About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, December 31, 2008

Hudud: Husam ucap tahniah kepada Umno



Berita di bawah adalah ubahsuai dari berita Sinar Harian hari ini:

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian yang tidak pernah berubah dan konsisten menolak hukum hudud.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam.

"Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak hudud dari dahulu," katanya.

Beliau mengulangi penegasan bahawa pendiriannya terhadap pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah.

Beliau berkata, Pas dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala Umno tetap menolaknya.

"Sebagai umat Islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di Kota Bharu semalam.

Katanya, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.

Husam memberi contoh seperti solat Zuhur, di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya.

Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam.

Sementara itu, menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin menafikan beliau menyokonmg hudud dalam surat yang dihantar oleh pejabat Ahli Parlimen Rembau kepada Malaysiakini

No comments: