About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, May 26, 2009

BILA PENCACAI UMNO/BN TAK MAMPU BERHUJAH....

Rata-rata semua persoalan yang ditimbulkan oleh bologgers PR, tidak mampu dijawab oleh bloggers UBN, yang dia tahu hanya caci dan maki hamun sahaja. Tulisan saya yang telah lalu "DEPA KATA, KITA KATA" sudah cukup untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang bertujuan untuk menyesatkan orang ramai.Sudah lama tidak muncul pemberi komen upahan UMNO setelah saya belasah teruk dalam posting saya Februari lalu, apa yang mampu mereka buat hanyalah mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan yang amat melampau. Semoga Allah jua yang akan menilai setiap perbuatan mereka ini. Di bawah ini saya sertakan dua komen dari seorang pencacai upahan UMNO dan terpulanglah kepada pembaca untuk menilai sejauh manakah mentaliti pencacai upahan UMNO ini.

Blogger KINTARIAN said...

Amno tidak memelihara atau di pelihara dan terus menjadi tunggak kepada kerajaan sedia ada, tapi dah macam korang ni, sentiasa di pandu, dilacur, diliwat serta dizina oleh orang lain.

mana pemimpin islam korang? korang jadi orang yang dipimpin, tapi bukan memimpin dan yang memimpin nya pulak anwar ibrahim dan lim kit siang..

semua orang dah tau korang dah jadi binatang peliharaan ..boleh di tonjol kepala korang..

takda maruah dan sungguh menghinakan, pakai jubah serban untuk menjadi binatang peliharaan orang lain..

telor kome tu potong bagi anjing makan lagi bagus, jangan digunakan telor kome untuk menghasil kan benih barua yang bangsat lagi menghinakan

May 25, 2009 11:25 AM


Blogger haji Nizar said...

biasa la tu Kintarian, depa tu kurap punya parti, dok nak harap DAP baru boleh survive. aku setuju yang ko kata depa tu binatang peliharaan DAP..

DAP ni tak bela kambing tapi bela babi...jadi mamat punya blog ni anak babi la kot, bukan anak bapak...keh..keh..keh..

huh anak babi tuan punya blog ni tak posa ke..posa juadah berbuka babi panggang...


May 26, 2009 11:09 AM

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2858811474392252863&postID=1537665691570630345

Monday, May 18, 2009

DEPA KATA, KITA KATA 1

Depa kata ;
Orang PAS ni elok baca dulu temubual Harussani dgn Milenia Muslim. Bukan soal tidur berbogel di sini. Tapi soal maksiat yang dilakukan oleh bekas teman lelaki Eli yang beragama Islam. Dipercayai Hilmi yang merakam gambar separuh bogel Eli semasa tidur dalam rumahnya.

Kita kata :
Soalannya sekarang, mana dia polis yang diamanahkan untuk menyiasat kes ini, apakh lekeh sangat polis malaysia ini sehingga nak tangkap si helmi itu pun makan masa berbulan-bulan seperti kes sharline yang tak jumpa-jumpa. Soal maksiat yang dilakukan helmi, bukankah malaysia ini negara yang mengamalkan undang-undang british dan boleh jadi si helmi itu berpegang teguh pada undang-undang sedia ada. Bila dah berpegang teguh undang-undang sedia ada, yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO, soal moral tidak timbul. Undang-undang british membezakan antara jenayah dan sivil. Lahirnya helmi yang berperangai suka buat maksiat itu dari dasar siapa kalau bukan dasar penjajah yang UMNO pertahankan..???

Depa Kata:
DAP tidak pernah hina Islam?! Karut la al Banjari. Siapa yang sebut langkah mayat saya dulu sebelum nak buat negara Islam ? DAP memang menentang pelaksanaan hudud di Malaysia sejak dulu sampai sekarang. Konsep negara Islam sangat lantang ditentang oleh DAP termasuklah oleh 'Khalifah' Lim Guan Eng!

Kita Kata:
Tidak hairan jika DAP tidak rasa bersalah menghina Islam, tapi yang menjadi amat hairan apabila UMNO yang mengaku islam tapi menolak Islam. Lihat pada tajun 1991 apabila PAS sebagai kerjaan di Kelantan, meluluskan Enakmen undnag-undang hudud, namun dinafikan oleh Dr Mahathir sebagai PM ketika itu..!!! Dasar DAP meanglah sekular kerana apa, kerana sekian lama termakan propaganda UMNO bahawa jika sokong Islam orang bukan islam kena pakai tudong, kaki dan tangan akan dikerat buat sup, pembangunan tidak boleh dilakukan umpama jalan raya tidak boleh dibina kerana habis batu digunakan untuk merejam orang…kenyataan ini bermula dari siapa kalau bukan dari UMNO…!!! DAP yang sekular memanglah dia tak setuju dengan negara Islam, tapi itu dulu, karpal singh sebut langkah mayat saya dulu, tapi ditegur oleh Teng Chang Kim bahkan naib pengerusi DAP YB Kulasegaran berkata, DAP tidak takut dengan Hudud dan hudud tidak ada kena mengena dengan non-muslim. Bahkan seringkali dialog diadakan antara pakatan rakyat berbincang soal negara islam dan respon dari pimpinan DAP adalah positif. Kami ada majlis pakatan rakyat, di dalam majlis inilah kami menerangkan tentang islam dan mereka akui tak dapat maklumat yang betul tentang islam, sekarang ada lagi tak kedengaran DAP beriya-riya menolak Islam. Itu pasallah DAP yang dulu harbi sekarang ke arah zimmi, kalau kawan dengan UMNO, boleh jadi harbi kuasa dua..!!!


Depa Kata:
Siapa yang kuat pertahankan Lina Joy ? Kes M. Moorthy ? Macam-macam lagi ! Mengapa begitu naif sekali pengetahuan al Banjari!?

Kita Kata:
Ketika kes M. Moorthy dan Lina Joy, ketika itu iklim politik tak macam selepas pilihanraya ke 12. Ketika itu India dan Cina juga melayu dengan sentimen perkauman masing-masing. Sentimen perkauman jahiliyyah ini dibina oleh UMNO yang bertanggungjawab meneruskan dasar pecah perintah penjajah inggeris. Tapi kita nak tanya jugak, kenapa pihak kerajaan malaysia boleh benarkan pemerti khas dari england dan US sehingga hakim agak tertekan dengan kehadiran pemerhati luar itu…!!! Cuba lihat pula kes 3 beranak yang diarahlan kabinet agar diserahkan kepada agama asal mereka (hindu), tetapi PAS membantah keputusan kabinet yang dikira sengaja dibuat untuk memancing undi kaum india, bila PAS bantah, kenapa kaum india berugama hindu tak menyerang islam, kerana apa, kerana diadakan perbincangan antara agama dan kita terangkan kepada mereka situasi sebenar dan mereka faham malangnya UMNO yang tak faham-faham…!!!

Itulah bezanya apabila non-muslim dapat maklumat yang betul tentang Islam berbanding dahulu. Contoh yang depa beri adalah bukti betapa dahulunya NGO-NGO non-muslim ini begitu keras menolak islam kerana masih ada sentimen perkauman yang dimainkan. Setelah berlaku tsunami politik, Mereka selalu berdialog dengan kita dan dapat maklumat tentang islam yang sebenar dan akhirnya mereka faham dan tidak ribut macam dului lagi, mengapa begitu naif sekali pengetahuan depa-depa tentang perbezaan iklim politik sebelum dan selepas PRU-12..!!! Kes lina joy dan Moorthy berlaku sebelum PRU-12 dan mood politik adalah amat berlainan, cuba bezakan dengan isu 3 beranak yang baru lepas…?

Depa Kata :
Bukan Islam yang bercakap seperti Karpal Singh itu termasuk dalam kategori Kafir Harbi laknatullah. Sepatutnya umat Islam terasa dan sensitif dengan kebiadapan kafir itu. Pelik sungguh al Banjari ni, tak mengaji agama ke? Yang sesama Muslim dimusuhi, kafir harbi dibiarkan !

Kita Kata:
Maka apakah Lim Liong Sik itu zimmi ketika dia mengatakan jika islam dilaksanakan negara sama seperti mengundurkan jarum jam ke belakang..? Maka juga apakah Pimpinan MCA dan MIC yang menghantar memorandum bantahan kepada PAS apabila PAS bertegas tentang penubuhan negara Islam dan hudud tanpa dihalang oleh UMNO yang mengaku islam, maka mereka zimmi..? sehari selepas MCA & DAP menghantar memorandum membantah perlaksanaan hudud dan negara islam, YB kulasegaran dalam kenyatan akhbarnya berkata, DAP tiada masalah tentang hudud maka YB Kula adalah Harbi..?? Wak pun sungguh pelik dengan Encik Mat ni, tak mengaji agama ke..? UMNO nyata memusuhi PAS kamu tak terfikir pulak yang kamu memusihi sesama muslim, MCA & MIC yang hantar memorandum bantah hudud dan negara Islam dibiarkan…!!!

Depa Kata:
UMNO tidak susah hati, tapi orang Melayu yang bimbang apabila saudara seagama sudah mula terikut jejak langkah orang kafir. Kita lihat Pas sanggup gadaikan prinsip perjuangan mereka sebelum ni hanya untuk mengambil hati orang kafir. Berbeza dengan DAP yang terus utuh mempertahankan prinsip dan dasar parti mereka. Pas sudah senyap dalam menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sebaliknya DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam. Nizar pernah berdolak-dalih dalam DUN Perak dengan menanyakan bukti yang Pas mahu melaksanakan negara Islam!?

Kita Kata:
Orang melayu yang menjadi kafir (bukan ikut jejak lagi dah) UMNO tak pernah susah hati pun. Bila mufti dikalangan kamu sendiri mendedahkan lebih 250,000 manusia Melayu murtad, menteri kamu Nazri Aziz kata tidak menjejaskan keselamatan negara. Nazri Aziz tu menteri dari PAS ke..??? Yang melenyapkan hasrat PAS mahu menjadikan malaysia sebagai sebuah negara islam ialah suratkhabar UMNO bukan harakah…!!! Kalau betul PAS menggadaikan prinsip, sila sebutkan pada muktamar tahunan kali ke berapa dan bilakah PAS meminda perlembagaannya berkaitan FASAL 5 (1) DASAR DAN TUJUAN PAS…??? Benarkah DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara islam..??? Atau UMNO yang seronok jika isu ini dimainkan dengan harapan PAS dann DAP dapat dipisahkan seperti dahulu apabila BN melalui MCA dan GERAKAN beriya-riya menyebarkan propaganda buruk tentang Islam dan UMNO tiada pernah menghalang pun…!!!

Depa kata PAS dah gadaikan dasarnya nak tubuh negara Islam. Depa juga kata DAP terus menerus menyatakan penentangan tentang dasar PAS. Dari segi rasionalnya. Kalau betul PAS dah gadaikan dasarnya, kenapa pulak DAP masih terus menentang…!!! Bukankah dua kedaan bercanggah…!!! Maka siapa sebenarnya yang mempopularkan propaganda ini kalau bukan UMNO…!!! Setakat nak tipu orang kampung boleh la…!!!


Depa Kata:
Ini lagi info menarik bg anda..kata Dap tidak senda kan islam ?

Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada bulan April 2009, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam. Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton. Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh agama Islam ke atas penganutnya. Macm mana masih nk berdolak-dalik lg ke ? atau mungkin takpe kerana Lim Guen Eng ini bukan islam...bertaubatlah selagi masih boleh.

Kita Kata:
Dah dia memang bukan Islam, kenapa dia nak bercakap pasal islam sungguh-sungguh pulak. Itu pandangan dia dalam kerangka dia masih bukan islam. Tak ingatkah depa satu masa dulu betapa satu majlis yang dianjurkan oleh sisters in islam (SIS) bertajuk, hanya satu (isteri) bahkan disertai oleh rosmah mansor satu ketika dahulu juga disertai oleh artis Ferhad Ebrahim…bukankah islamkah semua mereka itu..??? Yang mana satu lebih menghina islam…!!! Pemimpin kamu yang nyata berkata nabi menyimpan janggut kerana tiada Gillete dan naik unta kerana tiada pajero bukankah menghina islam…!!! Tak apalah kalau yang berkata begitu bukan islam..kalau dia islam…???

DEPA KATA, KITA KATA 2

Depa kata:
Juak-juak Pas sering melaung bahawa parti mereka mengikut Al-Quran sedangkan cara mereka laungkan itu dibuat dengan cara yang bongkak dan takbur. Ini kerana tujuan mereka laungkan perkara tersebut adalah untuk menidakkan keIslaman kumpulan Islam yang lain yang tidak sealiran kefahaman politik dengan mereka. Sikap takbur dan bongkak yang diamalkan oleh Ulama-ulama Pas sendiri adalah bertentangan dengan kehendak Islam malah amat disukai oleh syaitan.

Kita Kata:
PAS memang melaungkan patinya mengikut Al-Quran. Ini bukan laungan main-main. Ini laungan mengikut perlembagaan atau undang-undang tubuh pindaan 2001 PAS FASAL 7 (1) HUKUM, KEKUASAN & MAJLIS SYURA ‘ULAMAK. Kita nak pada depa, undang-undang tertinggi perlembagaan UMNO apa dia,,??? Yang merasa Pas bongkak dan takbur adalah UMNO, kami berjuang menegakkan dasar kami maka mestilah kami bersemangat. Berjuang apanya kalau tak bersemangat. Bila bersemngat, takkan nak berdepan dengan UMNO macam orang darah tinggal secamca…!!! Sebab tu lah kamu kata kami bongkak lah takbur lah..kamu yang terasa kami begitu…Kamu sering katakan bahawa jika bukan UMNO yang memerintah negara akan kucar kacir, bangkrap, makan pasir, gaji tak dibayar apakah itu bukan angkuh sombong bongkak dsb…??? Bukankah allah sahajalah tempat manusia dikurniakan rezeki..???

Bila kami membawa islam sebagai dasar perjuangan, maka yang bercanggah dengaan islam kami tolak dan kami tegur, apakah hanya kerana itu kamu katakan bahawa kami menidakkan islam orang lain yang tidak sefaham politik kami. Politik kami faham islam, politik kamu faham apa..??? Bukankah dahulu masa zaman Pak lah kamu bangga dengan Islam hadhary, maka kamu katakan islam hadhary lah yang betul sesuai dengan zaman maka apakah maksud kamu di sana ada islam yang tidak hadhary..?? bukankah itu menidakkan islam yang asal…??? Tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah Dan Rasulnya untuk menegakkan islam atau mencipta islam yang baru dan menolak islam yang tak sesuai dengan nafsu kamu..??? Bukankah pimpinan UMNO sering mengatakan kepada PAS bahawa islam yang PAS bawa adalah islam PAS bukan islam sebenar. Bukankah kamu sebenarnya yang suka menidakkan Islam kumpulan Islam lain yang tidak sealiran dengan kamu..??? UMNO sendiri hanya mendukung Islam sekadar agama ritual sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan UMNO FASAL 3(3) asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama." Lihat pula peruntukan perlembagaan persekutuan 4(1) yang nyata jelas bercanggah dengan Islam.

Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "

Maka mana dia Islam yang kamu bawa..??? Kalau Islam yang kamu bawa dalam UMNO itu pun sekadar upacara ritual yang boleh diadakan dalam mana-mana majlis kerajaan umpamanya baca doa sebelum mula majlis, mana dia islam yang lain..??? Jika Islam yang kamu bawa hanya sekerat-sekerat sepertimana kata Khairy dalam debat bersama Husam musa bila ditanya adakah UMNO akan laksanakan hudud maka jawabnya ; “kita laksanakan undang-undang sedia ada” undang-undang Islamkah yang sedia ada sekarang ini..???

Depa Kata:
Untuk menampakan mereka lebih Islam daripada yang tidak sealiran dengan mereka maka mereka sanggup memperalatkan ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran untuk mendapat keuntungan politik di kalangan para Ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka terus terpedaya dan menerima bulat-bulat apabila ayat-ayat Allah dibaca didepan mereka tanpa mereka usul periksa kesahihannya. Mereka menterjemahkan ayat-ayat Allah sekerat-sekerat yang mana menguntungkan politik mereka manakala ayat yang sebenar yang tidak menguntungkan mereka telah mereka sembunyikan.


Kita Kata;

Yang depa mahu ialah PAS jangan menggunakan Al-Qur’an sebagai Hujah melawan hujah UMNO yang nyata tidak mampu menggunakan hujah Al-Qur’an bukan…??? Jangalah kerana UMNO tidak mampu berhujah dengan Al-Quran maka cuba menidakkan hujah yang Pas bawa berdasarkan Al-quran. Jika benar PAS memperalat ayat-ayat suci al-qur’an, mana dia pula tafsiran UMNO dari mana-mana ayat al-qur’an untuk menolak hujah-hujah PAS..??? UMNOlah yang tidak mampu membawa ayat-ayat allah di hadapan masyarakat maka wajarkah nak bagi pas jangan guna al-quran sama macam UMNO…??? Lain kali kalau nak bersilat, bel;ajarlah silat dulu, jangan kerana kita tak reti bersilat kita tuduh orang lain memperalatkan silat pulak..??? memanglah dalam ceramah-ceramah kita baca ayat-ayat tertentu pada part tertentu yang berkaitan. UMNO bukan kata sekerat, tak baca langsung. Lepas tu nak bagi orang lain macam dia, tak mau baca qur’an sebagai hujah…!!!




Depa Kata:
Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79
“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Kita Kata:
Ayat ke 79 surah Al-baqarah ini merujuk kepada kaum bani Israel yang mengubah kandungan taurat. Kemudian menulis hokum sendiri dan mengatakan itu adalah dari allah dan yang mereka tulis it adalah taurah.(rujuk tafsir al-munir)( juga rujuk sebab turun ayat ini dalam kitab “lubaabu al-nuqul fi asbaabi al-nuzuul” m/s 16). Maknanya, mereka-mereka yang telah diberi kitab (undang-undang) hidup tetapi menolaknya dengan menggantikan undang-undang ciptaan manusia, maka golongan inilah yang allah katakana celaka. Bila Allah menyuruh kita laksanakan undangt-undang islam, kenapa pulak kita terus gunakan undang-udang penjajah inggeris?? Berapa ramai ulamak UMNO mempertahankan dasar UMNO yang terus mendasari undang-undang Negara yang nyata bercanggah dengan islam ini..apa maknanya ini..?? Depa mengatakan kami memperalatkan ayat-ayat al-quran untuk kepentingan politk pas tanpa merujuk dan memeriksa kesahihan kandungannya. Ayat 79 surah al-baqarah ini kamu tidak bacakah tafsir dan sebab turunnya ayat ini…? Atau sekadar mahu memperalatkan hujah dangkal kamu itu sahaja..???



Depa kata:
Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 159 pula
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.

Kita kata:
Ayat 159 turun bersama ayat 160, mufassirin mentafsirkan ayat-ayat ini ditujukan kepada pendeta-pendeta yahudi dan orang-orang yang sengaja menyembunyikan segala sesuatu yang diturunkan oleh allah yang merupakn hukum-hukum agama dan arahan-arahan allah. Siapa mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ini..? bacalah dalam mana-mana kitab tafsir hatta tafsir al-azhar karangan Prof. Hamka juga menyatakan bahawa, mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ialah apabila diarahkan oleh allah untuk mengajar dan menyampaikan islam kepada manusia, ada manusia yang menyembunyikannya dengan tidak mendedahkan kepada orang lain tentang islam. Bahkan islam itu di buruk-burukkan. Sebab itu bila allah sebut setelah menerangkan mereka al-kitab(merujuk kepada bani-israel dengan taurat) mereka akhirnya menolak untuk menggunakan taurat yang asal dengan menggunakan taurat yang telah dipadam dan ditulis semula dengan tangan-tangan pemimpin mereka. Apa hubungannya dengan kita, allah nak bagitau tentang perangai keji kaum bani Israel iaitu menolak kitab allah dengan memdamkan ayat-ayat yang tidak mereka setuju dengan menulis kembali mengikut hawa nafsu mereka. Kalau kita yang islam ini mengaku islam tetapi menolak islam dengan menggunkan kitab karangan penjajah inggeris..apa bezanya dengan perangai bani Israel..???



Depa kata:
Justeru, marilah kita mengimbas kembali perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah.

1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

Kita kata:
Surah as-saba’ ayat 15 mafhunya;
"demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu:dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak disebelah kanan dan kiri(qaryah mereka)(lalu dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezekipemberian tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya;(negeri kamu adalah)negeri yang baik(aman dan makmur) dan (tuhan kamu adalah) tuhan yang maha pengampun(mengampunkan dosa rakyat Negara itu)"

Pastinya depa memetik ayat yang hujung berbunyi”baldatun thoyyibatun wa robbun ghafuur” jika tidak diambil dari awal ayat, bercanggahkah makna ayat dari cerita yang sebenar..? apakah maksud negeri yang baik diampuni tuhan jika dilihat dari sejarah kerajaan saba’ ini…??? Cerita negeri saba’ ini ada dalam surah An-Namlu . betapa negara yang melaksanakan islam sebagai dasar pemerintahnnya itulah Negara yang aman dan baik serta diampunkan allah, kenapa diampunkan allah, kerana apabila islam dilaksanakan, maka mereka yang hendak melakukan kesalahan tak jadi buat kerana takutkan hokum,jika yang buat kesalahan akan dihukum dan hukuman itu adalah bentuk menghapuskan dosa atas kesalahannya, hokum apa..hukum islamlah…!!!

Jadi apa sebenarnya yang menyeleweng..??? bukakah Negara yang baik adalah Negara yang diampunkan dosanya oleh allah…!!! Bagaimana pula kempen barangan halal yang dianjurkan oleh jakim dengan motto “halalan thoyyiban” kenapa tak ambil keseluruhan ayat…???


Depa Kata:
2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

Kita Kata:
Isu ini kamu boleh rujuk dalam perkara tahalluf siyasi,secara ringkas, UMNO berkawan dengan kafir dalam masa yang sama memerangi islam dan tidak pernah pun mengajak kawan-kawan kafirnya untuk mengenali islam sehingga bertambah-tambah harbi mereka. UMNO sendiri berdiri di atas dasar sekular (rujuk perlembagaan UMNO FASAL 3(3)). Dan merujuk peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 4(1). Di mana islamnya dan kenapa Malaysia berdiri di atas dasar secular, kerana apa, kerana dasar parti yang membentuk kerajaan juga terus mempertahankan sekular. Kenapa tidak ada usaha dari umno untuk pinda perkara 4(1) perlembagaan persekutuan…!!! Dan kenapa majlis fatwa kebangsaan tidak berani mengeluarkan apa-apa fatwa berhubung kononnya PAS menyeleweng mana-mana ayat alqur’an..??? apabila tahun 1999 PAS bergabung bersama DAP, ketika itu kami hanya bergabung dari segi persefahaman sahaja seperti sekarang, gabungan ini termasuk dalam keadah tahaluf siyasi berdasarkan apa yang berlaku pada rasulullah apabila seorang kafir dizalimi, ada dikalangan kafir yang datang ingin membantu menentang kezaliman itu, hatta berita itu sampai kepada rasulullah, rasululullah bersabda, jika aku berada disitu, maka aku juga akan bersama mereka (kafir) untuk menolak kezaliman itu. UMNO tak pernah jumpa perkara ini sebab itu kamu kata kami seleweng sedangkan kamu sendiri tidak mengkaji dari kaedah politik islam sebab bagi kamu ilsam itu suku politik itu suku…!!!

Depa Kata;
3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapi mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

Kita Kata;
Kita tau, yang dimaksudkan ayat 44,45&47 ialah keratan akhir ayat-ayat itu yang bermaksud :
44:………….barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang kafir.
45:………… barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang zalim.
46:………….. barang siapa yang tidak menghukum dengan hokum allam, maka mereka itu adalah orang yang fasiq.


Depa tanya” mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?” oleh kerana kami bergabung dengan kamu dan tidak menghukum kafir, kamu persoalkan..soalannya..benarkah kamu kafir sehingga mempersoalkan kami tidak kafir bila bersama dengan kamu..?? dalam kes kerajaan campuran sehingga tertubuhnya BN, ketika itu ketegangan kaum (yang dicetuskan oleh UMNO & GERAKAN) menyebabkan pas terpaksa memilih satu kaedah feqah di bawah tajuk, tidak ada dharurat dan memudharatkan. Untuk menstabilkan politik Negara ketika itu, PAS besetuju untuk bersama UMNO dan membentuk BN. Malangnya bila UMNO mola kuat balik, PAS juga akhirnya ditendang keluar..apa maksudnya itu..!!!

Depa Kata;
4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

Kita Kata;
Surah Al-Baqarah ayat 251 mafhumnya:
“oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut mengalahkan Jalut) Dan sesungguhny (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakinya. Dan kalaulah allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar derhaka) dengan setengahnya yang lain(yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia kepaad sekalian alam”

Kita nak Tanya:
Al-Qur’an yang menipu ke atau depa yang tertipu dengan”copy paste” dari sumber UMNO..??” Di dalam tafsiral al-munir dan tafsir-tafsir yang lain, tafsir ayat 251 ini adalah bermaksud, bumi ini, jika manusia yang zalim yang menolak islam tidak ditentang, maka manusia yang hidup di atas muka bumi ini akan terus dizalimi dan islam akan terus ditolak. Kalau di sebelum ini depa kata PAS menyeleweng kerana ambil bahagian tertentu dari ayat al-qur’an untuk kepentingan politik Pas, bagaimana pula jika ambil bahagian tertentu dari kalam orang lain semata-mata untuk menimbulkan fitnah terhadap individu itu..??

DEPA KATA, KITA KATA 3

Depa kata:
5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

Wak Kata:
Kita pun nak yanya depa, apa pula hokum kalau menentang PAS…??? Syahidkah mereka yang memperjuangkan dasar sekular umno dan menentang PAS yang menolak perlembagaan penjajah,menolak peraturan kafir…???
Benarkah Haji Hadi mengatakan mahkamah syariah thaghut atau kamu sengaja mengada-adakan..?? atau kamu sengaja menimbulkan polemic agar mahu oranng melihat PAS ini suka memaki hamun sebagaimana teori propaganda barat..???

Depa kata:
6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.


Kita kata;

Maka apa maksud asobiyyah disisi kamu..?? apabila rasulullah bersabda;”bukan dari kalangan aku siapa yang berjuang kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang mati kerana asobiyyah, bukan dari kangan aku siapa yang menyeru kepada asobiyyah. Para sohabat bertanya; apa itu asobiyyah wahai rasulullah : kamu membantu kaummu atas kezaliman.

Maka apa hukum berjuang atas nama bangsa dalam masa yang sama menolak islam…??? Apa hukum bersatu atas nama bangsa dalam masa yang sama melakukan kezaliman ke atas orang lain sehingga sekolah agama rakyat pun dinafikan hak..??? Apa hokum berjuang atas nama bangsa sehingga bahasa ibunda, tulisan jawi dan agama diketepikan..???

Depa kata:
7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.


Kita kata:

Isu ini cuba diselewengkan oleh UMNO untuk menunjukkan kononnya PAS sendiri seolah tak tahu samada mereka syahid atau tidak. Dewan ulamak PAS kedah berpendirian bahawa 14 mereka adalah syahid dan memang hokum itu bukan dibuat oleh dewan ulamak PAS kedah tetapi hukum itu adalah diambil dari hokum-hukum fiqh. Itulah maksudnya hokum syahid itu tidak dibuat oleh dewan ulamak PAS tetapi dewan ulamak berpendirian bahawa mereka adalah syahid tanpa perlu buat hukum kerana sudah jelas dari al-qur’an dan hadith. Dan sekarang, siapa pula yang berbohong..??


Depa kata:
8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

Kita Kata;
Kalau tak, kenapa Mahathir kata hudud tak boleh dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan jika dilaksanakan juga darurat akan diumumkan di kelantan kerana buat benda bersanggah dengan perlembagaan. Bukankah itu ada unsur ugut..!!! sekarang siapa tipu siapa…???

Depa kata:
9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterima kasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan". Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Kita kata:
Kenapa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan, pasal kerajaan menuntut terima kasih dari rakyat dengan mengundi BN yang kourp…!!! Kita dalam adab kita seharian memang berterima kasih kepada siapa yang buat baik pada kita. Tapia pa pulak hokum mintak orang ucap terima kasih pada kita atas jasa yang kita buat..?? tak bacakah
Maksud ayat surah al-insan ayat 9-10 yang mafhumnya:

9)” sesungguhnya kami member makan kepada kamu kerana allah semata-mata; kami tidak berkehandakkan sebarang balasan dari kamu dan ucapan terima kasih.”
10)”sesungguhnya kami sebenarnya takutkan tuhan kami, tkut dikenakan azab hari yang padanya muka orang-orang bersalah;msam berkerut-kerut”


Maka apa hukumnya pulak mintak terima kasih kepada rakyat dengan mengundi BN sedangkan harta Negara ini bukan harta BN tetapi harta semua rakyat, UMNO merasa kalau orang tak undi dia maknanya orang itu tak berterima kasih dengan kerajaan(UMNO), apa kamu ingat harta kerajaan ini dating dari kocek mak bapak UMNO kah..??? bukankah itu tandanya tak sedar diri…!!!

Hadith di atas, sila rujuk kitab fathul bari an-nawawi berkaitan hadith di atas.bukankah hadith di atas adalah berkitan isteri yang taat kepada suaminya. Apakah kafir kepada suami, maksudnya tidak taat arahan suami selagi mana suami mentaati allah ta’ala.tetapi adakah di dalam matan hadith itu menyuruh si suami mintak terima kasih dari isterinya..??

Depa Kata:
Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

Wak Kata:
Mahathir kerana kejahilannya menyebut tentang hadith di atas tanpa mengira apaklah hokum yang diambil dari matan hadith tersebut. Maknanya pemikiran depa, Mahathir, ahli UMNO ni sama saja.

Kenyataan Mahathir kununnya nabi simpan janggut kerana tiada Gillette masa itu bukan hina rasulullah kah…??? Depa dah lupakah…??

Depa kata;
10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

Kita Kata:
Apa maksud hudud 1/10000 atau per berapa pun..tak faham atau buat-buat tak faham bagi ranga lain pon sama tak faham macam orang UMNO yang lain…

Maksud hudud ini 1/10000000 pun menunjukkan islam ini seluruh kehidupan manusia dan islam bukan semata-mata hudud..hudud salah satu benda yang mesti diteagkkan sama lah dengan beribu-ribu perkara yang islam suruh juga mesti ditegakkan mengikut kemampuan dan kuasa yang ada. Tapi memanglah UMNO tak faham, pasal UMNO tak tau pun islam ini adalah seluruh kehidupan manusia…!!! Kalau Haji Hadi menolak hudud, yang dia luluskan enakmen hudud terenggani 2001 tu buat apa..??? setakat manalah paradigma depa ni..owh..paradigma copy paste UMNO,..!!!



Depa Kata:
11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.


Kita Kata:
Siapa yang menggugurkan slogan Negara islam, UMNO bukan..UMNO cakap konon bagi pihak PAS. Siapa lagi kalau bukan surat khabar UMNO yang putar belit…!!!isu ni tak payah cakap pasal dah sentuh di atas. Harap depa-depa dari kalangan manusia spisis UMNO yang tak sedar diri boleh sedarkan diri dengan baca respon di atas.


Depa Kata:

12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep sekular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.


Kita kata:

Ini pembohongan yang paling jelas dibuat oleh UMNo isu definisi sekular. Mengikut fakta, buku itu tidak ditarik balik Cuma diperbetulkan dan dicetak semula.Depa-depa ni boleh rujuk buku memahami dasar-dasar islam terbitan dewan pemuda pas negeri Kelantan. UMNOlah yang kununnya mengatakan ianya tidak menguntungkan PAS sedangkan kandungan buku itu atas kesilapan teknikal menyebabkan kandungannya cacat. UMNO berpegang kepada buku yang silap cetak, dia berpegang bahawa oleh kerana buku yang PAS kata konsep secular itu ialah ketua Negara berlainan agama, bagaimana pula presiden india APJ abdul Kalam yang beragama islam, adakah Republik India sebuah Negara Islam yang tdaik sekular…??? Konsep sekular diseleweng atau kena atas batang hidung UMNO lantas menuduh PAS seleweng konsep sekular…???

Depa Kata:
13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

Kita Kata:
Yang kita katakana haram ialah tindakan kerajaan persekutuan merampas dan merompak royalty minyak dan ditukar kepada wang ihsan dan di agih kepada UMNO Terengganu, itulah kerja haram..wang itu sepatutnya dilsalurkan kepada kerajaan Terengganu yang sah dan bukan pada UMNO, sebab itulah bila duit itu sampai kepada salurannya iaitu kerajaan Terengganu, barulah dikirah sah dan harus menggunakan duit itu untuk kepentingan rakyat bukan mcam UMNO, hentam duit royalty jadi wang ihsan agih pada pimpinan umno untuk kepentingan perut bawah perut UMNO bukannya rakyat…!!! Yang memperlekehkan hokum adalah UMNO pasal ambik duit ikut cara salah..merompak harta rakyat apa hukumnya?


Depa Kata:

14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

Kita kata:
Betul ke penyelewengan aqidah..?? ke ada imam dah batal aqidah sampai makmum terpaksa lantik imam lain..??? 1982 dato nakhaie ahmad masih dalam PAS, cuba Tanya dia apa hokum solat berimamkan UMNO dan makan sembelihan UMNO..?? tanyalah dia..dia yang berapi-rapi ceramah hentam UMNO..orang lain relax je..

Depa Kata:
15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak bererti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

Kita Kata:
Ini tuduhan rambang UMNO yang tiada berfakta.pasal apa, pasal ayat dia tergantung. Bila pulak bank islam bagi peruntukan pada PAS..???

Depa Kata;
16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.Ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

Kita kata:
Setahu wak, tak ada pulak shahnon ahmad sebut nama siapa-siapa dalam novel shit itu. Pasal dia adalah novel satira politik, Encik Mat tau ke ape maksud satira..?? satira adalah sati bentuk karya yang peril orang lain. Bila peril mestilah ada orang terasa. Soalnya adakah dalam novel itu menyebut nama penuh atau apa-apa tanda pengenalan tentang betapa kemaluan itu benr-benar milik ibu Mahathir..?? atau Mahathir yang terasa..!!!!

Isu carut di dalam al-qur’an, ini bahasa sahaja, Nik aziz merujuk kepada kalimah-kalimah yang dianggap keji pada masyarakat tapi UMNOlah yang manipulasi kalimah ini untuk dipandang keji, bukankah allah sentiasa mengingatkan tentang menjaga kemaluan..kemaluan tu elok ke disebut kalau nak kira…ini maknanya UMNO manipulasi kata-kata Nik Aziz, lain yang dimaksudkan, lain yang dikahabrkan kepada rakyat.propaganda..biasalah berangai UMNO..betul ke tak tak penting..yang penting malukan dulu..betul tak UMNO..???

Hadith di atas tiada masalah, yang jadi masalah macam mana orang UMNO boleh tau satu-satu kemaluan itu milik siapa.., macam mana pulak orang UMNO ni tau kemaluan tu milik ibu Mahathir..hebat hebat..sekilas sebut pasal kemaluan..orang UMNO tau jantan betinanya..walaupun shahnon tak sebut nama sapa pun…!!!


Depa Kata:
Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA.

DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam.

Kita nak Tanya:
Najib kata ONE MLAYSIA tu menatang apa pulak…???

Akhirnya depa kata:
Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama-Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kita pulak kata;
Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan dan putar belit fakta yang dilakukan oleh ulamak-ulamak UMNO yang mana jika kita selidiki ianya bukan sahaja merosakkan sebahagan aqidah orang yang terpengaruh( aqidah mana ada rosak sebahagian, rosak satu dikira rosak semua) dengannya dan ianya boleh diannggap sebagai penjenayah Islam yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan dan putar belit fakta yang telah dan sedang dilakukan oleh think tank UMNO selagi UMNO bertapak di muka bumi allah ta’ala ini.

Putar belit UMNO ini banyak terdapat di laman-laman pro UMNO/BN contohnya:

http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=718&Itemid=32

Wednesday, May 13, 2009

ZAMBRY DIINGATKAN JANGAN TAMBAH KEKALUTAN DI PERAK

Sumber : http://www.harakahdaily.net/


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Dr Zambry Abd Kadir diminta supaya tidak menambahkan lagi kebuntuan dan kekalutan yang dihadapi rakyat Perak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masih sah dan tidak seharusnya Zambry bertindak berlawanan dengan keputusan tersebut.

"Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bukannya membatalkan.

"Kerana itu Zambry harus ingat bahawa dia bukanlah Menteri Besar yang sah dan untuk itu beliau tidak boleh bertindak di luar dari apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi," tegas Mahfuz.

Zambry, tegas Mahfuz dalam keadaan sekarang tidak boleh meluluskan sebarang projek dan hanya boleh mempengerusikan mesyuarat exco untuk berbincang soal pentadbiran semata-mata.

Mahfuz dalam masa yang sama berpendapat Mahkamah Rayuan sepatutnya memberikan syarat tertentu kepada Zambry bila memutuskan untuk menerima permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Antara syarat yang boleh diberikan tegas Mahfuz, Zambry tidak dibenarkan melakukan apa-apa yang bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menegaskan, PAS bimbang jika syarat seperti itu tidak diberikan, Zambry akan membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada kewangan Perak.

Semalam Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

HANIPA MAIDIN ; MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

Sumber : http://peguampas.blogspot.com/2009/05/menteri-besar-haram-dibenarkan-jalankan.html

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.


b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

MAHKAMAH UMPAMA GELANGGANG SARKAS, DIPERGUNA BN SESUKA HATI

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Wed | May 13, 09 | 7:08:18 am MYT

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.

Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.

Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN.

RUNDINGAN KRISIS PERAK : SYARAT NAJIB TIDAK WARAS...!!!

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Wed | May 13, 09 | 3:22:25 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu.

"Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.

"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.

Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.

Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu.

"Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Datuk Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".

"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya.

MB NIZAR : SAYA MASIH MENTERI BESAR YANG SAH

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Tue | May 12, 09 | 11:45:32 pm MYT

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas.

Sambil menyatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.

Pada satu sidang akhbar, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.

Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.

Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah.

Tuesday, May 12, 2009

ZAMBRY DAKWA DIRINYA IBARAT MANDELA DAN GHANDI



Memang tidak dapat dinafikan...!!!!

RAYUAN ZAMBRY: PR BERMESYUARAT BINCANG LANGKAH SETERUSNYA

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Tue | May 12, 09 | 5:03:16 pm MYT

IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat Perak kini sedang bermesyuarat bagi membincangkan langkah seterusnya berikutan tindakan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pagi tadi.

Kini pimpinan Pakatan Rakyat Perak sedang mendengar taklimat dan perkembangan daripada peguam antaranya, Hanipa Maiden yang terlibat secara langsung dalam perbicaraan.

Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

PAS CURIGA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Tue | May 12, 09 | 3:04:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

MB NIZAR DAN EXCO PULA KOSONGKAN PEJABAT...

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104127

12 Mei 2009

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinSebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

ZAMBRY MASIH MB, KRISIS PERAK MASIH BERLARUTAN

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104090

12 Mei 2009

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu.

ZAMBRY ( Gila Kuasa ) BERJAYA TANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104090

12 Mei 2009

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

MAHKAMAH RAYUAN BERSIDANG SERTA MERTA SEBAIK PERMOHONAN DIFAILKAN

Sumber : http://siasahdaily.blogspot.com/2009/05/mahkamah-rayuan-bersidang-serta-merta.html

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

MB NIZAR KE ISTANA, HARAP DAPAT BUBAR DUN

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104091

12 Mei 2009

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - yang mendapat semula jawatan menteri besar Perak - kembali bertugas hari ini di bangunan sekretariat dengan kawalan ketat polis.

Beliau hadir bersama barisan exconya dan juga Speaker DUN, V Sivakumar, yang digugurkan dalam persidangan paling kecoh, Khamis lalu.

nizar suk fru 120509 police negotiateKawalan ketat itu dilaporkan atas arahan Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim - yang diumumkan malam tadi telah digantung tugasnya oleh menteri besar tersebut.

Turut mengalami tindakan yang sama, penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Surat penggantungan tugas kepada dua pegawai kanan itu diserahkan selepas jam 8 pagi tadi.

Sejurus kemudian Mohammad Nizar meninggalkan pejabat, menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk satu majlis diraja.

Beliau juga berharap dapat menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri diadakan.

Seorang pembantu menteri besar itu Amran Harun dilaporkan mengirim kepada istana jam 8.20 pagi ini, memaklumkan hasrat Mohammad Nizar menghadap Raja Nazrin.

MB NIZAR, EXCO MASUK PEJABAT

Sumber : http://mstar.com.my

12 Mei 2009

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu, yang dikawal ketat oleh pasukan FRU sejak petang semalam, pada pukul 7.31 pagi.

Pasukan keselamatan hanya membenarkan Nizar dan Exco memasuki kawasan dalam premis tersebut. Media dilarang.

Ia merupakan urusan rasmi kedua sejak keputusan mahkamah petang semalam.

Tengah malam tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabat PAS Perak, yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Turut bersama rombongan itu pagi ini ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Selepas berada di bangunan SUK kira-kira 15 minit Nizar keluar untuk menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

MB NIZAR GANTUNG TUGAS TIGA PEGAWAI KANAN TERMASUK SUK

Sumber : http://mstar.com.my/

12 Mei,

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

HAKIM : NIZAR MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104038

Kuala Lumpur , May 11,

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Monday, May 11, 2009

NIZAR MENTERI BESAR PERAK YANG SAH..!!!!

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104038

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Thursday, May 7, 2009

IKTIBAR UHUD ; PERINGATAN BAGI YANG LUPA (part 1)

PERANG UHUD

Kota Mekah diselubungi dengan kesedihan kerana kematian pimpinan musyrikin. Dalam masa yang sama, pimpinan musyrikin menyimpan dendam dan kebencian yang amat membara terhadap Rasulullah S.A.W dan kaum muslimin seluruhnya.

Berikutan itu, pimpinan musyrikin telah mengadakan perancangan yang drastik untuk melancarkan serangan balas demi untuk membalas dendam dan menghilangkan kekecewaan mereka apabila tewas di perang Badar.

Gerakan mengumpul harta, senjata dan tenaga telah dilancarkan dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Dalam perancangan kaum musyrikin, serangan yang akan dilancarkan adalah lebih besar dan hebat dari peperangan Badar yang telah lalu. Rancangan serangan yang lebih hebat ini adalah bagi menghilangkan rasa dendam atas kematian kaum kerabat tentera musyrikin yang tebunuh di medan Badar.

Langkah pertama yang diambil ialah menahan semua harta yang selamat dalam qabilah yang dipimpin oleh abu Sufian. Maka Abu Sufian berkata kepada pemilik-pemilik harta tersebut ;

“Muhammad telah melakukan perkara yang menyusahkan kamu, telah membunuh pimpinan kamu. Berilah bantuan kepada kami dengan harta-harta tersebut untuk kami memeranginya. Mudah-mudahan kita dapat membalas dendam”

Mendengar amanat dari abu Sufian ini, pemilik-pemilik harta berkenaan kepada Abu Sufian bagi tujuan dana perang membalas dendam terhadap Rasulullah dan Muslimin.
Sehubungan dengan itu, Allah S.W.T telah berfirman mafhumnya;

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu,menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah, mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi penyesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan, dan ke dalam neraka jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan.”
(Surah Al-Anfal : Ayat 36)

“Supaya Allah memisahkan golongan yang buruk dari yang baik, dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagian yang lain, lalu kesemuanya dikumpulkannya dan dimasukkannya ke dalam neraka jahannam, mereka itulah dikalangan orang-orang yang rugi.”(Surah Al-Anfal : Ayat 37)

Kaum musyrikin juga bertindak meminta sumbangan secara sukarela dengan berkempen melalui syair-syair dan ucapan-ucapan yang menaikkan semangat mereka agar membenci Rasulullah dan kaum muslimin.


KEKUATAN BARISAN MUSYRIKIN

Dalam masa setahun selepas dilancarkan gerakan mengumpul harta, senjata dan tenaga, kaum musyrikin telah berjaya mengumpulkan sejumlah lebih 3,000 orang bala tentera dan bekalan senjata yang cukup mengikut perkiraan mereka untuk menyerang tentera Rasulullah S.A.W.

Dalam gerakan mereka juga, Barisan Musyrikin juga merancang untuk membawa sekurang-kurangnya 15 orang wanita untuk menjadi pemberi galakan kepada orang-orang lelaki berperang.

Antara kelengkapan perang yang Berjaya dimiliki ialah 3,000 ekor unta, 200 ekor kuda penyerang dan 700 baju besi berantai.

Abu Sufian telah dilantik sebagai panglima tertinggi pemerintah tentera Barisan Musyrikin, Khalid Al-Walid dilantik sebagai ketua tentera berkuda dengan dibantu oleh Ikrimah Bin Abu Jahal serta bendera panji-panji diserahkan kepada Bani ‘Abdul Dar. Setelah lengkap persiapan perang, mereka mula bertolak menuju Madinah.


RASULULLAH MENERIMA BERITA

Al-‘Abbas Bin Abdul Muttalih telah memerhatikan setiap gerak dan langkah Barisan Musyrikin dan kemudian memaklumkan kepada Rasulullah S.A.W melalui orang kepercayaannya yang menjadi perisik di Kota Makkah.

Utusan ini berkejar ke Madinah Al-Munawwarah dari Kota Makkah yang jaraknya lebih kurang 500 km dengan menunggang kuda yang mengambil masa selama 3 hari perjalanan. Surat itu disampaikan kepada Rasulullah S.A.W ketika bagind berada di masjid Quba’ dan dibaca oleh Ubay Bin Ka’ab.

Setelah baginda menerima surat tersebut, baginda mengarahkan agar hal tersebut dirahsiakan dan baginda segara pulang ke Madinah bagi mengadakan perbincangan dengan pimpinan Muhajirin dan Ansar.

Kota Madinah Al-Munawwarah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Setiap orang membawa senjata sehingga senjata itu dibawa bersama ke mana sekalipun hatta ke masjid untuk menunaikan solat.

Tiga orang dari kalangan Ansar telah ditugaskan untuk menjaga dan mengawal keselamatan Rasulullah S.A.W di mana sahaja baginda berada hatta mereka tidur bersama senjata di hadapan pintu rumah baginda. Meraka ialah Sa’ad Bin Mu’adh, Asid Bin Hudir dan Sa’ad Bin ‘Ubadah Radhiyallahu’anhum.

Dalam masa yang sama, pasukan peronda juga ditugaskan untuk mengawal setiap lorong dan jalan di Madinah yang mungkin akan digunakan oleh musuh bagi menghadapi kemungkinan serangan balas secara mengejut akan dilakukan.


BARISAN MUSYRIKIN MAKIN MENGHAMPIRI MADINAH

Barisan Musyrikin terus bergerak menuju Madinah. Ketika sampai di Abwa’, tempat besemadinya bonda Rasulullah S.A.W, Hindun Binti ‘Utbah, isteri kepada Abu Sufyan mencadangkan agar dibongkar kubur tersebut. Pemimpin Musyrikin Quraysh tidak bersetuju kerana bimbang akan berlakunya sesuatu yang lebih buruk.

Barisan Musyrikin meneruskan perjalanan ke Wadi ‘Aqiq dan akhirnya berhenti di bukit Uhud yang terletak di sempadan Madinah. Tentera Musyrikin tiba di Bukit Uhud pada hari Jumaat. 6hb Syawal tahun ke-3 Hijrah.


RASULULLAH BERMESYUARAT

Rasulullah S.A.W telah mendapat maklumat berkaitan setiap gerakan dan tindakan tentera musuh hatta kepada perkembangan terakhir,tentera musuh sudah tiba di Bukit Uhud. Mesyuarat peringkat tertinggi pasukan tentera Islam sentiasa diadakan bagi menyusun strategi dan langkah yang paling bijak dalam menghadap serangan musuh.

Dalam mesyuarat tergempar ekoran meklumat yang sampai kepada Rasulullah S.A.W betapa tentera musyrikin bersungguh-sungguh mahu membalas dendam terhadap baginda dan kaum muslimin seluruhnya, baginda telah bersabda ;

“ Demi Allah aku telah bermimpi dengan sesuatu yang baik. Aku bermimpi lembu disembelih, mata pedangku berlubang dan aku masukkan tangan ke dalam baju besi rantai yang kukuh”

Seterusnya Rasulullah telah mentafsirkan mimpinya seperti berikut;

i) Lembu yang disembelih menunjukkan beberapa orang sahabat akan gugur syahid.
ii) Pedang berlubang menunjukkan ahli keluarga baginda akan terbunuh syahid
iii) Baju besi rantai yang kukuh menunjukkan bahawa negeri Madinah akan terus dapat dipertahankan.

Dalam mesyuarat tergempar itu juga, Rasulullah S.A.W telah berpendapat bahawa tentera Islam bertahan di Madinah sahaja. Apabila musuh datang menyerang mereka menentang di lorong-lorong Madinah dan kaum muslimat boleh melontar senjata dari rumah-rumah sahaja.

Pendapat baginda telah disokong oleh Pemimpin Munafiq, ‘Abdullah Bin Ubai Bin Salul. Abdullah Bin Ubai Bin Salul ini menghadiri mesyuarat atas kapasiti beliau sebagai salah seorang pemimpin Khazraj.

Sokongan Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu bukanlah sokongan yang ikhlas dan bukan juga sebagai strategi yang baik bagi menhadapi musuh. Sokongan itu dibuat kerana jika pendapat Rasulullah S.A.W itu diterima, maka mudahlah baginya untuk melarikan diri tanpa disedari oleh sesiapapun.

Adapun sebahagian besar para sahabat yang merasa rugi kerana tidak menyertai peperangan Badar, telah mendesak Rasulullah S.A.W agarmenukar pandangan baginda dari strategi bertahan di dalam kota Madinah kepada strategi keluar bertemu musuh di tengah-tengah medan perang yang sebenar di mana sahaja mereka sedang berada. Para sahabat berkata kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah.., kami sungguh bercita-cita untuk bertemu dengan hari seperti ini, kami berdoa kepada Allah supaya menunaikannya. Sekarang sudah tiba masanya, perjelanan dekat sahaja, keluar sahaja berdepan dengan musuh, supaya mereka tahu kami bukannya pengecut.”

Sahabat yang paling bersemangat dengan pendapat ini ialah Siyidina Hamzah Bin Abdul Muttalib, bapa saudara Rasulullah S.A.W yang telah menunjukkan kepahlawanannya di medan Badar. Saiyidina Hamzah menegaskan kepada Rasulullah S.A.W;

“ Demi tuhan yang menurunkan kitab kepadamu, aku tidak akan menjamah sebarang makanan sehingga aku dapat menentang mereka aku dapat menentang mereka dengan pedang aku ini di luar Madinah…!!!”

Berikutan penegasan dari para sahabat baginda, akhirnya Rasulullah S.A.W telah menarik balik pendapatnya dengan menerima pendapat majoriti iaitu keluar dari Madinah menyerang musuh.