang bodoh..padan muka kita..

wallahua'lam.

Setiausaha PAS Cawangan said...

pasal quote hadith soheh..senang sahaja..enta pegi cari satu kitab nama dia "mu'jam fehres al-hadith" dia macam ensiklopedia hadith..

kat situ enta cari la kitab yang tunjuk huruf "al-jiim", kemudian pegi ke perkataan "jahil" ke.."juhala" ke " juhhaalan" ke..

nanti enta jumpa pulak senarai hadith yang ada perkatan "bodoh" contohnya ; hadith sekian..kitab soheh bukhari, jilid ke berapa, kitab apa, bab apa dan riwayat siapa..mudah sahaja..tak susah...

bagus enta tanya soalan ni..

sebagai tambahan kepada ilmu mustolah dan matan hadith..

walahua'lam.

Setiausaha PAS Cawangan said...

untuk makluman TBO..

s/u cawangan adalah ana..
sekian

yang benar,
anak bapak

munawarah said...

Assalamualaikum anak bapak,

TBO, blogger perosak jemaah, Alhamdulillah ramai lagi pemuda PAS yg masih nampak kebenaran dan kebatilan.

saya sungguh sakit hati bila membaca tulisan diblognya, tapi saya ni kurang pandai utk menjawap tulisan putar belit dia tu.

saya doakan ramai lagi blogger spt anak bapak wujud utk menjwp soalan fitnah puak2 munafik spt TBO dan rakan2nya.

penglipurlara said...

mintak mahap cakap la..

nampak sangat TBO ni bodoh...haha!!!

aNaK BaPaK said...

salam..

TBO..dah jumpa kah matan-matan hadith yang kau cari..

moga-moga tekun mendalami ilmu hadith..