About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, April 10, 2009

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 1 )

Di mana-mana dalam ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti democratic action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) contohnya Hindraf.

Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dikalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 yang telah lalu maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjaama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula kritikan PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain yang membentuk satu front iaiatulah Barisan Nasional. Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindaskan "cakap tak serupa bikin" bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber"mati-matian" sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa "PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR".

Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat menkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS ketika itu, Dato' Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini. Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalam itu, Tuan Guru Haji Hadi Menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNo jugalah yang mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO kerana. UMNO lah yang sebenarnya mensensasikan istilah "kafir menkafir" ini, UMNO terus dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa-apa sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar'ienya. PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika diukur dari sudut Islam.

PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di parlimen, PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 PAS- 5 PKR- 1 DAP ) Pulau Pinang ( 19 DAP- 9 PKR- 1 PAS ) Perak ( 18 DAP- 7 PKR - 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan. Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang. Dengan menyalah gunakan kuasa media, UMNO secara halus meainkan peranan untuk mewujudkan suasana "was-was" dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber"kawan" dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng"komen" ( boleh jadi upahan ) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS. Mereka-merka ini ( orang UMNO yang kecewa ) berlagak seolah-olah dia adalah seorang penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP apakah Islamic atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di"dokongi" selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter"tipu" dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan dengan DAP juga PKR.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( 'aqidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang "cucuk jarum" dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO. Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjesama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang-orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan begara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?

Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka.

Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber airm masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14orang ( kini 13orang ) yang bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan orang lain. Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi.

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 2 )

Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam.

Tahlluf ialah perjanjian persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh.

Persefahaman ini berlaku di kalngan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza'ah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki ari qabilah Zubaid dizalimi oleh 'Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya;

"Daripada Thalhah bin Abdullah Bin 'Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; "Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya"

Oleh itu tahalluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahalluf diizinkan oleh syari'at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsingkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda.

Syarat-syarat tahaluf

1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan.

Dalil-dalilnya ialah;

a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan bAni Abdul Muthalib, khususnya abu Thalib. walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

"Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya"

Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W.

b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Contoh maslahat yang diizinkan.

a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari'atnya.

Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Ilsam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.

b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktirag Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentangperjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu 'Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar...!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: " Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini...?" Mereka menjawab: " Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya." Rasulullah S.A.W bersabda: " Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya."( Hadith riwayat Muslim)


2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan

Dalilnya

i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi qabilah Arab sahaja.

ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk berthaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.


3) Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali" ( Surah Ali 'Imran ayat 28 )

Berwala' maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.


Muwada'ah.


Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan terdapat juga 'ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).

Disebut di dalam kitab " Syarah Muhazaab " yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayarr jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para 'ulamak berselisih pendapat dalam menentukan temph masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan.


Isti'anah ( meminta bantuan dan pertolongan )


Apabla adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka.

1. Mereka menolong kita


Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya " Fiqhussunnah", adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul ( seorang munafiq ) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan ( seorang fasiq ) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha':

a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak.

b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.

c) Imam As-Syafi'e mengharuskannya dengan syarat:

* Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah

* Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.


2) Kita menolong mereka

Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya " Al-Mabsut", dan AL-Syaibani di dalam kitabnya " Al-Siyar Al-Kabir", Rasulullah S.A.W menghantar tamar 'Ajwat kepada abu sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, " Zad Al-Ma'ad ", apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu 'Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya.

Thursday, April 9, 2009

ADA APA DENGAN TAHALUF SIYASI..??? ( Siri 3 )

Kesimpulan

Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat;

* Kapimpinan mestilah di tangan orang Islam.
* Mengiktiraf negara Islam.
* Menerima perlembagaan Islam dan Syari'atnya.


2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara;


* Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar.
* Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
* Berlindung sementara ketika lemah
* Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerkan Islam.


Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional.

Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO amat-amat jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya khusunya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar juga penyokong PAS sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS diperingkat bawahan meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.

UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN. UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam.

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (siri 1)

Artikel ringkas ini akan menjelaskan tentang isu yang dihangatkan oleh beberapa golongan yang kurang memahami hakikat tentang Islam. Benarkah Islam membenar penggabungan dengan orang kafir? Bahkan PAS bergabung dengan orang kafir, menentang UMNO yang dikatakan Islam. Mungkin ia agak ringkas dan tidak dapat dijelaskan secara terperinci.

Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.

“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”

Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.

Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.

Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.

Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.

Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.

Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikra.blogspot.com)

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 2)

Di dalam menjawab isu yang ditimbulkan hari ini, Karpal Singh pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima penubuhan Negara Islam. Wahai pembaca budiman, beliau berkata demikian dalam keadaan beliau masih belum mengenali kemuliaan Islam dan kecantikan undang-undang Allah. Ini kerana UMNO yang selama ini memerintah, hanya memburukkan Islam sehinggakan Karpal Sigh melihat Islam itu sedemikian rupa.

Tetapi setelah dijelaskan, beliau hari ini dapat menerima apa itu hudud, dan apa itu “ahli zimmah”. Sekiranya UMNO memerintah, apakah hak ahli zimmah yang diperolehi? Islam tidak mengenal erti Melayu atau tidak, Cina atau India, hitam atau putih dan sebagainya. Ukuran yang diletakkan oleh Allah SWT ialah TAQWA, sepertimana yang telah disebut di dalam al Quran (Surah al Hujurat : 13)

Sekiranya Karpal menolak undang-undang Allah, masakan hari ini beliau boleh bergabung dengan PAS? Ini kerana hari ini beliau sudah jelas tentang hudud dan Negara Islam. Ya, sepertimana yang telah kita tahu juga, hudud dijatuhkan kepada mereka yang Islam sahaja. Manakala mereka yang bukan beragama Islam, diberikan pilihan. Samada ingin dikenakan hudud (sekiranya bersalah) atau tidak.

Contohnya, sekiranya seorang Islam mencuri harta seorang kafir zimmi, dia (orang Islam tersebut) tetap dikenakan hudud. Sebelum ini, Menteri Besar Kedah sendiri telah memberitahu bahawa arak diharamkan bagi orang Islam di Negeri Kedah. Tetapi, bagi mereka yang bukan Islam, terpulang. Ini kerana hudud (bagi peminum arak) dijatuhkan kepada orang Islam yang minum arak sahaja.

Oleh itu, tidak timbullah masalah kepada orang kafir zimmi. Bahkan hak mereka turut dijaga oleh orang Islam. Inilah yang keistimewaan ahli zimmah. Hakikat hari ini, orang bukan Islam sudah melihat kemuliaan Islam menjaga hak-hak mereka. Sehinggakan PKR dan DAP dapat bergabung dengan PAS untuk membentuk Negara Islam.

Kembali kepada persoalan tentang penggabungan, hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak pelaksanaan Hudud dan Negara Islam. Golongan bukan Islam juga tidak menolak. Tetapi, wujudnya golongan yang bencikan Hudud dan Negara Islam adalah kerana mereka tidak memahami erti sebenar hudud itu. Mereka membantah sesuatu yang mereka tidak tahu.

Oleh itu, saya menyarankan kepada UMNO supaya mengkaji sedalam-dalamnya apa itu Negara Islam dan Hudud. Negara Islam bukanlah Negara PAS, tetapi ia adalah Negara ISLAM. PAS bersedia bergabung dengan UMNO dan BN sekiranya mereka sanggup untuk menegakkan Negara Islam ini. Hak semua rakyat berbilang kaum dan agama lebih terjamin. Insya Allah.. bersambung lagi..

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 3)

Penjelasan seterusnya, berkenaan meminta bantuan dengan orang kafir. Sirah telah menceritakan ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar. Untuk mendapatkan arah jalan yang selamat, Baginda SAW telah mengupah seorang kafir yang boleh menyimpan rahsia (dipercayai) yang bernama Abdullah bin Uraiqit al Laithiy. (Sila lihat ar Rahiqi al Makhtum)

Nabi Muhammad SAW berhijrah adalah untuk menubuhkan Negara Islam, sama seperti kita hari ini. PAS bermatlamat menubuhkan Negara Islam. Adakah UMNO tidak boleh menubuhkan Negara Islam? Sepertimana yang telah ditanya kepada Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang…

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

. PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

. Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

. Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

………………. Harakahdaily………..

Islam itu cantik. Orang bukan Islam (zimmi) merasa tenteram berada di bawah dakapan Islam. Islam menolak riba, rasuah, rampasan hak dan semua yang berkaitan dengan kezaliman. Ahli zimmah tidak merasa tertekan dengan kewujudan hudud, dan Negara Islam. Sekiranya anda masih ragu-ragukan undang-undang (Kitab) Allah ini, Allah SWT sudah jelaskan…

Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (al Baqarah : 2)

Oleh itu, inilah hakikat perjuangan PAS, seterusnya menjawab isu yang dilempar oleh beberapa golongan. Timbul juga persoalan tentang istilah Liberal. Mereka mendakwa bahawa PAS cuba membentuk Negara Liberal, iaitu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain. Persoalan ini akan dijawab kemudian sekiranya diizinkan oleh Allah. Insya Allah

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Monday, April 6, 2009

KAFIR BACA QUR'AN Vs MENGAKU ISLAM TOLAK QUR'AN...!!!

Saya dihubungi oleh Al-banjary berhubung satu komen tipikal UMNO yang dikemukakan kepadanya berhubung tulisan beliau yang bertajuk " Seruan al-Banjari kepada seluruh umat islam, (laksanakan mulai malam ini) demi untuk Islam !" Di sini saya kemukakan komen anonymos a.k.a UMNO/BN beserta respon saya terhadap komen yang diberikan.


Anonymos kata;
Kenapa PAS tak terfikir bagaimana orang kafir laknat dibenarkan menyampaikan ayat-ayat Allah kemudian siap beri tafsir lagi.

aNaK BaPak respon;
Kenapa UMNO tak terfikir bagaimana manusia UMNO yang mengaku Islam tetapi menolak Al-Quran..???? Apakah manusia UMNO amat cemburu yang amat sangat apabila siapa sahaja yang berkawan dengan PAS akhirnya boleh faham al-quran dan tidakkah UMNO terfikir betapa siapa sahaja yang berkawan dengan UMNO dia makin jauh dengan Al-quran..??? Ketika non-muslim berkawan dengan UMNO, UMNO lah yang bertanggungjawab menjadikan mereka ‘kafir harbi” agar islam dilihat buruk dan seterusnya menjauhi sebuah parti yang dasar dan perjuangannya adalah islam dan menegakkannya…?? Bukankah manusia UMNO sebenarnya yang cemburu dengan PAS kerana oleh sebab non-muslim beralih sokongan kepada PAS maka mereka mula mengenali Islam yang sebenar setelah ditipu hidup-hidup oleh UMNO tentang kebenaran dan keindahan islam…??? Kamilah yang berusaha memberikan penerangan kepada mereka tentang keindahan dan jaminan sebenar islam kepada jafir yang sebelum ini ‘harbi’ ketika berkawan dengan kamu dan menjadi ‘zimmi’ bila berkawan dengan kami.

Tiada siapa melarang mana-mana manusia untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kerana memang menjadi tanggungjwab seluruh manusia untuk menyampaikan ayat-ayatnay sebgaimana mafhum sebuah hadith baginda rasul S.A.W yang bermaksud;

"sampaikanlah tentang aku ‘islam’ walaupun satu ayat"

Bukankah patutnya kamu wahai manusia UMNO patut malu apabila manusia yang kafir pun sudah mula menerima kebenaran al-quran lalu menyampaikannya namun malang disebaliknya manusia UMNO yang mengaku Islam tidak mahupun menyampaikan ayat-ayat Allah hanya kerana dasar perjuangan UMNO termasuk undang-undang tubuhnya yang menolak Al-Qur’an…!!!

Umpama seorang muslim tidak menunaikan solat lalu ditegur oleh non-muslim agar si muslim itu bersolat lantas si non-muslim membaca ayat allah berkaitan solat bahawa betapa solat itu mencegah dari melakukan mungkar, maka apakah si muslim itu tidak bersalah kerana tidak menunaikan solat dan si apakah si non-muslim itu dikira bersalah kerana menyuruh si muslim itu bersolat..???



Anonymos kata lagi;

Kemudian dalam laman blog saudara minta orang PAS baca ayat Quran saranan saudara yang diakhiri kata ' niat kepada golongan yang menentang Islam'. Siap ada 'Takbir' lagi. Ternyata kebodohan saudara terhadap Islam begitu tinggi.

aNaK BaPaK Respon;

Apakah dikira bodoh apabila kita memohon kepada Allah ketika islam ditentang dan apakah kita berani kata rasulullah bodoh apabila berdoa kepada Allah agar Rom dapat menumbangkan tentera Parsi..??? Rom dan Parsi itu islamkah ketika itu…??? Beranikah kita katakana bahawa Rasulullah bodoh kerana berdoa kepada Allah Negara islam Madinah Al-Munawwarah diselamatkan dari musuh-musuh Islam sedangkan antara yang menjadi rakyat madinah juga dikalangan Yahudi dan Nasrani..???

Wahai manusia UMNO kenapakah kamu tidak terfikir betapa peliknya kamu seolah bersa fobia apabila kalimah “musuh islam” diuatarakan atau apakah kamu sebenarnya terasa doa dan harapan kepada Allah itu dituju kepada kamu sedangkan di sana tidak menyebut pun ditujukan kepada UMNO, maka apa sebenarnya yang UMNO terasa..??? Maka apakah ‘bodoh’ yang kamu nyatakan itu benar pada tempatnya atau kamu mengeluarkan kenyataan bodoh tanpa kamu sedar bahawa kamu bodoh..???

Betapa hebatnya kamu dapat mengetahui tahap ketinggian bodoh seseorang itu tapi dalam masa yang sama tidak tahu betapa menyeru manusia kepada membaca ayat Allah itu adalah tuntutan dan dalam masa yang sama berniat agar Allah melindungi kita dari musuh-musuh Islam bukankah itu dituntut atau kamu marah kerana kamu terasa bahawa kamu adalah yang dimaksudkan musuh islam itu..?? Maka siapakah yang bodoh apabila mendedahkan kebodohan sendiri tanpa menyedari diri sendiri mengeluarkan kenyataan bodoh…!!!

Anonymos kata lagi;

Tunggulah saat sebagaimana kisah orang Yahudi berlakon alim dan tidak dapat kesan oleh sesiapa, tetapi berniat mahu mengeluarkan jasad Rasulullah melalui terowong yang digali. Saudara tak terjumpa ke kisah benar tersebut?

aNaK BaPaK respon;

Tak perlu menunggu pun kisah seperti itu memang sedang berlaku, berapa banyak manusia yang mengaku Islam tapi hudud yang diwajibkan allah dia tolak. Maka apa bezanya dengan yahudi berlakon alim tetapi dengan manusia sekular mengaku mengeakkan islam dalam masa yang sama arahan Allah itolak mentah-mentah, tidak dengarkah apa yang diucap oleh Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar apabila ditanya apakah dia nak laksanakan hudud dan membawa usul ke dalam mesyuarat agung pemuda UMNO malangnya dia menjawab untuk meneruskan undang-undang secular seperti sedia ada..??? Tidakkah UMNO beriya-iya mengatakan hendak berjuang menegakkan agama bangsa dan negara tetapi pakaian presiden sendiri pun amat bercanggah dengan agama..??? Saudara tidak berjumpakah kisah benar tersebut..???

Anonymos kata lagi:

Sayang saudara hanya jadi pengikut politik yang BODOH.Kalau ulasan ini tidak diterima, jelaslah KEBODOHAN SELURUH PENGIKUT PAS. TAKBIR!

aNaK BaPaK respon;

Amat sayang sekali, seperti yang saya nyatakan seperti di atas, saudara hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kejahilan saudara lalu mendedahkan kejahilan saudara kepada orang lain. Ulasan saudara boleh diterima untuk dimuatkan di dalam ruang komen namun amat tidak boleh diterima akal manusia yang waras, JELASLAH KEBODOHAN PENGIKUT UMNO SAMA SAHAJA DIMANA-MANA PUN..TAKBIRR..!!! ALLAHUAKBAR…!!!

Sunday, April 5, 2009

Operasi Hitam Dalam Kempen Pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

Saya ada sedikit maklumat tentang beberapa strategi yang biasa diamalkan oleh parti politik sekular dan dilaksanakan untuk menjatuhkan pihak lawan dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Biasanya sesebuah parti yang amat-amat terdesak apabila menghadapi parti lawannya dalam mana-mana pilihanraya akan menggunkan kaedah ini untuk mendapatkan undi, kaedah ini dikenali sebagai "Black Operation".

Black Operation adalah dengan melaksanakan “covert operations” yang di lakukan secara penuh kerahsiaan.

Operasi ini dilakukan didalam kategori deniable iaitu untuk menidakan kemenangan dan sokongan terhadap Parti Lawan semasa kempen-kempen pilihanraya di adakan.
Untuk tujuan ini tumpuan hanya dilakukan kepada operasi berikut:

Black Propaganda:
Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah palsu yang bertujuan untuk memalukan pihak lawan.

Poster poster dan risalah yang akan di pasang di tempat tempat yang strategik dan di lakukan seolah olah dari pihak lawan.

Grey propaganda:

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang tidak mempunyai identiti penganjur bertujuan untuk meneutralkan penyokong hard core.

making enemies believe falsehoods ussing straw argument to make someone believe "A", one releases as grey propaganda "B", the opposite of "A". In phase two, "B" is discredited using some strawman. The enemy will then assume "A" to be true.


WhitePropaganda:

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang benar untuk menangkis tohmahan dan serangan dari pihak lawan.

Perlaksanaan akan dilakukan oleh Black Operator secara covert dan tidak boleh didokumentasikan.

Sekiranya kita fikirkan dan menilai apa yang terjadi ketika kempen pilihanraya berlangsung di Bukit Gantang atau Bukit Selambau atau Batang Ai, pihak manakah yang menggunkan operasi seperti ini..???

Bila Dengar Sembang-Sembang Petugas UMNO Di Bukit Gantang

Saya masih berada di bukit gantang membantu jentera PAS perak mempertahankan kerusi Parlimen P.095 Bukit Gantang. Sempat juga saya bertemu dengan jentera UMNO namun dalam keadaan saya seperti orang biasa dan bukan seperti seorang petugas. Ketika mendengar sembang-sembang petugas -petugas UMNO ini yang kebetulan duduk di belakang saya, ada suatu yang dikira sulit bagi UMNO namun dibincangkan dikalangan petugas UMNO itu.Ketika perbualan itu saya sempat mendengar dan menangkap beberapa maklumat berhubung dengan operasi jentera pilihanraya UMNO. Menurut salah seorang petugas UMNO yang tidak saya kenali itu, anggaran belanja jentera serta operasi UMNO seperti yang disebut oleh petugas UMNO yang tidak saya kenali itu menyebut dalam anggaran yang akan digunakan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah seperti berikut ( beliau menyebut sambil melihat sehelai kertas ):


Bajet Jentera UMNO Bahagian(RM 60,000.00),Bajet Pemuda/Puteri/Wanita ( RM 70,000.00 )Bajet Bilik Gerakan Cawangan 106 + Bilik Gerakan Sampingan ( RM 140,000.00 ),Bajet Komponen (RM 60,000.00 ), Bajet khas 'cash inhand' Calon ( RM 100,000.00 ),Database SMS/Digital Info( RM 160,000.00 ),Comando team Risik/Info/Counter attack (RM50,000.00 ), Blogger Counter ( RM 30,000.00 ) ( apakah ini upah yang dibayar kepada pemberi komen yang bukan-bukan di dalam blog-blog pro-PAS atau pro-pakatan rakyat..???),Transport 4wd/Lori (RM 50,000.00 ),PA System & Canopy( RM 60,000.00 ),Poster/Baju T,Badge/Belon/Billboard (Selain dari UMNO Malaysia /Badan perhubungan Perhubungan) ( RM 100,000.00 ).

Jumlah keseluruhan yang disebut oleh petugas UMNO itu menjangkau RM 880,000.00..!!!

Sekiranya benarlah apa yang dikatakan oleh petugas yang tidak saya kenali ini, maka jelaslah UMNO/BN telah menyalahi akta kesalahan pilihanraya yang hanya menghadkan belanja pilihanraya bagi bahagian Parlimen sebanyak RM 200,000.00 sahaja...!!!

Dalam sembang-sembang kedai kopi bersama petugas-petugas UMNO ini juga, saya mendengar perbincangan tentang masalah yang UMNO hadapi dalam pilihanraya kali ini. Saya kira mereka ini bukan dari kalangan petugas biasa. Boleh jadi adalah dari petugas UMNO peringkat tinggi..wallahu a'lam.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh UMNO yang sempat saya dengar dan saya ingat,antara masalah-masalah yang dihadapi UMNO seperti yang dibincangkan oleh petugas-petugas UMNO/BN itu ialah;

1. Calon tiada modal kewangan untuk dijadikan belanja pilihanraya.

2. Calon tidak tahu kedudukan Bajet sebenar.

3. Bajet yang diberikan kepada Bahagian di simpan untuk kegunaan pengangkutan semasa pilihanraya.

4. Bajet dari negeri belum turun dan calon tidak tahu langsung jumlahnya.

5. Jentera Bahagian tidak menunjukkan komitmen dan sering bertelagah dan berkelahi sesama sendiri.

6. Jentera UMNO Bahagian tidak mempunyai pengalaman dalam operasi pilihanraya.

7. UMNO Bahagian bergantung kepada Calon untuk membuat semua keputusan.

8. Calon tidak mendapat sokongan padu serta bantuan peribadi dari kalangan pimpinan Bahagian,masing-masing cuba cari kepentingan peribadi.

9. Calon memerlukan Kepakaran Jentera khusus dari Badan Perhubungan Negeri atau
UMNO Malaysia bagi membantu penyelarasan Bilik Gerakan Utama.

10. Calon memerlukan maklum balas dari kumpulan komando bebas dalam mendapat info terkini untuk serangan balas.

11. Calon sangat memerlukan sistem sms dalam menjejaki pengundi,info,bahan counter attack.

12. Calon memerlukan jentera yang berpengalaman dalam menangkis serangan lawan selain ceramah-ceramah biasa.

13. Kebanyakan Penyokong (pekerja dan petugas ) Calon tidak mendapat kerjasama UMNO Bahagian.

14. Jentera UMNO Bahagian hanya dapat membantu dari segi ceramah/taklimat sahaja.

15. Penyokong Cina amat 'keras kepala' perlu bantuan pimpinan pusat seperti MCA dan parti GERAKAN.

16. Penyokong India boleh dipujuk dengan 'bantuan' dan janji-janji namun malangnya penyokong India tidak sebodoh dahulu.

17. Calon memerlukan jentera yang agak kuat dan ramai dalam memerangi parti lawan khusus kerjasama Badan Perhubungan Negeri.

18. Menyebarkan propaganda yang boleh menjauhkan dan membodohkan pengundi Melayu daripada PAS contohnya isu derhaka kepada sultan,isu sentimen perkauman melayu, isu beri tanah atau isu PAS dikudakan oleh DAP juga isu berkawan dengan parti kafir.

Begitulah sedikit sebanyak yang sempat saya catit dan dapat saya rakamkan dalam ingatan saya. Saya sendiri tidak pasti mengapa mereka bincangkan sesuatu yang sulit ditempat yang amat terbuka.Jika bajet ini benar, maka ia baru bajet tersurat, bagaimana pula bajet yang tersirat..??? Bagi saya sesuatu yang sulit jika diperdengarkan ditempat terbuka bukan suatu yang sulit lagi....!!! Wallahua'lam.

Thursday, April 2, 2009

Pakatan Rakyat mohon YDP Agong tangguh pelantikan Najib

Harakahdaily

Thu | Apr 02, 09 | 4:13:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok.

Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, Pakatan Rakyat memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Berikut disertakan surat yang dihantar ke Istana Negara:


28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh


SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali


SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa