About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, December 25, 2008

Hudud; DAP dah mula faham,kenapa UMNO masih tak faham-faham...???

Saya terbaca kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran di dalam Harakahdaily dan The Star Online bahawa beliau menghormati pendirian PAS dalam perlaksanaan hudud dan tambahnya beliau yakin bahawa hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat non-muslim.

Memetik laporan harakahdaily:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) -Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.

Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.

"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.

Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.

Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi DAP berkenaan hudud dan Islam yang menjadi agenda perjuangan PAS akan menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO pening kepala dan sesak nafas menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan datang. Bahkan berita baik kepada penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ini dikira berita terburuk dalam hidup UMNO.

Jika selama ini UMNO telah berperanan sebagai batu api untuk melaga-lagakan PAS dan DAP dengan cuba menimbulkan polemik hudud ini, maka kini kerja-kerja UMNO menjadi sia-sia kerana pemimpin DAP sendiri sudah semakin faham tentang hudud itu. Patut juga kita berterima kasih banyak banyak kepada UMNO yang sedaya-upaya melaporkan betapa kontranya DAP dan PAS dalam isu hudud ini di dada-dada akhbar dan berita-berita di tv. Saya yakin isu ini sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak selesa antara penyokong juga pimpinan PAS dan DAP. Bagi menghilangkan ketidak selesaan ini, mungkin ada usaha-usaha menjelaskan perkara ini khususnya kedudukan non-muslim sekiranya hudud ini dilaksanakan.

Pastilah Ahli Parlimen Ipoh Barat telah mengeluarkan satu kenyataan yang saya kira amat mendukacitakan UMNO. Apa lagi isu yang akan dicipta oleh UMNO untuk dijadikan modal berkempen pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti. YB M. Kula saya yakin sudah menerima maklumat yang betul tentang hudud. Masakan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan ini bahkan yakin pula bahawa sekiranya hudud ini dilaksanakan, ia tidak akan memberi kesan terhadap kehidupan non-muslim. Ertinya hudud bukanlah satu ancaman kepada masyarakat. Hanya penzina, pencuri, penuduh orang baik-baik berzina dan peminum arak dikalangan muslim sahaja yang merasakan dirinya 'terancam'. Jika disisi agama Buddha dan Hindu bahawa arak dan babi itu halal bagi mereka, maka kepada merekalah hak untuk meminum arak dan makan babi kerana itu adalah makanan dan minuman yang halal disis mereka. Sekiranya berjudi dan berzina itu ditegah oleh agama mereka, maka mereka boleh mengambil mana-mana undang-undang untuk mengadili kesalahan dikalangan mereka, saya pasti undang-undang sivil adalah pegangan mereka.

Perundangan Islam tidak berkuatkuasa ke atas non-muslim, ia hanya berkuasa ke atas muslim sahaja. Samalah isu haramnya Yoga dalam Islam. Muslim haram mengamalkannya, bagi penganut Hindu, maka tiada masalah bagi mereka kerana itu adalah amalan agama mereka. Maka mereka tidak perlu risau dengan undang-undang Islam. Sebaliknya penganut agama lain boleh melihat dan mengkaji tentang adilnya undang-undang Islam, mudah-mudahan Allah jinakkan hati-hati mereka.

Kenyataan pemimpin DAP ini diharap dapat membuka lembaran baru dalam mengukuhkan hubungan antara PAS dan DAP, inilah masanya PAS perlu mengambil peluang memperhebatkan usaha dakwah kepada non-muslim tentang kedudukan dalam pemerintahan Islam. Saya yakin pimpinan DAP sudah mula faham tentang Islam dan keadilan yang ditawarkan oleh Islam. Sekiranya mereka benar-benar faham tentang Islam, pastinya mereka akan tahu bahawa sesiapa sahaja yang hidup di bawah payung Islam akan lebih terjamin kehidupannya dari sistem demokrasi yang diamalkan sekarang.

Yang anehnya, YB Ipoh Barat ini sedikit-sebanyak sudah faham tentang Islam dan hudud serta menghormati prinsip PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pemerintahan dan undang-undang Islam di negara ini serta yakin ia tidak akan menjejaskan kehidupan non-muslim jika dilaksanakan. Kalau pemimpin dari DAP sudah mula faham, UMNO takkan tak faham faham lagi...!!!


1 comment:

Pengasas said...

Salam,
Hanya orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang takut kepada hudud. Pencuri takut dipotong tangan, perompak takut dipotong 1 tangan dan 1 kaki.
Atau depa suka jika anak gadis atau isteri depa diperkosa berdepan-depan kut?