About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, May 7, 2009

IKTIBAR UHUD ; PERINGATAN BAGI YANG LUPA ( part 3 )

RASULULLAH MENYUSUN STRATEGI

Rasulullah S.A.W telah menyusun posisi ketenteraan untuk berdepan dengan Barisan Musyrikin. 50 orang ahli memanah yang diketuai oleh ‘Abdullah Bin jubair Bin An-nu’man Al-Ansari Al-Badri Al-‘Ausi Radhiyallahu ‘Anhu. Pasukan memanah ini telah ditempatkan di sebuah bukit kecil yang terletak kira-kira 150 meter dari markaz operasi pesukan tentera islam. Rasululullah telah memberi arahan kepada pasukan memanah dengan bersabda;

“ Lancarkan serangan panah ke atas tentera berkuda bagi mengelakkan serangan dari belakang. Kamu semua hendaklah tetap berada disini sama ada kami kalah atau menang sehinggalah datang perintah kepada kamu..”

Pasukan sayap kanan ( maimanah ) dipimpin oleh Munzir Bin ‘Amru, manakala pasukan sayap kiri ( maisarah) dipimpin oleh Zubir Awwam. Zubir juga ditugaskan untuk berdepan dengan tentera berkuda tentera musyrikin yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid. Manakala barisan hadapan diletakkan panglima-panglima islam yang mampu berdepan dengan ratusan musuh.

Penyusunan ini menunjukkan betapa bijaksananya Rasulullah S.A.W dalam bidang ketenteraan. Penyususnan seperti ini belum pernah digunakan dalam mana-mana pasukan tentera dalam mengahdapi saat-saat yang amat genting seperti ini. Baginda juga telah memilih satu tempat yang agak tinggi kedudukannya sebagai markaz operasi pusat ketenteraan untuk memudahkan baginda melihat pergerakan musuh serta member arahan kepada pasukan tentera Islam. Tempat yang dipilih ini juga amat strategik kerana amat sukar dijadikan sasaran musuh.

RASULULLAH MENIUPKAN SEMANGAT JIHAD

Sebelum peperangan dimulakan, baginda telah mengumpulkan seluruh anggota pasukan tentera Islam seterusnya meniupkan semangat perjuangan dan jihad ke dalam jiwa para sahabat serta menasihatkan mereka agar bersabar dan berani menentang musuh.

Baginda mencabut pedangnya dan bersabda;

“ Siapakah yang mahu pedang ini ditunaikan haknya…?”

Beberapa orang sahabat iaitu Saiyidina ‘Umar Al-Khattab, Saiyidina ‘Ali Bin Abi Thalib dan Zubair Bin ‘Awwam bingkas bangun untuk mengambil pedang tersebut namun tidak diberikan oleh Rasulullah S.A.W sehinggalah seorang sahabat yang bernama Abu Dajanah Simak Bin Kharsyah bangun bertanya ;

“Apakah dia haknya wahai Rasulullah..?”

Jawab baginda dengan bersabda; “ Kamu menetak musuh sehingga ia menjadi bengkok ”

Abu Dajanah menyahut; “Sayalah yang mengambilnya dan menunaikan haknya wahai Rasulullah…!!!”

Pedang itu telah diserahkan kepada Abu Dajanah yang memang popular dengan keberaniannya di medan perang. Abu Dajanah mengambil pedang itu dan menghunusnya sambil berjalan di tengah-tengah anggota pasukat tentera Islam dengan gaya berjalan mendabik dada, angkuh dan sombong, lalu Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Cara berjalan seperti itu adalah dimurkai Allah melainkan dalam keadaan (bertemu musuh Islam) seperti ini..”


BARISAN MUSYRIKIN MENGATUR PERSIAPAN

Abu Sufyan Bin Harb yang menjadi panglima tertinggi Musyrikin Musyrikin turut mengatur posisi bala tenteranya. Sayap kanan diketuai oleh Khalid Al-Walid dan sayap kiri diketuai oleh Ikrimah Bin Abu Jahal. Tentera berjalan kaki pula diketuai oleh Sufian Bin Umayyah manakala pasukan memanah diketuai oleh Abdullah Bin Abi Rabi’ah. Bendera Barisan Musyrikin dibawa oleh Bani ‘Abdul Dar.

Abu Sufyan juga tela menghantar perisik ke dalam pasukan tentera Islam yang merupakan seorang munafiq bernama Abu ‘Amir Al-Rahib, beliau merupakan seorang yang berpengaruh di madinah ketika zaman jahiliyyah. Abu ‘Amir ditugaskan untuk menyebarkan propaganda kepada anggota paska tentera Islam dari golongan Ansar dan mendesak agar meninggalkan Rasulullah.

Tindakan Abu ‘Amir menyebarkan propaganda hasutan itu bagaimanapun tidak berjaya mempengaruhi golongan Ansar apabila golongan Ansar dengan tegas berkata kepadanya;

“Wahai orang fasiq…!!! Engkaulah perisik yang tidak diberi nikmat oleh Allah…!!!!”


PERTEMPURAN PERTAMA

Ketika kedua belah pihak dalam kedudukan begitu hampir, tiba-tiba talhah Bin Abi Talhah Al-‘Abdari, seorang pahlawan yang berani dari pihak Barisan Musyrikin tampil ke hadapan dengan menunggang unta dan melaungkan cabaran dan provokasi kepada tetera Islam agar menentangnya.

Cabaran itu disambut oleh Al-Zubir dengan melompat ke atas unta Talhah Bin abi Talhah dan Al-Zubir berjaya menewaskan Talhah.

Rasulullah yang menyaksikan pertempuran satu lawan satu itu terus bertakbir apabila Al-Zubir memenangi pertempuran itu dan disambut dengan laungan takbir oleh seluruh anggota tentera Islam. Seterusnya baginda bersabda;

“ Sesungguhnya tiap-tiap nabi ada pembantu yang setia kepadanya, maka pembantuku yang setia adalah Al-Zubir..”


PERTEMPURAN HEBAT

Sejurus selepas Talhah ditewaskan oleh Al-Zubir serta seluruh anggota pasukan tentera Islam melaugkan takbir, pertempuran secara terbuka pun bermula. Bendera yang dipegang oleh Talhah telah diambil oleh Abu Syaibah ‘Uthman Bin Abi Talhah dan dibunuh oleh Saiyidia Hamzah dengan menetaknya di leher higga terbelah di perut. Bendera itu diambil pula oleh Abu Saad Bin Abi Talhah namun Sa’ad Bin Abi Waqqas telah berjaya memanah tepat ke lehernya dan dibunuh oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.

Seterusnya bendera itu diangkat pula oleh Musafa’ Bin Talhah Bin Abi Talhah dan dia akhirnya dengan pantas dibunuh oleh ‘Asim Bin Abi ‘Aflan. Akhirnya bendera panji-panji Barisan Musyrikin yang menjadi perangsang bagi musuh Islam jatuh ke tanah tanpa siapa lagi yang berani mengambilnya.

Abu Dujanah yang menarima pedang dari Rasulullah telah menunaikan janjinya seperti yang dijanjikan. Dengan berlilitkan kain merah di kepala, beliau membunuh setipa musuh yang melintas dihadapannya. Al-Zubir Radhiyallahu ‘Anhu menceritakan bahawa;

“ Apabila aku meminta pedang dari Rasulullah, baginda tidak memberinya kepadaku padahal aku sepupunya, anak ibu saudaranya Safiah. Baginda telah memberi pedang tersebut epada Abu Dujanah. Aku berkata kepada diriku ; Aku mahu mengekori dan mlihat apakah yang akan diakukan oleh Abu Dujanah dengan pedang itu.., Aku terus mengekorinya, dia melilitkan kain merah dikepalanya dan kemudian menyerang musuh dan membunuh setiap musuh yang ada dihadapannya sehingga dia samapi ke tempat aum wanita musyrikin. Beliau mengangkat pedang untuk menetak salah seorang dari mereka yang kelihatan memberi semangat kepada tentera musyrikin iaiatu Hindun Bin ‘Utbah. Abu Dajanah tidak mengenalinya kerana menyangka Hindun adalah lelaki, tetapi apabila Hindun memekik, dia tidak jadi menetaknya dan berkata ; “Aku mahu memuliakan pedang RAsulullah S.A.W.”


SAIYIDINA HAMZAH SYAHID

Seorang hamba abdi yang bernama Wahsyi Bin Harb telah dijanjikan akan dimerdekakan oleh tuannya, Jubair Bin Mut’am jika dia dapat membunuh Saiyidina Hamzah yang telah membunuh bapa saudaranya, Tu’aimah ‘Adi ketika di perang Badar Kubra. Wahsyi adalah merupakan hamba yang mahir melontar tombak dan menyertai perang hanya untuk membunuh Hamzah.

Dalam peperangan ini, Wahsyi Bin Harb tidak menghiraukan pejuang Islam yang lain, tetapi hanya menumpukan kepada Saiyidina Hamzah dengan mencari peluang untuk menikam curi dari belakang di sebalik pokok-pokok dan batu-batu.

Akhirnya Wahsi mendapat peluang apabila Saiyidina Hamzah sedang bertempur dengan Siba’ Bin Abdul ‘Uzza. Sebaik sahaja Saiyidina Hamzah berjaya membunuh Siba’, tombak yang dilontarkan oleh Wahsyi tepat mengenai perut Saiyidina Hamzah sehingga terburai perutnya. Walaupun dalam keadaan tenat, Saiyidina Hamzah berjalan menuju kearah Wahsyi namun tidak berdaya berbuat apa-apa, lalu beliau gugur syahid sebagai penghulu syuhada’. Wahsyi mengabil tombaknya yang berlumuran darah pulang ke Makkah untuk memerdekakan dirinya.

Walaupun Saiyidina Hamzah Asadullah telah syahid, namun pasukan tentera Islam berjaya menguasai peperangan itu. Antara pemuda yang menyertai peperangan ini ialah Hanzalah Bin Abu ‘Amir, yakni Abu ‘Amir Al-Fasiq yang munafiq, walaupun bapanya munafiq namun Hanzalah adalah seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan taat kepada arahan Rasulnya. Hanzalah adalah pemuda yang baru sahaja berkahwin. Ketika hanya baru melalui malam pertama perkahwinan bersama isteri tercinta, seruan jihad telah ditiupkan bahkan tanpa sempat mengangkat hadas besar, Hanzalah keluar dengan terjun melalui tingkap biliknya untuk menyahut seruan jihad atas dasar cintakan Allah lebih ari segala-galanya.

Ketika Hanzalah merempuh pertahanan musuh sehingga hampir membunuh ketua panglima Musyrikin Musyrikin, Abu Sufyan, namun telah ditaqdirkan oleh Allah kelebihan syahid ke atasnya.

Pasukan memanah telah memainkan peranan yang cukup berkesan apabila berjaya menggagalkan usaha Barisan Musyrikin yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid dan Abu ‘Amir Al-Fasiq untuk menyerang pasukan tentera Islam dari belakang.


BARISAN MUSYRIKIN MENERIMA KEKALAHAN

Pasukan tentera Islam terus dapat menguasai keadaan walaupun tentera musyrikin berhempas pulas untuk menguasai dan menyelamatkan keadaan tetapi gagal. Oleh kerana asakan dan penguasaan pasukan tentera Islam yang kuat, akhirnya barisan musyrikin bertempiaran lari menyelamatkan diri. Cita-cita barisan musyrikin akhirnya hancur berkecai.

No comments: