About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, February 20, 2009

Perang Siber; Aku Vs Penulis Upahan UMNO ( PAS BANGANG )

Bila baca respon ketiga-tiga makhluk perosak produk keluaran UMNO ini, aku rasa diorang ni dah panas telinga dah merah mata baca tulisan aku tentang respon diorang yang telah lalu… untuk itu aku juga sedia menjawab respon terbaru mereka ini untuk mereka tahu betapa, aku bukan manusia bodoh dan bangang seperti yang mereka sangkakan.

Menurut kenyataan Budak Bangang;

“baru mau cerita pasal di Akhirat? tu dia ustat ( dieja dgn t dihujung utk pakar agama sesat (PAS) - dieja dengan Z dihujung utk ilmuwan agama.”

aNaK BaPaK respon;

Tak ada masalahnya dengan ejaan mengikut lisan kebiasaan, orang awam menyebut ustaz, lisan masyarakat sebut ‘ustat’ dalam kaedah feqah pun ada sebut “ ‘aadatul muhakkamah” yang bererti adat yang boleh dikira sebagai hukum, contohnya apabila satu orang bernazar tak mahu makan daging selama seminggu, sedangkan penduduk setempat menganggap kalimah daging hanyalah merujuk kepada sumber protein dari lembu,kambing, kerbau dan yang sama waktu dengannya sebagai daging, adapun yang selain itu seperti daging dari jenis ayam,itik atau ikan juga udang tidak termasuk jenis ‘daging’ seperti yang dinazarkan, bermaknanya tidak mengapa orang itu makan daging ayam,ikan dan itik atau udang, kerana masyarakat mengikut adatnya mengatakan daging itu merujuk lembu,kerbau,unta dan sebagainya.

Macam tu jugalah dengan perkataan ustaz atau ‘ustat’. Kalimah ‘ustaz merujuk kepada perkataan asal dari perkataan arab adapun perkataan ustat merujuk kepada adat lisan setempat, jadi apa masalahnya..? Jika kamu sungguh mahu merujuk ilmuan agama dari segi makhraj dan fasohahnya, sudah tentu huruf ‘Z’ hanya mewakili huruf ‘zai’ sedangkan perkataan asal ustaz , huruf terakhirnya adalah ‘dzal’…maka apakah kamu rujuk dari pakar ilmuan Islam Had-Hari…?

Kenyataan Budak Bangang mengatakan;

“1)Meh aku nak cerita, kalau Umno ni tak elok kenapa kerja dengan Kerajaan Umno/BN? kerja la sekolah pondok.”

Respon aNaK BaPaK;

Memanglah UMNO dah jelas parti yang tak elok dari segi syar’ie dan amalannya, perlembagaan UMNO jelas mendokong dan menegakkan kerangka sistem kehidupan sekular yang jelas bercanggah dengan nas Al-Quran dan As-Sunnah. Pergilah rujuk sendiri Perlembagaan UMNO dan bandingkan dengan Perlembagaan PAS. Sebagai seorang peguam dah tentulah arif tentang falsafah perundangan dan tahu menilai daulat siapa yang paling tinggi dalam undang-undang sama ada Islam atau perlembagaan ciptaan manusia.

Apa kena mengena tentang kerja dengan kerajaan, apakah penjawat awam diterima bekerja dengan menghulurkan sijil ahli UMNO atau berdasarkan kelulusan dan kelayakan akademik? Kamu bertanya aku kenapa kerja dengan kerajaan Umno/BN, apakah kamu tiada dapat hendak membezakan antara kerajaan dan parti, parti yang menang hanya ditugas dan diamanahkan untuk gubal dasar bukannya menjadi golongan atasan sistem feudal. Apakah bagi kamu setiap yang bekerja dengan kerajaan itu juga wajib taat kepada UMNO/BN..? Tidakkah kamu tahu betapa semua dasar awam negara juga bukan semuanya datang dari UMNO/BN bahkan datang dari ahli-ahli parlimen/dewan rakyat yang mengambil bahagian dalam perbahasan parlimen sebelum dasar itu disetujui. Sebab itulah dasar ini dipanggil dasar awam, bukan dasar UMNO…!! Parti politik yang menang itu adalah pembawa dasar yang dicadangkan oleh parti melalui persidangan-persidangan tahunan parti. Termasuk juga dengan parti-parti yang lain. Kemudian barulah pendirian itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diluluskan untuk kepentingan awam bukan untuk kepentingan UMNO.

Jelaslah kamu membenarkan betapa ahli UMNO tidak dapat hendak membezakan mana satu hak kerjaan dan rakyat dan mana satu pendirian parti. Sebab itulah dia ingat balai raya yang dibina dari duit rakyat dia buat macam harta makbapak dia seorang yang punya.Tak hairanlah bila kalah pilihanraya ada ketua kampung bawak balik kerusi balai raya..!!!

Buat pengetahuan kamu, aku bukanlah seorang seorang guru kementerian yang makan gaji dengan kerajaan, sebelum ini aku berpengalaman menjadi guru bahasa arab di sebuah sekolah agama rakyat, ulang sekali lagi, sekolah agama rakyat..gaji aku tak banyak pun, 600 ringgit aje sebulan, gaji aku dibayar oleh rakyat. Jelaslah kamu ini jenis manusia serkap jarang, rupanya memang macam itu perangai manusia spisis UMNO nih..buat sangkaan kemudian buat tuduhan tak ada asas..sekarang aku bekerja dengan Perhubungan PAS Selangor sebagai S/U kerja, maka gaji aku siapa yang bayar..???

Kata Budak Bangang lagi;
“2) ko tu bukan nya pandai sgt dalam akedemik, masuk u berdasarkan kuota bumiputera ( DEB) yang diasaskan oleh kerajaan Umno/BN, kalau sistem kuota takda, budak cina lagi pandai dari ko.”

aNaK BaPaK respon;

Aku sedarlah diriku ini siapa, setinggi mana aku mengaji pun, tak akan dapat mengumpulkan seluruh ilmu, maka bagi kamu adalah manusia yang pandai sangat lah ye..tapi pelik..terlampau pandai sampai tak boleh bezakan apa itu kerajaan dan apa itu parti..boleh jadi ini adalah kesan akibat diprogramkan dengan program membodohkan rakyat anjuran UMNO/BN melalui media-media kongkongannya. Tak payah lah aku nak banggakan sangat dengan sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepadaku ini sebab ilmu yang diamanahkan kepada aku adalah diamanahkan untuk diamal, ditegak dan dipertahankan termasuklah menjawab kenyataan dari manusia-manusia yang selama ini diperbodohkan oleh UMNo/BN.

Apakah DEB itu diambil dari kocek UMNO modalnya..? DEB yang kamu laksanakan dulu kenapa keputusan kek ekonomi umat Melayu tak sampai pun paratus yang dicanangkan, sekian juta sekian billion dibelanjakan kenapa Melayu masih miskin, kenapa Melayu masih ketinggalan? DEB modal dari kekayaan negara dan duit rakyat untuk menolong rakyat juga, yang UMNO sebok mengatakan macam itu duit makbapak UMNO tu apa ke jadahnya..?

Ada kuota khusus untuk Melayu pun yang membodoh dan menjahilkan umat Melayu ni..UMNO lah siapa lagi..abangsa cina ada lebih dari tujuh surat khabar, kaum India yang tak berapa peratus nak dibandingkan dengan CIna pun ada lebih dari enam surat khabar. Maknanya bangsa lain ada dapat banyak sumber maklumat berbanding Melayu, Berita Hairan, Utusan Meloya, Metro, yang baru-baru ini pun sinar, itupun dijadikan sebagai bahan membodohkan rakyat. Surat kahabar lain sekejap bagi permit sekejap tak bagi. Bila dah bagi rampas pulak dari pengedar. Macam mana Melayu tak jadi bodoh kerana dibodohkan UMNO dengan surat khabar dan TV…!!!

Budak Bangang kata lagi;
“3)hamPAS juga kata, kerajaan Umno/Bn kerajaan taghut, apa hukum orang hamPAS macam ko yang berdiri bersusun depan ATM ambik bonus dan gaji? Orang hamPAS aje yang tak sedo diri, walhal hasil mashul kerajaan tu clean, tapi otak hamPAS yang buruk."

aNaK BaPak respon;

“ Apa maksud thaghut..thaghut dari perkataan ‘tagha’ maknanya melampau. Memanglah UMNO melampau. Oleh kerana perangai UMNO yang melampaulah menyebaban keputusan-keputusan politik yang akan dilaksanakan kerajaan menjadi melampau jugak. Apa tak melampaunya, kata nak tolong Melayu, bantuan perkapita untuk sekolah Agama Rakyat macam tempat aku belajar dulu pun disekat. Dah sah dah sekolah agama rakyat 99% dari pelajar melayu,mungkin juga ada bebrapa kerat pelajar cina muslim dan India muslim.

UMNO kata nak martabatkan bangsa Melayu, tapi Bahasa Melayu digadaikan. Siapa yang cipta dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa asing? UMNO bukan..owh..boleh jadi ikut logik UMNO, budak melayu kalau belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu dia tak faham, budak melayu hanya akan faham matematik dan sains kalau belajar dalam bahasa inggeris, logik apa ini..? Beratus tahun umat melayu menggunakan tulisan jawi, sampai pada Khir Johari, diharamkan, Khir Johari itu ahli PAS ke? Kemudian Dari Bahasa Melayu tukar kepada Bahasa Malaysia, mana pergi melayu..tinggal keretapi tanah melayu aje lah kot..!!!!

Itu la satu dua contoh dari terlampau banyak contoh betapa melampaunya UMNO. Dan dia tak sedar diri betapa gaji penjawat awam bukan dibayar dengan duit UMNO, duit rakyat, datang dari cukai, datang dari hasil mahsul bumi negara, duti import, tak masuk pinjam bank dunia lagi..nak tanya..duit UMNO ke semua tu..??? Semua rakyat berhak untuk dapat bahagiannya dalam Negara ini pasal negara ini bukan harta mak bapak UMNO..ini milik rakyat semuanya tak kira siapa dia. Inilah dia ahli UMNO, kesian diperbodohkan dek UMNO selama ni, sampai dia rasa harta rakyat itu harta UMNO…!!!

Maka penjawat awam itu kerjanya menjalankan dasar kerajaan bukan buat kerja UMNO, pegawai kerajaan makan gaji dengan kerajaan bukan makan gaji dengan UMNO..!!! duit gaji itu kan adalah wang yang disatukan dan diletak dalam belanjawan tahunan sebagai emolument, datang dari duit kocek UMNO kah itu..??? Dah pasti dipungut oleh lembaga hasil dalam negeri, kastam, cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu..apa lagi..saman..bukan kah semua orang menjalankan amanah untuk membayar segala cukai, tu tak masuk hasil petroleum lagi, balak lagi, hasil bumi yan lain, cukai import lagi..royalti yang nak dibayar kepda kerajaan, nak tanya lagi..duit UMNO ke semua tu..apa ingat orang PAS tak bayar cukai..??? Jadi bila dah tau gaji tu datang dari rakyat dan hasil negara bukan duit UMNO, apa hukumnya pulak yang kamu beriya-riya mengungkit tentang duit gaji yang dia berhak dapat hasil kerja dari tenaga dia sendiri tak kiralah dia PAS ke UMNO sebab dia bayar cukai…!!! Kira hebat sangatlah otak UMNO sampai tak tau nak beza mana harta rakyat mana harta UMNO? Pasal apa..pasal dah dijahilkan oleh UMNO macam tu, UMNO lah yang mengajar ahlinya bahawa harta kerajaan harta UMNO walhal duit kerajaan itu dari rakyat dan hasil negara..!!! Lepas tu nak ungkit pulak penjawat awam yang ambik gaji di ATM dengan bonus2 nya sekali..itu dah hak dia..kerja dia dibayar dan dia bekerja dengan kerjaan Malaysia bukan dengan UMNO…!!!

Budak Bangang kata lagi;
“4) Bini mengandung sampai anak sekolah jgn rujuk kepada kemudahan kerajaan umno/BN, pergi ke private.”

aNaK BaPaK respon;
ini membuktikan betapa budak ini memang bangang, eh.. di hospital tu ada tak tulis, sila sertakan sijil keahlian UMNO atau mana-mana sijil keahlian parti komponen BN ke nak dapat rawatan…??? Kamu ingat hospital tu dibina guna duit Pak Lah ke..Najib ke…Altantuya ke ?? Oi gaji Pak Lah ngn Najib pun kami ada share untuk bayar tau..walaupu aku kerja dengan PAS, gaji dibayar oleh PAS, walaupun dulu aku kerja sekolah agama rakyat, engkau ingat aku terlepas ke dari LHDN..??? aku ni rakyat macam engkau dan aku jalankan tanggungjawab bayar cukai, cukai-cukai tu dikumpul dan ditadbir oleh kerajaan, bukannya nak dijadikan harta kekayaan sedara-mara dan kroni UMNO…!!! ke kamu tak tau sebab otak dah dikongkong oleh corak pemikiran UMNO yang merasakan harta kerajaan ini hakmilik mak bapak UMNO…!!!!

Kalau aku pergi ke hospital private pun, maknanya aku bayar lebih untuk dapat perkhidmatan perubatan, pasal apa bayar lebih, sebab klinik dan hospital kena bayar cukai pada kerajaan balik, mesti ada lessen nak bukak klinik ke hospital ke, lesen kan kena bayar, sapa ambik duit, kerajaan bukan..???

Kata Budak Bangang;
“5) sebagai kakitangan awam, kemudahan k.tangan awam seperti beli umah etc, jgn digunakan, sebab itu kerajaan Umno/BN punya polisi”

aNaK BaPaK respon;
inilah dia minda kecewa ahli UMNO, jadi dia bercakap politik pun atas dasar politik emosi. Ada pulak dia tak bagi kita beli rumahlah, itu lah, inilah, Kalaupun aku penjawat awam, mana dia undang-undang atau peraturan dalam peruntukan perlembagaan yang mengatakan kalau bukan ahli ahli UMNO atau penyokong BN, tak boleh beli rumah dan guna kemudahan kerajaan..?

Setahu aku dalam mana-mana perlembagaan atau undang-undang tubuh negara dalam dunia ini hatta plenet marikh pun jika ada, mesti ada peruntukan hak kebebasan manusia. Mujur jugak ada buku perlembagaan Malaysia kat meja aku ni, cuba baca;

[perkara 6(1)] kan kat situ ada peruntukan menyebut;

“tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi”

dan

“tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampaan yang mencukupi” rujuk [Perlara 13(2)]

kalau tak mansuh lagi la..ha..apa undang-undang cakap..pandai-pandai je becakap melebihi undang-undang. Ada dia sebut segala harta kerajaan itu mutlak UMNO..??

Engkau ingat dalam Malaysia ni bila kerajaan dia UMNO/BN, jadi rakyat pun wajib sokong UMNO ke..??? kemudian kamu ungkit bahawa duit dan harta kerajaan ini UMNO punya, sapa yang tak UMNO dikira muka tak malu. Kamu tu yang muka tak malu sebab harta orang ramai tapi mengaku harta sendiri…!!!!

Ni aku nak tulis sikit kebetulan Buku Perlembagaan ada atas meja aku nih..cuba rujuk perlembagaan persekutuan tentang hak asasi, nak tengok..ada tak dia tulis, rakyat hanya berfikir dan bercakap dengan fikiran UMNO dan menyokong UMNO semata-mata.

Di bawah [ Perkara 10(1)] ada menyebut;

Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4):
“(a) Tiap-tiap wargannegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.”


Ada tak dia kata, tiap-tipa warganegara hanya boleh bercakap selagi mengikut kehendak UMNO/BN dan mengelurkan fikiran yang tidak bercanggah dengan dasar UMNO/BN..??? atau undang-undang kata, hendaklah setiap warganegara itu hanyalah mengikut cakap UMNO/BN dan barangsiapa yang menolak UMNO/BN maka terlucutlah keistimewaan dan kemudahan kerajaan ka atasnya…ada ke tak…???? Kamu memang tak pernah baca benda ni sebab otak kamu dibelenggu UMNO itu pasal lah benda asas bernegara pun engkau tak tau, nak tau macam mana, seumur hidup kena tipu dengan UMNO/BN. Ai..betul ke lawyer kamu ni..ke loyar buruk aje..buat malu aje..takat ni je lawyer UMNO berfikir, ke kamu ni lawyer takat buat perjanjian perumahan je..entah-entah betul loyar buruk..dah tu..benda asas perundangan bab hak asasi pun bangang..kesian UMNO dapat lawyer bangang…

Budak Bangang kata lagi;
“6) kalau semua tu boleh buat, baru la orang respek ko, kalau ko kata ko boleh guna sebab ko bayar cukai, tok sah menipu la, kalau setakat kerja cikgu berapa sangat pendapatan ko, ada redemption utk anak bini, dll akhirnya tak da cukai.”

Respon aNaK BaPaK;
Orang bangang je yang berfikir macam kamu ni, lawyer konon. Aku rasa yang berfikir macam kamu ni ahli UMNO aje, orang lain faham hak masing-masing hidup dalam persekutuan Malaysia ni. Tak payahlah nak perbodohkan aku suruh aku buat kerja bangang untuk dapat respek, pelik UMNO ni, kalau yang nak direspek itu betul dari segi undang-undangnye oklah jugak. Tapi ni jelas undang-undang bagi hak pada rakyatnya, UMNO pulak kata jangan. Tu lah bengongnya UMNO…!!!

Memanglah gaji aku tak besar, aku pun dulu cikgu seolah agama rakyat aje, gaji memang tak besar. Tapi kamu ni nampak sangat materialistic, engkau ingat gaji besar menjamin kehidupan sepenuhnye ke..??? aku gaji kecik pun alhamdulillah dapat sara keluarga. Kalau gaji beribu tapi makan rasuah, pecah amanah..macam-macam lagi..mana lah nak cukup..berkat tak ada..

Budak Bangang kata lagi;
“7) paling penting, letak jawatan sebagai cikgu kerajaan, baru le betoi pejuang PAS..setakat cakap / tulis macam2 tapi makan gaji dengan kerajaan umno /BN...tak payah la sembang. bikin monyet pun tergelak tengok ko..”

aNaK BaPaK respon;
inilah dia ahli UMNO, bukan takat pemimpin dia yang suka ugut, dia pun nak ugut aku ni hah..siap suruh letak jawatan lagi tu. Entah Jin Ifrit mana yang bisik kat telinga dia yang aku ni penjawat awam, aku pun tak tau la..tu la..main agak aje..lain kali kaji la dulu. Macam ni ke peguam, nak sebut satu perkara tapi tak kaji dulu..

Kan aku dah kata, engkau ingat negara ni makbapak UMNO ke yang punya. Kalau engkau kata maca tu, memang betullah maknanya UMNO ni jadikan rakyat dia sebagai hamba abdi macam zaman feudal dulu. Kalau pun ada orang makan gaji dengan kerajaan, kamu kena tahulah yang sumber kerajaan dari rakyat jugak, hasil negara dan macam-macam lagi. Kamu tak tau ke tugas kerajaan untuk mentadbir harta rakyat untuk diagihkan kekayaan negara kepada seluruh warganegara mengikut hak masing-masing. Ini peguam cap ayam ke ha yang cakap ni..?? ke buat-buat mengaku peguam. Kira nak psiko aku la konon kamu terer dalam bab undang-undang so aku pun kira engkau ingat tak berani la nak sebut pasal undang-undang. Engkau boleh cakap benda macaam tu kat orang UMNO aje..dengan aku..silap lah..aku rakyat yang tau hak aku dalam negara bukan macam kamu, hak asasi dalam perlembagaan Persekutuan pun tak faham..!!!

Lepas tu kamu pun kata tak payah la sembang, manusia spisis macam kamu boleh la kamu nak lekehkan supaya tak payah lawan cakap takdak isi kamu tu..kau pegilah kaji balik undang-undang tu..tengok dari segi falsafahnya…negara ni hak milik makbapak UMNO ke rakyat..?? Kalau tak tau jugak.., maka jelaslah kamu yang tak layak nak sembang pasal hak rakyat nak bersuara dan berfikir..pasal kamu masih dalam lingkungan politik sempit ciptaan UMNO..macam katak yang duduk bawah temprurung UMNO..tak nampak apa dah..UMNO aje lah yang dia tau..

Pasal monyet nak ketawa tu, itu hak monyet itu lah nak ketawa ke tak, dia jugak makhluk Allah, ada hak untuk hidup atas muka bumi ni. Kira hebat juga kamu ni ye, satu orang peguam yang tahu hati budi monyet, siap boleh tau lagi ape yang menyebabkan monyet ketawa. Aku tak ade lah ilmu sangat pasal monyet ni, pasal aku tak ade latihan formal macam geng vateriner, tapi kamu peguam, mestilah graduan fakulti undang-undang, takkan sains haiwan kot. Tapi aku terfikir jugak, yang tau tentang monyet boleh ketawa, monyet aje..hehe…!!!

Budak Bangang kata lagi;
“8) PR berketuakan Anwar berahim - ada kes liwat, ahli adun nya takda maruah, di Perak 2 orang lompat, di selambau masalah ada pompuan simpan, di Pelabuhan kelang adun nya kantoi dengan bini sendiri, di Bukit Lanjan pulak berbogel...apa hukum nya pulak ?”

aNaK BaPaK respon;

oh..nak tanya hukum ke..insya-allah aku jawab. Anwar ini jadi penghubung atau orang tengah antara parti-parti PR. Jadi apa masalahnya dengan kamu. Oh kamu tak suka sebab dia tak sokong UMNO/BN. Kes liwat. Apakah anda pasti Anwar melakukan jenayah liwat itu..? Jika ya, adakah anda melihat dengan mata kepala anda betapa kemaluan Anwar keluar masuk ke dalam lubang ‘pungkoq’ Saiful..??? Kamu bertanyakan tentang hukum bukan..?? Baiklah.., kes itu sudah pun disebut dimahkamah sebelum ini dan pertuduhan yang dibacakan ke atas Anwar adalah berupa liwat suka sama suka berdasarkan report yang dibuat Saiful kepada polis. Saiful juga berkata sudah tujuh kali dia diliwat Anwar, kenapa yang lagi enam kali tak report..? Apakah enam kali yang awal saiful menikmati kesedapan liwat dan kali ketujuh rasa tak best maka dia report pada polis..?? Kemudian siap bersumpah dalam masjid depan imam berjawatan gred S17 Pembantu Hal Ehwal Islam yang namanya Ramlang Porigi. Apakah ianya tepat dengan kehednak Islam dengan cara mubahalah…???

Dalam Islam ada berapa jenis sumpah..?? Dalam islam ada tiga jenis sumpah;

a) Mubahalah

b) Li’an

c) Al-Yamin

Mubahalah ini terjadi ketika Nasrani Najran bertengkar dengan Rasulullah tentang Nabi Isa itu tuhan kerana Nabi Isa lahir tanpa bapa maka bapanya adalah tuhan, Rasulullah Tanya balik, kalau macam tu kenapa tak kata Nabi Adam itu tuhan sebab Nabi Adam lahir tanpa ibu dan bapak. Nasrani Najran tak puas hati ( kalah debat ) memang dah jadi perangai orang tak ada hujah dia suka maki hamun, maka Allah turunkan wahyu perintahkan Rasulullah cabar Nasrani Najran bersumpah dengan nama Allah, tapi diorang lari, maka sumpah mubahalah adalah berkaitan dengan perkara aqidah.

Sumpah Li’an atau sumpah laknat. Ini sumpah laknat. Suami yang mahu menuduh isterinya berzina tapi tiada empat orang saksi, maka untuk tujuan membersihkan maruah dan zuriat, maka si suami diberi hak untuk bersumpah empat kali bahawa dia melihat isterinya berzina ( bagi menggantikan 4 orang saksi ) untuk tidak dihukum qazaf.sumpah yang kelima barulah dia dilaknat oleh Allah jika sumpah yang empat tadi palsu. Isteri pulak, jika tak jawab, maknanya dia mengiyakan dirinya dikenakan hudud rejam sampai mati, maka untuk tidak dikenakan hudud maka si isteri boleh balas sumpah dengan menafikan 4 kali sumpah bahawa dia tak buat, sumpah yang kelima bagi isteri tidak menyebut dia dilaknat, Cuma dosa besar, kenapa, sebab boleh jadi si isteri ada anak kecil yang masih menyusu, dia terpaksa bersumpah untuk terus hidup dan membesarkan anaknya, sebab itu li’an hanya atas suami. Si isteri boleh bertaubat selepas itu. Dan sumpah mereka akan dibawa ke hadapa Allah.

Kes orang berzina yan mengaku berzina. Dia dikenakan hudud atau had zina. Tetapi haram baginya untuk sebut dengan siapa dia berzina. Jika dia sebut jugak, maka dia wajib kemukakan empat orang saksi jika tidak, dia akan dienakan had qazaf. Maka dalam kes saiful mengaku diliwat dengan rela ( macam yang disebutkan dalam mahkamah) kenapakah dia tiada mengemukakan empat saksi. Kenapa pulak dia sebut dengan siapa dia berliwat, macam nak jatuhkan maruah orang je..??

Samalah macam kes YB Eliza ni ha. Betul ke gambar dia bogel. Kamu tengok ke gambar dia..? Kamu sendiri mendakwa gambar itu bogel, bogel sungguh ka Eliza tu..? Kamu tengok..? atau kamu hanya percaya berita yang agenda daily bawak aje.. aku bukanlah nak pertahankan si YB Eliza ni, tapi itulah kehidupan dia yang kamu pergi suka-suka sensasikan kenapa pulak. Macam jugak kes ADUN Pelabuhan Kelang, kenapa tak sebut kes dalam mahkamah…? Kes ADUN Bkt Selambau kahwin dua, kira kawin kat siam la..hehe..kes senator nohayati onn..suami sendiri tangkap kat hotel..kenapa tak bising..?? Maka yang skandal tu bukan islam, YB Eliza tu bukannya Islam, boleh jadi dia free thinker.Cara hidup dia memang macam tu..Kenapa cara hidup mereka jadi macam tu kalau bukan kerana UMNO/BN yang buat keputusan politik sehingga lahir masyarakat yang hidup bebas macam itu..???

Oh satu lagi sumpah Al-Yamin. Al-Yamin ini terpakai dalam kes takzir aje. Hudud, Qisas dan Qazaf tidak termasuk. Adapun hak untuk bersumpah ini diberikan oleh hakim dalam mahkamah, bukan dalam masjid depan imam…!!!

Kes sokong diorang ini, kita katakan ada satu tempat kita duduk, melayu sikit je paratus, bukan melayu ramai. Maka ada dua calon, dua-dua kafir. Jelas dah kafir memanglah hidup dalam kekafirannya. Tapi dalam soal nak mengundi, nak pilih calon yang parti dia menentang kezaliman dan menantang rasuah ke, atau nak pilih dari calon kafir dari parti yang buat zalim dan mngamalkan rasuah? Sebab itulah dalam kaedah feqah ada satu tajuk yang dipanggil memilih antara dua dharurat, dharurat manakah yang lebih berat akan kita buang dan dharurat yang lebih kecil kita pilih. Dah tu..nak sokong sapa..? Lu pikir la sendiri..

Akhirnya Budak Bangang kata;
“tah..tah..bala sumpah laknat sudah turun pada anwar berahim..lagi mau tunggu ka lu orang ?

aNaK BaPaK respon;
Apa maksud laknat, laknat itu maksudnya di kutuk oleh Allah. Sudah tentulah bala dan laknat berbeza, bala adalah bentuk bencana. Iblis dilaknat Allah sampai hari qiamat, tapi tak kena bala. Ini menunjukkan kamu hanya nak lepas geram kononnya inilah bala dari sumpah laknat,

siapa yang bersumpah…?? Anwar atau Saiful, setahu aku yang bersumpah adalah Saiful, siap laknat keturunannya sekali, dah tu..ini bala ke atau kerja musuh politik PR untuk menjatuhkan pimpinan PR dengan melondehkan maruah di depan orang ramai…??? Orang macam kamu berhujah macam loyar buruk, mau tunggu lagi ka..kasi hentam sama dia dalam blog..baru dia tau..

22 comments:

Adam said...

sorry bro, setakat sembang tapi masih makan gaji dgn gomen, cakap la apa ke jenis hujah.ko tetap macam orang takda diri beb....cerminlah diri. MAU JADI PEMBANGKANG, TAPI AMBIK GAJI DENGAN KERAJAAN..jangan buat malu la.

Kerajaan Bn ni dah cukup baik, penyamun tarbus macam ko pun dia masih bagi kemudahan..

Kita orang nak tengok ko letak jawatan dan fight macam kitaorang, selagi ko masih makan gaji, jangan la bagi hujah kosong..letak dan berpolitik seperti kitaorang..


MEMALUKAN...

Syuk said...

Salam ziarah,
Syabas dan tahniah diucapkan pada jawapan bernas saudara. Harus diingat diorg ni semua mcm pemimpin diorg jugak suka spin dan putar belit alam.
Fitnah dan hasutan jadi zikir mereka setiap hari.Pada saya mereka ni tak layak dilayan dan diajak berbincang kerana mereka dibayar untuk itu..kalau tak ada fitnah dan hasutan baru pasti miss soru.

aNaK BaPaK said...

sory la encik adam..tak dapat tegakkan hujah ke..tak kanlah nak guna taktik 'letak jawatan' aje..nak tau siapa aku..

ambik lah biodata aku...

nama: ibrahim bin baharuddin
lahir: 01 January 1983
tempat lahir: Kg sungai Sireh, Tg Karang Selangor.

pendidikan: sek keb Kg raja uda , pel Klang (darjah 1)
sek keb bandar bukit kayu hitam (darjah 2-6)
al-madrasah al-alawiyah ad-diniah, arau perlis ( ting.1-6)
institut agama islam negeri kedah (insaniah)
al-azhar universiti- akidah dan falsafah(2006)

pngalaman politik;
ahli PAS kawasan Tg karang.

ajk cawangan pas sungai sireh
sekarang pemangku ketua cawangan

wakil calon hanipa maidin PRU-12

yang nak tau sangat yang ini;

kerjaya aku;
guru bahasa arab, sekolah agama rakyat al-qalam, nilai


sekarang.

setiauasaha kerja (tarbiyah) PAS selangor.

nak berpolitik macam kamu..buat apa..tulis komen pun nampak sangat banyak keraguan..

ko dah tak ade modal ke nak cakap..asik-asik dengan modal"MAU JADI PEMBANGKANG, TAPI AMBIK GAJI DENGAN KERAJAAN.." kamu tu yang tak tau malu..kambing boleh la..tuan suruh makan rumput..dia makan..tuan suruh masuk kandang, masuk..siap kena paksa lagi..lepas tu kena sembelih..ko ingat aku ni orang kampung bodoh macam umno ke..dengan geng UMNO boleh la ko cakap macam tu..muka tak malu..harta rakyat dia kata harta mak bapak UMNO..eh eh eehh...ingat orang pas macam aku tak bayar cukai ke...??? ke engkau yang tak tau pasal mende ni semua..lepas tu nak suruh aku ikut rentak korang..tak nak lah aku nak ikut cara berplolitik bodoh macam UMNO..hee..buat malu je...

dah tak ada hujah cakap la..ko tak baca ke ape yang aku balas..jadi apa alasan ko nak tolak hujah aku..tu lah bangang dan biol lagi pekak orang UMNO ni..orang bagi hujah..dia tak boleh jawab..lepas tu cabar benda yang tak wujud..pelik betul..itu ke cara pemimpim UMNo ajar engkau cara berfikir..!!!

aku teringatlah sati pepatah arab yang aku terjemahkan sini;

"dia pukul orang, tapi dia yang menagis kata orang pukul dia.."

sudah la..insaf-insaf la sikit dok jadi pencacai angkut taik UMNO..masih ada masa lagi..aku kesian tengok kamu ni..tiga lawan satu pun tak boleh pegi..last2 tiga2 bagi cabaran bangang yang sama..apahal..takat tu je ke hujah UMNO..???

BN cukup baik..hehe..ko baca audit nagar la woi..apa ketua audit nagara cakap masa dia bentang audit tahunan yang lepas..tak baca ke..perangkaan..pun tak baca ke..??? laa..ingat hebat sangat..audit dedahkan penyelewengan skru harga 2 ringgit jadi 200 sampailah kapal navy 7 bijik yang harga 7 bilion, duit dah abis,kapal tak siap2..ko tak baca ke ketua audit kata dia harap kerajaan bagi tender kepada syarikat yang ada kepakaran bukan syarikat yang buat sampan pun tak pernah tiba2 dapat tender buat kapal..cheh..itu yang duit habis ntah pegi pada sapa..kemudian nak tampung naikkan harga minyak..yang susah sapa..rakyat lah..tapi nak bagitau betapa bodohnya UMNO ni..susah2 dia pasal UMNO tu pun..tak..UMNO/BN tak salah..yang salah ekonomi dunia dan pembangkang..ait..woi..engaku tak tau ke duit kerajaan tu semua orang PAS pun bayar..orang suruh kerajaan urus tadbir dengan baik..tapi dia urus untuk cekup duit..penuhkan perut dan puaskan bawah perut..itu yang buat putrajaya lepas tu bayar sewa dengan orang lain, yang dapat kroni, rakyat terus bayar cukai..kesian rakyat DOBODOHKAN UMNO MACAM ENGKAU..!!!

maka sama2 lah kita cermin diri..bukan aku je,..engkau pun sama lah..contoh yang aku bagi kat atas baik sangat ke UMNo/Bn tu,segala kemudahan datang dari pruntukan yang kerajaan kumpul dari cukai rakyat,lesen2,permit,duti eksais,kayu-kayan,royalti..macam-macam lagi lah..ke ko tak tau semua tu..ishk..buat malu je..duit2 tu la yang dikumpul dan dibentang dalam belanjawan tahunan untuk belanja mengurus tahun akan datang..kenapa lah engkau ni bodoh sangat..yang dia tau suruh letak jawatan..dari apa yang aku cakap kat atas..siapa penyamun tarbus..yang rompak duit rakyat sapa..??? pegi tanya dr yusof nor masa dia jaga JAWI.., apa dia buat dengan duit zakat KL..labur syarikta judi buat apa..???

UMNO ni kalau tak boleh terima hujah dia kata hujah kosong lah..kosong sebab otak dia kososng..orang otak kosong melihat semua yang tak kena dengan kekosongan otak dia sebagai kosong jugak..jadi aku tak heran lah manusia spisis UMNO ni kata hujah aku kosong, kalau hujah aku kososng, mana dia pulak hujah engkau yang penuh isi...??? umpama orang yang tak tau mengira, nombor pun tak kenal, pasal otak dia kosong matematik,orang kata 2=3+5. orang otak ksosong kata, mana ada..bohonglah..itu hujah kosong, padahal dia pun tak tau ape2 pasal mengira,bila suruh buktikan dia cabar dengan benda lain, letak jawatan lah..itu lah..inilah..aku pun nak cabar kau tunjukkan muka dalam blog engkau sekali dengan nama sekali..macam aku buat kat blog aku..aku nak tengok,...setakat"Profile Not Available"..buat malu je..ke takut malu orang tau kamu tu siapa..takut orang tau betapa jahilnye kamu manusia spisis UMNO..hehe..

aNaK BaPaK said...

aku rasa diorang ni dah sakit telinga nak baca hujah aku nih..itu sebab cabar benda yang bukan-bukan..

persoalan2 yang lepas2 pun tak terjawab..lepas tu cabar itu ini, oi..aku cabar korang jawab apa aku tulis..sebab..senang aku nak bagu hujah baru pulak untuk negaku bawak balik biar panas otak tak boleh tidor..haha...

boston said...

kesian aku tengok pengampu tak pun elok dipanggil penyapu UMNO ni. Masih lagi dgn hujah2 kuno. Teringat aku kat tempat kerja aku dulu. ada sorang umno totok dah nak pencen nasihatkan aku.." Aper lagi yg kamu nak. Api dah ada..ayor pun dah ade, jaln dah elok" gelak jer dlm hati sebab tak mau memalukan dia kalau gelak kuat2..mentaliti UMNO karat. kalau dah karat tu tetap karat..

teamsauk.blogspot.com said...

Syabas anakbapak..

hang mmg terer... geng2 ni bukan buleh layan sgt.. takyah abis ayor liur...

aNaK BaPaK said...

tak apa..habis ayaq liug..ayaq liuq baru akan mai..tak ada yang kekai..

cuma nak koongsi pandangan saja..untuk dijawab kepada orang yang macam ini..

terima kasih bagi respon..

marauhirang said...

Berhujah untuk mencari kebenaran....
Bertengkar untuk mencari kemenangan....
Berhujah bersendikan fakta dan ilmu..
Bertengkar berhiaskan cacian dan penghinaan....

Hujah Anak bapak hebat....tapi kalu boleh jgn campurkan dengan perkataan yang kesat...malu weh....
Urang Alai kan lamah lambut...
Apapun tahniah dari kulaan untuk kulaan.....
heheheheheheee

aNaK BaPaK said...

terima kasih atas teguran tuan marauhirang..insya-allah akan diperkemaskan lagi gaya bahasa..

terima kasih sebab sudi bagi komen..terima kasih.

aNaK BaPaK said...

tagal angahnya..alai ni cakapnya lambut tagal semangatnya gancang..berilaanlah..

Utoh Lakey said...

Syabas anak bapak. Ikam memang bujur-bujur anak bapak. Ulon Anak kalua Penang kalahiran Bagan Sarai manduakan kejayaan perjuangan Islam....La syarqiyyah, la ghorbiyyah...jumhuriyyah islamiyyah. Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!

aNaK BaPaK said...

jazakallah angah utoh lakey...

Utoh Lakey said...

Angah anak bapak,
Bajuang Islam memang ngalih. Banyak mehnah atawa tribulasi nang kita kana hadapi...labih-labih lagi handak manghadapi dipa nang jahil murakkab nik. Ca andika lihati..RasululLah gin kaito jua. Dicarca, disambati dll. Itehi jua kaipa ngalihnya As-Syahid Hassan al-Banna, As-Syahid Khalid Islamboli, Syed Qutub RahimahulLah, Maryam Jameelah, dll bajuang. Samuga angah tetap istiqamah dalam barjuang. Salam bajuang!!!!!

aNaK BaPaK said...

terima kasih angahnyak...senang2 bailang lah ka tanjung karang..bacaccu'ur..luko tarait bubuhan..

Anonymous said...

mane lagi adam and the gang bangang..kenapa dah tak komen? hahahaha...

Saf Badar said...

Assalamu'alaikum
Syabas! Anta seorang anak muda yang berani dan mempunyai pemikiran dan ilmu yang baik. Teruskan perjuangan anta dengan mereka-mereka ini yang nyata-nyata jahil dan perlukan pendekatan yang lebih lagi. ALHAMDULILLAH, kerana ALLAH kurniakan kami dengan orang muda seperti anta dan jangan kita berhenti berusaha dan berdoa agar ramai lagi anak muda seperti anta akan dikurniakan ALLAH pada kita rakyat Malaysia dan jangan lupa juga untuk terus berusaha dan berdoa moga-moga ALLAH akan memilih mereka-mereka ini (Budak bangang, malaim nawar, dll) untuk sedar yang mana hak dan yang mana batil.

aNaK BaPaK said...

jazakumullahu khairan karheera kepada pejuang islam dan penegak kebenaran atas sokongan antum kepada ana..kita berada di jalan yang allah redhai insya-allah..

allahuakbar..

Anonymous said...

eh..mana pegi budak bangang, Haji nizar dan adam..budak bangan pegi london kot sebab dia loyer,haji nizar sebok di kedai...adam kejar kambing terlepas..!!!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

sabar dek.... perjuangan pas dah menyimpang. kalau kita nak betulkan janganlah marah.

abang ni dari kecik hidup dalam temberang pas sejak 1957 lagi di kelantan....pas hanya jual balak kat cina singapura dan penang aje pandainya. tak ada program apa pun...kau baru nak rasa pas dek...janganlah terpesona sangat.

aNaK BaPaK said...

Kena temberang PAS ke atau ikut dato' asri..??? Atau tak dapat bahagian apa-apa projek, kecewa kemudian tinggalkan pas dan sokong UMNO, kemudian UMNO pulak kalah 1990...

tak payah lah nak guna umor dah tua..sepatutnya umor dah tua bawak2 lah berfikir...

UMNO yang berumor ni, itu ajelah hujah dia nak bagi orang tak kata apa kat dia, umor tualah, dari tahun 57 lah..sedarlah UMNO seja merdeka lagi laksanakan program pembodohan rakyat..

kalau setakat nak sebut kes syarikat singapore beli balak..kenapa tak bawak ke mahkamah untuk dobicarakan..biasanya kalau pas yang buat..cepat aje..

semua orang dah tau..tak payahlah nak bodohkan orang lagi..

kalau kedai kita orang datang beli arang, siapa nak beli..terpulanglah,,..bukannya kita nak gadai kedai kita..

es syarikat singapore beli balak..alahai..itu pun nak buat isu..pergilah repoert kt SPRM..berapa lama dah benda ni bising..orang england pun yang nak beli balak..beli lah..apa salahnya..apa kerajaan kelantan jual tanah macam kat johor ke..???

kalau nak sebut pasal perlembgaan...kesian saya ngan tua..dah berumo pun kena tipu lagi..

UMNO bela islam dari 1957..

siapa yang buat lotery kebajikan ketika mesyuarat agung UMNO 1956 sebelum merdeka..???

siapa yang nak haramkan guna nama islam dalam mana2 persatuan...??? itu tandanya membela islam ke tu...???

yang manushkan tulisa jawi sapa..??? PAS ke..??? samapi ramai budak melayu tu muda tak kenal huruf al-quran..membela islam ke tu..???

siapa yang menerima spenuhnya suruhanjaya lord reid tentang sisitem pengasingan pemerintahan, islam haya jadi agama ritual bukan agama yang tadbir negara..kalau bukan Umno..betulkah umno bela islam sejak 1946...???

alasan tuan ; aru nak rasa pas..apakah justifikasi tua menghalalkan segala-galanya..

apakah 2+3=5 bila meningkat dwaa 2+3=10...!!!

kebenaran tetap sama..sejarah tak pernah menipu..kevuali kena tipu dengan sejarah..pasal kelantan..memanglah org yg tak suka pas..takkan nak sebut ebaian yg pas buat..maka jadilah macam abg ni yang saya kesian sgtt..masih hidup dalam pembodohan umno..sedarlah abg oi..

bukan kira baru kenal pas..tengok apa yg umno buat dah cukup..dah cukup...kami orag muda tak mudah dibodohkan..

abg baca dulu apa yang saya tulis..kenapa belum apa2 dah ata pada saya jgn tegak..??? atau nak nafikan pendirian dan hujah saya kerana abg tua..maka tua akan menang waaupun dalam pihak salah..??? ini fikiran kolot org panggil...

kalau ag nak..saya boleh bahas apa yang abg tulis dlm blog abg..biar org nilai sendiri tahap pemikiran penulis UMNo dan PAS...

Saf Badar said...

Salam Pakcik OTAI; ngape tak jawap ANAKBAPAK? OTAI - Orang Tua Gatai???!!!

azizul said...

Saudaraku anak bapak..

Teruskan niat untuk menyebarkan dakwah walaupun kita semua akan terus diuji dengan pelbagai musibah yang datang melanda...