About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, May 7, 2009

IKTIBAR UHUD ; PERINGATAN BAGI YANG LUPA (part 2)

MENGUMPUL DAN MENYUSUN PASUKAN TENTERA

Kemudian Rasulullah S.A.W bersolat jumaat, di dalam khutbah baginda memberi semangat kepada kaum muslimin agar berjuang bersungguh-sungguh dan bahawasanya kemenangan itu mestilah di atas kesabaran dan baginda juga memerintahkan kaum muslimin supaya bersedia mengahdapi musuh.

Kaum muslimin telah ramai berkumpul. Setelah selesai menunaikan solat asar, Rasulullah S.A.W masuk ke rumah dengan diiringi oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhuma. Kedua-dua mereka telah membantu Rasulullah S.A.W memakai pakaian dan kelengkapan perang, lengkap beserban, berbaju rantai besi dua lapis dan membawa pedang. Stelah itu Rasulullah S.A.W keluar menemui orang ramai yang menunggu di luar.

Ketika menunggu Rasulullah S.A.W, Sa’ad Bin Mu’adh Bin Hudhir Radhiyalahu ‘Anhu berkata;

“Kamu memaksa Rasulullah S.A.W keluar, marilah kita merujuk semula keputusan kepada baginda”

Mereka berbalah sesama sendiri kerana telah mengemukakan pandangan yang telah pun menjadi keputusan dalam mesyuarat itu. Maka apabila Rasulullah S.A.W keluar, para sahabat berkata;

“Wahai Rasulullah…, kami tidak mahu menentang pendapat yang telah engkau kemukakan, oleh itu ambillah keputusan itu seperti yang kamu kehendaki. Jikalau engkau berpendapat lebih baik bertahan di Madinah sahaja, nescaya kami akan mematuhinya..”

Tiba-tiba Rasulullah S.A.W terus bersabda;

“Tidak seharusnya seorang nabi yang telah memakai baju besi untuk keluar berperang menanggalkannya pula hinggalah berperang, biarlah sehingga Allah menentukan keputusan diantaranya dan musuhnya..!!!”

Rasulullah S.A.W ketika bersiap sedia menghadapi tentera musyrikin telah membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga pasukan, iaitu;

i) Pasukan Muhajirin ( Bendera Panji-Panji dibawa oleh Saiyidina Mus’ab Bin Umair Al-‘Abdari Radhiyallahu ‘Anhu)

ii) Pasukan ‘Aus ( Bendera Panji-Panji dibawa oleh Asid Bin Hudhir Radhiyallahu ‘Anhu)

iii) Pasukan Khazraj ( Bendera Panji-Panji dibawa oleh Al-Habbab Bin Munzir Radhiyallahu ‘Anhu.

Pasukan Tentera Islam ketika itu berjumlah 1000 orang di mana 100 orang memakai baju rantai besi dan 50 orang daripadanya adalah tentera berkuda. Ada pendapat lain mengatakan bahawa tiada tentera Islam yang berkuda kecuali Rasulullah S.A.W. Rasulullaj juga telah menugaskan ‘Abdullah Bin Maktum sebagai imam solat sepanjang ketiadaan baginda.

Setelah baginda selesai mengatur dan menyusun jentera pasukan tentera Islam, Rasulullah S.A.W bersama seluruh pasukan tentera Islam bergerak sehingga samapi di satu tempat bernama Thaniyyah Al-Wada’. Di sana mereka bertemu dengan pasukan dari kalangan Yahudi yang lengkap bersenjata. Pasukan dari kaum Yahudi itu ingin membantu Pasukan Tentera Islam kerana mereka mempunyai perjanjian dengan suku Khazrajn namun tawaran itu ditolak oleh Rasulullah S.A..W kerana mereka adalah dikalangan kafir.

Apabila sampai di satu tempat bernama As-Syaikhan, Rasulullah telah melakukan pemeriksaan barisan pasukan tentera Islam. Terdapat beberapa orang dikalangan kanak-kanak didapati telah ikut serta bersama tentera Islam.

Antara kanak-kanak yang ikut serta bersama pasukan tentera Islam ialah ‘Abdullah Bin ‘Umar, Usamah Bin Zaid, Asid Bin Zahir, Zaid Bin Thabit, Zain Bin Arqam, ‘Arabah Bin ‘Aus, ‘Amru Bin Hazam, Abu Sa’id Bin Al-Khudri, Zaid Bin Harithah Al-Ansari dan Sa’ad Bin Hubbat.

Rasulullah akhirnya membenarkan Rafi’ Bin Khadijah dan Samrah Bin Jundb kerana Rafi’ pandai memanah dan Samrah mengalahkan Rafi’ dalam pertarungan yang di atur oleh Rasulullah ketika itu juga.

Di sini juga, pasukan tentera Islam telah melakukan solat maghrib dan ‘isyak dan mengambil keputusan untuk bermalam di situ. Satu pasukan keselamatan yang dianggotai seramai 50 orang telah dibentuk dan diketuai oleh Muhammad Bin Maslamah manakala Zakwan Bin Abdul qais pula ditugaskan khusus untuk mengawal keselamatan Rasulullah S.A.W.

Keesokan paginya, kedua-dua pasukan, Pasukan Tentera Islam dan Braisan Musyrikin telah dapat melihat kelibat pasukan masing-masing. Katika inilah Abdullah Bin Ubai Bin Salul, pemimpin kaum munafiq menzahirkan sifatnya dengan berundur bersama-sama pengikutnya yang berjumlah 300 orang.

Tujuan Abdullah Bin Ubai Bin Salul bertindak demikian adalah semata-mata mahu melemahkan semangat tentera Islam dan member semangat kepada tentera musuh. Dalam ketika itu, Abdullah Bin Ubai Bin Salul meyebarkan kata-kata berbentuk hasutan supaya pejuang Islam yang lain berundur bersamanya.

Terdapat qabilah yang hampir-hampir termakan dengan hasutan Abdullah Bin Ubai Bin Salul, di antara mereka ialah dua kumpulan dari kalangan qabilah Bani Harith dari kalangan ‘Aus dan Bani salamah dari Khazraj. Namun Allah menyelamatkan mereka dengan menanamkan iman ke dalam hati mereka seperti firman Allah yang mafhumnya;

“Ingatlah ketika dua golongan dari kalangan kamu ingin berundur (kerana takut), padahal Allah adalah penolong kepada kedua-dua golongan itu, kerana itu kepada Allah sahajalah tempat orang-orang mukmin bertawakkal”(Surah Ali-‘Imran : Ayat 122)

‘Abdullah Bin Hiram Radhiyallahu ‘Anhu cuba member nasihat dan peringatan kepada orang-orang munafiq agar jangan berundur, namun tidak dipedulikan hinggalah Allah S.W.T berfirman mafhumnya;

“ Dan Allah maha mengetahui dengan nyata (hati) orang munafiq, dikatakan kepada mereka; marilah berperang di jalan Allah, atau pertahanlah dirimu, Mereka pula berkata; sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu. Padahal (sebenarnya) mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan, Mereka mengatakan dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak terkandung di dalam hati-hati mereka dan Allah maha lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan”

Dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh puak-puak Abdullah Bin Ubai Bin Salul, maka pasukan tentera Islam hanya tinggal 700 orang. Kemudian Rasulullah menuju ke suatu tempat yang strategic untuk dijadikan markaz operasi pasukan tentera Islam. Laluan ke temapt yang dituju oleh pasukan tentera islam yang dipimpin oleh Rasulullah terpaksa memalui pagar kebun seorang munafiq buta.

Menyedari bahawa pasukan tentera Islam sedang melalui berhampiran pagar kebunnya, si munafiq buta itu lantas menyimbah tanah ke arah pasukan tentera Islam dan berkata;
“ Kalau kamu ini Rasulullah aku tidak benarkan masuk ke dalam kawasan pagar aku ini..!!!”

Para sahabat Rasulullah segara tampil ingin membunuh si munafiq buta itu setelah mendengar cemuhan kepada Rasulullah namun Baginda segera melarang dan bersabda;

“Jangan kamu bunuh dia kerana dia buta mata dan buta hati”

Setelah sampai di tempat yang dituju, kedudukan pasukan tentera islam ialah membelakangi Bukit uhud di antara madinah dan Barisan Musyrikin.

No comments: