About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, April 10, 2009

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 1 )

Di mana-mana dalam ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti democratic action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) contohnya Hindraf.

Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dikalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 yang telah lalu maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjaama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula kritikan PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain yang membentuk satu front iaiatulah Barisan Nasional. Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindaskan "cakap tak serupa bikin" bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber"mati-matian" sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa "PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR".

Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat menkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS ketika itu, Dato' Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini. Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalam itu, Tuan Guru Haji Hadi Menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNo jugalah yang mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO kerana. UMNO lah yang sebenarnya mensensasikan istilah "kafir menkafir" ini, UMNO terus dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa-apa sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar'ienya. PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika diukur dari sudut Islam.

PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di parlimen, PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 PAS- 5 PKR- 1 DAP ) Pulau Pinang ( 19 DAP- 9 PKR- 1 PAS ) Perak ( 18 DAP- 7 PKR - 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan. Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang. Dengan menyalah gunakan kuasa media, UMNO secara halus meainkan peranan untuk mewujudkan suasana "was-was" dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber"kawan" dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng"komen" ( boleh jadi upahan ) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS. Mereka-merka ini ( orang UMNO yang kecewa ) berlagak seolah-olah dia adalah seorang penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP apakah Islamic atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di"dokongi" selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter"tipu" dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan dengan DAP juga PKR.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( 'aqidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang "cucuk jarum" dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO. Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjesama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang-orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan begara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?

Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka.

Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber airm masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14orang ( kini 13orang ) yang bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan orang lain. Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi.

No comments: