About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, April 6, 2009

KAFIR BACA QUR'AN Vs MENGAKU ISLAM TOLAK QUR'AN...!!!

Saya dihubungi oleh Al-banjary berhubung satu komen tipikal UMNO yang dikemukakan kepadanya berhubung tulisan beliau yang bertajuk " Seruan al-Banjari kepada seluruh umat islam, (laksanakan mulai malam ini) demi untuk Islam !" Di sini saya kemukakan komen anonymos a.k.a UMNO/BN beserta respon saya terhadap komen yang diberikan.


Anonymos kata;
Kenapa PAS tak terfikir bagaimana orang kafir laknat dibenarkan menyampaikan ayat-ayat Allah kemudian siap beri tafsir lagi.

aNaK BaPak respon;
Kenapa UMNO tak terfikir bagaimana manusia UMNO yang mengaku Islam tetapi menolak Al-Quran..???? Apakah manusia UMNO amat cemburu yang amat sangat apabila siapa sahaja yang berkawan dengan PAS akhirnya boleh faham al-quran dan tidakkah UMNO terfikir betapa siapa sahaja yang berkawan dengan UMNO dia makin jauh dengan Al-quran..??? Ketika non-muslim berkawan dengan UMNO, UMNO lah yang bertanggungjawab menjadikan mereka ‘kafir harbi” agar islam dilihat buruk dan seterusnya menjauhi sebuah parti yang dasar dan perjuangannya adalah islam dan menegakkannya…?? Bukankah manusia UMNO sebenarnya yang cemburu dengan PAS kerana oleh sebab non-muslim beralih sokongan kepada PAS maka mereka mula mengenali Islam yang sebenar setelah ditipu hidup-hidup oleh UMNO tentang kebenaran dan keindahan islam…??? Kamilah yang berusaha memberikan penerangan kepada mereka tentang keindahan dan jaminan sebenar islam kepada jafir yang sebelum ini ‘harbi’ ketika berkawan dengan kamu dan menjadi ‘zimmi’ bila berkawan dengan kami.

Tiada siapa melarang mana-mana manusia untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kerana memang menjadi tanggungjwab seluruh manusia untuk menyampaikan ayat-ayatnay sebgaimana mafhum sebuah hadith baginda rasul S.A.W yang bermaksud;

"sampaikanlah tentang aku ‘islam’ walaupun satu ayat"

Bukankah patutnya kamu wahai manusia UMNO patut malu apabila manusia yang kafir pun sudah mula menerima kebenaran al-quran lalu menyampaikannya namun malang disebaliknya manusia UMNO yang mengaku Islam tidak mahupun menyampaikan ayat-ayat Allah hanya kerana dasar perjuangan UMNO termasuk undang-undang tubuhnya yang menolak Al-Qur’an…!!!

Umpama seorang muslim tidak menunaikan solat lalu ditegur oleh non-muslim agar si muslim itu bersolat lantas si non-muslim membaca ayat allah berkaitan solat bahawa betapa solat itu mencegah dari melakukan mungkar, maka apakah si muslim itu tidak bersalah kerana tidak menunaikan solat dan si apakah si non-muslim itu dikira bersalah kerana menyuruh si muslim itu bersolat..???



Anonymos kata lagi;

Kemudian dalam laman blog saudara minta orang PAS baca ayat Quran saranan saudara yang diakhiri kata ' niat kepada golongan yang menentang Islam'. Siap ada 'Takbir' lagi. Ternyata kebodohan saudara terhadap Islam begitu tinggi.

aNaK BaPaK Respon;

Apakah dikira bodoh apabila kita memohon kepada Allah ketika islam ditentang dan apakah kita berani kata rasulullah bodoh apabila berdoa kepada Allah agar Rom dapat menumbangkan tentera Parsi..??? Rom dan Parsi itu islamkah ketika itu…??? Beranikah kita katakana bahawa Rasulullah bodoh kerana berdoa kepada Allah Negara islam Madinah Al-Munawwarah diselamatkan dari musuh-musuh Islam sedangkan antara yang menjadi rakyat madinah juga dikalangan Yahudi dan Nasrani..???

Wahai manusia UMNO kenapakah kamu tidak terfikir betapa peliknya kamu seolah bersa fobia apabila kalimah “musuh islam” diuatarakan atau apakah kamu sebenarnya terasa doa dan harapan kepada Allah itu dituju kepada kamu sedangkan di sana tidak menyebut pun ditujukan kepada UMNO, maka apa sebenarnya yang UMNO terasa..??? Maka apakah ‘bodoh’ yang kamu nyatakan itu benar pada tempatnya atau kamu mengeluarkan kenyataan bodoh tanpa kamu sedar bahawa kamu bodoh..???

Betapa hebatnya kamu dapat mengetahui tahap ketinggian bodoh seseorang itu tapi dalam masa yang sama tidak tahu betapa menyeru manusia kepada membaca ayat Allah itu adalah tuntutan dan dalam masa yang sama berniat agar Allah melindungi kita dari musuh-musuh Islam bukankah itu dituntut atau kamu marah kerana kamu terasa bahawa kamu adalah yang dimaksudkan musuh islam itu..?? Maka siapakah yang bodoh apabila mendedahkan kebodohan sendiri tanpa menyedari diri sendiri mengeluarkan kenyataan bodoh…!!!

Anonymos kata lagi;

Tunggulah saat sebagaimana kisah orang Yahudi berlakon alim dan tidak dapat kesan oleh sesiapa, tetapi berniat mahu mengeluarkan jasad Rasulullah melalui terowong yang digali. Saudara tak terjumpa ke kisah benar tersebut?

aNaK BaPaK respon;

Tak perlu menunggu pun kisah seperti itu memang sedang berlaku, berapa banyak manusia yang mengaku Islam tapi hudud yang diwajibkan allah dia tolak. Maka apa bezanya dengan yahudi berlakon alim tetapi dengan manusia sekular mengaku mengeakkan islam dalam masa yang sama arahan Allah itolak mentah-mentah, tidak dengarkah apa yang diucap oleh Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar apabila ditanya apakah dia nak laksanakan hudud dan membawa usul ke dalam mesyuarat agung pemuda UMNO malangnya dia menjawab untuk meneruskan undang-undang secular seperti sedia ada..??? Tidakkah UMNO beriya-iya mengatakan hendak berjuang menegakkan agama bangsa dan negara tetapi pakaian presiden sendiri pun amat bercanggah dengan agama..??? Saudara tidak berjumpakah kisah benar tersebut..???

Anonymos kata lagi:

Sayang saudara hanya jadi pengikut politik yang BODOH.Kalau ulasan ini tidak diterima, jelaslah KEBODOHAN SELURUH PENGIKUT PAS. TAKBIR!

aNaK BaPaK respon;

Amat sayang sekali, seperti yang saya nyatakan seperti di atas, saudara hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kejahilan saudara lalu mendedahkan kejahilan saudara kepada orang lain. Ulasan saudara boleh diterima untuk dimuatkan di dalam ruang komen namun amat tidak boleh diterima akal manusia yang waras, JELASLAH KEBODOHAN PENGIKUT UMNO SAMA SAHAJA DIMANA-MANA PUN..TAKBIRR..!!! ALLAHUAKBAR…!!!

4 comments:

Anonymous said...

nak tanya apa yg membezakan pas dan UMNO? jika dilihat, pusat judi masih dibuka lagi di negeri sgor, kedah, sama kot dibuka di negeri sembilan, melaka.

UMNO telah melakukan kesilapan, kenapa pas tak belajar dari kesilapan UMNO.

Bg tutuplah kedai judi..baru nampak jelas perbezaan.

hj said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Jawapan Khas "anonymous said kolum pertama jam 4.32am.
Beza Pas dan Umno .Parti Pas memperjuangkan ajaran Islam , Parti Umno memperjuangkan sekular/mempertahankan orang yang yang didapati rasuah/mengharamkan Hukum Hudud.
Untuk menjawab soalanya "Kenapa pas tak belajar dari kesilapan UMNO sebab walaupun UMNO silap tapi tak akan mengakui kesilapannya sampai bila2 pun so buat apa parti Pas nak belarja dengan UMNO yang Korup.Perihal kedai judi insyak Allah akan terlaksana. Pokoknya kita kena sabar sebab sabar itu separuh dari iman. Pepatah melayu "Biar tarik rambut dari tepung " ada faham tak.

ironseven said...

Anonymous,

kenapa tak beri contoh kelantan? pr baru 12 bulan perintah sgor dan kedah. umno? dah 51 tahun perintah malaysia.

setuju dgn hj tarik rambut dalam tepung kena bersabar dan berhati2. rasulullah memperkenalkan islam bukan setahun dua. ada langkah2nya satu persatu.

insyaallah kedai2 judi akan lenyap dari sgor dan kedah. tapi di pahang akan berterusan hinggalah genting highlangs tu lenyap ditelan bumi...

sang keris biru said...

PAS ni sama je cm umno..skrg lg la..skrg bsama ngan PR..ngan DAP..mcm anjing diorg je..piirahhh!
nk sabar konon!xkn nmpk org bzina depan mata nk kata..sabar2..biarkn diorg abis dulu..kita tgk dan sabar byk2..