About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, December 10, 2008

Ekonomi..antara 'Aqidah dan Falsafah..

Kalaulah sumber-sumber ekonomi di atas muka bumi ini yang digunakan oleh manusia-manusia yang diciptakan Allah Ta'ala ini tiada hadnya, maka semua manusia akan dapat memenuhi kehendak dan kemahuannya. dengan itu maka tidak akan timbul lagi soal peruntukan dan agihan kerana sumber-sumber kekayaan yang ada di atas muka bumi ini melebihi keperluan-keperluan dan kehendak-kehendak untuk manusia terus hidup.

Tetapi sebaliknya, sumber-sumber kekayaan yang wujud di atas muka bumi ini jumlahnya adalah terhad. Oleh kerana kekurangan sumber kekayaan bumi inilah yang menimbulkan keperluan untuk membuat peruntukan, membuat agihan, mengembang serta membangunkan sumber-sumber kekayaan bumi kurniaan Allah Ta'ala di atas muka bumi ini untuk kemaslahatan seluruh manusia yang sentiasa "cari makan" untuk terus hidup.

Setiap manusia yang hidup dengan manusia yang lain adalah hidup dalam satu sistem yang dipanggil masyarakat. Setiap masyarakat pula mempunya matlamat-matlamat ekonomi yang tertentu. Oleh itu kestabilan mesti dicapai sehinggalah matlamat-matlamat masyarakat itu direalisasikan secara menyeluruh. Untuk mencapai matlamat kestabilan disamping matlamat sosio-ekonomi, masyarakat perlukan kepada strategi dan teknik yang akan tipertimbangkan bagi tujian mencapai kestabilan ini. Walau bagaimanapun semua trategi dan teknik yang ada boleh jadi tidak berjaya. Oleh sebab itulah sisten ekonomi itu mementingkan pembinaan suatu strategi dan teknik yang paling sesuai dan paling berkesan, lantaran itu maka manusia tiada dapat mengelak dari membincangkan mengenai pemilihan sistem ekonomi yang paling sesuai agar strategi dan teknik ekonomi itu dapat memberikan keperluan-keperluan dan kehendak yang cukup untuk manusia dapat terus hidup dengan sumber-sumber alam yang terhad berbanding kemperluan dan kehendak manusia yang tiada hadnya.

Matlamat suatu sistem ekonomi pada asasnya ditentukan oleh pandangan akal manusia terhadap alam dan kejadian hidupnya. Pandangan akal manusia ini membahaskan persoalan-persoalan seperti bagaimana alam semesta ini wujud, siapakah pencipta alam ini, siapakah yang mencipta manusia, apakah makna dan tujuan manusia dihidupkan di atas muka bumi ini, siapakah pemilik alam semesta ini, siapakah pemilik hakiki sumber-sumber kekayaan di atas muka bumi ini, hubungan antara sesama manusia ( hak dan tanggungjawab antara manusia ) dan apakah hubungan manusia denganbumi dan alam sekitar ciptaan Allah ini..??

Sudah menjadi fitrah manusia yang hidup di atas muka bumi ini hidupnya penuh dengan persoalan. Persoalan-persoalan itu perlu dijawab kerana jawapan terhadap soalan itu akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah keehidupan manusia itu sendiri. Maka akan wujud pula manusia yang akan menyelesaikan persoalan-persoalan hidupnya dengan mencari jawapan dengan akalnya sendiri, akhirnya manusia itu mula berfalsafah dan menjadikan falsafah itu sebagai jawapan sebagai panduan dan cara hidupnya. Manusia-manusia yang sedar bahawa dirinya diciptaklan oleh Allah maka dia juga sedar bahawa akalnya walau sehebat manapun ia tidak akan mampu memikirkan tentang jawapan persoalan hidupnya kerana dia insaf bahawa bukan dia yang menciptakan dirinya sendiri, maka tiada layak baginya untuk menjawab persoalan-persoalan hidupnya melainkan mencari jawapan dari Allah, pencipta manusia dan seluruh alam semesta ini.

Ada jenis manusia yang beranggapan bahawa alam semesta ini adalah wujud dengan sendirinya, tiada tuhan yang menciptakannya, ia wujud kerana semulajadi, maka manusia tidak lagi perlu bertanggungjawab kepada sesiapapun dan boleh hidup dengan sesuka hati mereka. Mereka bebas hidup dan memiliki sumber-sumber kekayaan di atas muka bumi ini dengan cara apa sekalipun, biarpun menipu, biarpun menyeleweng, biarpun menindas, biarpun zalim, biar sengan cara apa sekalipun maka tiada mengapa kerana bumi ini hak mutlak manusia.

Oleh itu tujuan hidup mereka adalah semata-mata mencari kepuasan hidup yang tiada terhingga, tanpa melihat dan mengira bagaimanakah tujuan itu dapat dicapai dan tanpa mnegira bagaimana ia memberi kesan kepada manusia lain dan alam sekitar. Mereka inilah jenis manusia kapitalis.

Ada juga jenis manusia yangpercaya bahawasanya manusia ini hanya bijak papan catur sejarah dan hidup mereka adalah ditentukan oleh kuasa-kuasa luar yang tidak mampu dikawal oleh manusia. Maka dengan itu manusia-manusia tiada bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka, serta tidak perlu berasa ragu-ragu dan was-was mengenai ketidak samaan yang wujud dikalangan manusia. Mereka inilah jenis manusia komunis.

Maka sekiranya manusia dan apa yang dimilikinya adalah telah diciptakan oelh Allah Ta'ala dan bertanggungjawab terhadap-Nya, maka manusia-manusia ini tidak boleh menganggap diri mereka bebas dan suka-suka hati untuk buat apa yang dia suka. Sebaliknya manusia-manusia ini mempunyai misi untuk dilaksanakan. Mereka mesti menggunakan sumber-sumber kakayaan bumi milik Allah yang terhad ini dengan kaedah dan jawapan terhadap persoalan hidup mereka dari Allah ta'ala melalui wahyunya, iaitu Al-Quran dan diterangkan pula maknanya oleh Rasulullah S.A.W dalam seluruh kehidupan baginda. Maka manusia-manusia yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai jawapan terhadap persoalan-persoalan hidup termasuklah menjawab persoalan-persoalan ekonomi ini, maka mereka inilah manusia-manusia yang menjadikan 'aqidah sebagai asas sistem ekonmi itu dan mereka jauh dari menjadikan 'aqal sebagai tuhan selain Allah. Wallahu A'lam.

No comments: