About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, December 25, 2008

Hudud ; UMNO takut?


Kecoh di dada-dada akhbar tajaan UMNO dan Barisan Nasional berkaitan hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara. Pemimpin UMNO mendakwa bahawa PAS pada PRU-12 yang lalu telah menggugurkan 'hudud' di dalam manifestonya adalah semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Cina dan India. Kali ini, sempena kedatangan Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang akan diadakan awal Januari nanti, satu pertembungan anatara gergasi politik Melayu, PAS dan UMNO akan berentap merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. 88.2% majoriti pengundi adalah Melayu, PAS mesti mengambil peluang ini untuk menjelaskan tentang prinsip dan dasar parti untuk menegakkan Islam di atas muka bumi Malaysia ini setelah di asak oleh UMNO & Co. bahawa PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam, hanya mahu kuasa sama seperti UMNO juga kununnya. Apabila pimpinan PAS menyatakan pendirian bahawa Hudud akan dilaksanakan,UMNO pula mendakwa bahawa PAS hanya gunaklan isu Hudud untuk meraih undi Melayu dan dalam masa yang sama DAP menentang sebarang cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di seluruh negara kerana ia tidak disebut di dalam manifesto PRU-12 yang lalu.

Nyatalah bahawa UMNO kini kering isu dan kontang modal untuk menghadapi PAS pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung nanti. Seolah-olah UMNO hanya mampu mencipta isu hudud sahaja sedangkan PAS dan bantuan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat bakal membawa isu-isu bertaraf gergasi yang akan membuatkan UMNO sesak nafas pada pilihanraya kecil ini nanti. Sepatutnya UMNO perlu lebih sedar bahawa sekiranya mereka terus memutarbelit isu ini, boleh jadi ia akan menjadi kekuatan tambahan bagi PAS, pengundi di Kuala Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya akan melihat, bahawa PAS masih teguh berjuang di atas dasar Islam. UMNO terus menyerang PAS dengan cuba melaga-lagakan PAS dengan DAP. Surat khabar UMNO kini menjadi jurucakap tidak rasmi PAS dan DAP dengan melaporkan kenyataan-kenyataan dari pimpinan-pimpinan PAS dan DAP. Suasana tegang cuba diwujudkan oleh UMNO di dada-dada akhbar kononnya PAS dan DAP bertegang urat berkerat rotan mempertahankan prinsip masing-masing. Maka jelaslah bahawa selama ini jika non-muslim menjadi takut kepada Islam maka UMNO-lah yang bertanggungjawab menakut-nakutkan non-muslim malah muslim juga sehingga wujudnya muslim yang jahil dan non-muslim yang tertipu hasil daripada program penjahilan rakyat tajaan UMNO / BN.


PAS berdiri, bergerak dan berfikir atas dasar Islam meskipun sekiranya cara berdiri, berfikir dan bergerak PAS yang Islam itu menyebabkan seluruh manusia lari meninggalkannya. Sekiranya PAS berdiri, bergerak dan berfikir tanpa mengambil islam sebagai dasarnya lagi, maka ketahuilah PAS sudah melanggar undang-undang tubuhnya sendiri, kalau puntidak pendaftar pertubuhan yang mengharamkan PAS dari bergerak dalam arena plitik tanah air, maka Allah jualah yang maha mengetahui akan hamba-hambanya.

Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Fasal 5 kurungan satu pula menyebut bahawa tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakumnya menuju keredhaan Allah. Seterusnya fasal 7 kurungan satu pula menyebut bahawa hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak 'Ulamak dan Qias yang terang lagi nyata.

Jelaslah bahawa pimpinan-pimpinan serta ahli-ahli PAS wajib memastikan bahawa parti yang mereka dokongi ini sentiasa berdiri, berfikir dan bergerak dalam lingkungan yang diredhai oleh Allah dan sebaliknya berjuang menolak segala perkara yang dimurkai oleh Allah Ta'ala. Pimpinan PAS yang menyebut bahawa PAS tetap akan melaksanakan hudud adalah atas kesedaran dan ketaatan mereka kepada amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka kerana amanah ini akan disoal Allah di padang mahsyar kelak. Inilah perbezaan PAS dan UMNO, UMNO melihat hudud yang sebenarnya sebahagian dari Islam itu sebagai alat untuk mencari kepentingan politik serta melepaskan dendam mereka akibat tragedi tanah runtuh serta tsunami politik pada PRU-12 yang telah lalu. Bukankah ini buktinya bahawa UMNO langsung tiada terlintas dalam fikir mereka untuk melaksanakan Islam sedangkan mereka masih berkuasa? UMNO cuba menyalahkan PAS yang tidak melaksanakan hudud di Kelantan walaupun sudah lebih 18 tahun memerintah negeri tetapi tidakkah UMNO mahu melaksanakannya walaupun sudah 51 tahun memerintah negara? PAS bukan sahaja berjuang semata-mata hudud, bahkan Islam seluruhnya, mengapa? Kerana perlembagaan PAS hanya membenarkan PAS menegakkan Islam dan menolak kezaliman juga kemungkaran. UMNO?

Pasti UMNO kini menjaja isu hudud ini untuk memanaskan hubungan PAS dan parti-parti lain yang tidak sealiran dengannaya. PKR dan DAP parti sekular. Berdirinya mereka tas dasar sekular. Perlembagaan mereka juga sekular. Bezanya mereka dengan UMNO ialah UMNO angkuh dengan kezalimannya manakala PKR dan DAP berjuang pula menentang kezaliman UMNO. Atas perkara menolak kezaliman UMNO inilah PAS ajak PKR dan DAP berkawan walaupun masing-masing dengan dasar parti sendiri. Namun sakitnya hati UMNO kepada PAS menyebabkan UMNO menyerang PAS habis-habisan. Boleh jadi terpukul dengan propaganda mereka sebelum ini bahawa PAS sudah gadai dasar dan prinsip Islamnya semata-mata hendak berkawan dengan DAP dan meraih undi kaum Cina dan India. Logik UMNO, kerana itulah PAS menang banyak kerusi dengan bantuan undi kaum Cina dan India contohnya di Parlimen Kota Raja, Selangor. Tiba-tiba terpacul di mulut pimpinan PAS bahawa PAS tetap akan melaksanakan Islam ( UMNO baca Islam itu Hudud ). Maka menggelabahlah pemimpin UMNO maka dilaga-lagakan pula PAS daengan DAP biar mereka berpecah belah hancur berderai. UMNO berfikir atas kepentingan politik. PAS berfikir atas kepentingan Islam. PAS tidak akan korbankan dasar perjuangannya semata-mata untuk mendapatkan undi non-muslim.

Sejak dahulu lagi, UMNO dan BNlah yang berperanan mengeliru dan memperbodohkan rakyat tentang Islam. Mujur ada PAS, kalau tidak maka tidak tahulah nasib Islam dan umatnya di Malaysia ini. Rakyat tidak mendapat penerangan yang betul tentang Islam. Non-muslim terus prejudis terhadap Islam bahawa jika Islam memerintah, maka non-mulsim tidak boleh hidup di dalam negara ini, tangan dan kepala dipotong, dipaksa memeluk Islam dan berbagai-bagai fitnah lagi yang disebarkan oleh UMNO kepada masyarakat padahal pada hakikatnya UMNO mahu rakyat menjauhi PAS malah mesti melihat PAS sebagai 'musuh negara' yang mesti diperangi.

Hakikatnya Islam tidaklah seburuk seperti yng dicanagkan UMNO / BN. UMNO tidak berniat pun untuk mengekkan Islam. Undang-undang yang mereka gubal sendiri pun dilanggarnya. Undang-undang tuhan pun UMNO buat tidak kesah apatah lagi undang-undang yang dicipta oleh manusia, bertambah beranilah mereka melanggarnya. Percaya kepada undang-undang tuhan maknanya percaya kepada balasan yang akan tuhan berikan kepada siapa-siapa yang mengingkarinya. Allah murka kepada pelaku zalim, rasuah, menindas, menyeleweng dan mencuri duit rakyat, salah guna kuasa dan sebagainya. Allah juga menjanjikan balasan berupa azab kepada mereka yang melanggar arahan-Nya. balasan Allah bukan macam tuk-ketampi dalam lokap. tetapi lebih hebat dan maha dahsyat tiada terfikir manusia akannya. Sebab itulah UMNO menolak Islam boleh jadi kerana hendak terus menjadi zalim, terus memberi dan menerima rasuah, melakukakan penyelewengan dan mencuri harta rakyat dan sebagainya. Hudud? Oh bertambah takutlah UMNO, kerana itulah UMNO bermatia-matian mahu PAS bercerai talak tigabelas dengan DAP. Pada UMNO, lagi lama PAS dan DAP duduk bersama, lama-lama DAP akan faham akan Islam yang sebenarnya. Boleh jadi selepas ini DAP pula yang akan memperjuangkan Islam dan hudud untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia ini. Untuk memastikan apa yang UMNO 'fantasi'kan itu tidak menjadi realiti, maka wajiblah mereka berusaha merosakkan hubungan PAS dan DAP kerana jika tidak nanti DAP pula memperjunagkan Islam itu walaupun mereka tidak pun Islam.

Dalam tidak sedar sebenarnya, UMNO menyerang PAS dan DAP menggunakan isu hudud ini kerana UMNO sendiri yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Islam hanya terlaksana ke atas orang-orang islam sahaja, non-muslim boleh gunakan undang-undang mereka sendiri ataupu undang-undang barat.Nak pakai undang-undang Islam pun boleh maka tiada jadi salah. Orang-orang Islam yang bersalah sahaja akan dihukum dengan hudud kerana hudud itu adalah berfungsi untuk menjaga akhlak, nyawa, akal, harta, kehormatan dan aqidah orang-orang Islam daripada dicerobohi. Non-muslim pula bebas menggunakan amalan agama mereka atau undang-undang lain untuk menjaga kepentingan-kepentingan non-muslim. Hakikat inilah yang ckup digeruni UMNO kerana jika maklumat ini sampai kepada masyarakat seluruhnya, nyatalah UMNO akan berhadapan dengan suatu yang dikira dahsyat bagi UMNO. Aneh, apa yang hednak ditakutkan dengan hudud dan berusaha pula menakut-nakutkan orang dengan hudud dan melaga-lagakan mereka-mereka yang hendak melaksanakan hudud dengan mereka-mereka yang tidak faham apa itu hudud. Hudud adalah berkaitan jenayah curi, zina, minum arak dan menuduh orag berzina tanpa bukti. Hanya orang yang yang melakukan jenyah-jenayah ini sahaja yang akan dikenakan hukuman hudud ini, itupun setelah melalui proses perundangan yang rumit sebelum membuktikan seseorang itu betul-betul bersalah. Maka kenapa UMNO beriya-iya menyerang PAS dengan isu hudud ini? Bukankah UMNO berjuang kerana agama, bangsa dan negara? Agama yang dimaksudkan oleh UMNO tidak ada hududkah? Atau UMNO ada agama sendiri ( boleh jadi Islam Hadhary ) ? Atau takut nanti PAS berjaya fahamkan DAP tentang Islam dan hakikat hudud kemudian DAP bersetuju hudud dilaksanakan? Maka sebab itukah UMNO berusaha ceraikan PAS dan DAP?


No comments: