About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, May 7, 2009

IKTIBAR UHUD ; PERINGATAN BAGI YANG LUPA ( Part 4)

PASUKAN MEMANAH MELAKUKAN KESILAPAN

Barisan Musyrikin yang bertempiaran lari tanpa membawa bersama harta-harta mereka. Melihatkan keadaan demikian, tentera Islam berebut-rebut menuju kearah harta-harta yang ditinggalkan oleh Barisan Musyrikin dan berebut-rebut pula mengambil harta-harta yang ditinggalkan.

Melihat tentera lain berebut-rebut mengambil harta tinggalan Barisan Musyrikin, membuatkan pasukan memanah yang ditugaskan mengawal di atas bukit tidak dapat mengawal perasaan.

Ada dikalangan anggota pasukan memanah berkata ;

“ Itu dia harta rampasan perang, mari kita pergi mengambilnya…!!! Sahabat-sahabat kita telah menang…!!!”

Ketua pasukan memanah, ‘Abdullah Bin Jubair Radhiyallahu ‘Anhu yang amat mengambil berat arahan Rasulullah S.A.W telah menegaskan kepada mereka yang ingin turun bersama merebut harta tinggalan Barisan Musyrikin dengan berkata ;

“ Apakah kamu telah lupa perintah Rasulullah S.A.W…????”

kebanyakan mereka tidak mempedulikan kata-kata ‘Abdullah Bin Jubair kerana terlalu ghairah melihat harta yang ditinggalkan dan terlalu gembira dengan kemengan yang dicapai. Akhirnya sebahagian besar dari pasukan memanah telah meninggalkan bukit itu untuk mengambil harta rampasan perang. Diriwayatkan bahawa 40 orang anggota pasukan memanah turun meninggalkan posisi dan tinggal 10 orang anggota yang masih tetap di atas bukit termasuk ‘Abdullah Bin Jubair.

Sementara itu Khalid Al-Walid yang mengepalai pasukan berkuda senantiasa mengintai peluang untuk membuat serangan balas. Serangan balas yang dilakukan oleh Barisan Musyrikin telah menggugurkan ‘Abdullah Bin Jubair bersama 9 orang anggota pasukan memanah yang bertahan di atas bukit.

Serangan dimulakan semula dan bendera Barisan Musyrikin di angkat semula. Pada ketika itu Rasulullah S.A.W hanya dikawal oleh beberapa orang sahaja. Keadaan menjadi amat mencemaskan sehinggakan Rasulullah S.A.W terpaksa membuat pilihan antara berundur atau terus berjuang.

Rasulullah S.A.W telah mengambil pilhan kedua, meneruskan perjuangan sambil melaungkan seruan kepada pasa sahabat yang lain ;

“ Marilah kepadaku, Aku RAsulullah…!!!”

Laungan Rasulullah itu bukan sahaja di dengari oleh pasukan tentera islam, ia juga di dengari oleh Barisan Musyrikin yang menyebabkan Barisan Musyrikin menyerang Rasulullah bertubi-tubi. Ketika diserang dengan dahsyat, Rasulullah hanya dikawal oleh 7 orang dari kalangan Ansar dan 2 orang dari Muhajirin. Mereka ini berpegang kepada pesanan Raulullah S.A.W yang mahfumnya ;

“Sesiapa yang berperang bersama-sama aku, maka dia bersama-sama aku di dalam syurga”

Seorang demi seorang sahabat yang mengawal baginda gugur syahid sehinggalah orang yang ketujuh iaitu Yazid Bin Al-Sakn rebah kerana luka yang amat parah. Walaupun dalam keadaan yang amat lemah, Yazid tetap mempertahankan Rasulullah S.A.w sehingga beliau gugur syahid berbantalkan kaki Rasulullah S.A.W.

Setelah Yazid gugur syahid, tinggal dua orang sahabat mempertahankan Rasulullah iaitu Talhah Bin ‘ubaidillah dan Sa’ad Bin Abi Waqqas. Walaupun tinggal hanya mereka berdua, kekuatan dan keberanian mereka menyamai kekuatan dan keberanaian berpuluh-puluh orang.

Sa’ad Bin Abi Waqqas yang juga pakar memanah telah melancarkan serangan panah bertubi-tubi ke atas Barisan Musyrikin sehingga Rasulullah bersabda ;

“ Panahlah wahai Sa’ad, aku tebus kamu dengan ayah dan ibuku..”

Talhah Bin ‘Ubaidillah pula bertempur dengan pedang yang menyamai kekuatan 11 orang. Sa’af bertempur dengan musuh sehingga tangannya luka, jarinya putus serta mendapat 39 liang luka diseluruh bandannya. Kepadanya Rasulullah bersabda;

“ Kalau aku enyebut Bismillah..nescaya malaikat akan menjulangmu dengan diperhatikan oleh orang ramai..”

Dengan keberanian itulah maka Talhah telah digelarkan sebagai syahid yang masih hidup di dunia..

Akhirnya beberapa orang sahabat dapat menembusi kepungan Barisan Musyrikin dan menghampiri Rasulullah S.A.W. Antara orang terwal samapi ialah Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq di ikuti oleh Abu Ubaidah, Mus’ab Bin ‘Umair, ‘Ali Bin Abi thalib, Sahl Bin Hanif, Malik Bin Sinan dan juga seorang sahabiah wanita, Ummu ‘Imarah nusaibah Binti Ka’b.

Inilah saat yang palin cemas dilalui oleh RAsulullah S.A.W. Barisan Musyrikin bertubi-tubi nebyerang dan mencari peluang untuk membunuh Rasulullah. Walaupun Barisan Musyrikin tidak berjaya membunuh Rasulullah, namun agenda mengalami patah gigi hadapan, luka di pipi dan berdarah di kepala. Sambil baginda menyapu kepalaNya yang berdarah baginda S.A.W bersabda ;

“ Bagaimanakah boleh selamat ke atas kaum yang telah memecahkan muka nabi mereka hingga berdarah…!!!”

Srentak dengan itu Allah menurunkan wahyu dengan mafhumnya;

“ Bukanlah bagi engkau (Wahai Muhammad) sedikitpun campurtangan daripada urusan ini suatupun, atau allah menerima taubat mereka atau mengazabkan mereka, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang zalim” ( Ali ‘imran : Ayat 128 )

Setelah itu Rasulullah diam sejenak kemudian Rasulullah S.A.W berdoa :

“ Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka melakukan demikian kerana tidak mengerti..”

Sementara iti Malik Bin Sinan telah menghisap darah Rasulullah S.A.W, lalu baginda besrabda ;

“ Barang siapa yang bersentuh dengan darahku, dia tidak akan disentuh oleh api neraka..”

Di saat cemas ini juga, Rasulullah S.A.W berjaya mencederakan musuh bernama Ubai Bin Khalaf sehingga maut. Ubai datang menyerang Rasulullah ketika itu para sahabat tidak sempat bertindak, namun baginda sempat menentang sehingga musuh itu maut.

MUSUH MENYEBAR PROPAGANDA PALSU

Di saat suasan yang cemas lagi genting ini uga, tiba-tiba pihak Barisan Musyrikin telah menyebarkan berita palsu kununya Rasulullah S.A.W telah wafat kerana terbunuh dalam peperangan.

Setelah tersebarnya berita palsu ini, ada dikalangan sahabat yang kebingungan dan tidak dapat meneruskan perjuangan. Namun ada jua yang bertambah semangat untuk terus berjuang menemui syahid seperti Anas Bin Nadzar, beliau telah menangking kalangan sahabat yang kebingungan seolah-olah hilang semangat dengan berkata ;“ Apa yang kamu tunggu…???!!!”

Mereka menjawab ;“ Rasulullah S.A.W telah dibunuh…!!!”

Anas membalas ;

“ Apa gunanya hidup selepas ini…??? Bangun..!!! Marilah kita mati bersama-sama, sebagaimana matinya RAsulullah S.A.W…!!!’

Anas Bin Nadzar kemudiannya terus menentang musuh dan akhirnya syahid. Seruannya itu telah memulihkan semangat jihad para sahabat untuk terus berjuang menentang musuh Allah dan RasulNya.

Tersiarnnya berita palsu itu meredakan serangan Barisan Musyrikin kerana sebahagian dari mereka menumpukan kerja-kerja mencincang dan mengelar jenazah para syuhada’ untuk melepaskan geram.

Keadaan memberi peluang kepada Rasulullah bergabung dengan anggota tentera Islam yang lain yang sebelum itu terpisah posisinya dari Rasulullah. Apabila Ka’ab Bin Malik melihat Rasulullah masih hidup, bliau terus melaungkan kepada para sahabat yang lain betapa Rasulullah masih hidup namun Rasulullah memberi isyarat agar diam supaya musuh tidak dapat mengetahui di mana baginda berada. Perkara ii amat mustahak dalam strategi dan taktik peperangan dan menyusun langkah untuk bertindak semula.

Akhirnya 30 orang sahabat telah berjaya bersama-sama RAsulullah dan baginda mengarahkan pasukan tentera yang ada supaya berundur kea rah suatu teluk di buit uhud untuk menyusun strategi baru. Cara yang diambil amat berkesan untuk menyelamatkan keadaan. Abu Sufyan serta Khalid Al-Walid cuba menghalang namun ‘Umar Al-Khattab dan beberapa sahabat telah berjaya memintas tindakan musuh dengan lebih awal dan memaksa Barisan Musyrikin turun dari bukit.

BARISAN MUSYRIKIN MENCINCANG JENAZAH PARA SAHABAT

Apabila Barisan Musyrikin gagal utuk menghapuskan kekuatan pasukan tentera Islam, bahkan tidak berani lagi menyerang pasukan pejuang Islam, tiba-tiba mereka mengambil peluang mencincang-cincang jenazah pasa syuhada’.

Ada yang mencincang hingga hancur, ada yang menghiris telinga, hidung, kemaluan dan sebagainya untuk dibawa pulang sebai kemegahan. Manakala jenazah Saiyidina Hmazah Asadullah telah dibelah dadanya oleh Hindun Bin ‘utbah dan mengambil hanyanya untuk dikunyah kerana terlalu geram, namun Allah menghalanya bertindak sedemikian.

ABU SUFYAN MENCABAR

Apabila Barisan Musyrikin mengambil langkah untuk berundur, Abu Sufyan naik ke atas bukit dan melaungkan ;“Adakah Muhammad masih ada..??”
Pasukan tentera Islam tidak menjawab.Abu sufyan memanggil lagi ;“ Adakah anak Quhafah ( Saiyidina Abu Bakar ) masih ada…??”Pasukan tentera Islam masih juga diam.Abu Sfyan berteriak lagi ;“ Adakah ‘Umar masih ada…???”Mereka juga masih diam. Tindakan berdiam diri adalah kerana Rasulllah mengarahkan supaya mereka jangan menjawab. Namun ‘Umar tidak dapat menahan dirinya lalu menjawab ;“ wahai musuh Allah…!!! Semua yang kamu panggil itu masih hidup, Allah akan meneruskan keburukan kepada kamu…!!!” Abu Sufyan membalas ;“ Tinggi dan mulilah berhala hubal…!!!” Rasulullah S.A.W bersabda ; “ Apakah kamu tidak mahu menjawab…???” Para sahabat bertanya ; “ Apakah yang mesti kami ucapkan..??” Rasulullah menjawab ; “ Katakanlah Allah yang palig tinggi dan lebih mulia…” Abu Sufyan berkata ; “ Kami ada berhala ‘Uzza, kamu tidak mempunyai ‘Uzza…!!!” Rasulullah bersabda ; “Apakah kamu tidak mahu menjawab…???” Para sahabat bertanya ; “ Apakah yang mesti kamiu ucapkan..???” Rasulullah menjawab ; “ Katakanlah Allah menjadi pelindung kami, kamu tidak mempunyai pelindung..” Abu Sufyan berkata lagi ; “ Hari ini adalah ganti hari Badar, peperangan silih berganti…( Badar kamu menang di Uhud Kami menang ),” Saiyidina ‘Umar menjawab ; “ Orang-orang kami terbunuh masuk syurga dan orang-orang kamu terbunuh masuk neraka…!!!” Kamudian Abu Sufyan membuat cabaran ; “Silalah datang deat kami wahai umar…!!!” Rasululullah pun bersabda kepada ‘Umar ; “ Pergilah dan lihat bagaimanakah kedudukan mereka..” Lalu Saiyidina ‘Umar pun pergi mendekati Barisan Musyrikin dan Abu Sufyan bertanya kepada ‘Umar ; “ Wahai ‘Umar…!!! Adakah benar Muhammad telah berjaya kami bunuh…???” Jawab Saiyidina ‘Umar ; “ Tidak…!!! Bahkan dia mendengar apa yang kamu ucapkan…!!!” Sebelum berundur, Abu Sufyan melaungkan kata-kata ; “ Kami berjanji mahu bertempur pula di Badar tahun hadapan…!!!” Rasulullah S.A.W mengarahkan seorang sahabat menjawab ;
“ Ya…!!! Kami sedia menerima janji itu…!!!”

No comments: