About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, May 12, 2009

MAHKAMAH RAYUAN BERSIDANG SERTA MERTA SEBAIK PERMOHONAN DIFAILKAN

Sumber : http://siasahdaily.blogspot.com/2009/05/mahkamah-rayuan-bersidang-serta-merta.html

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

No comments: