About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, February 20, 2009

Perang Siber ; aNaK BaPaK Vs Penulis Upahan UMNO ( Haji Nizar )

Ini lagi satu spisis yang terhasil dari projek pembodohan anjuran UMNO yang kecewa. Yang ini tak ada hujah apa pun, Cuma membuat tuduhan rambang saja.

Dalam komen Haji Nizar kata;

“diaorang mana sedo diri PAS BANGANG.."

tempat kerja aku, adalah seorang mamat tu, PAS karat habih, semua tak betoi dgn kerajaan, time bonus keluar, pagi buta dah berdiri depan ATM..”

aNaK BaPaK respon;

Menurut respon Encik Adam menyebut bahawa pemberi komen Haji Nizar ini bekerja sebagai pekedai runcit. Katanya berbunyi macam ni;

“hJ Nizar - tokeh kedai runcit je , dan aku, ternakan kambing aje,”

Sedangkan dalam komen Hai Nizar mendakwa bahawa ada satu orang yang bekerja setempat dengannya. Apakah ertinya bekerja setempat dengan Haji Nizar? Mungkinkah Haji Nizar bukak Kedai Runcit satu bangunan dengan si mamat PAS ini, atau Haji Nizar mereka-reka cipta cerita tentang mamat PAS itu, atau Haji Encik Adam yang berbohong atau mungkin Haji Nizar yang berbohong?

Encik Adam kata Haji Nizar Seorang pekedai runcit sedangkan Haji Nizar dalam komen dia kata ada mamat tu satu tempat kerja dengan dia. Persoalannya, kenapakah Encik Adam kata Haji Nizar seorang pekedai runcit sedangkan mamat PAS ini pulak bekerja setempat dengan HAji Nizar dan makan gaji kerajaan pulak..Haji Nizar buat apa kat situ..meniaga runcit dalam pejabat kerajaan ke..ke pencacai upahan UMNO dalam weblog PR..? Apa pandangan encik lawyer Budak Bangang…? Ini satu konspirasi nak menipu atau sengaja nak ada-adakan cerita konon-konon kamu bertiga ini tak makan gaji dengan kerajaan tetapi sokong UMNO/BN, dengan harapan nak sindir aku yang kononnya aku bekerja dan makan gaji dengan kerajaan bukan? Persoalan lain, apakah haji Nizar itu Adam dan Adam jugak Haji Nizar..???

Jadi apakah benar mamat itu wujud atau sengaja diwujudkan cerita..?? Kalau benar pun wujud, apa salah mamat itu nak sokong PAS…? Perlembagaan persekutuan menjamin kebebasan warganegaranya untuk bebas memilih, bercakap dan menyertai mana-mana pertubuhan pun. Ada pendaftar pertubuhan kata PAS satu pertubuhan haram..? PAS pun ditubuhkan ikut syarat yang pendaftar pertubuhan tetapkan..? Yang aku tau..orang yang cuba nak haramkan penggunaan kalimah ISLAM dalam mana-maa persatuan pemimpin UMNOlah..!!! Tu tak sedar diri betapa UMNO PERNAH DIHARAMKAN OLEH MAHKAMAH ZAMAN 80-AN DULU SEBAB ADA CAWANGAN HARAM..??? DAH SAH UMNO PERNAH DIHARAMKAN…!!!!

Haji Nizar kata lagi;
“diaorang ni ISLAM pada malam hari, jadi PENYAMUN TARBUS disiang hari..”

aNaK BaPaK respon;

Azmi Khalid masa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar mendakwa Menteri sebelum dia ( Annuar Musa ) menyeleweng peruntukan RM 27 juta..itu apa itu..owh…kalau UMNO tak pa..curik siang malam pun tak apa sebab UMNO, UMNO kan sekular, sekular kan politik suku agama suku..tak gitu…hai kenapa senyap aje kes tu..kes Kasitah Gadam apa cerita..Rais Yatim cadang di adakan tender untuk pemilihan UMNO..apa cerita…??? Ke kamu tak tau cerita Haji Nizar oi..ke tak sedar diri lagi…??? Ini bukan lagi penyamun tarbus di siang hari, penyamun dan penyangak duit rakyat siang malam selama 51 tahun sejak Malaya merdeka lagi..tu dia..!!!!

Haji Nizar kata lagi;
“time gaji dia kedepan, time bersembang dia la PAS KARAT..”

Kira mamat ni beranilah..bukan macam haji nizarr yang tak berani pun dedah muka dan nama macam aku ni ha…!!! Dah gaji masuk, tak kan nak ke belakang, ke depan lah pegi cucuk duit. Dah mamat ni orang PAS..takanlah dia nak sembang sokong UMNO..macam Haji Nizar jugak lah..takkanlah kat tempat kerja ( kedai runcit ) nak sembang sokong PAS..dah tentulah sembang betapa kamulah UMNO KARAT..!!! Kalau dah mamat tu orang PAS. Sembang pun PAS..tak kesahlah karat ke tak..ke kamu yang sakit telinga dengar si mamat tu cakap sampai merah dan berkarat telinga kamu dengar..haha..bila dah abis modal..hujah pun tarak..inilah kalimah biasa manusia spisis UMNO ni dimana-mana pun di atas muka bumi ni..kira macam nilah bunyiknye..kalau kau tak suka UMNO, kau makan gaji ngan UMNO ni buat apa..berenti kerjalah..!!! macam duit gaji dan negara ini makbapak UMNO yang punya..duit orang dia mengaku duit dia pulak..muka tak malu betul lah UMNO nih…!!!!!!

Haji Nizar kata lagi;
“betoi kata ko, kalau nak jadi pejuang sangat, letak jawatan jadi cikgu, pergi mengajor di sekolah pondok..”

aNaK BaPaK respon;
aik..macam sama aje buyi Haji Nizar dengan Budak Bangang..!!!satu fikrah rupanya..ooo lupa pulak..fikrah dan mentality UMNO ni memang satu spisis yang sama, suka serkap jarang orang. Aku dah tak jadi cikgu dah pun, dulu pun cikgu Sekolah Agama Rakyat aje..mak ayah student yang bayar gaji aku ni ha. So apa halnya..habis modal nak cakap ke suruh orang letak jawatan..emm..siapa ye yang kata nak cari aku nak pindahkan aku ke Sarawak sampai pencen...!!!

Wuahh…!!!! Sorang peguam, sorang bukak kedai runcit yang mana tempat kerjanya itu (kedai runcit/office) ada mamat yang kerja dengan kerajaan, tak taulah kot mamat ni selalu gi beli barang kat kedai Hai Nizar ni ha siap borak-borak pasal politik ditempat kerjanya tu. Yang sorang lagi bela kambing, mungkin bukan dari kalangan tiga ini kot atau tiga dalam satu..hanya Allah jua maha mengetahui..ade pengarah pendidikan kat sini..???? Aku ingat ADUN je kena letak jawatan, cikgu pun kena..haha..!!!

akhirnya Haji Nizar pun kata:
“TAK PAYAH SEMBANG LA WOIIIII...”

aNaK BaPaK respon;
suruh orang tak payah sembang, tapi dia menyebok dalam blog orang, bukan ke itu nak ajak menyembang namanya. Hebat sangat ke kamu nak kata aku tak boleh nak sembang dengan hang..??? Persoalan aku yang lepas-lepas terhadap kamu dulu..ada jawab…???? Cuba Tanya budak Bangang yang peguam tu..boleh ke jadi pendakwa raya dalam masa yang sama jadi hakim..??? dia tuduh dia hukum, lepas tu kata kat tertuduh.. TAK PAYAH SEMBANG LA WOIIIII..bila masa tertuduh nak bela diri…!!!

1 comment:

Saf Badar said...

Assalamu'alaikum
Syabas! Anta seorang anak muda yang berani dan mempunyai pemikiran dan ilmu yang baik. Teruskan perjuangan anta dengan mereka-mereka ini yang nyata-nyata jahil dan perlukan pendekatan yang lebih lagi. ALHAMDULILLAH, kerana ALLAH kurniakan kami dengan orang muda seperti anta dan jangan kita berhenti berusaha dan berdoa agar ramai lagi anak muda seperti anta akan dikurniakan ALLAH pada kita rakyat Malaysia dan jangan lupa juga untuk terus berusaha dan berdoa moga-moga ALLAH akan memilih mereka-mereka ini (Budak bangang, malaim nawar, dll) untuk sedar yang mana hak dan yang mana batil.