About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, February 24, 2009

Perang Siber; Kataku (aNaK BaPaK ) Vs Katanya ( UMNO/BN)

juga boleh dibaca dalam blog albanjary online;
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/02/bloggershot-wahyu-yang-ditiupkan_3005.html

Katanya;
mengapa nik aziz tak nak pencen dr berpolitik bukan ke baik bagi dia membuat ibadah khusus utk diri dia menunggu masa yg pasti tiba,mengapa harus membuat dosa memecah belah kan umat islam,kafir mengkafir sesama islam dan mengatakan pas saja jalan benar....pas atau islam........... sebab pas bukan islam dan islam bukan lah pas sesuatu yg berbeza tu.........adakah nik aziz mengejar pangkat dunia,adakah nik aziz suka didewa2kan sebagai tuan guru atau beliau bangga dgn pangkatnya yg tertinggi sebagai mursyidul pas..........adakah nik aziz nak menjadi tuan guru yg disanjungi ahli2 pas yg dianggap ahli itu sebagai anak muridnya.....tidak ke ini boleh membawa kpd riak dan sombong lagi angkuh bukan ke ini dilarang dlm islam utk menjadi pemimpin ugama yg mahu disanjungi dan didewa2kan...........tidak ke anda sedar lakonan baik boleh mengaburi mata penonton tetapi tidak pada Allah yg mengetahui hati hambanya.........

Kataku:
islam ini adalah penyelesaian kepada masalah kehidupan, politik juga kehidupan, ekonomi juga kehidupan, undang-undang juga kehidupan. Maka Islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan. Maknanya tiada istilah pencen dalam berpolitik kerana politik itu adalah kehidupan dan kehidupan perlukan kepada Islam. Mengapa mesti pencen dari menguruskan kehidupan. Dan kenapa pula mahu pencen dari Islam..?

Kenyataan yang mengatakan sudah tua baru nak buat ibadah khusus untuk diri, ini pendapat mereka yang memisahkan islam dan kehidupan. Setiap langkah dan gerak geri manusia dikira oleh Allah, takkanlah watu muda kita tidak taat perintah Allah sudah tua baru hendak taat..? Sebab itu Allah sebut dalam surah Al-zalzalah dua ayat terahir mafhumnya: “ barang siapa yang melakukan amalan baik sebesar zarah sekalipun,akan diperlihatkan, dan barang siapa yang melakukan amalan buruk sebasar zarah sekalipun, akan diperlihatkan” apa maksud diperlihatkan..? maksudnya ialah kita akan diberi bukti oleh Allah bahawa kita telah melakukan sama ada amalan itu berpahala atau berdosa, Allah taa’ala hukum manusiapun siap tunjuk bukti kita buat,kita pulak hukum manusia tanpa ada bukti macam ISA..!! Kalaulah amalan sebesar zarah seperti menepuk nyamuk pun dikira oleh Allah,apatah lagi persoalan amalan menguruskan pentadbiran negara?

Siapakah yang memecahbelahkan umat..? Benarkah tuan guru nik aziz memecah belahkan ummat. Bukankah di kelantan PAS menang banyak kerusi dengan majoriti undi selesa, itu menunjukkan rayat kelantan bersatu atau berpecah..? sebenarnya yang berpecah adalah UMNO, maksud penulis ini seolah-olah UMNO/BN itu adalah segala-galanya, seolah-olah dialah langit dialah bumi. Ketika PR menubuhkan kerajaan, maka parti yang menubuhkan kerajaanlah yang layak melantik JKKK, kenapa UMNO/tiba-tiba melantik bekas-bekas JKKK UMNO menjadi JKKKP pula. Bukankah itu ada unsur memecah-belah masyarakat kampong. Jadi apakah sebenarnya maksud pecah belah disini, apakah kerana UMNO yang berpecah belah, atau pengundi yang dahulunya mengundi BN telah beralih arah mengundi PAS, PKR dan DAP..? Bila ramai orang sokong PR, bukankah itu maksudnya orang ramao bersatu menyokong PR..?? Bila rakyat menolak UMNO melalui pilihanraya, bukankah itu bermksud rakyat bersatu menolak UMNO melalui pilihanraya..??

Isu kafir mengkafir. Yang mensensasikan istilah kafir-mengkafir inilah siapa lagi kalau bukan UMNO. Pemimpin PAS yang pernah sebut tentang “UMNO kafir” secara jells dan terang ialah Dato’ Nakhaie Ahmad, sekarang dah masuk UMNO, kenpa tak Tanya dia kenapa dia kafirkan UMNO? Sebenarnya UMNO tersepit tentang isu perlembagaan UMNO sendiri. Yang disebut ialah dasar politik UMNO yang mengamalkan sisitem secular seperti yang termaktub didalam perlembagaan persekutuan. Jelas perlembagaan UMNO sendiri bila dibahaskan nyata bertentangan dengan syari’at Islam. Apabila pimpinan membahaskan soal dasar ini, maka suratkhabarlah yang mensensasikan istilah kafir mengkfir ini. Bila pimpinan menyatakan dasar UMNO terkeluar dari syari’at, UMNO engan tidak semena-mena mengatakan PAS menkafirkan UMNO…!!!

Isu PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Apakah baginya Islam itu UMNO dan UMNO itu Islam..? Memanglah PAS itu bukan Islam kerana PAS adalah sebuah pertubuhan politik yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan sebagai sebuah parti politik yg memperjuangkan Islam. Kalau tak berdftar nanti orang kata ergera secara haram pulak. Islam adalah apa yang dibawa oleh PAS. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS mesti mengikut dasar Islam bukan seperti UMNO, Islam terpaksa mengikut dasar UMNO?

Persoalan riak atau tidak itu adalah perkara hati, bukankah islam telah mengajar umatnya berakhlak mulia seperti bersangka baik soal hati. Riak ini dalam hati, macam mana kita boleh tahu hati dia riak atau tidak..?? Apakah kita dikira berakhlak dengan mengatakan seseorang itu riak atau tidak. Kita mempersoalkan tentang hatiu orng lai n yang amalannya betepatan dengn syari’at allah, kenapa kita tidak persoalkan hati kita yang nyata melanggar araha allah kepada berangka baik. Lainlah jika dia melakukan perkara mungkar seperti mencuri dan menyeleweng harta negara, maka apakah boleh pula kita bersangka baik kepada pelaku maksiat? Bukankah aneh, seorang yang hanya menjalankan tugas dan amanah oleh rakyat maka kita melihat buruk, mereka yang jelas melakukan kezaliman, rasuah, seleweng, salah guna kuasa dan sebagainya, kenapa kamu tidak melihat ianya buruk..??? Taukah kita sesorang itu berlakon,..? hebat sangatkah kita hendak mensabitkan hati seseorang itu bahawa dia berlakon…? Apakah mereka yang menyalahgunakan kuasa itupun dikira berlakon…?? Dia berkata hanya allah yang mengetahui hatinya sedangkan ungkapan dia sebelum itu sudah pun mendahului Allah, bolehkah kita katakan bahawa seseorang itu bodoh kemudian kita katakana bahawa, biarlah keputusan peperiksaan yang menentukan dia bodoh atau tidak..??

Katanya;
mengapa nik aziz bersekongkol dgn puak kafir utk menentang pimpinan islam yg sedia ada.....mmg pemimpin itu banyak dosanya......adakah nik aziz tiada dosa sesunggunya nik aziz tidak maksum dia hanya manusia biasa tidak boleh lari dari salah dan silap begitu jugak pemimpin negara itu dia jugak manusia biasa spt nik aziz............

Kataku;
kenapa UMNO bersekongkol dengan MCA untuk menentang pimpinan Islam yang sedia ada di Kelantan..? Apakah UMNO maksum sehingga boleh menentang pimpinan Islam di kelantan..?

isu berkawan dengan kafir. Katalah ada dua calon bukan islam. Kedua-duanya jelas kafir. Kawasan itu majority bukan islam. Calon A adalah dari parti yang menyokong kezaliman, perasuah, salah guna kuasa dan calo B adalah dari parti yang menolak kezalima, menolak rasuah, menolak penyelewengan, menolak salah guna kuasa. Apakah kaedah yang Islam guna, sila bukak kitab Kaedah Fiqhiyyah dalam bab mengambil kemudhartan yang lebih ringan untuk menolak kemudharta yang lebih berat. Kedua-dua calon adalah kafir,jelas mudharat, tapi mudharat yang lebih berat adalah penyokong rasuah, kezaliman dan salah guna kuasa. Maka islam membenarkan kita ambil dharurat yang lebih ringan. Maka menjadi harus untuk bersama dengan mereka yang sama-sama menolak kezaliman dan rasuah sert salah guna kuasa.., jadi apa masalhnya..?? Kalaulah dia mengunakan huah menentng pimpinan islam yang sedia ada, kenapa UMNO beriya-riya mahu menentang pimpinan islam yang sedia aa di kelantan..??

katanya:
sekira nik aziz bergelar ulamak dia sepatut nya memihak kpd pemimpin dan dia harus menyeru semua pengikutnya utk patuh pada pemimpin,dia harus MENASIHATI pemimpin itu dan bukan berpakat dgn puak kafir utk menjatuhkan pemimpin islam yg sedia ada itu.............

Kataku;
apakah ulamak mesti memihak kepada semua pemimpin tanpa mengira pemimpin itu menegakkan islam atau menolak islam. Maka apa rasionalnya UMNO di kelantan tidak mahu memihak kepada pemimpin bertaraf ulamak di kelantan. Jika berpegang keda rasional ini, UMNO di kelantan tidak perlu memihak kepda UMNO/BN lagi kerana Tok Guru Nik Aziz adalah pemimpin disana…!!! Apakah MCA, MIC, GERAKAN, PPP, dan lain-lain komponen BN itu adalah parti puak Muslim…??? Bukankah MCA dan MIC yang beriya-riya menghantar memorandum membantah perlaksanaan hudud kepada PAS, bukankah itu bermaksud MIC,MCA dan GERAKAN membantah hudud hukum ari ALLAH..kenapa UMNO diam…??? Jika benar pemimpin UMNO meperjuangkan Islam, mengapa membenarka Khairy Jamaluddin apabila ditanya adakah UMNO mahu laksanakan hudud lalu dia menjawabt “kita teruskan dasar yang ada’ bukankah dasar sekarang ini diimport dari barat yang jelas sekular..???

Katanya;
ini membuat aku tidak boleh menghormati nik aziz walaupun di kata dia MENGAJI...tapi dia telah melakukan kesalahan yg amat besar....sebab kata2nya yg disebut walaupun dia tahu itu salah dia tak sanggup mengaku kesalahannya kerana MALU dgn pangkat tok guru nya itu.........nanti apa kata org tok guru boleh buat salah..........

Kataku;
Tuan Guru Nik Aziz cuma sebut apa yang dia mengaji. Itulah fungsi ilmu, bila dah mengaji mesti disampaikan. Bukankah pendapat dia ini sebenarnya adalah sangkaan buruk semata-mata. Pernahkah tok Guru sebut begitu atau sangkaan buruk semata-mata kerna sebenarnya dia melihat to guru itu buruk. Orang yang tidak menghargai ilmu macam mana nak hormat orang berilmu? Hanya orang yang berilmu sahaja yang tahu nilai ilmu dan menghormati orang yang menyampaikan ilmunya. Apakah begini akhlak kita yang hanya mengeluaran kenyataan hanya melalui sangkaan buruk, apakah ini boleh diterima sebagai hujah…??? Kalau sekadar sangkaan, siap pun boleh buat sangkaan. Yang pelik benda tak nampak dia nampak, benda maksiat nampak dia tak nampak..!!!

Katanya;
nik aziz manusia biasa yg tiada beza dgn org lain kecuali ilmu nya yg membezakan sekira ilmunya itu menghijab dirinya maka terhijab juga lah mereka yg mendewa2kannya dan yg menjadi pengikut setia nya..

Kataku:
apakah yang dia itu manusia luar biasa sehingga mampu mengetahui ilmu seseorang itu menghijab diri atau menghijab orang lain. Kenapa tidak buktikan ilmu apakah yang dikatakan itu salah dengan dalil dan bukti, apakah sekadar menyebut bahawa ilmu dia salah tapi kita tidak nyatakan apa kesalahan ilmunya dan dimana benarnya ilmu kita ini..??? sekiranya dia mndakwa tok guru di dewa-dewakan, maka kenapa najib dan paklah di’dewa-dewa” kan UMNO…??

Katanya:
wahai nik aziz yg kurang budiman mu baca quran tu utk diri mu biar mu paham dulu sebelum mu royak kat orang...kalau mu baca quran utk org nanti mu yg tak paham sebab sibuk nak taruh je org...syok kan guna kalimah suci utk kepentingan diri dan parti ada backing lagi hehehe.......tapi mu kene ingat surah Al Maidad 44.............DAN JGN LAH KAMU MENJUAL AYAT AYAT KU DGN HARGA YG SEDIKIT(kerna pangkat,puji pujian dunia dan segala keuntungan dunia)

Kataku:
Tok Guru nik aziz membaca tafsir untuk kepentingan diri atau yang berkata itu tarasa dengan apa yang disebut. Ataukah kita hanya mahu tfsiran al-quran yang tidak kena atas batang hidung sendiri lantas kita katakana ayat itu digunakan untuk kepentingan diri. Apa maksud ayat ini “ janganlah kamu jual ayat-ayat ku dengan harga yang sedikit” bukaklah tafsir, apa maksud menjual, maksudnya menukar atau meolak, apa maksud ayat-ayatku, maksudnya tanda-tanda kebasaran ku, ayaat dalam bahasa arab bukan ‘ayat” tapi tanda..apadia tanda-tanda kebesaran allah, islam dan hukum-hakamnya. Apa dia yang dikatakan dengan harga sedikit..iaitu mengntikan islam dengan dunia.., maksud ayat ini ialah “ jangan kamu tukarkan islam dan hukum-hakamnya ini dengan kemewahan dunia, ataupun menolak islam digantikan dengan dunia, contohnya menolak hudud tetapi digantikan dengan undang-undang british kerana takut pelabur tak datang…!!!

Katanya;
mu nik aziz dan kesemua kunco2 mu ni patut bertaubat dan hentikan kesemua perpecahan yg korang lakukan ni.......tahukah engkau sekira nya ada pemimpin islam yg mentadbir haram bagi puak islam lain berpakat(pas) utk menjatuhkan pemimpin itu....sejarah islam telah membuktikan yg tiada umat islam yg menderhaka pada khalifah nya kecuali mereka yg bersekongkol dgn puak khawarij yakni suku sakat yahudi....dan sapa yg mengikut sesuatu kaum itu maka mereka tergolong dalam kaum itu..........kata nabi kalau nampak puak khawarij bunuh saja mereka...........kerana mereka puak yg suka perpecahan dlm islam.......

Kataku:
kita Tanya pulak UMNO/BN dikelantan, kalau dia berkata,” tahukah engkau sekira nya ada pemimpin islam yg mentadbir haram bagi puak islam lain berpakat(pas) utk menjatuhkan pemimpin itu....” bagaimana pula dengan UMNO/BN dikelantan yang menentang untuk menjatuhkan pemimpin islam yang sedia ada di sana? dan kemudia dia berkata “sejarah islam telah membuktikan yg tiada umat islam yg menderhaka pada khalifah nya kecuali mereka yg bersekongkol dgn puak khawarij yakni suku sakat yahudi” dan kita henda bertanya; jika UMNO/BN di kelantanlah yang berusaha menjatuhkan pimpian islam yand sedia ada di kelantan ( lebih 20 tahun memerintah ) maka siapakah di kelantan yang dikira bersekongkol dengan puak khawarij yani suku sakat yahudi..??? dan kata mereka “nabi kalau nampak puak khawarij bunuh saja mereka...........kerana mereka puak yg suka perpecahan dlm islam.......’ maka apakah boleh dibunuh sesiapa yang menyokong mereka yang beruasaha menjatuhkan pimpinan islam di kelantan, bukankah mereka yang menentang dan ingin menjatuhkan pimpinan islam sedia ada dikelantan adalah mereka puak yang suka perpecahan dalam islam…???


Katanya;
sedarkah bahawa pemimpin2 pas sudah mula gila kuasa,pangkat,nama,sehingga sanggup melakukan apa saja utk kepentingan dunia mereka............sanggup sekongkol dgn puak kafir sanggup menjadi boneka puak kafir apakah ini perjuamgan islam sejati.......tidak kah anda merasa MALU dalam diri anda MALU dgn perbuatan anda yg sanggup menipu pengikut2 anda dgn fatwa yg boleh diubah2 mengikut selera pemimpin anda......tidakkah anda MALU kerna ditipu oleh pemimpin2 anda yg berlakon mengikut masa utk kepentingan duniawi mereka............

Kataku;
maka apakah UMNO dikira tidak tahu malu apabila sanggup melakukan apa sahaja sehingga sekian lama bersekongkol dang MCA.., MIC.., GERAKAN, PPP dan macam macam lagi.., mereka semua itu islamkah…? Bukankah menteri dikalangan mereka ini yang menghantar memorandum mencabar kuasa mahkamah syariah dan IFC di parlimen dahulu, atau apakah kerana merka menyokong UMNO maka perkara itu tidak dikira menolak islam. Tidakkah UMNO menjadi boneka gerakan dan MCA ketika UMNO mempunyai lebih kerusi di Pulau Pinang pada tahun 1990 ( UMNO 12 – GERAKAN 10) namun diberikan jawatan KM kepada Koh tTsu Kun, bukankah itu jelas-jelas menunjukkan betapa UMNO adalah boneka kafir GERAKAN, atau apakah kerana ia UMNO maka ia tidak dikatakan sebagai boneka..??? tidak kah anda malu apabila pimpinan MCA mendesak agar doa yang selalu dibacakan oleh pelajar di sekolah tidak diadalkan kemudian menteri pelajaran melarang bacaan doa atas nama perpaduan, bukankah itu keputusan boneka dan jelas menghina islam…?? Tidakkah UMNO malu apabila ,menyokong tindakan pimpinan MCA,GERAKAN dan MIC menghantar memorandum bantahan perlaksanaan hukum hudud oleh PAS sedangkan hudud ini adalah tanggungjawab semua muslim tak kira UMNO atau PAS..??

tidakkah UMNO malu apabila menarik balik bantuan perkapita sekolah agama rakyat yang nyata milik rakyat melayu islam tetapi dalam masa yang sama meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah jenis cina dan tamil..bukankah itu tandanya UMNO boneka kepada cina dan India ..???

katanya;
tidakkah anda merasa MALU diperalatkan,digelar samseng jalanan,digelar pengamal ilmu songsang,digelar boneka kafir,digelar puak pelampau ugama,semuanya ini sebab pemimpin anda yg melampaui batas..........sedangkan malu itu separuh dari iman..........kpd org2 pas dan semua pemimpin pas aku nak pesan keje hangpa buat pecah belah ni salah,keje hangpa nak jatuh kan pemimpin islam ni slah,keje hampa nak islam pas saja betul islam org len x betul pun salah jugak...............kalau tak tahu malu hangpa buat la(kata rasul tu)...............tapi ingat iman hangpa x sempurna sebab separuh dah rosak............bila separuh tu rosak rosak lah semua iman hangpa tu sebab iman tak leh men sekerat2 kene lah penuh.............baik bertaubat sebelum terlambat........

Kataku:
yang hangpa nak jatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat ini bukan pecah belahkah namanya tu…??? UMNO menolak hudud, apakah itu kesempurnaan iman…? UMNO cuba haramkan penggunaan perkataan Islam.., apakah itu kesempurnaan iman..? menteri UMNOlah yang menghapuskan tulisan jawi sehingga umat melayu ramai yang buta l-quran (tidak kenal huruf arab) apakah itu kesempurnaan iman…?? UMNOlah yang mruntuhkan masjid dan surau di selangor dan terengganu..apakah itu kesempurnaan iman…??? UMNO sekat bantuan sekolah agama rakyat..apakah itu kesempurnaan iman..??? Menteri UMNO, nazri aziz mengatakan, kita hanya sebut pasal islam kerana hendak menyaingi PAS..apakah itu tanda seorang yang beriman…???? Sekarang Siapa yang perlu bertaubat…???

7 comments:

haji Nizar said...

Rentikan la kata ku , kata mu..makan gaji dengan kerajaan BN..letak jawatan je le..tak payah cakap byk..

hidup ko sedang disubsidikan oleh kerajaan kami, kerajaan BN...

TAK MALU KE ? ANAK BINI MAKAN HASIL KERAJAAN BN...

itu le rupenya orang PAS...pendapatan sendiri takda..dah lah miskin harta, miskin akal pulak tu..

aNaK BaPaK said...

hahahaa..ada lagi tokeh kedai runcit ni..nak suruh berenti..haha..ingat aku bodoh macam orang umno ke..??!!!

kesian...

hah..kenapa tak respon balik apa yang aku tulis..tulislah ikut kebijaksanaan kamu sebagai seorang peniaga runcit atau tanya kawan kamu yang menternak kambing nak hebat lagi..tanyalah kawan kamu yang peguam cap ayam itu..hehe..

sorilah ye..kata-kata anda sudah saya jawab dalam entry2 yg lepas..silalah baca dan fikir cara dalam..saya nak jawab benda lain pulak..haha..

p/s: orang kalau dah bagi jawapan tak reti2 tak faham2, tu manknanya manusia tak reti bahasa dan tak faham bahasa..

sekian..jawapan..baca ba;ik posting yang lepas..

terima kasih.

wassalam

Z-MAY said...

islam itu kehidupan. kita tak mau lihat ada golongan mempergunakan islam untuk meraih kehidupan kepentingan diri atayu sesuatu yg merugikan agama dan bangsa...

angah achoy said...

siapakah yang menggunakan agama untuk kehidupan dan siapakah yang menyalahgunakan agama?

mana satu pilihan anda;

a) Seorang yang menggunakan agama untuk menutup kezaliman, rasuah, penyelewengan, ketidaktelusan,salah guna kuasa dan mengambil harta rakyat.

b) seorang yang mengguakan agama untuk menegakkan keadilan, menolak kezaliman, menolak rasuah, menolak penyelewengan, menolak ketidak telusan dan memerangi mereka yang menyalah gunakan harta rakyat..

marauhirang said...

Assalamualaikum....

Anak Bapak....

Handak batakun pada andika...

Adakah kulaan andika yang baganak di parit abas... kuala kurau....

aNaK BaPaK said...

wallahu a'lam..ramai kulaan ulon di sungai manik

mun ada nang tarait lawan ustaz hassan shukri..bujurlah tu..

Anonymous said...

countries and now this taste is also brought to the western And I think that defining the value, making it very clear, and [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]ルイヴィトン 通販[/url] "Dating To Relating" and "Double Your Dating." 2008 advanced experience in the game. The video contemplates more on [url=http://www.hotelshelter.com/louisvuitton.htm]ヴィトン 財布[/url] unique. And so I wouldnt say that we really align with trends, not. do. searched a few times, have not seen a good program just [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]cheap Christian Louboutin[/url] interest factor. If a man communicates interest in a woman, she books she is looking at to see her interests. Walk over to her [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]Christian Louboutin sale[/url] that is almost your insurance policy. Go out and experiment. Go really increase your game, check out my website. I have more of [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]http://www.hotelshelter.com/rolex.htm[/url] sitcom, Married... with Children, as Kellys two-timing biker feet, David quickly ran to the bathroom to take a bath towel to ,
for you will get the answers here. If you want quick brainless "friendship" stage. There was an occasional hug, an occasional [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]ロレックス時計[/url] founders in Europe. David, I would love to start with just a quick hit of 1993 and was responsible for the revival of popular cinema. [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]ロレックスサブマリーナ[/url] Gilmour is not happy about the essential theme of his song, not and hazards or speed breakers are also indicated in his [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]http://www.hotelshelter.com/rolex.htm[/url] the Mystery Method with Neil Stausss (Styles) The Game? Well for top grosser s of the year and Dhawan Haseena Maan Jaayegi (1999) [url=http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm]http://www.hotelshelter.com/christianlouboutin.htm[/url] windowsill before , Lu Sheng Su but said: "Come on, old basking women summer new skirt women summer new Taobao summer models [url=http://www.hotelshelter.com/rolex.htm]ロレックスサブマリーナ[/url] magical dimension in which Mr. Dick lives, he envisions and look like Brad Pitt or drive a Viper. Its all about the attraction