About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, May 18, 2009

DEPA KATA, KITA KATA 2

Depa kata:
Juak-juak Pas sering melaung bahawa parti mereka mengikut Al-Quran sedangkan cara mereka laungkan itu dibuat dengan cara yang bongkak dan takbur. Ini kerana tujuan mereka laungkan perkara tersebut adalah untuk menidakkan keIslaman kumpulan Islam yang lain yang tidak sealiran kefahaman politik dengan mereka. Sikap takbur dan bongkak yang diamalkan oleh Ulama-ulama Pas sendiri adalah bertentangan dengan kehendak Islam malah amat disukai oleh syaitan.

Kita Kata:
PAS memang melaungkan patinya mengikut Al-Quran. Ini bukan laungan main-main. Ini laungan mengikut perlembagaan atau undang-undang tubuh pindaan 2001 PAS FASAL 7 (1) HUKUM, KEKUASAN & MAJLIS SYURA ‘ULAMAK. Kita nak pada depa, undang-undang tertinggi perlembagaan UMNO apa dia,,??? Yang merasa Pas bongkak dan takbur adalah UMNO, kami berjuang menegakkan dasar kami maka mestilah kami bersemangat. Berjuang apanya kalau tak bersemangat. Bila bersemngat, takkan nak berdepan dengan UMNO macam orang darah tinggal secamca…!!! Sebab tu lah kamu kata kami bongkak lah takbur lah..kamu yang terasa kami begitu…Kamu sering katakan bahawa jika bukan UMNO yang memerintah negara akan kucar kacir, bangkrap, makan pasir, gaji tak dibayar apakah itu bukan angkuh sombong bongkak dsb…??? Bukankah allah sahajalah tempat manusia dikurniakan rezeki..???

Bila kami membawa islam sebagai dasar perjuangan, maka yang bercanggah dengaan islam kami tolak dan kami tegur, apakah hanya kerana itu kamu katakan bahawa kami menidakkan islam orang lain yang tidak sefaham politik kami. Politik kami faham islam, politik kamu faham apa..??? Bukankah dahulu masa zaman Pak lah kamu bangga dengan Islam hadhary, maka kamu katakan islam hadhary lah yang betul sesuai dengan zaman maka apakah maksud kamu di sana ada islam yang tidak hadhary..?? bukankah itu menidakkan islam yang asal…??? Tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah Dan Rasulnya untuk menegakkan islam atau mencipta islam yang baru dan menolak islam yang tak sesuai dengan nafsu kamu..??? Bukankah pimpinan UMNO sering mengatakan kepada PAS bahawa islam yang PAS bawa adalah islam PAS bukan islam sebenar. Bukankah kamu sebenarnya yang suka menidakkan Islam kumpulan Islam lain yang tidak sealiran dengan kamu..??? UMNO sendiri hanya mendukung Islam sekadar agama ritual sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan UMNO FASAL 3(3) asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama." Lihat pula peruntukan perlembagaan persekutuan 4(1) yang nyata jelas bercanggah dengan Islam.

Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "

Maka mana dia Islam yang kamu bawa..??? Kalau Islam yang kamu bawa dalam UMNO itu pun sekadar upacara ritual yang boleh diadakan dalam mana-mana majlis kerajaan umpamanya baca doa sebelum mula majlis, mana dia islam yang lain..??? Jika Islam yang kamu bawa hanya sekerat-sekerat sepertimana kata Khairy dalam debat bersama Husam musa bila ditanya adakah UMNO akan laksanakan hudud maka jawabnya ; “kita laksanakan undang-undang sedia ada” undang-undang Islamkah yang sedia ada sekarang ini..???

Depa Kata:
Untuk menampakan mereka lebih Islam daripada yang tidak sealiran dengan mereka maka mereka sanggup memperalatkan ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran untuk mendapat keuntungan politik di kalangan para Ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka terus terpedaya dan menerima bulat-bulat apabila ayat-ayat Allah dibaca didepan mereka tanpa mereka usul periksa kesahihannya. Mereka menterjemahkan ayat-ayat Allah sekerat-sekerat yang mana menguntungkan politik mereka manakala ayat yang sebenar yang tidak menguntungkan mereka telah mereka sembunyikan.


Kita Kata;

Yang depa mahu ialah PAS jangan menggunakan Al-Qur’an sebagai Hujah melawan hujah UMNO yang nyata tidak mampu menggunakan hujah Al-Qur’an bukan…??? Jangalah kerana UMNO tidak mampu berhujah dengan Al-Quran maka cuba menidakkan hujah yang Pas bawa berdasarkan Al-quran. Jika benar PAS memperalat ayat-ayat suci al-qur’an, mana dia pula tafsiran UMNO dari mana-mana ayat al-qur’an untuk menolak hujah-hujah PAS..??? UMNOlah yang tidak mampu membawa ayat-ayat allah di hadapan masyarakat maka wajarkah nak bagi pas jangan guna al-quran sama macam UMNO…??? Lain kali kalau nak bersilat, bel;ajarlah silat dulu, jangan kerana kita tak reti bersilat kita tuduh orang lain memperalatkan silat pulak..??? memanglah dalam ceramah-ceramah kita baca ayat-ayat tertentu pada part tertentu yang berkaitan. UMNO bukan kata sekerat, tak baca langsung. Lepas tu nak bagi orang lain macam dia, tak mau baca qur’an sebagai hujah…!!!




Depa Kata:
Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79
“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Kita Kata:
Ayat ke 79 surah Al-baqarah ini merujuk kepada kaum bani Israel yang mengubah kandungan taurat. Kemudian menulis hokum sendiri dan mengatakan itu adalah dari allah dan yang mereka tulis it adalah taurah.(rujuk tafsir al-munir)( juga rujuk sebab turun ayat ini dalam kitab “lubaabu al-nuqul fi asbaabi al-nuzuul” m/s 16). Maknanya, mereka-mereka yang telah diberi kitab (undang-undang) hidup tetapi menolaknya dengan menggantikan undang-undang ciptaan manusia, maka golongan inilah yang allah katakana celaka. Bila Allah menyuruh kita laksanakan undangt-undang islam, kenapa pulak kita terus gunakan undang-udang penjajah inggeris?? Berapa ramai ulamak UMNO mempertahankan dasar UMNO yang terus mendasari undang-undang Negara yang nyata bercanggah dengan islam ini..apa maknanya ini..?? Depa mengatakan kami memperalatkan ayat-ayat al-quran untuk kepentingan politk pas tanpa merujuk dan memeriksa kesahihan kandungannya. Ayat 79 surah al-baqarah ini kamu tidak bacakah tafsir dan sebab turunnya ayat ini…? Atau sekadar mahu memperalatkan hujah dangkal kamu itu sahaja..???



Depa kata:
Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 159 pula
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.

Kita kata:
Ayat 159 turun bersama ayat 160, mufassirin mentafsirkan ayat-ayat ini ditujukan kepada pendeta-pendeta yahudi dan orang-orang yang sengaja menyembunyikan segala sesuatu yang diturunkan oleh allah yang merupakn hukum-hukum agama dan arahan-arahan allah. Siapa mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ini..? bacalah dalam mana-mana kitab tafsir hatta tafsir al-azhar karangan Prof. Hamka juga menyatakan bahawa, mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ialah apabila diarahkan oleh allah untuk mengajar dan menyampaikan islam kepada manusia, ada manusia yang menyembunyikannya dengan tidak mendedahkan kepada orang lain tentang islam. Bahkan islam itu di buruk-burukkan. Sebab itu bila allah sebut setelah menerangkan mereka al-kitab(merujuk kepada bani-israel dengan taurat) mereka akhirnya menolak untuk menggunakan taurat yang asal dengan menggunakan taurat yang telah dipadam dan ditulis semula dengan tangan-tangan pemimpin mereka. Apa hubungannya dengan kita, allah nak bagitau tentang perangai keji kaum bani Israel iaitu menolak kitab allah dengan memdamkan ayat-ayat yang tidak mereka setuju dengan menulis kembali mengikut hawa nafsu mereka. Kalau kita yang islam ini mengaku islam tetapi menolak islam dengan menggunkan kitab karangan penjajah inggeris..apa bezanya dengan perangai bani Israel..???



Depa kata:
Justeru, marilah kita mengimbas kembali perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah.

1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

Kita kata:
Surah as-saba’ ayat 15 mafhunya;
"demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu:dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak disebelah kanan dan kiri(qaryah mereka)(lalu dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezekipemberian tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya;(negeri kamu adalah)negeri yang baik(aman dan makmur) dan (tuhan kamu adalah) tuhan yang maha pengampun(mengampunkan dosa rakyat Negara itu)"

Pastinya depa memetik ayat yang hujung berbunyi”baldatun thoyyibatun wa robbun ghafuur” jika tidak diambil dari awal ayat, bercanggahkah makna ayat dari cerita yang sebenar..? apakah maksud negeri yang baik diampuni tuhan jika dilihat dari sejarah kerajaan saba’ ini…??? Cerita negeri saba’ ini ada dalam surah An-Namlu . betapa negara yang melaksanakan islam sebagai dasar pemerintahnnya itulah Negara yang aman dan baik serta diampunkan allah, kenapa diampunkan allah, kerana apabila islam dilaksanakan, maka mereka yang hendak melakukan kesalahan tak jadi buat kerana takutkan hokum,jika yang buat kesalahan akan dihukum dan hukuman itu adalah bentuk menghapuskan dosa atas kesalahannya, hokum apa..hukum islamlah…!!!

Jadi apa sebenarnya yang menyeleweng..??? bukakah Negara yang baik adalah Negara yang diampunkan dosanya oleh allah…!!! Bagaimana pula kempen barangan halal yang dianjurkan oleh jakim dengan motto “halalan thoyyiban” kenapa tak ambil keseluruhan ayat…???


Depa Kata:
2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

Kita Kata:
Isu ini kamu boleh rujuk dalam perkara tahalluf siyasi,secara ringkas, UMNO berkawan dengan kafir dalam masa yang sama memerangi islam dan tidak pernah pun mengajak kawan-kawan kafirnya untuk mengenali islam sehingga bertambah-tambah harbi mereka. UMNO sendiri berdiri di atas dasar sekular (rujuk perlembagaan UMNO FASAL 3(3)). Dan merujuk peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 4(1). Di mana islamnya dan kenapa Malaysia berdiri di atas dasar secular, kerana apa, kerana dasar parti yang membentuk kerajaan juga terus mempertahankan sekular. Kenapa tidak ada usaha dari umno untuk pinda perkara 4(1) perlembagaan persekutuan…!!! Dan kenapa majlis fatwa kebangsaan tidak berani mengeluarkan apa-apa fatwa berhubung kononnya PAS menyeleweng mana-mana ayat alqur’an..??? apabila tahun 1999 PAS bergabung bersama DAP, ketika itu kami hanya bergabung dari segi persefahaman sahaja seperti sekarang, gabungan ini termasuk dalam keadah tahaluf siyasi berdasarkan apa yang berlaku pada rasulullah apabila seorang kafir dizalimi, ada dikalangan kafir yang datang ingin membantu menentang kezaliman itu, hatta berita itu sampai kepada rasulullah, rasululullah bersabda, jika aku berada disitu, maka aku juga akan bersama mereka (kafir) untuk menolak kezaliman itu. UMNO tak pernah jumpa perkara ini sebab itu kamu kata kami seleweng sedangkan kamu sendiri tidak mengkaji dari kaedah politik islam sebab bagi kamu ilsam itu suku politik itu suku…!!!

Depa Kata;
3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapi mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

Kita Kata;
Kita tau, yang dimaksudkan ayat 44,45&47 ialah keratan akhir ayat-ayat itu yang bermaksud :
44:………….barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang kafir.
45:………… barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang zalim.
46:………….. barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang fasiq.


Depa tanya” mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?” oleh kerana kami bergabung dengan kamu dan tidak menghukum kafir, kamu persoalkan..soalannya..benarkah kamu kafir sehingga mempersoalkan kami tidak kafir bila bersama dengan kamu..?? dalam kes kerajaan campuran sehingga tertubuhnya BN, ketika itu ketegangan kaum (yang dicetuskan oleh UMNO & GERAKAN) menyebabkan pas terpaksa memilih satu kaedah feqah di bawah tajuk, tidak ada dharurat dan memudharatkan. Untuk menstabilkan politik Negara ketika itu, PAS besetuju untuk bersama UMNO dan membentuk BN. Malangnya bila UMNO mola kuat balik, PAS juga akhirnya ditendang keluar..apa maksudnya itu..!!!

Depa Kata;
4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

Kita Kata;
Surah Al-Baqarah ayat 251 mafhumnya:
“oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut mengalahkan Jalut) Dan sesungguhny (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakinya. Dan kalaulah allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar derhaka) dengan setengahnya yang lain(yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia kepaad sekalian alam”

Kita nak Tanya:
Al-Qur’an yang menipu ke atau depa yang tertipu dengan”copy paste” dari sumber UMNO..??” Di dalam tafsiral al-munir dan tafsir-tafsir yang lain, tafsir ayat 251 ini adalah bermaksud, bumi ini, jika manusia yang zalim yang menolak islam tidak ditentang, maka manusia yang hidup di atas muka bumi ini akan terus dizalimi dan islam akan terus ditolak. Kalau di sebelum ini depa kata PAS menyeleweng kerana ambil bahagian tertentu dari ayat al-qur’an untuk kepentingan politik Pas, bagaimana pula jika ambil bahagian tertentu dari kalam orang lain semata-mata untuk menimbulkan fitnah terhadap individu itu..??

No comments: