About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, May 18, 2009

DEPA KATA, KITA KATA 3

Depa kata:
5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

Wak Kata:
Kita pun nak yanya depa, apa pula hokum kalau menentang PAS…??? Syahidkah mereka yang memperjuangkan dasar sekular umno dan menentang PAS yang menolak perlembagaan penjajah,menolak peraturan kafir…???
Benarkah Haji Hadi mengatakan mahkamah syariah thaghut atau kamu sengaja mengada-adakan..?? atau kamu sengaja menimbulkan polemic agar mahu oranng melihat PAS ini suka memaki hamun sebagaimana teori propaganda barat..???

Depa kata:
6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.


Kita kata;

Maka apa maksud asobiyyah disisi kamu..?? apabila rasulullah bersabda;”bukan dari kalangan aku siapa yang berjuang kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang mati kerana asobiyyah, bukan dari kangan aku siapa yang menyeru kepada asobiyyah. Para sohabat bertanya; apa itu asobiyyah wahai rasulullah : kamu membantu kaummu atas kezaliman.

Maka apa hukum berjuang atas nama bangsa dalam masa yang sama menolak islam…??? Apa hukum bersatu atas nama bangsa dalam masa yang sama melakukan kezaliman ke atas orang lain sehingga sekolah agama rakyat pun dinafikan hak..??? Apa hokum berjuang atas nama bangsa sehingga bahasa ibunda, tulisan jawi dan agama diketepikan..???

Depa kata:
7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.


Kita kata:

Isu ini cuba diselewengkan oleh UMNO untuk menunjukkan kononnya PAS sendiri seolah tak tahu samada mereka syahid atau tidak. Dewan ulamak PAS kedah berpendirian bahawa 14 mereka adalah syahid dan memang hokum itu bukan dibuat oleh dewan ulamak PAS kedah tetapi hukum itu adalah diambil dari hokum-hukum fiqh. Itulah maksudnya hokum syahid itu tidak dibuat oleh dewan ulamak PAS tetapi dewan ulamak berpendirian bahawa mereka adalah syahid tanpa perlu buat hukum kerana sudah jelas dari al-qur’an dan hadith. Dan sekarang, siapa pula yang berbohong..??


Depa kata:
8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

Kita Kata;
Kalau tak, kenapa Mahathir kata hudud tak boleh dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan jika dilaksanakan juga darurat akan diumumkan di kelantan kerana buat benda bersanggah dengan perlembagaan. Bukankah itu ada unsur ugut..!!! sekarang siapa tipu siapa…???

Depa kata:
9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterima kasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan". Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Kita kata:
Kenapa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan, pasal kerajaan menuntut terima kasih dari rakyat dengan mengundi BN yang kourp…!!! Kita dalam adab kita seharian memang berterima kasih kepada siapa yang buat baik pada kita. Tapia pa pulak hokum mintak orang ucap terima kasih pada kita atas jasa yang kita buat..?? tak bacakah
Maksud ayat surah al-insan ayat 9-10 yang mafhumnya:

9)” sesungguhnya kami member makan kepada kamu kerana allah semata-mata; kami tidak berkehandakkan sebarang balasan dari kamu dan ucapan terima kasih.”
10)”sesungguhnya kami sebenarnya takutkan tuhan kami, tkut dikenakan azab hari yang padanya muka orang-orang bersalah;msam berkerut-kerut”


Maka apa hukumnya pulak mintak terima kasih kepada rakyat dengan mengundi BN sedangkan harta Negara ini bukan harta BN tetapi harta semua rakyat, UMNO merasa kalau orang tak undi dia maknanya orang itu tak berterima kasih dengan kerajaan(UMNO), apa kamu ingat harta kerajaan ini dating dari kocek mak bapak UMNO kah..??? bukankah itu tandanya tak sedar diri…!!!

Hadith di atas, sila rujuk kitab fathul bari an-nawawi berkaitan hadith di atas.bukankah hadith di atas adalah berkitan isteri yang taat kepada suaminya. Apakah kafir kepada suami, maksudnya tidak taat arahan suami selagi mana suami mentaati allah ta’ala.tetapi adakah di dalam matan hadith itu menyuruh si suami mintak terima kasih dari isterinya..??

Depa Kata:
Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

Wak Kata:
Mahathir kerana kejahilannya menyebut tentang hadith di atas tanpa mengira apaklah hokum yang diambil dari matan hadith tersebut. Maknanya pemikiran depa, Mahathir, ahli UMNO ni sama saja.

Kenyataan Mahathir kununnya nabi simpan janggut kerana tiada Gillette masa itu bukan hina rasulullah kah…??? Depa dah lupakah…??

Depa kata;
10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

Kita Kata:
Apa maksud hudud 1/10000 atau per berapa pun..tak faham atau buat-buat tak faham bagi ranga lain pon sama tak faham macam orang UMNO yang lain…

Maksud hudud ini 1/10000000 pun menunjukkan islam ini seluruh kehidupan manusia dan islam bukan semata-mata hudud..hudud salah satu benda yang mesti diteagkkan sama lah dengan beribu-ribu perkara yang islam suruh juga mesti ditegakkan mengikut kemampuan dan kuasa yang ada. Tapi memanglah UMNO tak faham, pasal UMNO tak tau pun islam ini adalah seluruh kehidupan manusia…!!! Kalau Haji Hadi menolak hudud, yang dia luluskan enakmen hudud terenggani 2001 tu buat apa..??? setakat manalah paradigma depa ni..owh..paradigma copy paste UMNO,..!!!



Depa Kata:
11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.


Kita Kata:
Siapa yang menggugurkan slogan Negara islam, UMNO bukan..UMNO cakap konon bagi pihak PAS. Siapa lagi kalau bukan surat khabar UMNO yang putar belit…!!!isu ni tak payah cakap pasal dah sentuh di atas. Harap depa-depa dari kalangan manusia spisis UMNO yang tak sedar diri boleh sedarkan diri dengan baca respon di atas.


Depa Kata:

12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep sekular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.


Kita kata:

Ini pembohongan yang paling jelas dibuat oleh UMNo isu definisi sekular. Mengikut fakta, buku itu tidak ditarik balik Cuma diperbetulkan dan dicetak semula.Depa-depa ni boleh rujuk buku memahami dasar-dasar islam terbitan dewan pemuda pas negeri Kelantan. UMNOlah yang kununnya mengatakan ianya tidak menguntungkan PAS sedangkan kandungan buku itu atas kesilapan teknikal menyebabkan kandungannya cacat. UMNO berpegang kepada buku yang silap cetak, dia berpegang bahawa oleh kerana buku yang PAS kata konsep secular itu ialah ketua Negara berlainan agama, bagaimana pula presiden india APJ abdul Kalam yang beragama islam, adakah Republik India sebuah Negara Islam yang tdaik sekular…??? Konsep sekular diseleweng atau kena atas batang hidung UMNO lantas menuduh PAS seleweng konsep sekular…???

Depa Kata:
13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

Kita Kata:
Yang kita katakana haram ialah tindakan kerajaan persekutuan merampas dan merompak royalty minyak dan ditukar kepada wang ihsan dan di agih kepada UMNO Terengganu, itulah kerja haram..wang itu sepatutnya dilsalurkan kepada kerajaan Terengganu yang sah dan bukan pada UMNO, sebab itulah bila duit itu sampai kepada salurannya iaitu kerajaan Terengganu, barulah dikirah sah dan harus menggunakan duit itu untuk kepentingan rakyat bukan mcam UMNO, hentam duit royalty jadi wang ihsan agih pada pimpinan umno untuk kepentingan perut bawah perut UMNO bukannya rakyat…!!! Yang memperlekehkan hokum adalah UMNO pasal ambik duit ikut cara salah..merompak harta rakyat apa hukumnya?


Depa Kata:

14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

Kita kata:
Betul ke penyelewengan aqidah..?? ke ada imam dah batal aqidah sampai makmum terpaksa lantik imam lain..??? 1982 dato nakhaie ahmad masih dalam PAS, cuba Tanya dia apa hokum solat berimamkan UMNO dan makan sembelihan UMNO..?? tanyalah dia..dia yang berapi-rapi ceramah hentam UMNO..orang lain relax je..

Depa Kata:
15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak bererti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

Kita Kata:
Ini tuduhan rambang UMNO yang tiada berfakta.pasal apa, pasal ayat dia tergantung. Bila pulak bank islam bagi peruntukan pada PAS..???

Depa Kata;
16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.Ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

Kita kata:
Setahu wak, tak ada pulak shahnon ahmad sebut nama siapa-siapa dalam novel shit itu. Pasal dia adalah novel satira politik, Encik Mat tau ke ape maksud satira..?? satira adalah sati bentuk karya yang peril orang lain. Bila peril mestilah ada orang terasa. Soalnya adakah dalam novel itu menyebut nama penuh atau apa-apa tanda pengenalan tentang betapa kemaluan itu benr-benar milik ibu Mahathir..?? atau Mahathir yang terasa..!!!!

Isu carut di dalam al-qur’an, ini bahasa sahaja, Nik aziz merujuk kepada kalimah-kalimah yang dianggap keji pada masyarakat tapi UMNOlah yang manipulasi kalimah ini untuk dipandang keji, bukankah allah sentiasa mengingatkan tentang menjaga kemaluan..kemaluan tu elok ke disebut kalau nak kira…ini maknanya UMNO manipulasi kata-kata Nik Aziz, lain yang dimaksudkan, lain yang dikahabrkan kepada rakyat.propaganda..biasalah berangai UMNO..betul ke tak tak penting..yang penting malukan dulu..betul tak UMNO..???

Hadith di atas tiada masalah, yang jadi masalah macam mana orang UMNO boleh tau satu-satu kemaluan itu milik siapa.., macam mana pulak orang UMNO ni tau kemaluan tu milik ibu Mahathir..hebat hebat..sekilas sebut pasal kemaluan..orang UMNO tau jantan betinanya..walaupun shahnon tak sebut nama sapa pun…!!!


Depa Kata:
Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA.

DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam.

Kita nak Tanya:
Najib kata ONE MLAYSIA tu menatang apa pulak…???

Akhirnya depa kata:
Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama-Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kita pulak kata;
Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan dan putar belit fakta yang dilakukan oleh ulamak-ulamak UMNO yang mana jika kita selidiki ianya bukan sahaja merosakkan sebahagan aqidah orang yang terpengaruh( aqidah mana ada rosak sebahagian, rosak satu dikira rosak semua) dengannya dan ianya boleh diannggap sebagai penjenayah Islam yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan dan putar belit fakta yang telah dan sedang dilakukan oleh think tank UMNO selagi UMNO bertapak di muka bumi allah ta’ala ini.

Putar belit UMNO ini banyak terdapat di laman-laman pro UMNO/BN contohnya:

http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=718&Itemid=32

No comments: