About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, January 7, 2009

UMNO terasa dirinya Israel/Yahudi di Kuala Terengganu???

Warta berita yang saya dengar sekitar jam 8.00 malam tadi, mengulas tentang ceramah Dato' seri Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu tentang kezaliman Yahudi la'natullah ke atas saudara-mara kita di Gaza. Kemudian saya melihat pula kenyataan balas dari Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang juga sedang berkempen di sana menyanggah kenyataan Anwar kerana menyamakan UMNO/ BN dengan Israel/Yahudi.

Berikut adalah sedutan dari ucapan Anwar di Majlis Ceramah Mega sempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu 06hb Januari 2009;

".. keupayaan kita melawan manusia yang durjana, yang zalim, ialah kerana dengan kekuatan 'aqidah, akhlak dan syakhsiyyah kita. Ini pokok pangkalnya. Kalau pimpinan sebok memugah kekayaan, gelap mata dengan wang ringgit, rakus dengan kuasa, apa ertinya kalau ratusan nyawa hilang. Jangankan nyawa orang lain bukan Islam, yang Islam pun tidak akan dikesali pada mereka. Padahal Islam menuntut kita, melaksanakan keadilan, dan merasa keperitan derita semua rakyat sama ada muslim atau bukan Islam .."

Keratan ucapan ini adalah sedutan ceramah Anwar di Kuala Terengganu juga disiarkan di dalam warta berita jam 8.00 malam. Berdasarkan kenyataan Anwar ini, media memainkan isu kononnya pihak parti pembangkang menyamakan UMNO/BN dengan Israel/Yahudi. Dato' Mukhris Tun Dr. Mahathir diminta mengulas kenyataan Anwar ini dan menegaskan bahawa Pakatan Rakyat ketandusan idea justeru terus memfitnah UMNO/BN sebagai Israel/Yahudi.

Soalnya sekarang, kenyataan Anwar itu adalah lebih difokuskan kepada perangai pemimpin dunia arab yang membisu tentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. Pemimpin-pemimpin Arab yang sebok memugah harta kekayaan,gelap mata dengan harta, rakus kuasa, zalim dan sebagainya adalah merujuk kepada pemimpin Arab. Sikap itulah yang membawa kepada kelemahan umat Islam khususnya negara-negara Arab di sekeliling Palestin. Tiba-tiba media terus merujuk perkara itu dengan mendakwa Anwar menyamakan UMNO/BN sebagai Israel/Yahudi. Apakah ada Anwar menyebut UMNO atau Barisan Nasional pada petikan awal ceramahnya itu?

Boleh jadi Dato' Mukhris tidak tahu-menahu apa-apa pun butir-butir isu yang diucap oleh Anwar dalam ceramahnya di Syahbandar ini. Sudah pastilah pihak pertama yang 'terasa' bahawa Anwar menyamakan UMNO/BN sama dengan Israel atau Yahudi ini adalah dari pihak media. Wakil media terus meminta respon dari Mukhriz boleh jadi hendak mencipta isu baru, mungkin isunya begini "pembangkang samakan UMNO/BN dengan Israel/Yahudi". Tapi kenapa wakil-waki media itu terasa seolah-olah yang zalim dan rakus kuasa itu adalah UMNO/BN? Apakah wakil-wakil media ini terdengar di celah-celah kenyataan Anwar itu kalimah UMNO atau Barisan Nasional atau Pak Lah atau Wan Farid? Sudah tentu tiada. Tapi kenapa begitu cepat terasa? Ataukah para wakil media ini dalam fikiran mereka merasakan bahawa memang UMNO/BN ini perangainya zalim, rakus kuasa, gelap mata dengan wang ringgit, sebok memugah harta kekayaan rakyat untuk mengisis kehendak perut dan bawah perut mereka dan kroni-kroni mereka? Kenapa para wartawan ini bila disebutkan oleh Anwar tentang sikap buruk pimpinan Arab seperti di atas maka terlintas di mindanya, ini adalah UMNO? Sikap dan perangai yang disebut oleh Dato Seri Anwar itu merujuk kepada yahudi atau pimpinan Arab? Maka kenapa terus terfikir bahawa sikap itu adalah UMNO/BN dan sebaliknya pula UMNO/BN maka itulah sikap dan perangainya? Ataukah wartawan atau wakil media yang menjadi lidah UMNO/BN memang terasa bahawa sikap dan perangai itu memang milik UMNO/BN? Ataukah memang setiap yang merasa dirinya UMNO/BN akan terasa 'terkena atas batang hidung sendiri' jika sikap dan perangai tidak senonoh seperti zalim, rakus kuasa, tamak harta, curik duit rakyat dan sebagainya ini bila diperdengarkan di telinganya walaupun tidak disebut siapa pelakunya dan manusia UMNO/BN tetap terasa?

Mungkin jua seperti seorang pencuri yang selalu mencuri kasut atau selipas di masjid. Pencuri ini selalu juga datang berjemaah di masjid. Bila ada ceramah, kebetulan penceramah sebut tentang dosa mencuri. Sudah pasti yang mencuri akan terasa dirinya dikata orang kerana hanya dia yang tahu buat kerja mencuri. Demikian, siapa pulak yang tahu dirinya zalim, rakus kuasa, gelap mata dengan harta dan sebagainya..?

No comments: