About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, November 24, 2008

Sokong Kekalkan ISA..!!! Persatuan Pengguna Islam Malaysia Jadikan Islam Tak Berguna..!!!

Terkejutnya bila dengar kenyataan dari Setiausaha Agung PPIM, Dato' Dr Maamor Osman, mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa; "ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik,"

Maka disini, mengapakah sebuah persatuan yang memperjuangkan hak-hak pengguna Islam, menjaga kepentingan pengguna Islam namun dalam satu hal yang lain tidak menggunakan kaedah-kaedah penyelesaian yang dituntut oleh Allah kepada semua manusia yang mengaku Islam apatah lagi kepada mereka yang menubuhkan satu badan utnutk menjaga kepentingan umat Islam. Kalau dalam hal-ehwal pengguna umat Islam mahu menggunakan satu produk yang benar-benar halal untuk digunakan agar umat Islam mendapat keredhaan Allah, mengapa tidak melihat bahawa rakyat berhak mendapat produk undang-undang yang halal digunakan kerana manusia keseluruhannya bukan hidup sekadar hendak makan minum sahaja, manusia menempuh hidup dengan pelbagai karenah manusia maka undang-undang yang adil adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi manusia.

Boleh jadi pemikiran Dr. Maamor terjebak dengan permainan politik perkauman UMNO, mahu mencetuskan satu suasana tegang antara kaum dan agama di atas muka bumi Malaysia ini. Mustahil seorang doktor mendapat maklumat yang salah tentang ISA atau dia sendiri yang dijahilkan oleh UMNO atau dia sendiri menyembunyikan kejahilannya dalam isu ini atau berbuat demikian untuk mendapat apa-apa habuan dari UMNO, manalah tau kot nak dilantik jadi senator ke..?

Pelik juga, apabila semua orang tahu bahawa akta ISA ada akta yang zalim, amat zalim. Bahkan dalam Islam pun, tidak mengiktiraf suatu undang-undang yang menzalimi hak manusia yang dituduh. Orang yang dituduh belum bersalah sebelum dibuktikan dia bersalah. Untuk membuktikan yang kena tuduh bersalah, yang menuduh mesti memberikan bukti dan saksi bahawa yang dituduh itu bersalah. sebab itulah dalam Islam, dalam kitab-kitab Feqah mana-mana mazhab sekalipun, pasti ada satu bab yang bertajuk "kitaab al-aqdhiyah wa as-syahadah" yang bermaksud kitab pada menyatakan hukum-hukum pengadilan dan persaksian. Untuk meletakkan hukum pada seseorang itu bersalah atau tidak, maka Islam meletakkan kaedah, pendakwa wajib mengemukakan bukti dan yang didakwa pula wajib diberikan hak mempertahankan diri. Mari kita renung sepotong hadith Rasulullah S.A.W yang mafhumnya ;

"Kalau diberi manusia dengan semata-mata dakwa mereka,( mendakwa seseorang itu bersalah tanpa mendatangkan bukti dan saksi ) ,sudah tentu, sudah tentu manusia mendakwa jiwa beberapa lelaki dan harta-harta mereka, tetapi kewajiba yang mendakwa adalah mengemukakan saksi dan kewajiban yang didakwa bersumpah (mempertahankan diri )"
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Atas dasar apa pula Dr Maamor menyatakan bahawa ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik?

Maka fahamlah kita Dr. Maamor brcakap berpandukan pada sepotong hadith yang bermaksud;
" mencegah itu lebih baik dari mengubati". Yang demikian, apakah ISA itu termasuk di dalam kaedah pencegahan bagi mamastikan keharmonian negara dapat dikekalkan? dalam isu Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana beliau telah menulis satu artikel yang menghina Islam, oleh kerana kejahilannya terhadap Islam maka dia menulis atas dasar kejahilannya. Apabila tersiar tulisannya maka yang faham Islam berpegang bahawa ia adalah satu tulisan yang tidak baik dan menghina Islam, ya saya juga berpendirian begitu, Raja Petra menghina Islam. Raja Petra mungkin tidak rasa dirinya menghina Islam kerana dia jahil, atas kejahilannya itulah dia menulis tentng pandangan akalnya yang cetek tentang Islam. Puak-puak UMNO menyedari bahawa tulisan Raja Petra menghina Islam. Hanya orang yang faham Islam sahaja yang tahu bahawa Islamnya dihina. Tapi kenapa dikalangan mereka yang tahu Raja Petra menghina Islam khususnya dikalangan UMNO yang menjerit-jerit tentang isu ini, tidak mahu menerima Islam bahkan menolak Islam. Tadi marah pasal orang menghina Islam, dalam masa yang sama dia jugak tolak Islam. Bukankah menolak suatu hukum yang Allah tetapkan itu bermakna menghina Allah Ta'ala? Raja Petra jahil, maka dia mnghina Islam, UMNO berlagak tak jahil, tapi menghina Allah Ta'ala dengan menolak hukum-hakamnya...!!! Tak perlu pada contoh yang besar-besar, cukup setakat tengok ketua wanita UMNO yang kini berhempas pulas mengekalkan jawatannya, adakah dia ambil berat pasal auratnya yang mana ia adalah arahan Allah? wah beraninya dia melawan Allah..!!! Kenapa dia berani buat macam tu, dia anggap Allah Ta'ala itu membar dia kah?? kalau dia menganggap Allah itu tuhannya maka dia taat perintah, kalau tak taat perintah tuhannya maka samalah menolak arahan tuhannya, kalau berani menolak arahan tuhannya samalah seprti merendahkan taraf tuhannya. Kalau berani merendahkan Allah apakah kita memuliakan Allah atau menghina Allah?? Jawablah sendiri..

Kembali kepada Dr. Maamor yang , mengatakan bahawa ISA adalah selari dengan prinsip Islam, iaitu pencegahan adalah diperlukan. Mengapa tidak "ISA"kan sahaja mereka yang berpeleseran agar mereka tidak terjebak ke dalam kancah maksiat, bukankah pencegahan itu lebih baik? mengapa tidak "ISA"kan sahaja mereka yang berkhalwat agar mereka tidak berzina, bukankah mencegah itu baik? mengapa tidak "ISA"kan sahaja mereka yang miskin agar mereka tidak mencuri, bukankah mencegah itu baik? Mengapa tidak "ISA"kan orang lelaki agar mereka tidak merogol orang perempuan, bukankah mencegah itu baik?? mengapa tidak "ISA"kan sahaja orang perempuan agar mereka tidak dilabelkan sebagai punca penzinaan, bukankah mencegah itu baik?? atau yang sebenarnya ialah; "ISA"kan sahaja mereka-mereka yang menjejaskan kedudukan dan kuasa UMNO dan Barisan Nasional kerana mencegah mereka dari berkuasa adalah lebih baik bagi UMNO/BN untuk terus berlaku zalim dan menghentam duit dan harta rakyat..???!!!!

Sebenarnya pada mereka ini, bukanlah kerana ISA itu selari dengan prinsip Islam, sebenarnya adalah selari dengan Prinsip UMNO/BN untuk berbuat apa sahaja asalkan dia berkuasa dan terus menghentam dan songlap duit dan harta rakyat.

Jelas bahawa Islam manolak sebarang dakwaan tanpa pembuktian untuk menghukum seseorang itu sebagai bersalah. Sebagai sebuah persatuan yang menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia, maka kaedah Islam yang manakah yang diguna pakai oleh PPIM sehingga membawa kepada menyokong kerajaan taghut UMNO/BN mengekalkan akta zalim ISA? OH..mungkin kita terlupa, UMNO/BN beriman kepada Islam mazhab Hadhary. Pengasas mazhab ini ialah Amirul Mukminin walmusyrikin Abdullah Ahmad badawi yang tiada lama lagi akan dipimpin oleh imam mazhab hadhary yang baru, Shaikeh Muhammad Najib, itu pun kalau tak ada apa-apa masalah. Islam hadhary ada had dan ada harinya. Maka betullah kata Dr Maamor, ISA selari dengan Islam, ya..Islam Hadhary..

Soal pencegahan, undang-undang islam yang bersifat syumul itu memang sudah ada unsur pencegahan dengan mendidik masyarakat untuk menjauhi suatu kesalah jenayah itu. Kalau Dr Maamor menganggap bahawa ISA itulah pencegahan yang sebenar, maka tidak undang-undang Islam sudah tidak berguna lgi kerana Islam sudah meletakkan kaedah yang memberikan keadilan untuk yang menuduh dan yang dituduh. ISA tidak memberikan keadilan pada yang dituduh,ISA hanya berfungsi menjaga kepentingan pemerintah yang terus dengan kezalimannya. Bolehkah pendakwaraya yang kerjanya menuduh tertuduh dan dalam masa yang sama bertindak sebagai seorang hakim???

Maka kesimpulannya disini, apakah sekadar halal haram makanan sahaja yang PPIM ambil berat sedangkan kezaliman disokong dan disanjung?? Ketika rakyat menolak akta yang zalim ini namun PPIM menyokong pula kemudian buat report polis dengan disertai oleh manusia-manusia jahil beserta sepanduk 'Bubarkan Majlis peguam', 'Yes to ISA', 'bebaskan Dato' Ahmad Ismail' , oh mungkin Dato' Ahmad Ismail adalah Mursyidul 'Am PPIM agaknya,...hah apa kena mengena pulak dengan Dato' Ahmad Ismail...YB Teresa Kok tak mengaku dan menolak dakwaan Khir Toyo, yang kena report tak merengkok dalam ISA..tapi bila wartawan buat "repot" dalam akhbar tentang dato' Ahmad Ismail, yang kena report masuk ISA..kan pelik..!!! Maka sebenarnya PPIM ini bertindak atas dorongan siapa?? Melayu..?? Islam..?? atau UMNO..???!!!

Buat malu Islam sajalah PPIM yang terang-terang guna nama Islam tapi menolak Islam. Baik tukar saja nama kepada Persatuan Pengampu sahaja lah. Sebab dah tak guna Islam lagi, PPIM akan dipandang serong oleh masyarakat buka Islam, takut nama Islam itu pula yang akan jadi lebih busuk disebabkan tindakan Dr Maamor & Co. Jelaslah Persatuan Pengguna Islam Malaysia dah jadikan Islam sebagai tiada berguna lagi, yang berguna adalah habuan UMNO/BN kerana menjadi sayap kanan selepas Puteri UMNO, buat kerja untuk UMNO..menyokong kezaliman..menyokong penindasan..

p/s Apa pula pendirian PPIM tentang pemimpin yang menggunakan duit dari sumber haram, rasuah, seleweng, pecah amanah, curi duit rakyat dll...tak perjuangkan ke..atau sebab sama-sama share menyokong pemerintah korup????


No comments: