About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, February 20, 2009

Perang Siber; aNaK BaPaK Vs Penulis Upahan UMNO ( ADAM )

Aku respon apa yang si ADAM ni kata dalam respon dia kat posting aku...

Adam kata;

"aku wonder jugak macamana dia boleh balas comment time kerja?"

aNaK BaPaK Respon ;

nak wonder apanya dah PC ada depan mata aku dalam office aku, apa nak susah sangat nak bagi komen terhadap tulisan korang yang jelas tak bermutu itu.

ADAM kata lagi;
"makan gaji buta kut? lain la macam kita ni, swasta dan ada syarikat sendiri, tapi sokong BN..kalau tak sokong pun takpa, memang tak ada kemudahan dengan BN.."

aNaK BaPaK jawab;
betul ke aku makan gaji buta, kenyataan korang ni nampak sangat ada kepalsuan. "kita" wuah..kira hebat jugak kamu selaras waktu ye..,tak bertindih pun kongsi PC ke??? Mari kita tengok sikit masa dan waktu kamu nagi respon bila..

Budak Bangang (kononnya Peguam)
February 19, 2009 11:58 AM

Haji Nizar ( kononnya Peniaga kedai runcit )
February 19, 2009 12:03 PM

ADAM ( kononnya penternak kambing )
February 19, 2009 12:17 PM

Budak Bangang ( kononnya peguam )
February 19, 2009 2:14 PM

Dalam ke empat-empat komen ini, mari aku nak selidik untuk tatapan pembaca blog aku sekalian, mula-mula Budak Bangang seorang peguam menulis dua minit sebelum pukul dua belas.komen dia agak panjang dan mungkin ambik masa panjang juga, boleh jadi sepuluh minit atau dalam pukul 11;40 ke,dalam lingkungan itulah, takkan sejam, kalau sejam nak tulis sepanjang itu, kira nak serkap jarang pun amik masa lama, betul lah bekarat otak manusia spisis UMNO ni..tapi tak mungkin..dalam sepuluh minit aje rasenye..

tiba-tiba dalam masa lima minit selepas Budak Bangang bagi komen, dapat lagi satu komen dari Haji Nizar pulak, seorang peniaga runcit. cepat betul dia menaip. boleh jadi dia taip dengan mesen duit kat kedai dia agaknye..respon pertama dari Budak Bangang pukul 11:58, datang respon haji nizar pukul 12:03 minit, beza lima minit aje, gaya Haji nizar ni tulis adalah mengiyakan apa si Budak Bangang cakap dengan bawak cerita pasal mamat PAS yang makan gaji kerajaan tapi satu tempat kerja dengan dia, boleh jadi budak tu kerja casher kat kedai runcit Haji Nizar tapi kerajan bayar gaji si mamat ni agaknya.berapa minit Haji nizar baca respon budak bangang,3 minit agaknya, tulis respon/komen, mungkin 2 minit, wuah hebat jugak lakonan kamu ni ye..Haji Nizar mestilah mula menulis selepas pukul 11:58 seminit dua lepas baca komen terus bagi komen, hebat-hebat..!!! Syabbas betta...!!!

Respon ADAM seorang penternak kambing muncul jam 12:17, 14 minit dari komen Haji Nizar. agak lama sikit sebab tulisan dia agak panjang..komen yang last sekali datangnya dari Peguam Bangang, ops..Budak Bangang..yang ini pelik sikit..negatif tiga minit dari ADAM.. tak apalah..boleh jadi kamu bertiga ini dah saling sms atau talipon antara satu sama lain bahawa aku dah bagi respon,,kau pulak bagi respon..ahhaaa..kira lebih kurang macam tu lah ka..atau duduk sejiran kot..nak kata PC sebelah menyebelah tak mungkin, pasal budak bangang ni peguam , dah tentu dia guna PC kat office firma guaman dia, takkan nak pakai PC tuan hakim, pasal dia tak ada kena mengena dengan kerajaan. Haji Nizar Pulak seorang pekedai runcit,takkan kedai dia dalam kawasan mahkamah, ooo mungkin pejabat firma guaman Budak Bangang tingkat dua kedai runcit tingkat satu, tapi encik ADAM pulak..takkanlah kandang kambing dia yang dia kata maju tu duduk kat tingkat paling bawah..owh,,..mungkin dia bawak laptop kat kandang kambing atau pejabat dia kat kandang kambing atau boleh jadi siber Cafe kat tingkat atas frima guaman. Tapi keputusan paling nyata di akhirat besok lah, kita akan tau siapa kamu ini dan kamu akan jumpa aku,tak tahulah jumpa kamu bertiga ke atau jumpa kamu 3 dalam satu ke..hehe!!! wallahua'lam.

sambung lagi, kata encik ADAM;
"tapi mangkuk sekor ni cikgu rupanya..SUNGGUH MEMALUKAN, kerja kerajaan Umno tapi kutuk Kerajaan Umno..apa cerita ? nak masuk politik pembangkang tapi takda pendapatan sendiri..buat malu je la woiiii..."

aNaK BaPaK respon;
ai..hari tu kata panglima perang Sallehudin Al-Ayubi tak pernah maki hamun musuh, cakap tak serupa bikin nampak, yang pasal mangkuk ke ekor ke, aku serah pada Allah ajelah, malas nak layan..tapi memang SUNGGUH MEMALUKAN, tak malu kata aku kerja dengan 'kerajaan' UMNO lepas tu kata aku kutuk kerajaan UMNO,tapi aku heran kenapa kamu beriya-riya kata aku cikgu kerajaan, owh mungkin tengok kat profile aku kot, kat situ tulis;

aNaK BaPaK

* Age: 26
* Gender: Male
* Astrological Sign: Capricorn
* Zodiac Year: Dog
* Industry: Education
* Location: Tanjong Karang : Selangor Darul Ehsan : Malaysia

ingat kamu kerajaan aje ke boleh bagi gaji kat cikgu, rakyat pun boleh lah..yang jerajaan itu pun dapat duit dari rakyat bukannya derma dan sumbangan dari kocek UMNO, tak baca buku kenegaraan ke..cuba cek dalam buku pengajian am STPM tengok...apa dia sebut peranan kerajaan dan hak rakyat, ai kata lawer, takkan asas pembinaan dan struktur negara pun tak reti.cuba bukak buku sains politik, apa dia maksud negara, apa dia maksud perlembagaan, apa maksud kuasa dan pembahagian kuasa,apa maksud dasar awam dalam negara..Dalam perlembagaan Malaysia ada sebut ke warganegara Malaysia macam ni, setiap warga negara tidak berhak bercakap dan berfikir dan mengeluarkan pendapat melainkan jika tidak bercanggah dengan dasar UMNO, UMNO buat baik ke tak baik ke..kena ikut..suruh makan taik..jangan bantah, ini negara UMNO yang punya, taik itu pun walaupun keluar dari 'pungkoq' kamu jugak adalah UMNO yang punya..!!! ada ke undang2 kata macam tu..??? jangan tanya kambing yang kamu ternak tu, tanya lawyer Budak Bangang...tapi malangnya aku hanyalah bekas cikgu, itu pun mengajar kat sekolah agama rakyat, gaji tak besar tapi alhamdulillah cukup,kalau tak rasuah tak menipu tak menyeleweng..insya-allah cukup.

ADAM kata lagi;
"nak politik buat macam kitaorang, kita orang makan gaji sendiri, PAS BANGANG - peguam ,"

aNaK BaPaK kata;
politik ikut cara kamu politik bodoh nama dia, sah-sah perlembagaan dan undang-undang negara bagi peruntukan untuk sesiapa sahaja bekerja dan dapat gaji, pergi tolak buat apa. Aku yang tak kerja kerajaan pun tau duit gaji tu pun kerajaan kutip duit cukai rakyat.Orang UMNO pun bayar cukai Orang PAS pun bayar cukai, dah tu kamu ingat duit kerajaan ni UMNO punya ka..??? tapi yang bangangnya UMNO ni bila dibagi amanah jaga duit rakyat, dia bisnes pulak dengan rakyat, lagi teruk dibodohkannya rakyat tu. Cuba ambil contoh putrajaya, beli tanah dair kerajaan selangor masa tu RM200juta, sah duit rakyat, lepas tu bina kompleks pejabat kerajaan, ok lah untuk kemudahan rakyat buat urusan dengan kerajaan, tiba-tiba muncul putrajaya holding,kerajaan bayar sewa pulak kat PutraJaya holding..eh..rasional apa ini...??? rasional UMNO la tu..kita buat rumah dengan duit sendiri, bila dah siap rumah kita duduk tapi bayar sewa pada orang lain..ini cerdik ke bangang...??? Bina putrajaya tu rakyat bukan persoalkan membazir buat bangunan tu, yang membazirnya, kerajaan bina dengan duit rakyat tapi bila dah siap kerajaan bayar sewa pada putrajaya holding..duit rakyat lagi..nak buat apa bayar sewa kalau dah buat dengan duit sendiri..???

ADAM kata;
"hJ Nizar - tokeh kedai runcit je , dan aku, ternakan kambing aje, kitaorang takda lesen kelas F pun..tak da lesen kewangan pun, semua buat sendiri, takda bantuan adun BN pun, kalau kitaorang yang menentang lain le, sebab memang takda sangkut paut dengan BN..tak makan gaji dengan BN pun..kemudahan pun kemudahan public yang perlu di apply dengan kelayakan."

tapi yang pelik bila Haji Nizar bagi komen pada aku macam ni;
"tempat kerja aku, adalah seorang mamat tu, PAS karat habih, semua tak betoi dgn kerajaan, time bonus keluar, pagi buta dah berdiri depan ATM.."

aNaK BaPaK nak tanya;
siapa mamat tu yang bekerja di tempat kerja Haji Nizar.Bunyinya mamat tu macam kerja dengan kerajaan tapi sokong UMNO.Maka haji nizar pun marah.Kerja apa mamat tu di tempat kerja Haji Nizar...??? ini cerita betul ke Haji Nizar menipu..??? ADAM kata haji nizar tokeh kedai runcit, tapi Haji Nizar kata ada mamat kat tempat kerja dia..apa sebenarnya kerja haji nizar dan apa hubungan kerja Haji Nizar dengan mamat tu...??? Dah Haji Nizar berkedai runcit, mestilah tempat kerjanya di kedai runcit, abes..mamat tu kerja tempat kerja haji nizar tu kerajaan bayar gaji ke..??? huhu...

Kemudian siap nafikan benda yang aku tak tanya..tu yang pelik tuh..owh..mungkin nak mengelakkan dari dilabel sebagai kontraktor UMNO, sapu projek guma kabel kroni, atau mungkin takut dilabel rapat dengan ADUN, kabel baik punya la..atau mengelak dari dilabel gunakan kabel UMNO/BN. Lain kali kalau orang tak tanya, jangan jawab, jangan nafikan benda yang orang tak soal.Dalam kaedah balaghah ( kaedah sastera arab )bila orang yang tak semena-mena nafikan benda yang orang tak persoal, menunjukkan ada yang tak kena dengan penafian dia. contohnya orang belum tanya apa-apa lagi dia dah jawab, saya tak mencurik..haha..macam mana tu..itu kaedah bahasa bagitau..aku tak tahulah kamu sapa..hanya kamu yang tahu tentang diri kamu..kamu nak kerja apa pun suka hati lah..dalam kaedah balaghah jugak..ada satu teknik penafian dan pensabitan untuk meyakinkan bahawa dia bukanlah orangnya..contohnya..orang belum tanya lagi dia dah jawab, saya tak buat apa-apa, kebetulan lalu sini aje..kalau dah ada soalan kes lain..ini belum tanya dah jawab..ada masalah tu..ini siap cakap tak makan gaji dengan BN pun..aku tak tanya pun...!!!lepas tu kata"kemudahan pun kemudahan public yang perlu di apply dengan kelayakan." kalau kamu tak bagitau pun, memang itulah caranya pun nak mohon apa-apa dari kerajaan, yang nak ceritakan sangat korang apply dengan kelayakan,ada unsur mensabitan menutup penafian. Tak dak sapa persoal hangpa nak apply apa-apa dari kerajaan tapi yang hangpa nafi sebelum orang tanya pasai apa..??? Biasanya pencurik belum apa-apa dia dah kata dah, saya tak curik..!!!

ADAM kata lagi;
"meh aku cete pasal PAS BANGANG - dia peguam tapi takda satu pun kontrak dengan kerajaan, semua kes sivil biasa."

aNaK BaPaK kata;
jadi apa masalahnya peguam dengan kontrak kerajaan kalau ia memang layak dapat.janganlah macam nak bagitau orang macam nak sembunyikan sesuatu. aku tak tau, kamu yang tau. aku nak tau pun akhirat besok lah...aku bukan kenal korang pun..

ADAM kata lagi;
"Hj Nizar - tokeh kedai runcit biasa, mula berniaga pun kat umah aje, dah ada modal buat kedai sendiri, takda loan pun dengan bank atau kerajaan"

Aku - ternak kambing mula 2 ekor aje, kerja swasta asalnya, kumpul2 duit beli kambing , besarkan kandang.."

aNaK BaPaK kata;
kira hebatlah tak ada loan dengan bank dan kerajaan, cakap ajelah orang kaya, itu pun susah nak cakap...aku gaknya je..!!! tak tau lah perniagaan runcit yang macam mana samapi pukul 12 tengahari pun boleh sempat baca dan bagi komen dalam blog. dalam blog-blog lain pun ada adam ni, macam tak kira waktu aje bagi komen, owh lupa, dia ada seorang mamat yang kerja di tempat Haji Nizar kerja yang gajinya bukan Haji Nizar bayar tapi kerajaan yang bayar.

Kamu wahai encik ADAM, ternak kambing mulanya dua ekor, sebelum bela kambing kerja swasta, ternak kambing sektor swasta ke sektor awam, ehem..ternak kambing kerajaan bayar gaji ke..??? hehehe..ada yang tak kena dari struktur ayat kamu ni..lawak je ancik adam..saja menduga akal..baguslah bela kambing, aku pun bela ayam je kat kampung, tanam kunyit..buat makan sendiri aje..hehe..

ADAM kata lagi;
"kita orang politik biasa, takda jawatan dan takda sangkut paut dengan kerajaan..tapi ko buat malu aje..makan gaji dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan, apa barang lu?"

aNaK BaPaK respon;
Eh..kamu ni bukan orang politik biasa, kalau totok UMNO macam ni dikira orang politik luar biasa, orang politik biasa tak sebok dia nak kacau-kacau blog orang lain bagi komen yang bukan-bukan. Macam aku ni lainlah, gaji pun parti bayar, aku sendiri bukan orang politik biasa,Sepenuh masa politik.

kiranya ape yang kamu nak ceritakan kat aku, kamu bertiga atau tiga dalam satu ni kira yang terbagus lah ye..tak kerja dengan kerajaan tak makan gaji kerajaan lepas tu tak ada pulak kutuk kerajaan. dari segi bahasanya, ini antara cara hendak mewujudkan kontra antara orang yang berbahas, dengan harapan orang itu berfikir,ye tak ye jugak, tak kerja kerajaan pun, tapi dia sokong kerajaan, boleh jadi kamu merujuk kepada umur aku yang dikira budak la kan..ingat aku termakan la dengan kata-kata engkau yang tahap sekolah menengah bawah ni la ye..macam contohnya yang aku teringat dalam satu contoh dalam kaedah bahasa satu orang berkata, "engkau sehat macam-macam ubat makan, tengok aku ni sakit macam mana pun tak makan ubat." padahal yang sakit tu dengki pada orang yang sehat dan makan ubat (makanan tambahan) dia nak bagitau orang yang dia ni hebat tak makan ubat padahal dia sakit..dengki pulak tu..macam tu lah kaedahnye..

ADAM kata lagi;
"MAU SEMBANG BESAR, KASI ADA INCOME SENDIRI BARU HEBAT CAKAP KERAJAAN TAK BETUL.."

aNaK BaPaK kata;
Hoho...!!! bukan sembang besar, kamu tu yang sakit telinga tak boleh nak dengar hujah orang yang kena atas batang hdung kamu...ada income sendiri kira jangan makan duit kerajaan lah ye..alahai..takat ni je mental orang UMNO..same je semua gaya bahasanye..baik peguam baik peniaga runcit baik penternak kambing, ngaji tinggi tapi akai tarak..pelik lah aku peguam tak reti pasal struktur negara dan dasar awam, macam mana ini jadi peguam...kalau dah kerajaan buat benda tak betul..kita tegur la benda tu nak bagi betul dan ingatkan dia benda yang tak betul.oh aku lupa lagi...ikut mentaliti UMNO..apa saja yang UMNO buat semuanya betul tiada yang tak betul..sebab tu bila kerajaan yang UMNO pimpin tak betul..orang UMNO kira betul jugak..takat itu jelah mentaliti manusia spisis UMNO ni..peguam ke dia, pekedai runcit ke dia, penternak kambing ke dia..sama saja mentaliti dia..Apalah punya mentaliti ADAM ni, dalam otak dia gaji kerajaan duit UMNO, itu pasal bila PR perintah negeri kelam kabut ketua kampung dan JKKK UMNO bawak lari barang-barang dewan orang ramai. Pasal dalam otak dia harta kerajaan adalah harta UMNO.Ingat dia dewan orang ramai tu harta makbapak UMNO kot..tak sedar diri betul UMNO ni.. Samalah encik dengan corak pemikiran ADAM ni ha..sah hasil dari program pembodohan UMNO.. tu yang angguk je ape yang UMNO buat...tak makan duit kerajaan pun dia angguk, tak taulah kalau dapat tender kerajaan ( yang dia rasa makbapak UMNO punya ) mau menyembah bumi agaknya...!!!

ADAM kata lagi;
"KALAU DIRI SENDIRI PUN MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN BN, SIMPAN AJE LAH HUJAH KO TU UNTUK DIRI SENDIRI MASA DRIVE KETE..TAH KETE PUN LOAN KERAJAAN JUGA KOT..ISHHHH MEMALUKAN..."

aNaK BaPaK kata;
itulah..hari-hari nengok kambing aje..sesekali tengoklah dunia luar tengok orang pulak.Kambing kamu agaknya bisik kat teling kamu bahawa aku ni makan gaji dengan kerajaan BN.hehe..siap suruh simpan hujah lagi tu..suruh simpan hujah..aku tau lah pasal apa.Pasal manusia UMNO ini bukan spisis mahu terima hujah, dia spisis mau dipuji mau diampu, pantang kena Atas batang hidung melatah aje kerjanya..ITULAH SEBAB SI ADAM NI NAK AKU SIMPAN HUJAH AKU TU, MEMBUKTIKAN MEMANG MANUSIA SPISIS YANG DIBODOHKAN PEMIMPIN UMNO INI TAKUT NAK DENGAR HUJAH...!!!

untuk diri sendiri tak payah lah aku simpan hujah aku pasal hujah-hujah aku memang tersedia dalam otak aku ni ha..kete loan kerajaan, ai..dah aku pun kerja dengan PAS,PAS yang bayar gaji aku, kenape nak buat loan kerajaan pulak..tulah kalau dah UMNO ni..main cakap ikut sedap nafsu dia je..aku rasa diorang ni tak boleh terima hujah-hujah aku yang lepas terutamanya dalam blog misbah munir dan dalam blog aku sendiri ni, siap bawak geng lagi nak bagi komen hentam aku la konon..silap orang lah kamu encik ADAM...bak kata encik ADAM jugak..

"ISHHHH MEMALUKAN..." entah-entah encik adam spisis tak tau malu..hehehe..

No comments: