About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, February 24, 2009

Perang Siber; Respon aNak BaPaK kepada Tulip Desa

Tulisan ini saya jumpa di blog Tulip Desa yang mendakwa bahawa PAS telah menggadaikan dasar perjuangannya, anda boleh rujuk tulisan Tulip Desa yang bertajuk PAS SANGGUP MENGETEPIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS KERANA KUASA
RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS di sini;

http://tulipdesa.blogspot.com/2009/02/pas-sanggup-mengetepikan-undang-undang.html

Ingin saya mengulas sedikit dan memberi respon terhadap tulisan beliau yang saya kira disebabkan "kurang faham" atau sengaja "buat-buat tak faham" atau bertujuan untuk mengajak pembaca blognya agar menjadi "salah faham" terhadap PAS.

Tulip Desa telah mengambil keratan bahagian tertentu dalam perlembagaan PAS untuk menjastifikasikan betapa PAS telah nyata melanggar undang-undang tubuh atau perlembagaannya sendiri.Petikan dari perlembagaan yang diambil oleh tulip desa melalui satu laman web pro-UMNO yang bertajuk ;(PAS MUDAH LUPA: Segalanya Kerana Kuasa);

sumber: http://www.pilihanrayakini.com/2009/01/pas-mudah-lupa-segalanya-kerana-kuasa.html

petikan dari perlembagaan itu seperti berikut;

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu:

“Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan:


“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :


“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini."

Respon aNaK BaPak;

Apa yang telah disebut di atas tiada salahnya dan memang itulah pun tujuan kenapa PAS ditubuhkan. Persoalannya ialah sejauh manakah pula ahli-ahli atau penyokong UMNO seperti Tulip Desa ini dapat memahami maksud peruntukan perlembagaan PAS sama ada melihat dan menilai dengan rasional akal semata-mata atau melihat dan menilai dengan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam menilai sesuatu isu yang berkaitan dengan PAS dan perlembagaannya.


Menurut Tulip Desa ;

PAS MENGHALALKAN:Projek mega penternakan babi di Selangor dan Kedah


Respon aNaK BaPaK;

Kita lihat semula siapa sebenarnya yang mula-mula meluluskan projek ternakan babi 100juta ini,Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan "Modern Pig Farming" di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.

Jelaslah yang mula-mula merancang dan meluluskan projek ternakan babi ini adalah Kerajaan Negeri Selangor sebelum Pilihanraya umum ke-12 pimpinan Khir Toyo. Keputusan ini telah dicapai pada 09/02/2009 iaitu kurang lebih sebulan sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerjaan negeri setelah menumbangkan kerajaan UMNO/BN, projek ini diteruskan untuk memastikan tiada lagi kandang-kandang atau pusat ternakan babi yang selama ini berselerak di seluruh negeri Selangor bahkan tidak pengikut garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan Alam Sekitar.

Projek ini juga tidak dibiayai oleh dana kerajaan negeri seperti keputusan mesyuarat kerajaan terdahulu tetapi dibiayai oleh syarikat-syariat swasta sepenuhnya tanpa melibatkan suku sen pun duit rakyat negeri Selangor.Yang amat mengejutkan ialah pendedahan ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng bahawa “Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, syarikat bumiputera itu juga berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.Kita juga ahirnya tahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri BN-Umno bagi DUN Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.Yang anehnya,
Dr Karim Mansorlah antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di dada-dada media cetak mahupun elektronik UMNO/BN termasulah ketua kampung yang pergi melawat Jerman bersama Dr Karim Mansor.

Isunya disini, apakah PAS telah bertinda meng"HALAL"kan sesuatu yang haram menurut dakwaan Tulip Desa..??? Sememangnya Allah Ta'ala mengharamkan umat Islam untuk menjadikan babi sebagai makanan umat Islam.Namun pengharaman ini tidak tertakluk dan terlaksana ke atas bukan Islam. Sebab itu dalam Islam, tidak berhak bagi pemerintah Islam untuk mengharamkan apa yang halal bagi amalan agama lain kerana mereka bebas untuk mengamalkan amalan agama mereka. Inilah jaminan Islam terhadap penganut agama lain. Tulip Desa seolah-olah mahu mengatakan bahawa PAS menghalalkan pegharaman makan babi sedangkan apa yang dibuat adalah babi yang dibolehkan makan oleh penganut agama lain. Jadi apa masalahnya dengan tindakan PAS Selangor memberi sokongan terhadap ternakan babi ini, lagipun ianya bertujuan untuk memindahkan kandang-kandang babi yang berselerak dan sistem yang tidak teratur di satu tempat yang khusus dengan teknologi yang lebih canggih dan moden serta menjaga kualiti alam sekitar setempat dengan lebih baik.

Tidakkah kita rasa pelik bila media menunjukkan rungutan masyarakat Kg Tumbuk Darat yang beriya-riya menyatakan kemarahan sambil menunjukkan sebatang sungai yang amat tercemar dengan najis babi,soalnya kandang babi yang sedia ada dan sungai yang sedia tercemar katanya berpuluh tahun tercemar di bawah pemerintahan siapa..?? Bukankah ketua-ketua kampung mukim yang berkenaan telah makan angin sambil belajar pasal babi bersama Dr Karim Mansur ke Jerman, kenapa tak marah..??? Lihat apa jadi di Batang Berjuntai,apakah Tulip desa sedar atau tak tahu tentang Pusat Pemotongan Babi di Batang Berjuntai? Jarak antara Pusat Pemotongan Babi dengan Loji Air yang membekalkan air kepada sebahagian besar penduduk Selangor hanya 3 kilometer...!!! Siapakah yang meluluskan pusat sembelihan babi tersebut..? Adakah PAS yang memerintah Selangor ketika itu...??

Maka kesimpulannya adalah tidak benar PAS meng"halal" kan sesuatu yang "haram", PAS tidak pernah mengatakan "halal" daging babi atau bela babi bagi muslim, sebaliknya adalah patut memberikan hak kepada bukan Islam untuk meneruskan amalan hidup mereka termasuklah memternak dam manjadikan babi sebagai sumber protein harian mereka. Maka apakah Tulip Desa benar-benar tidak faham atau sengaja bertujuan untuk menimbulkan salah faham rakyat kepada PAS..???

Kata Tulip Desa;
- Menyokong MP Pakatan Rakyat mengamalkan hidup bebas


Respon aNaK BaPak;

Saya yakin bahawa Tulip Desa merujuk kepada perkara Skandal foto tidur/separuh bogel YB Elizabeth Wong, ADUN PKR bagi Bukit Lanjan. PAS tidak pernah menyokong atau mempertahankan gaya hidupnya yang seperti itu. PAS Selangor telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin mesti mempunyai ahlak,peribadi dan cara hidup yang baik. Yang dipersoalkan ialah tindakan mereka yang menyebarkan foto-foto untuk menjadi tatapan umum.

Kita lihat bagaimana Islam menilai tentang harga diri serta maruah seseorang itu. Kita ambil contohnya kes Hudud melibatkan Zina. Katalah seorang telah mengaku berzina. Dengan iman yang ada dia merasa bersalah terhadap dosa zina yang telah dia lakukan. Hakim yang mengadilinya akan menyuruh si pengaku zina itu untuk pulang bertaubat kerana ingin menjaga maruahnya yang akan diketahui ramai bahawa betapa ia berzina. Sehinggalah empat kali dia mengaku di hadapan hakim, barulah dia akan dijatuhkan dengan hukuman Had Zina.Tetapi, dia berzina dengan siapa..? Bolehkah si pengaku zina itu memberitahu hakim dengan siapakah dia berzina..??? Bolehkah Hakim bertanya kepada si pengaku zina itu dengan siapa dia berzina...??? Kenapa boleh jadi macam itu..???

seorang yang mengaku berzina tidak boleh menyebuit dengan siapa dia berzina kerana boleh jadi si pengaku itu ingin balas dendam terhadap orang yang berzina dengannya atau mahu menjatuhkan maruah dan merosakkan nama baik orang yang berzina dengannya. Sebab itu di dalam undang-undang Islam, seorang yang menyebut individu atau nama orang yang berzina, jika tidak mendatangkan empat orang saksi yang adil, maka yang menyebut itu akan dikenakan Had Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Jika kita lihat kepada peraturan ini, tiada hak bagi si pengaku zina itu menyebut dengan siapa dia berzina kecuali dengan mengemukakan empat orang saksi, beranikah kita kata Allah Ta'ala yang menciptakan undang-undang ini menyokong orang berzina...???

Sebab itulah dalam kes YB Eliza ini, memanglah dia bersalah kerana gaya hidup bebasnya, bukankah dia sudah cukup malu dan maruahnya jatuh amat teruk disebabkan kerja tidak bertanggungjawab lagi biadab ini..??? bukankah dia sudah menerima hukuman yang cukup perit untuk dia ingat sampai mati..?? Yang kita persoalkan kenapa tidak dipersalahkan orang yang menyebarkan gambar-gambar seperti itu..?? Bukankah itu juga adalah satu gaya hidup bebas, bebas buat apa sahaja untuk menjatuhkan maruah serta mencemarkan nama baik seseorang..?? Bukankah orang-orang yang menyebarkan gambar-gambar ini semata-mata mahu menunjukkan keburukan orang itu di khalayak ramai terutamanya blog-blog serta laman-laman web UMNO yan ghairah mensensasikan berita ini , bukankah ini tidak beradab dan tidak bertanggunjawab..???

YB Eliza itu walaupun dia bukan Islam, namun dia juga manusia, ada harga diri dan maruah, soal kehidupannya yang begitu, dia sudah terhukum, dihukum dengan jatuh maruahnya di mata masyarakat, yang kita pulak beriya-riya tengok gambar yang macam itu kemudian sebarkan pulak kepada orang ramai agar orang ramai juga tengok, apakah perbuatan kita itu dikira berakhlak..?? Ataupun kerana yang sensasikan gambar ini adala blog-blog UMNO, maka apakah perbuatan blogger-blogger UMNO seperti Tulip Desa ini dikira berakhlak...??? Bukankah ini adalah budaya hidup bebas, bebas melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan maruah dan nama baik orang lain...???

Menurut Tulip Desa;
-Pusat hiburan dan kilang arak bebas beroperasi

Respon aNaK BaPaK

Lebih 50 tahun UMNO/BN manjadi kerajaan di negeri Selangor, Kilang-kilang arak dan pusat-pusat hiburan semakin bertambah atau semakin berkurang. Kenapa kini baru UMNO/BN beriya-riya mendesak PAS menutup pusat-pusat hiburan yang berlambak-lambak serta Kilang-kilang arak di Selangor. Kemudain Khir Toyo menambah lagi bahawa rumah-umah urut tumbuh bagaikan cenawan dan begitu banyak,bukankah Khir Toyo ada maklumat semua ini,sudah tentu maklumat lengkap ini dia dapat ketika dia masih berkusa,apa dia buat masa tu...???.

UMNO yang membawa propganda dan medakwa kononnya "Islam dipijak PAS di mana..?" kita jugak nak tanya kepada manusia-manusia spisis UMNO/BN ini, ketika UMNO/BN memrintah 50 tahun sebelum tumbang, Islam di mana pulak...? Ketika UMNO memerintah Islam di mana? Bukankah tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira siapa yang memerintah. Ini membuktikan betapa UMNO berusaha memburukkan nama PAS bahkan cuba menghilangkan keyakinan rakyat betapa PAS bukan mahu mendaulatkan Islam tetapi semata-mata mahu berkuasa...??? Selama ini siapa yang gubal undang-undang dan berikan lesen mendirikan kilang arak dan menjalankan operasi pusat-pusat hiburan diselruruh selangor..??

Tidakkah UMNO sedar bahawa PAS hanya ada lapan kerusi DUN yang bergabung bersama PKR dan DAP yang lebih dominan dalam mebentuk kerajaan.Di Selangor walaupun Pas tidak dapat menutup pusat-pusat hiburan dan judi kerana tidak memerintah sepenuhnya Negeri Selangor namun melalui exco agama daripada Pas, Pendidikan Islam dapat dikembangkan di negeri itu dengan lebih berkesan. Penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk menghalang orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat yang dilarang oleh Islam.Sebenarnya UMNO sedar tentang perkara ini, cuma sengaja menimbulkan polemik dan untuk memburuk-burukkan PAS, kerana apa..? Kerana cuba meraih perhatian rakyat Selangor betapa kini UMNO lah yang menjuarai hal ehwal Islam dan kini UMNOlah yang henda tutup kilang-kilang arak, UMNO jugalah yang kini mahu menutup pusat-pusat hiburan dan mendaulatkan Islam, soalnya...kenapa ketika tidak berkuasa..masa berkuasa dahulu UMNO buat apa..???

Ketika ini PAS hanya mempunyai lapan kerusi DUN.Antara potfolio penting yang diamanhakan kepada PAS adalah menjaga Agama Islam dan Adat Melayu. Selama 50 tahun UMNO/BN memerintah, pernahkah UMNO melalui wakil rakyatnya yang ramai ketika itu bangun mengusulkan agar dipinda perlembagaan negeri Selangor ini menjadikan Islam sebagai dasar negeri..??? Sudah tentu tidak pernah kerana UMNO lah yang kini beriya-riya menyuruh PAS menutup pusat-pusat hiburan dan kilang-kilang arak di selangor, ini bermaksud UMNO tidak pernah buat apa-apa untuk mengurangkan jumlah pusat-pust hiburan da kilang-kilang arak ini dan baru kini hendak suruh PAS tutup. Ketika UMNO mempunyai berpuluh kerusi, dia ada kuasa, kenapa tidak tutup..? PAS hanya ada lapan kerusi dan mempunyai bidang kuasa yang terbatas, sudah tentulah usaha-usaha PAS juga mengikut batas kemampuan peruntukan kuasa yang ada. Bukankah dasar negeri Selangor ini sekian lama digubal oleh UMNO...?? Siapakah yang menguasai kerajaan tempatan ketika tumbuhnya kilang-kilang arak dan pusat-pusat hiburan selama 50 tahun UMNO memerintah...???

PKR dan DAP, dasar parti mereka sama sahaja dengan dasar perjuangan UMNO,berteraskan sistem sekular, cuma lebih baik dari UMNO yang megamalkan rasuah dan penyelewengan harta rakyat. Maka sudah pastilah mereka bertindak mngikut dasar parti mereka. PAS diberikan sedikit sahaja kuasa, dengan kuasa yang terbatas inilah PAS beruasaha untuk "membetul"kan kembali Islam di Selangor.Majlis Bandaraya Shah Alam telahpun mengharamkan lesen pejualan arak di kawasan majoriti melayu termau di di premis seven-eleven, kenapa diam..??? bukankah itu satu permulaan yang baik dari UMNO yang 50tahu tiada pernah buat apa-apa..!!!

Tulip Desa berata;
-Negara Kebajikan tidak terlaksana

Respon aNaK BaPaK;
Bagaimana pulak dengan usaha-usaha UMNO untuk menggagalkan manifesto PAS dan PKR untuk menwujudkan negara atau negeri berkebajikan. Adakah kerja-kerja UMNO yang cuba menggagalkan usaha-usaha ini sebagi kebajikan dengan menggagalkan kebajikan orang lain...?

Cuba lihat isu terbaru,tindakan Suruhanjaya Air Negara (SPAN)cuba menggagalkan asaha Kerajaan Negeri Selangor menguasai pengurusan air di Selangor, bukankah itu satu unsur sabotaj kepaad kerajaan negeri untuk memptikan pemberian air percuma digagalkan...??? Apakah yang membuatkan UMNO terlalu dengki atau sakit hati melohat perkembangan kebajikan yang berlaku di Selangor.

Bagaimana pula dengan tindakan UMNO melantik JKKKP di kampung-kampung, tidakkah itu menunjukkan betapa UMNO sakit hati dan dengki apabila JKKK dilantik dari parti yang meguasai kerajaan dan berharap dapat menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri membantu dan memastikan kebajikan dan pembangunan orang kampung diberikan dan dilaksanakan...??? Apakah Tulip Desa sediri tidak melihat program kebajikan yang dilaksanakan atau ditutup dengan berita-berita yang disediakan oleh UMNO dan sanggup memekakkan telinga dari mendengar tentang kebajikan yang telah, sedang dan akan di usahakan. Maka apakah dengan merampas tanah penduduk kampung Berembang, serta meruntuhkan surau serta kuil dikira satu kebajikan disisi UMNO...????

Kata Tulip Desa lagi ;
Nampaknya, PAS gagal melaksanakan perjuangannya untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang menerapkan nilai-nilai hidup Islam. PAS sanggup mengorbankan Undang-undang Tubuh PAS demi mengukuhkan kedudukan politik mereka dalam Pakatan Rakyat. Undang-undang Tubuh PAS dilihat sebagai kosmetik untuk melengkapkan manifesto mereka.

Respon aNaK BaPaK;

Bukanah kita dituntut untuk melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan yang kita ada..??? Maka apakah kerja-kerja mewujudkan masyarakat dan pemerintahan Islam ini tanggungjawab PAS sahaja, UMNO bukan Islamkah...???? Mengapaah dasar dan perlembagaan negara ini masih mengikut kiblat sekular sedangkan UMNO mempunyai ramai wakil rakyatnya di peringkat Parlimen. Jika UMNO berjaya meminda perlembagaan persekutuan dengan menafikan imuniti raja-raja, mengapa tidak UMNO meminda perlembagaan ini dengan menjadikan Islam sebagai doktrin yang paling tinggi dan berdaulat di dalam perlembagaan persekutuan..????

Tulip Desa hanya copy paste keratan perlembagaan ini sekerat sahaja itupun dalam blog-blog UMNO, mengapa tidak dilanjutan kepada FASAL 6 iaitu usaha-usaha PAS..???
Bacalah dahulu perlembagaan PAS dengan lengkap, sekrang-kurangnya FASAL (3) hingga (9) sampai habis lagi bagus kemudian bandingkan dengan perlembagaan UMNO.

Untuk mewujudkan sebuah negara yang masyarakat dan pemeritaha yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam, tahukah Tulip Desa apa maksud nilai-nilai hidup Islam..??? Yang paling bernilai di dalam islam adalah hukum-hakamnya, Punca hukum-hakam Islam adalah jelas, Al-Quran,As-Sunnah, Ijmak 'Ulamak dan Al-qiyas. Rujuk pula FASAL 7 (1), hukum dan kekuasaan. Janganlah baca sekerat-sekerat. Kena baca semua..!!

PAS tidak dapat melaksanakan tujuan PAS FASAL 5 (1)&(2) kerana ianya bertentangan dengan Jadual Ke sembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat perlaksanaan Islam sepenuhnya. Inilah yang berlaku di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini mempunyai enakmen undang-undang jenayah syari'ah hudud,qisas,qazaf dan takzir yang lengkap. Halangan perlembagaan perkekutuanlah yang menyebabkan perkara yang paling bernilai di dalam Islam menjadi tidak bernilai.

Cuba kita rujuk FASAL 6 Usaha-usaha PAS;
FASAL 6 (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-bata perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS..

Inilah yang sedang diusahakan oleh PAS dengan peruntukan yang ada. Di Selangor PAS hanya ada lapan kerusi DUN sahaja dan kuasa PAS adalah terbatas. Maka berdasarkan apa yang diebut oleh perlembagaan PAS FASAL 6 (11) itulah PAS bekerja.Seiranya Tulip Desa mahu mendakwa PAS mengorbankan undang-undang tubuh PAS, sila baca FASAL 6 dan kesemua 11 ceraian Fasal 6 ini. Lain kali sebelum nak pukul,kena pukul semua, jangan puul tang kaki saja...!!! Inilah buktinya penulis UMNO seperti tulip Desa ini hanya ambil sedikit isi dari orang lain dan buat andaian sendiri. Kita kalau tak tahu, jangan berlagak tahu, nanti orang tau kita ini bodoh...!!! Kaji dulu sebelum nak henta, orang lain..



Akhirnya Tulip Desa kata;

Kelihatan rakyat marhaen semakin keliru dan ragu-ragu dengan ideologi yang dibawa oleh PAS yang dilihat semakin menyimpang dengan manifesto yang diperjuangkan. Jika dahulu PAS menyatakan "DAP umpama Syaitan"(akhbar Siasah, 2008),tetapi sekarang mereka menyatakan "DAP tidak pernah menipu PAS" . PAS semakin terdesak untuk mendapat sokongn politik sehinggakan sanggup menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa.

respon aNaK BaPak;
Sebenarnya orang-orang UMNO macam Tulip Desa inilah yang berfungsi mengelirukan rakyat. Dia pun hidup dalam kekliruan, dia nak orang hidup dalam kekeliruan macam dia jugak, inilah budaya UMNO...!!!

Benarkah PAS menyimpang dari manifesto yang diperjuangkan...?? Sebelum itu kita nak bagitau pada yang menulis ini bahawa, manifesto mana-mana parti pun adalah mengikut dasar parti masing-masing. Apakah apabila PAS bekerjasama dengan DAP maka ia dikira sebagai menjual agama dan bangsa..??? Tidakkah anda baca dalam Perlembagaan PAS yang menyebut;

FASAL 6 (6)
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertuuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tida bercanggah dengan undang-undang negara.


Inilah yang dipanggil tahalluf siyasi ( kerjasama politik ). Kerjasa politik ini dibuat untuk menumbangkan parti-parti yang rasuah, menyeleweng, zalim, salah guna kuasa dan sebagainya.Saya tidak berjumpa pu dengan mana-mana keratan tulisan siasah yang mengatakan PAS menggelarkan DAP sebagai Syaitan. Yang ada hanyalah spin media UMNO yang kononnya PASlah yang mengelurakan kenyataan seperti itu.Yang pelik Tulip Desa menulis.."dahulu" merujuk pada "siasah 2008" dan "sekarang" awal tahun 2009,bila masa pemimpin PAS mengelurakan kenyataan rasmi sperti itu pada sepanjang tahun 2008 sedangkan ketika itulah PAS, PKR dan DAP sedang rancak menolak UMNO/BN..saya kira tulip desa ini hanya seadar merujuk blog-blog pencacai UMNO yang lain dan membabi-buta menjadikan kenyataan putar belit UMNO sebagai pendiriannya juga. Tapi saya sendiri tidak hairan kerana memang itu pun kerja UMNO, mempertahankan apa yang dia tidak tahu.Kalau menipu ahli-ahli UMNO dikampung-kampung boleh la...!!! (sama lah jugak dibandar pun sebab mentaliti UMNO ni sama saja..)

Sebab itulah dalam islam ada dinamakan kerjasama politik. Kerjasama ini tidak melibatkan dasar parti, cuma kerjasama atas persefahaman utuk memerangi ketidak adilan, keazaliman, rasuah, ISA & OSA, salah guna kuasa, penyelewengan harta dan dana rakyat dan sebagainya. Ini berbeza dengan UMNO dan parti komponen BN yang lain. Dasar sama sahaja...Lupakah kita apabila pemimpin MCA mempersoalkan tentang bacaan doa selum mula waktu pengajian di dalam kelas sekolah-sekolah kemenerian, kemudian menteri pelaran memberi arahan supaya doa tidak dibaca atas alasan menjaga sensitiviti agama...?? Siapa yang gadai agama siapa..??? Lupakah kita apabila peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat yang nyata berfungsi memberi pendidikan agama kepada umat Melayu dalam masa yang sama perkapita untuk sekolah cina dan tamil diteruskan..??? siapakah yang menjual agama dan bangsa untuk mendapat kuasa..??? Lupakah kita Khir Johari, menteri pelajaran UMNO yang bertindak memansuhkan tulisan jawi yang sekian lama menjadi tulisan asal bahasa melayu kononnya atas alasan mengurangkan jurang perkauman...??? Siapakah yang selama ini menggadaikan keistimewaan bahasa bangsa sendiri,,,??? Siapakah yang menukarkan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia...??? Siapakah yang menggadaikan nama bangsa sendiri...??? Siapakah yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah-sekolah...??? Maka siapakah yang menggadaikan bahasa bangsa sendiri..??? Siapakah yang cuba mengharamkan pengunaan istilah ISLAM dalam mana-mana pertubuhan dan persatuan...??? Siapakah yang cuba mah menggadaikan ISLAM...???

Inilah akibatnya apabila perlembagaan PAS hanya di "renung" sejenak, sepatutnya dibaca dan dikaji dahulu..bukan sekadar merenung sejenak sahaja..renunglah lama-lama sikit biar faham..macam mana pulak dengan perlembagaan UMNO yang jelas menolak Islam sebagai undang-undang tertinggi parti dan negara...???

wallahua'alam.

4 comments:

albanjari said...

salam anak bapak,
ini ana al-banjari,mintak tolong ante respon email ana tanpa tulisan,mintak sgt..email ana : albanjari_online@yahoo.com

ini kerana ana tak tahu alamat email ante,pasalnya..ana terima email dr hambaAllah, dan ana kurang ilmu mahu menjawabnya,lalu kepada ante lah ana merujuk,kerana ana tahu ante ada ilmu itu bagi menjawabnya..dalam kadar segera ya !

syukran-syukran !

PAS BANGANG said...

Soalan : Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah dinasihatkan oleh MB Nizar Jamaluddin?

Jawapan : Seksyen 18 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, memperuntukkan Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti berikut: Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.

Soalan: Apakah Nizar dan penyokongnya gila

Jawapannya : YA..mereka gila kuasa dan gila ( kalau tak takkan ada penyokongnya yang baring atas jalan)

marauhirang said...

Anak bapak....

Kaluluh aku maniring tulisan Pas Bangang(PB)....
Sandiri batakun...
sandiri menjawap..
Nyapanya kaini....
Ngalih handak di padahi....
Pintar qada hingkat di umpati...
Bungul kada hingkat dilajari...

Minik kupala.......

Salam Banjar Alai Kerian

aNaK BaPaK said...

bukan apa..dia kada handak aku manjaawab, makanya dijawabnya sandiri..hehe...