About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, April 9, 2009

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 3 )

Kesimpulan

Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat;

* Kapimpinan mestilah di tangan orang Islam.
* Mengiktiraf negara Islam.
* Menerima perlembagaan Islam dan Syari'atnya.


2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara;


* Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar.
* Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
* Berlindung sementara ketika lemah
* Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerkan Islam.


Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional.

Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO amat-amat jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya khusunya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar juga penyokong PAS sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS diperingkat bawahan meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.

UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN. UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam.