About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, April 10, 2009

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 2 )

Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam.

Tahlluf ialah perjanjian persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh.

Persefahaman ini berlaku di kalngan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza'ah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki ari qabilah Zubaid dizalimi oleh 'Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya;

"Daripada Thalhah bin Abdullah Bin 'Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; "Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya"

Oleh itu tahalluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahalluf diizinkan oleh syari'at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsingkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda.

Syarat-syarat tahaluf

1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan.

Dalil-dalilnya ialah;

a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan bAni Abdul Muthalib, khususnya abu Thalib. walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

"Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya"

Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W.

b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Contoh maslahat yang diizinkan.

a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari'atnya.

Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Ilsam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.

b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktirag Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentangperjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu 'Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar...!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: " Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini...?" Mereka menjawab: " Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya." Rasulullah S.A.W bersabda: " Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya."( Hadith riwayat Muslim)


2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan

Dalilnya

i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi qabilah Arab sahaja.

ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk berthaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.


3) Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali" ( Surah Ali 'Imran ayat 28 )

Berwala' maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.


Muwada'ah.


Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan terdapat juga 'ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).

Disebut di dalam kitab " Syarah Muhazaab " yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayarr jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para 'ulamak berselisih pendapat dalam menentukan temph masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan.


Isti'anah ( meminta bantuan dan pertolongan )


Apabla adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka.

1. Mereka menolong kita


Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya " Fiqhussunnah", adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul ( seorang munafiq ) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan ( seorang fasiq ) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha':

a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak.

b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.

c) Imam As-Syafi'e mengharuskannya dengan syarat:

* Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah

* Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.


2) Kita menolong mereka

Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya " Al-Mabsut", dan AL-Syaibani di dalam kitabnya " Al-Siyar Al-Kabir", Rasulullah S.A.W menghantar tamar 'Ajwat kepada abu sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, " Zad Al-Ma'ad ", apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu 'Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya.

No comments: